August 15, 2012

Ramadhan 1433H

1. Memang sangat lain dari sebelum2 ni. Lain sangat. Berbuka berdua. Bersahur berdua. Alhamdulillah.

2. Sahur gua tak pernah miss. Rekod nih. baik kat umah mahupun kat opis. Bila kat umah, pukul lima ada isteri gerak dengan penuh lemah lembut. Walaupun gua tahu beliau memang tengah lemah dengan keadaan perut macamtu. Susah payah bangun utk siapkan makan. Bila kat opis, ada saja bekal ditapaukan. Pukul 5 pagi, telepun gua sampai bangun untuk sahur - kalo gua tertido la.

3. Sekali aritu, beliau berbuka di hotel atas seponser opis dan time tu jugak kebetulan gua kerja sif petang. Makannay tak berapa selera katanya - sebab beliau sedap2 makan mewah2, suami duk opis makan nasik bungkus saja. Sedih amat dengarnya.

4. Ralat sikit, tem petang2 nak berbuka je ada laa naik pening sikit. Bila tanya nak bebuka apa, masing2 tak tahu. Biasa~

5. Sanggup beliau buatkan tepung teri mandi feberet gua walaupun skill buat kuih beliau ada sikit2 saja. Walaupun tak macam arwah mak gua punya, tapi effort yang dibubuh dalam tu buat benda tu rasa lengkap - kasih sayang nama dia.

6. Terawih banyak lompong2 ini tahun. Satu kekangan kerja. Alasan lain tak diketahui.kihkihkih~

7. Belanja untuk perayaan sangat limited. Sebab nak menyambut Paiseh Jr diberi priority 100%. Tak ada kompromi. Alhamdulillah.... siap sedia dah semuanya.

8. Tahun ni jugak tahun ke-2 besday gua dalam bulan puasa. Dan selebrasinya biasa2 saja. Makan sedap itu mesti walaupun lepas waktu berbuka. Paling terharu, gua dapat adiah yang dah setahun tertangguh. Walaupun terdelay seminggu pemberiannya. Subhanallah.. Tuhan saja tahu gua punya happiness macamana. Terima kasih Syamira Shaedi.

9. Belum sempat bawak balik menantu berpuasa di kampung sebab kemampuan yang terhad. Cuti + tak larat nak travel jejauh. Tak apa lah. Asalakan mereka sihat. Insyaallah tahun depan kite balik bertiga ye =).

10. Fell raya hanya 50-50. Eh. 20-70 saja mungkin. Yang 70 tu honestly kabor, gua lagi teruja nak tunggu kedatangan Paiseh Jr.huhuhu~


Hey kamu.. cepatlah sikit.
Kami tak sabar nak jumpa ni~






July 26, 2012

Tangga 10 Ngetop RUDE Malaysian Habit(at)


Gua pecaye sape2 pun megalami kesukaran na baca. Dahi mesti berkerut. Mata kena tenung dalam2 baru jumpa satu pekataan.
Sini gua  terjemah satu satu.

1. Memandu cara kurang hajor; tukar lane suka hati, cucuk ekor dan suka tekan hon.

2. Suka mencabar papan tanda 'Dilarang...'.

3. Curi parking.

4. Tak kasi seat kat wanita mengandung dan orang kurang upaya. (dlm LRT/bas).

5. Tak menyempat2 kasi penumpang kluar dulu, dah berebut2 nak masuk(LRT/bas).

6. Cakap telepun kuat2.

7. Tak tahan pintu padahal dah tengok orang lain nak lalu.

8. Susah sangat nak sebut Terima Kasih.

9. Vandalisme.

10. Lambat.


Bukan gua yang kabor ni.
Research. Sape research tu tak tahu lah pula.
Tapi memang make sense.



Dalam banyak2 ni yang paling terkesan kat gua sekeluarge skang adalah nombor pat tu. Bulih kata tiap2 minggu makwe embeng mengeluh tak dapat duduk / takde orang bagi duduk. Lagi sakit hati tu, akebanyakannya dah bnampak perut beliau dah saiz tempayan macamtu., terus belakon buat2 tido.
Laki ke, pompuan ke, sama je.
Shame on you lah woi!!!

