May 23, 2012

Lima Hari Lima Sukan

1. Piala FA : Biasa2 saja. Tak rugi langsung kalau tak tengok. Tahun lepas punya final jugak yang paling pehhh! Apa2 pun tahniah Kelantan dan Sime Darby. Nasib baik yang johan tak payah kena angkat tiang piling 17 kilo.

2. Piala Juara Kelab Eropah : Gua tak tengok. Capek. Dari Napoli kalah aritu lagi gua dah kabor. Ni sume konspirasi nak kasi power tim Inggelen EURO nanti. Pui!

3. Nazmi Faiz Mansor : Gua punye fahaman pesimis sangat ketara bab2 sukan bolo mesia nih. Mula2 gua agak budak ni takat seleksyen saja. Tuptup bulih sain kontrek pula. Tahniah lah. Lantas gua punya pahaman mengesyak, nanti takat main kat bench saja. Tak pun tim reserve. Prove me wrong boy!

4. Dato' Chong Wei : Serius sakit. Gua dah dua kali kena art of seliuh gitu gaya. Haa.. baru la terhiling2 sekor2 puak pengurusan bulutangkis nasional. Olimpik.. olimpik.. pui! Back up mana?? Back up...? Jangan kata nak suruh Rashid Sidek pula yang ganti~

5. Debat : Sukan cakap2 antara 'Bekas presiden pelajar sedunia ketika di UK, akauntan dan  Pengurus Besar Jabatan Penasihat Ekonomi Selangor' lawan 'penerbit Buku Jingga cum Peguam Tajuddin Ramli' ni memang hot gile malam tadi. Segala serangan dipatahkan dengan sempurna oleh 'bekas presiden pelajar sedunia' sambil si 'penerbit Buku Jingga' dengan lincahnya mengelak persoalan duit Petronas dan bapa mertua. Dengan tuan rumahnya mengalu2kan kesinambungan yang lebih padu, makanya molek benarlah diproceed untuk ke tingkat yang paling atas2. Harap2 penghulu jihad wasatiah turun ke gelanggang sukan cakap2 sekali sekala. Eh. Sekali ni pun takpe lah~

May 16, 2012

Sembang Orang Kaya











Kita ada??



*9gag

May 7, 2012

May 4, 2012

Ilmu

Encek Igo gua dah 3 4 bulan tekena penyakit semput.
Start je tak mau jalan. Bukak choke sikit baru idup.
Tu pun kalo lepas minyak balik dia mati semula.
Dah gi serbis ukar minyak dengan plug pun masih sama.

Semalam petang gua nekad pegi antor bengkel.
Pemilihan bengkel yang ideal adalah sangat mustahak untuk mengelakkan trajedi kencing mengencing. Gua bajet2 paling banyak kena pun dalam seratus lebih2 saja. Imajin kena bukak enjin, cuci kaburetar, tukar wayar, tukar minyak gasket bagai...
Pusing2 rural area perumahan gua nih, gua stop kat satu kedai.
Pomen ada dua. Sorang tengah makan pakai chopstik, sorang brader rambut perang kulit sawo matang angkat2 kening kat gua.

"Apa problem?"

"Moto semput bang. Tarik choke baru idup. Kalo naik berat sikit terus mati." gua kasi laporan ringkas.

Tanpa banyak tanya, dia capai playar, bukak casing, sup sap sup sap tak sampai lima menit....

"Dah.."

"Dah ke ni bang?"

"Percaya laa cakap pomen..." gua tak tahu dia begurau ke betul2 kecik ati.

Gua terai start. Eksilen,
Gua terai enjut2. Eksilen.
Gua terai press kuat2. Eksilen.

"Peh.. Power betul. Apa rosak bang? Abang buat apa??"

"Mana bulih bagitau. Ilmu. Ni kalo aku nak caj ko tukar wiring ni senang2 je aku dapat seratus lebih tahu?"

"Hehe.. Ni brape bang?"

"Tiga ringgit."

Cis, rugi gua tiga ringgit.




Ilmu.
Priceless.

May 3, 2012

Fulltime

Menjebak diri dalam dunia kameramera ni menarik amat.
Macam2 hal bulih jumpa.
Macam2 orang bulih ketemu.
Macam2 tebiat bulih tengok.

Satu hari minggu, gua jadi subtitute untuk video kawin kat Semban.
Sembang sikit2 dengan brader potografer rasmi.
Bila gua tanya beliau, fulltime ke part time jadi photog, jawapan dia sangat la epiknye...

"Aku buat part time je. Suka. Nak jugak buat fulltime tapi mak aku marah. Aku cakap rugi la beli kamera mahal2 tak pakai. Mak aku jawab balik... Lagi rugi kau buat loan belajar banyak2 tapi tak pakai..."







Possible~