February 28, 2010

Dude, What R U Thinking?

Gua ada tolong member tag gambor kad kawen kat fesbuk untuk jemputan majlis walimatulurus beliau. Bahagian geng2 sekolah. Bukan senang nak jumpa balik ramai2. Lebih seploh tahun dah tak dekat2.

Kita ikuti serba sedikit ucapan yang beliau terima...

"Ramai lagi aih! Aku kira2 ada dalam 50% lagi geng2 kita yang blom kawin.
Ni Meri dah kawin tinggal laa dalam 48.7% lagi. Lek ar~" Basseri Endut.






*ketik gambar untk membaca~

February 26, 2010

Anak Buah Gua Pula Nak Juin Wali Band

video
Adam Faris pun terer scene2 'cepat ucap Astaghfirullahal'azim~'
Lu orang macamana?


Cubaan mengkaroke sebanyak tiga kali malam tadi dipenuhi kegagalan.
Rasa terpelihara pula~

Salam Maulidurrasul...

February 25, 2010

Drive Away


Stop eating McD.
Stop killing Palestinians.


Mana mau cari stiker jihad macamni?
Dekat dua jam juga gua mengadap roti canai kulit kerbau, sampai sudah tuan kete tak kunjung tiba.
Apa rupa gua ada macam kaki pukul ke?

Salam maulidur rasul.
Kalu ada yang ajak karoke malamni, gua hentam lagu2 nasyid saja..

February 24, 2010

Kesan2 Gondol Dan Persatuan Salah Cakap Dalam Kehidupan

Babak satu...

Ketika menaksubi youtube siri Undertaker vs Undertaker. Kecik2 dulu takut weyh nak tengok Undertaker. Abah gua kabor, dia mari kacau gua tido malam2 kalu tengok.

"Ko tau tak apa maksud undertaker ni Copin?" Singular menduga pengetahuan am.

"Ala.. undertaker la.. yang rangka2 dalam keranda tu..." kompiden Copin jawab. Lirik2 mata kat gua lagi. Eksen.

Gua dengar bunyi cengkerik gelak sayup2 kat dapur.



******************************************



Babak dua...

Sebelas minit selepas babak satu. Gua tengah ralit layan Jon Cena lawan Batista. Tangan kasi kepal.

"Seh. Rasuah dalam bahasa ompituh apa aa..?" Copin potong line dengan soalan luar situasi.

Gua lepas sekejap pandangan dari tiwi. Tengok kipas buat2 pikir.

"Ntah~"

"Coffee money eh? Ke money coffee? Kan..??" tanya Copin dengan kompiden level tinggi sambil urut2 dagu mengangguk.

"A'ah~" gua kasi iyekan saja. Nak membantah kang panjang pula diskusi. Batista buat apa tadi pun gua dah tak perasan. Cena tergolek ke bawah. Tangan masih berkepal. Tahan taknak kasi ketawa terburai.

Cengkerik gelak lagi.



******************************************



Babak tiga...

Setengah jam selepas babak dua. Di Malinja. Keluar minum2 sambil dobi mata. Copin hirup cakwetiau. Gua menyirap limau.

"Nasib baik aku bukan jenis nak barang.. beli. Nak barang.. beli. Slamat sikit la kad kredit." gua kasi kesimpulan lepas congak2 kadar kewangan semasa. Cemas sangat dah. Blom masuk bulan tiga lagi.

"A'ah. Nasib baik ko macam ni. Aritu pun yang ko beli badminton pakai kredit kad aritu pun aku yang bakar line. Kalu tak ko dah tak beli kan?" Copin kasi fidbek sambil isap kulit udang tanpa rasa berahi.

"Err.. aku beli apa?"

"Aritu yang aku temankan beli badminton tu..." jawab Copin sambil lap mulut pakai kolar baju.

Dalam keriuhan Malinja, tiba2 kedengaran bunyi cengkerik gelak2 sawan~



******************************************


Babak empat...

Sambung esok.
Orang lain pula~

February 23, 2010

Perindustrian Blogger Bersatu Di Akhbar


Bila masa pula Perindustrian Blogger Bersatu ni ada jawatan Ketua Pemuda? Abah gua pula tu yang digosip. Tersinggung betul~

Sape2 tulung jawab. Presiden? NPGK? AJK Tugas Khas mungkin..?

February 22, 2010

Singular Nak Join Wali Band


"Skang ni aku ada tiga calon untuk ko Seh. Yang petama, janda anak satu. Muda lagi. Housemate makwe aku. Dua, bakal janda. Tapi serius cun. Skang ni tengah ada konflik gila babi dengan hasben dia. Yang ketiga tu, anak dara lagi. Takde pakwe. Orang Pahang. Kira dekat laa tu kan? Jenis selamba tapi cakap lembut la. Ko pilih je yang mana~"
- Singular mendendangkan lagu Cari Jodoh versi stret to de point. Dah lama apply jadi gua punya matchmaker. Gua tak approve lagi dah buat keje. Tobat rajin!





"Lu amik laa tiga-tiga. Makwe lu baru satu kan?"
- gua jawab pakai blog.