July 5, 2012

Cerita Dari BeBe vol.2

Habis pasal bola. 
Baguh kan gua. Takde pun entry pasal EURO. pui~
Jumpa di Rio lagi dua tahun dengan Jerman mengkongker semuanya. SEMUA~

Okego Bebe!

Ini budak yg mak gua asuh kat kampung. Ada 3 beradik. Yang ni dengan kakak dia paling rapat dgn gua.
Entah tanpa semena-mena, baru ferstday makwe embeng duk umah (lepas majlis kawin belah Trg), 
boleh pulak rapat macam dah lama kenal. Lepastu tiap2 kali balik kampung, asik nak dengan Kak Gha pulak. Dengan gua pulak buat2 tak kenal.haih~


Gua rase takde lagi kut kat intenet gambor majlis kawin gua kat Teganu itu hari.
Mini2 saja. Sape je nak mari dak? Memang gitu je pelamin nye.
Mari krem juga kaki makwe embeng duh besimpuh mcmtu smpai puko nam.kihkihkih~

Nak sangat ikan paus celup tepung sama ABC kan. Ambik~
Orang tak penah jalan2 Teganu katekan ye. Sekali pekena sifud lima nam
pinggan, esoknye terus sakit2 muntah2. Lepas tu terus elejik sama
celup2 tepung. Tak true langsung.hahaha~


Terengganu lawan Negeri Semilan final Piala Mesia.
Hedband tu pak mertua gua ambik kat setadium. Beliau gi jaga.
Gua duk tengok kat rumah saja menjalankan kempen Boikot FAM Bangsat.

Yeah. Dua sekaligus oke. Sorang anak buah gua, sorang lagi anak buah gua juga.
Sorang bulat. Sorang lagi pun bulat juga.
Sorang tembam gile, sorang lagi pun tembam gile juga.
Berkat pegang dua orang ni barangkali terus melekat wa akap lu.hohoho~

June 27, 2012

Cerita Dari BeBe vol.1

Sebab dah takde cerita sangat nak buat entry walaupun hati macam nak cirit kapur, gua akan mengongsi khazanah karya agung dalam ensep biase2 canggih gua nih. Bukan.. bukan.. gua bukan pesen budak2 hispter nak muncung2 depan kamere. Kebanyakannya memang untuk entry blog. Pui... punya lah tangguh.. Memang  kronik penyakit nangguh2~

Oke go! (kata sifu gua~)

Ya. Gua punya BeBe ni hadiah kahwin2 itu hari. Ni gambor malam hari nikahnya.
Tak banyak gambor2 gua yg macamni wujud sbenarnya. Sila rasa bertuah~


Ni juadah pertama gua masakkan utk keluarga lepas kawen. Bukan.. bukan..
Bukan gua malas. Bini baru gua tu nak dari zaman ngorat2 nak kenal sangat megi perpaduan.. 
Ni lah dia nya~


Ni pun baru2 kawen juga. Gi jenguk abah gua kat Subang, umah adik gua. 
Memang nampak muda beliau ni bila sesekali pekena motobike~

Seminngu lepas kenduri, merua gua buat ibadah makan2 panggang2 bakar2.
Rai pasukan rewang itu hari katanya. Moto byk2 tu barang kes. Sungguh jahat kes itu~

Sesi beli perabot murah2. Dah banyak perabih utk kawen, tepakse lah kan.
Cara paling efisen utk ingat satu2 benda tu adalah tangkap gambor dia.
Macam ni lah~


sambung...

June 15, 2012

Antara Power DanTahi

Salam EURO.

Ini power.




Ini tahi.



Rilek kejap pasal EURO.
Sebenarnya gua nak cakap pasal muzik budak2 baru ni.


Ini power.



Ini tahi.



Ini comel.kihkihkih~

May 23, 2012

Lima Hari Lima Sukan

1. Piala FA : Biasa2 saja. Tak rugi langsung kalau tak tengok. Tahun lepas punya final jugak yang paling pehhh! Apa2 pun tahniah Kelantan dan Sime Darby. Nasib baik yang johan tak payah kena angkat tiang piling 17 kilo.

2. Piala Juara Kelab Eropah : Gua tak tengok. Capek. Dari Napoli kalah aritu lagi gua dah kabor. Ni sume konspirasi nak kasi power tim Inggelen EURO nanti. Pui!

