December 13, 2008

Sesi jawab Tektek



Cik Azie yg mengeTAG - If you weren't straight, who's the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ?... dan semua para Friensterers, MySpacers dan Multipliers...dan jugak YouTubers.


Sila ambik perhatian tentang selebriti yang aku ingin sangat aku nak jumpa.



PABLO BANILA.


Tak kenal? Takpe.. nanti akan jadi selebriti jugak dia ni.

Kalu la aku dapat ngedate dengan dia... aku tumbok gigi dia sampai lumat.. rambut dia aku bakar pakai penunu bunsen.. mata dia aku korek pakai kunci umah.. tangan dia aku ikat dua2.. satu tarik ngan speed boat, satu pakai treler.. kepala dia aku rendam dalam tong sarin!

Nak tau kenapa? Sila ke sini, sini, sini, sini jugak.
Kalu engkau orang rajin gugel laa sendirik. Malas nak citer.haih...




Ada sape2 lagi nak ngedate ngan aku?
.

Rumah Syaitan

Apa jadah kah..??










Oh...tu sinki yang aku ganti dulu.
Pasang sendiri. Jadi strukturnya jadi 2nd hand.
Ada pulak pesen gosok gigi bertongkatkan sinki. Sah2 laa makin leweh.
Untuk mengelakkan dapat sinki baru lagi.

Tahniah AhmadSamel...!




*bersih kan bilik ayer bujangan kami??

December 11, 2008

Pulang Ke Kota

Empat hari cuti.
Hari ke-2 Eidul Adha.
Selesai sume projek2 menglembu.
Pengalaman? Baik baca citer Incik Darabdua. Lebih kurang macam tu lah.
(aku tak reti nak ekspelin lebih jitu drp itu dalam kondisi sekarang.hahahahaa...!)

Petangnya aku gerak balik KL.
Sampai kat Highway Jabor dah Maghrib.

Nak masuk highway biasanya aku pakai Touch n Go je.
Senang. Cepat. Mudah. Lagak. Unggul.
Biasanya aku letak dalam wallet sisi paling luar. So tak payah nak kluarkan.

Tapi...
Aku touch2 tiada 'tet'.
Touch2 lagi. Masih tiada.
Cuak sudah.
Belek2 wallet. Ah sudah! Tak jumpa.
Huh! Rasa nak gigit leher sendiri pun ada. Geram.

Tanpa segan silu aku reverse.
Kat belakang ada seketol motokar nak masuk line.
Nasib baik drivernya agak berbudi bahasa.
Dengan penuh sopan santun aku bagi tangan sambil sorok2 wajah kesayangan hamba. Malu wooo..!!
Masuk lorong tiket.





Sepanjang jalan aku duk pikir misteri ketiadaan kad ajaib tu.
Oh...
Try call Cik Fatimah - aku balik dengan beliau hari tu.
Terus bagi soalan cepu emas - "Ada kad Touch n Go lebih tak dalam kete awak?"

Jawapan dia yang betul - "Ada."

Busted~

*kesian Cik Sona aku - baru dapat dah termalu2.hukhukhuk..!

December 10, 2008

Sambung

Aku baru balik bercuti ni.

Aku baru dapat intenet ni.

Aku baru dapat jengok dekonstruksi ni.

Update...!!!

*pelahan2 tengah kayuh ni...

December 7, 2008

Edisi Raya Haji

Biasanya, masa raya haji...
Daging akan melambak2 kat umah.

Melimpah2 peti sejuk.


Biasanya, masa raya haji...
Abah wat balik kaki lembu yang dah dilapah.

Dia ambik saki baki daging-lemak yang melekat.

Abah buat rojak kaki. (kg aku panggil rojak kateh..apa kateh? lu pikir la sambil berdiri)


Biasanya, masa raya haji...

Perut lembu banyak kat umah.
Aku la kena bersihkan.

Dari se'raw2' nya hingga putih berkilat.

Prosesnya? Hmm...sangat ke'lembu'an.


Biasanya, masa raya haji...

Abah akan bagi semua2 tu sikit untuk aku wat balik KL.

Aku tau masak OK...!

Tu biasanya laa...


.

December 5, 2008

Eidul Adha

Selamat Eid Adha semua.

Muslimin. Muslimat. Mukminin. Mukminat.


Doakan aku berjaya untuk solat sunat Eid Adha tahun ni ye.


Dah 6 tahun tak buat.

Huhuhuhuhuhuhu....!!




*aku tak sengaja lah..!

Kucen Oh Kucen

Ini Adam Faris yang sangat athletic.
Kalau dah pakai selipar tu sah2 akan ke sana sinun.
"Tak jantan ar duk diam!" katanya. (aku tipu)

Jumpa kucen tengah sedap tido...


Dekat gile dia sekodeng kan..??

Beliau memang obses. Jakun jugak sedikit.
Nampak kucen mana2 misti nak terjah.
"Nyonyong!!" katanya. (ni aku tak tipu)

Apa jadi lepas tu?

Kucen tu tampo sedas kat kepala.
Terus kecut lari kat aku.
Nanges2. hakhakhakhak...!!

Pastu terus fobia ngan kucen.