February 20, 2010

Bukan Cinta Biasa


Budak2 kemaruk nak masuk majalah porno tapi tak dapat. Dapat masuk blog gua pun jadi la.

Sila pilih satu~


Jelawat

Time matrikulasi dulu2...

Ada junior penah tanya gua. Lebih ke teka gua syak...

Kenapa jerawat tumbuh kat muka bukan tapak tangan?

Mari buntu juga gua punya pale otak duk pikir. Gua punya nerd pun banyak lagi masa tu. Suci lagi. Tapi muka tak berapa nak suci sebab jerawat pun tengah lebat. Remaja sangat lagi~






Dia kasi jawab sendiri...

Sebab kat tapak tangan tak ada muka.




Rugi pula rasanya tak kasi tapak tangan ke muka beliau time tu~

February 19, 2010

Curling

Bawa ke khayal juga tengok game ni.
Sampai bawa ke mimpi Malaysia membida jadi tuan rumah Olimpik Musim sejuk 2014. Gua jadi duta.
Tu baru gua prektis vakum kapet bilik dua hari sekali.



Game yang sangat happening lebih2 lagi kalu pekena seluar corak petak2.
Kalu jatuh pun kompem takde sampai berdarah lutut.

February 16, 2010

Snippet Snippet Awalan Tahun Harimau

Sumpah gua tak tau macamana nak cerita sedap2. Tapi gua nak tulis jugak. Kalu tak, sampai karat la blog ni duk ikut tebiat kasi alasan kat diri sendiri tak reti.


1. Berjaya menggondol senaskah Gondol. Malangnya hanya jumpa P.A Incik Luca yang suka fun fun di hujung minggu. Kompelin2 gua tiru boifren dia. Gua nak memberontak pun kat ofis dia. Chill je lah~

2. Bejumpa budak takut longkang makan beger mahal tanpa roti, sayur dan becon. Cacat betul!

3. Melabur di Superstar Wangsawalk berkali2. Pulangan : suara gua dah mirip2 Adam Lambert.

4. Main tenis di court mahal ala Wimbledon tajaan Aripsomat. Cita2 gua nak potong ranking Nadal makin hampir.

5. "Abang tak beli bunga unuk Paiseh ke?" tanya makwe Copin. Nyaris nak kena gua punya pelempang papan katil. Last minit gua pikir2, kesian pula Copin kang. Kawin dalam koma.

6. Berjaya ke belayar dengan NAUTIKA olahan Paradoks. Sori brader derekter - Aloy. Gua laa yang lambat tu. 1st time. Mana gua tau lu orang bukan pesen Melayu biasa. Tahniah!! Tak rugi langsung gua melabur seploh duit. Tapi gua tak puas hati Penjejak Air sarung baju time scene last tu. Sayang laa.. body solid tu...!

7. Naskah Gondol sangat merbahaya! Patut laa lapan kali gua gigit nak buka tak dapat2. Aripsomat serta merta berjangkit sindrom tak nak rebah ala Gondol lepas khatam baca. Gua pasrah~

8. Selamat Tahun Baru Lunar. Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm Soi~





Perhatian kepada Puan Oked - Limau satu mana cukup woi!
Dengan plastik merah tu Copin telan. Tak dan kat gua pun.

February 12, 2010

Ihdinassirotolmustaqim~

"Login facebook ni boleh dpt RM100 hari2.. memang best. cara nak dpt duit tu, macam game facebook..sebelum kita main kena daftar dulu kan..contoh kalau main farm ville kena daftar dgn famville...kalau main mafia wars kena daftar kat mafia wars kan. Sama dgn program ni kalau nak dapat duit kena la daftar dulu, baru layak dapat duit dengan login facebook. Kesimpulannya, kalo nak dpt RM100 hari2, kena la orang yang berdaftar sahaja. Kalo korg minat,inform kat aku...aku leh tolong daftarkan. Sama2 la kita buat duit ngn login dan update status kat facebook hari2 dpt RM100. Syiok ooo...." katanya Ude.

"Jangan ko tergadai bontot dah le Ude" katanya Chez.








Senario luar tabii semakin menjadi2 di WVM sekarang. Mungkin juga kena tempias Bukit Damansara. Mohon kerjasama ahli2 menstabilkan nafsu masing2 ke jalan yang benar.
Jangan sampai gua jemput ex-KISAS datang kasi tazkirah sampai lebam.

February 11, 2010

Dekat Tiga Tahun Gua Cari Lagu Ni

Dekat tiga tahun gua cari lagu ni.

Menjak gua mula2 kenal yutiub lagi.

Mana bulih lupa lagu tema kenangan manis gua kena buang unibesiti.

Aishwarya Yai tu!!



3:33 | Sangat stailo hendel makwe petik buah keranji pesen tu.
Sape2 nak gua tulung?

February 10, 2010

Ho Liao!


Dengar2 gaji kompeni gua masuk awal bulan ni. Sebelum cina beraya. Maknakata, gua cenderung untuk mengalami krisis ekonomi Mac nanti. Harap2 tiga tabung Gatorade gua tak menghampakan. Dapat dalam gaji basic tolak KWSP dengan Perkeso pun takpe dah.