3. Nazmi Faiz Mansor : Gua punye fahaman pesimis sangat ketara bab2 sukan bolo mesia nih. Mula2 gua agak budak ni takat seleksyen saja. Tuptup bulih sain kontrek pula. Tahniah lah. Lantas gua punya pahaman mengesyak, nanti takat main kat bench saja. Tak pun tim reserve. Prove me wrong boy!

4. Dato' Chong Wei : Serius sakit. Gua dah dua kali kena art of seliuh gitu gaya. Haa.. baru la terhiling2 sekor2 puak pengurusan bulutangkis nasional. Olimpik.. olimpik.. pui! Back up mana?? Back up...? Jangan kata nak suruh Rashid Sidek pula yang ganti~

5. Debat : Sukan cakap2 antara 'Bekas presiden pelajar sedunia ketika di UK, akauntan dan  Pengurus Besar Jabatan Penasihat Ekonomi Selangor' lawan 'penerbit Buku Jingga cum Peguam Tajuddin Ramli' ni memang hot gile malam tadi. Segala serangan dipatahkan dengan sempurna oleh 'bekas presiden pelajar sedunia' sambil si 'penerbit Buku Jingga' dengan lincahnya mengelak persoalan duit Petronas dan bapa mertua. Dengan tuan rumahnya mengalu2kan kesinambungan yang lebih padu, makanya molek benarlah diproceed untuk ke tingkat yang paling atas2. Harap2 penghulu jihad wasatiah turun ke gelanggang sukan cakap2 sekali sekala. Eh. Sekali ni pun takpe lah~

May 16, 2012

May 7, 2012

May 4, 2012

Ilmu

Encek Igo gua dah 3 4 bulan tekena penyakit semput.
Start je tak mau jalan. Bukak choke sikit baru idup.
Tu pun kalo lepas minyak balik dia mati semula.
Dah gi serbis ukar minyak dengan plug pun masih sama.

Semalam petang gua nekad pegi antor bengkel.
Pemilihan bengkel yang ideal adalah sangat mustahak untuk mengelakkan trajedi kencing mengencing. Gua bajet2 paling banyak kena pun dalam seratus lebih2 saja. Imajin kena bukak enjin, cuci kaburetar, tukar wayar, tukar minyak gasket bagai...
Pusing2 rural area perumahan gua nih, gua stop kat satu kedai.
Pomen ada dua. Sorang tengah makan pakai chopstik, sorang brader rambut perang kulit sawo matang angkat2 kening kat gua.

"Apa problem?"

"Moto semput bang. Tarik choke baru idup. Kalo naik berat sikit terus mati." gua kasi laporan ringkas.

Tanpa banyak tanya, dia capai playar, bukak casing, sup sap sup sap tak sampai lima menit....

"Dah.."

"Dah ke ni bang?"

"Percaya laa cakap pomen..." gua tak tahu dia begurau ke betul2 kecik ati.

Gua terai start. Eksilen,
Gua terai enjut2. Eksilen.
Gua terai press kuat2. Eksilen.

"Peh.. Power betul. Apa rosak bang? Abang buat apa??"

"Mana bulih bagitau. Ilmu. Ni kalo aku nak caj ko tukar wiring ni senang2 je aku dapat seratus lebih tahu?"

"Hehe.. Ni brape bang?"

"Tiga ringgit."

Cis, rugi gua tiga ringgit.




Ilmu.
Priceless.

May 3, 2012

Fulltime

Menjebak diri dalam dunia kameramera ni menarik amat.
Macam2 hal bulih jumpa.
Macam2 orang bulih ketemu.
Macam2 tebiat bulih tengok.

Satu hari minggu, gua jadi subtitute untuk video kawin kat Semban.
Sembang sikit2 dengan brader potografer rasmi.
Bila gua tanya beliau, fulltime ke part time jadi photog, jawapan dia sangat la epiknye...

"Aku buat part time je. Suka. Nak jugak buat fulltime tapi mak aku marah. Aku cakap rugi la beli kamera mahal2 tak pakai. Mak aku jawab balik... Lagi rugi kau buat loan belajar banyak2 tapi tak pakai..."







Possible~