May 31, 2011

Will I...

"Macamni ok?" soal gua kat Copin yang baru bangun pagi. Jam kat kompiter dah nombor sebelas. Busuknya toksah cakap. Mya laju2 lari turun tangga.

"Tu.. ko tolong tukar nombor plat tu bulih? Taruk 11022011. kn? kn?? haaa..." arahan rasmi dari mulut tak gosok gigi. Kesian nak kelahi2, gua ikut saja. Kalo kelahi pun memang gua nak serender saja. Sape nak bayar gua weh?

Jari mulus gua terus ketik2 tikus sambil sekali2 duk tekan2 kibod. Kerja kena komited. Baru bulih maju. Walaupun gambor pelanggan huduh macamana sekalipun, kena lawa kan juga. Ni lah contohnya. Copin.

Seploh menit berikutnya...

"Macamni?" gua bersoal lagi.

"Haa... baru semat kn? kn? kn??" tersengih beliau menampakkan gigi2 yang macam rel keretapi kena rombak.

"Kena saman JPJ kang lu tanggung seniri aa~" main ejas2 nombor pendaftaran ni kes berat juga. Syaitan simbah asid pun pakai modus operandi macamni.

"Ahh.. takpe. Kan setail tu kn?kn?kn?kn? Ce tengok gambor depan plak..."

Gua skrol imej dalam kompiter ke kanan menampakkan imej depan cover album beliau. Sekeping gambor beliau melutut pakaikan sepatu di kaki tunang beliau. Ye lah. Takkan pakaikan sepatu di telinga pula dok?

"Haa.. semat kan tu. Baru la macam 'Will I marry U' kn?kn?kn?kn??"

.
.
.
.
.
.
.
.


"Lu tengok entry gua esok~" gua kasi sneak peek kat beliau awal2.





Hasil akhir. Puas ati deh~

May 30, 2011

Air Semayang

Di satu pagi di majlis nikah2 di rumah pengantin perempuan di sebuah kampung indah permai di Terengganu, dimana gua sedang menjalankan aktiviti mengabadikan memori terindah pasangan pengantin baru, dimana majlis di orgenaiskan oleh makcik pengantin yang tersangatlah tegasnya dengan protokol serta pegangan adat resam perkahwinan Melayu, gua lapar sebab belum brekfes.

Lapar2 pun gua steady. Komited. Hal2 makan gua simpan. Kasi setel kerje dulu. Baru cerah harapan mahu pekena ayam golek sama udang besar cucuk2. Lazimnya begitulah.

Tinggal bab makan. Ni gua nak cerita, selesai acara akad nikah sama lafaz taklik sume2, makcik si pengantin tadi merangkap orgenaizer, laju2 kasi arahan untuk acara seterusnya. Full of kelamkabut lagaknya. Macam ada acara sumpah2 politik pula.

"Duduk situ. Acara batal air semayang pulak. Cepat2..." tegas beliau kasi suruhan.

"Kenapa nak batalkan air semayang pulak nya. Dah elok ada wuduk tu tak payah laa nak batalkan. Kan nabi galakkan kita ada wuduk tiap masa." suara tok imam steady mencelah. Slow tapi deep.

Wajah makcik orgenaizer bertukar jadi kaler buah naga.
Mahu letak jawatan gua syak.




May 27, 2011

KaraK


Orang kata filem KaraK tu best. Gua dah tengok dia punya poster sama trailer. Rebiu pun dah baca. Tinggal filemnya saja tak tengok lagi.

Apa antu ntah ada kat highway tu. Dah sepuloh tahun lebih gua ulang alik Teganu-KL lalu kut situ. Jalan lama dan jalan baru. Siang dan malam. Naik bas, kereta, van dan juga lori. Tak pernah pula gua jumpa mende pelik2. Habis2 pelik pun bas pancit saja lah. Tak pun lori besar2 merangkak selow2 macam siput nak mendaki cerun. Gua cakap benar saja. Bukan cakap besar ye.