*kucen tu agak bunting perutnya. adakah emosi wanita mengandung juga macam tu??

December 4, 2008

Miss 'J'

Geram betul aku...!

Dah tiga pat hari duk bertempek kat sini.

Tadi aku raba2 lagi. A'ah.. tak tahan dah.
Aku tak kire..matang ke belum aku dah nekad.
Malam ni jugak aku abiskan.

Pegi toilet.
Raba2 lagi.
Dua jari bersedia.

.
.
.
.
...CREETTT..!!
Pancut woo...

Perrghh...nikmat giler.
Meleleh2 air liur.

Padan muka engkau.. JERAWAT BATU...!

Ni sume pasal keje malam la nih.
Hawau...!



*sah2 raya aji ni aku yang paling kurang hensem.haih...

December 3, 2008

Sarapan Di Mana?

Kalu keje malam paginya memang aku akan bekpes dulu. Biasanya.
Pagi kena complete beb.
3 port pilihan - Kafe opis. Nasi dagang Tmn Melawati. KayuHijau
a.k.a Greenwood.

Tadi kat KayuHijau.

Ada satu meja kosong. Aku duduk.

Tiba2 sorang pakcik datang. Duduk jugak.

Terus hirup teh tarik yang aku tak perasan pun ada atas meja tu.

Sedut rokok.


"Hisap rokok?" tanya beliau.


Aku anggok.

"Bawak bas ke pakcik?" try nak ice breaking. Padahal dia dah terang2 pakai baju RapidKL.

Dia anggok.

"Orang mana?" beliau nak tukar topik.

"Terengganu." bab ni aku tak pernah tipu.


"Ooo...bagus ye Terengganu sekarang."


Hehehe.. pasal ni la aku berkata2 benar. Ramai org aku jumpa kata mcmtu.
Sama ada nak amik ati ataupun negeri aku memang nice aku tak tau.

"Dato' Ahmad bagus kan?"

"Urmm...ok laa sikit drp yg dulu. Sikit laa." aku try tak bagi jawapan 'menyokong kerajaan'.

"Ishh...bagus la pakcik tengok sekarang. Kalu bawah Pas dulu lain sangat."

Huh...! Kompom. Berlaga angin.

Layan je. Sambil diam. Demokratik kan
aku?

Lebat gak sembangnya. Daripada MB-Sultan Mizan-anakanda baginda-YDPAgong-Sistem Raja Berpelembagaan-Kit Siang-PKR-DAP-bla..bla..bla..

Aku layan lagi.
Iyakan mana2 yang betul.


Sorang lagi pakcik drebar datang.


"Tak gerak lagi ke?"


"Pukul 8. Alaaa.. lambat lagi. Tu ko tengok jam. Baru 6:20." sambil tunjuk jam dinding yang jarum saatnya berlari setempat. Walhal dah 7:55am.


Sambung cerita lagi. Ujan-banjir-sesak-jem-sakit mata-pencemaran-hospital-bla..bla..bla..


Habis teh tarik beliau gerak.
Naik bas.

Aku habiskan sisa2 roti kosong dengan telur kampung separuh.


Abis makan. Sesambil tunggu duit be
len aku tengok bas baru beredar.
Tengok jam. 8:25am.
Huh.. no wonder laa pengangkutan awam kat Malaysia ni sangat pilu.

"Sultan Mizan tu boleh laa jadi Agong lagi sekali. Dalam 2032 nanti..."


.

Tersentuh

Apehal History Channel citer kisah Taliban - Ben Laden - terrorist ni weh..!

Sume sejarah kejahatan.

Baik2 sume ke US -CIA - Clinton - Bush (yg tak tau di mana India).



Aku sedey...

December 2, 2008

Klasik Cuti Sekolah

Time2 budak cuti sekolah ni teringat pulak cuti2 sekolah aku yang silam.
Abah sangat garang time tu.
Nak menakal2 kompom kena bedal ngan belakang parang.
Alternatif terbaik - tengok tiwi je laa.

Satu cerita yang sangat legend - aku ingat sampai bila2.
THE GIRL FROM TOMORROW.
Ingat lagi.
Nama hero tu - Alana. (penah berangan2 nak wat nama anak nanti.hahahaha..!!)

Dia punye cekak bleh sembuh sakit.
Cuci baju pakai scan je.
Alat teleport kotak2 tu yg paling angker.


Budak skang apa tau??



.

December 1, 2008

Aku Naik Saksi

Jumaat. JPJ.

Tengah sesak beratur amik nombor.
Panas. Himpit. Sondol. Gasak. Hangit. Hangin.
Ada yang potong line.
Ada jugak yang nak naik saksi...

"Bang, boleh tak mintak jadi saksi. Isi sini je..."

"Pundek lu..!" dalam ati sambil geleng paler.

Pastu dia tanya 2 3 orang lagi.
Last2 mamat belakang aku sanggop jadi pak sanggop.

"Isi sini pastu sain sini bang."

"Ini je ye..?"

"Tu je bang. Tu pun kalu abang boleh tolong laa. Susah betul nak mintak tolong orang." katanya kuat2.
Dekaaaaaaat telinga aku.







Apa yang sepatutnya jadi lepas tu???


.