February 9, 2010

Gua Lagi Suka Otak2


"Brapa sume?" gua. Panas macam kat kubur Firaun cuaca kat Teganu skang.

"5..10... 15 hengget." makwe tukang kira. Susah sangat duk congak sampai bepeluh dahi.

"Erm..kalu tambah skit lagi?"

"Nak tambah apa?" bibit2 kurius dalam sirius.

"Kalu tambah nombor telepun awak skali jadi berapa sume?" gua saje nak bawa gurau2.




Dia bagi...

019-90599** : Pak Him - penjual dan pengedar keropok dan hasil laut

February 7, 2010

Tengok Jari!



Serta merta gua tengok jari sendiri...
.
.
.
.
.
.
.
..
...Ahhhh!!!

Teori puak2 kapitalis ni memang tak boleh pakai. Tipu. Auta. Bohong. Dusta. Lebong. Biawak. Firaun. Freemason. Abu Jahal. Hj Kahar.

February 6, 2010

Hantu Menstrual



Petikan dari surat kabar yang gua kadang2 baca, jarang2 nak percaya...

"...Penerbit filem itu, K.K. Dheeraj dari penerbitan K2K mengambarkan filem itu sebagai bercirikan komedi iaitu mengenai wanita yang meninggal dunia semasa didatangi haid sebelum dia bertukar menjadi hantu bagi membalas dendam." - Agensi




Dah takde komedi pesen bersih sikit ke..??

February 5, 2010

Adik Gua Tak Penah Duduk Asrama

Semalam abah gua ada tanya.
Adik gua yang masuk kolej islam kat Klang hari tu ada call ke tak.
Gua kabor takde. Memang takde pun.
Tak baik tipu orang tua. Tak berkat dunia akhirat.

Abah gua kabor dia ada pesan mintak beli selipar jepun wat gi toilet sama kasut wat gi prep lagi sepasang. Makanan wat kudap2 juga sikit kalu tak keberatan.

Lagi...


Abah gua kabor dia nangis dalam telepun.



Hahahahahahahaaaaa..!!






*gua dah agak dah~

February 4, 2010

Makcik-Simpang-Jual-Nasik-Mahal Nak Kelahi Dengan Gua

"Bungkus ke makan?" tanya makcik tokei nasik simpang sejurus membaca gua punya isyarat tubuh mengendap2 lauk pauk yang tinggal sejemput.

"Makan. Kat umah." gua buat lawak biasa2. Dia gelak2 macam tak biasa.

Lepas proses cedok2 lauk lebih kurang, gua ke proses seterusnya yakni pembayaran. Dengan bajet sederhana, gua setenbai duit kurang dari pat hengget seaideal seketul paha ayam dan sesudu sayur-sayuran bodoh. Dan satu camca sambal belacan.

"Pat ringgit setengah." dengan girang beliau kasi taruk tanda harga.

"Aaa..??!!"

"Pat ringgit setengah. Biasa lima ringgit kalu macam ni."

"Haish! Ye ke?" gua kasi satu jeling tak puas ati. Tak ada niat langsung gua nak membantah walaupun gua tau pelanggan sentiasa betul. Bukan juga sebab gua tak cukup hengget nak bayar. Takat nak tapau bundle2 Kepsi tu bulih sangat. Hanya mahu bergurau senda. Kan sifat terpuji tu.

"Ish. Ye la. Ni makcik dah kasi murah pun kamu komplen lagi ke? Kamu tau tak barang skarang ni dah naik? Tu nasik kamu tu saje pun dah singgit setengah. Kamu ingat beras murah ke skarang? Makcik ni orang meniaga dik. Kalu tak untung baik tak payah meniaga. Makcik ni bukan orang senang...pung pang pung pang..." panjang lebar dia merungut. Dah stat emo2. Pompuan.

Laju2 gua bayar. Telinga gua tutup pakai kapas ghaib. Banyak songeh pula. Ntah apa tak kena agaknya hari tu. Nak kata tak kenal gua, Sebelum ni bulih je nak huhahuha runcit2.
Ke gua yang makin kacak sampai beliau tak kenal?

February 2, 2010

Skolah Berprestasi Tinggi


Hari ni adik wanita gua nombor tiga daftar masuk skolah baru tikatan pat sebab banyak sangat bulih A aritu. Ntah apa skolah nama dia. KIPAS? KISAH? KIBAS? Ah! Tempat2 tak glemer ni susah skit gua nak ingat. Dah la kat pekan Klang. Jalan dia pun dah buat Cik Sona cepat2 ucap Astaghfirullahal'azim.

Memang berdisiplin tinggi budak2 kat sini. Angkat kerusi pun mahu kira "1,2... 1,2!"
Prosper, Arep ngan Miji dulu pun stail gini juga gua syak.

February 1, 2010

1/2


Slamat hari lahir Kolumpo!
Moga sentiasa sejahtera, ceria dan gembira hari2. Espesely untuk fan Arsenal hari ni.