Ni entry gua dedikated sempena tayangan filem tu semalam.











Lambok, lu memang lejend!!!



*credit to MM. my MM ;)

May 23, 2011

Cari Benda Tersembunyi


Sila cari pemilik blog Dekonstruksi dalam gambar di bawah.




Kepada pemenang, tolong carikan Akhbar Sinar Harian Edisi mana2 pun boleh bertarikh 18 Mei 2011.
Gua nak buh dalam frame bagi anak cucu tengok.


*gua harap sangat dapat jumpa abam Deus erk888 kat final Piala FA nanti~

May 19, 2011

Singkat2


Sikit masa dulu Singular pernah gi Indon. Kota Jakarta.
Kat sana katanya macam2 hal di singkatkan sukukatanya.
Bunyi pun kompem lah pelik2. Contoh :

Wartel - Warung Telekomunikasi
Warkop - Warung Kopi
Warnet - Warung Internet
Pemilu - Pemilihan Umum
Gateng - Garis Tengah
Golkar - Golongan Karya
Manula - Manusia Lanjut Usia

...dan lain2. Lu orang pegi laa sendiri sana kalo nak rasa. Tak pun gi tanya Ashraf Sinklaer.




Alkisahnya baru2 ni gua alik Teganu, gua jumpa ni...

Jauh benor menularnya gejala sukukata singkat2 nih.
Oh. Tak tau gorpis dia sedap ke tak. Gua beli otak2 kat kedai sebelah je~




May 7, 2011

Siput Tarek


Truuutttt.. Truuutttt.. Truuutttt..


Gua : Hello bro... best bro.. wat de best bro..

Singular : Assalamualaikum..

Gua : Waalaikumussalam (menjak kawen takleh bro-bro dah ke mamat ni?). Hah Mel, ada apa call aku tadi?

Singular : Malam nanti jemput datang rumah..

Gua : Hah? Ada apa?

Singular : Ada la.. buat makan2 sikit. Aku balik Sabah aritu ada bawak makan lebih sikit. Ajak kawan2 makan.

Gua : Housewarming?

Singular : Tak la. Abiskan makanan dalam peti je.

Gua : Siput tarek ada? (bab2 makan dgn kwn2 ni gua memang takde kompromi. malu2 tolak ke laut)

Ferst time gua pekena menda ni time gi Sabah itu hari. Memang eksotik tahap Bear Grylls. Dia punya feel time tarik2 tu macam tarik flybot! Terimakasih Encek Zakaria dan family sebab blanje makan besar ituhari.

Dia punya bentukmukabuminya macamni~


Dia punya tariknya macamni~

Dia punya cara makan paling eksennya macamni~



.
.
.
.


Singular : Takde la bro. Ada pun aritu yg dah kena tarik. Tak bes. Lenkali balik Sabah aku carikan oke..

Gua : Oh. Takpe2.. (cuba selindungkan hampa.. gua cari2 balik malu yang gua buang ke laut tadi) )


May 4, 2011

Yus


Beliau ni kawan gua menjak masuk U. Sama2 tak abis mengaji. Kena extend sama2. Jadi super senior sama2. Pernah kongsi nasik dalam polisterin sama2. Tapi skarang beliau lagi berjaya dari gua. Jauh gua kena tinggal. Pesen kepala otak bisnes. Pandai betul meniaga. Tahun lepas bukak lagi satu bisnes. Cita2 beliau bukan kodi2 punya - jadi jutawan sebelum umur 30. Sempat lagi tu.. Insyaallah. Gua doakan.

"Ko main game dapat apa? Buat game la baru dapat duit..." - tegur beliau dulu2 time gua tengah hebat main game kompiter yang gua masih ingat sampai skarang. Dah nampak kat situ sifat2 orang berjaya ni macamana.

Sejak hari tu, gua dah tak main game kat kompiter dia dah.
Gua beli kompiter sendiri~