December 28, 2010

Babai Dua Ribu Sepuluh



Gunung Daik bercabang tiga,
Pucuk pauh delima batu,
Selamat tinggal tahun lama,
Selamat datang tahun baru.

*pantun recycle ujung tahun lepas. kehkehkeh~


Macam2 benda pelik jadi tahun ni.
Dari Januari sampai la Disember, gua asik bernapas je.
Makan.
Minum.
Turun naik tangga.
Pegi balik keje.
Oh. Tu semua biasa.

Yang berbeza daripada tahun2 lain...
Gua dapat kerje part-time sendiri2. Fotografer.
Ke hulu ke hilir bimbit Che Nik sampai berurat2 sebelah lengan.
Sampai ke China peginye. Tahun depan insyaalah ke Sabah pula.
Terima kasih FendyMdNor kerana banyak menyifu gua~
Oh. Gua punya peket2 penggambaran kat kantasipi ni. Ketik about.


Lain.
Dekonstruksi dah agak terabai.
Bermula dari Julai time gua merantau dua minggu sebab kat negara Komunis sana takleh ekses blogspot walhal fesbuk.
Balik2 dah jadi malas.
Bukan main2 dia punya malas. Ni real punya malas sampai sehari suntuk buka New Post pun tak tertaip apa2.
Na'uzubillah~


Lain.
Nur Syamira Shaedi.
Cinta hati gua.
Sape gelak gua bubuh papan katil atas tengkuk!



Foto of the year. kehkehkeh~
Budak ni tengah demam panas skarang.
Sila doakan kesihatan beliau. Minggu depan sekolah dah bukak.





*awal gile babai. nampak tak berapa banyak malas gua ada?

December 25, 2010

Panda

Lu orang rindu Copin tak? kehkehkehkeh~


"Uiii. Ko tau, member aku observe gile dengan panda dowh. Belambak dia punya keychain la, gambor2.. profile picture pun dia pakai gambor panda.." Ntah apa jadah Copin kluar bersama topik panda usai ber'Fullamak' berhampiran kediaman kami.

"Errmm.. sebut betul2 weh.." gua.

"Apa? Hah! cari pasal laa tu.. " Copin dah mari serba salah.

"Obses!!! Obses!!! Bukan observe" gua.

Terus buat2 pergi cuci tangan dengan harapan gua tak buat entry pasal ni.
Lu tak bernasib baik Copin.
Sila pasrah.


Rupa2nya teringatkan iklan ni.
Memang horror pun. kehkehkeh~

December 20, 2010

Ceroboh

Gua syak blog ni dah kena ceroboh dengan pendatang la.
Paling dekat gua syak, dari angkasa.

Nanti kalo gua tutup shoutbox tepi ni harapnye, takde la yang kecik ati.
Naik seram pula gua tengok url ketot2 makin banyak kat situ.
Nak ketik? Ingat gua senang2 kena tipu laa tu. heh!

December 6, 2010

Hormat

Satu malam di rumah orang kawen. Selesai gua menyenep pengantin sanding2, seorang makcik main cuit2 blakang gua. Gua toleh. Senyum.

"Eh dik, nak tengok gambar boleh? Lawa tak?" kurius tak patut beliau punya lagak.

Gua tekan butang display kat Che Nik. Terpapar foto2 yang gua senep. Memang... errr... boleh tahan. Gua tunjuk kat makcik tadi. Kalo ikutkan pantang gua punya sifu, gambar dalam kamera memang tak boleh unjuk kat sape2. Tapi ni dengan orang tua2 tak boleh sombong2. Gua kasi kelonggaran sikit. Imej remaja kena jaga.

"Ee.. cantek2 la gambar ni dik." mata masih tak lepas daripada display Che Nik. Khusyuk kemain.

"Lagi.. lagi..." ada demand.

Gua kasi skrol lagi. Terpampang imej anak dara beliau.

"Cantek lah dik. Kasi akak boleh?" kali ni mata dah pandang gua. Dengan secalit mood kesian.

"Errr.. skang ni tak boleh lagi kak. Saya kena transfer dulu dalam kompiter. Nanti dah siap sume akak mintak laa kat pengantin ye?" gua kasi ekspelin cara paling simple.

"Skarang tak boleh ke dik?" kali ni ada campur mood kecewa pulak.

"Tak boleh lagi laa kak. Takde kompiter nak transfer ni." hormat tu hormat juga. Tapi dah menda kerja memang gua tak kompromi. Takat hajat mini2 tu boleh runding lagi.

"Pakai bluetooth tak boleh ke dik??"










Gua tutup mulut kuat2 tahan gelak.
Hormat.. hormat~

December 2, 2010

Tumbesaran

Beberapa tahun dahulu di makmal Sains Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Semua Duk-Asrama. Cikgu Hasnah Maidin sedang mengajar silibus pembiakan dan persenyawaan. Agak berbeza daripada hari biasa, semua pelajar lelaki cerah mata hari itu.Tak tahu mengapa. Mungkin pelajar lelaki memang bersungguh2 mahu belajar. Tidak seperti pelajar perempuan. Masing2 merah muka. Di penghujung kelas, biasalah. Tentu ada sesi merevisi pembelajaran hari itu.

Bertanya dia kepada seorang pelajar lelaki. Baru 15 tahun dah kacak pelajar tersebut. Soalnya... "Peringkat manakah tumbesaran manusia paling cepat?". Dengan kompiden tak patut, pelajar lelaki kacak tadi menjawab "Remaja!"

"Salah."

PAP!! PAPP!!!

Birat2 telapak tangan pelajar tadi. Terhakis sedikit rasa kacak.

"Remaja tu kedua paling cepat. Tumbesaran manusia paling cepat di peringkat...."

"Bayi...!!" satu kelas menjawab secara muafakat~






.........................................





Satu pagi baru2 ni, gua dalam dilema. Nak pakai jeans ke slack. Jeans ke slack. Slack ke jeans. Untuk pengetahuan, dah lebih setahun gua tak pakai slack. Gua punya attire kerja memang tak memerlukan dressing mat2 pejabat. Bebas asalkan sopan. Canggih bukan?

Tapi yang buat jadi dilemanya, hari itu gua punya boss menjemput untuk hadir meeting dengan kastemer. Tak pernah sebelum ni. Pada pikiran gua, sekali sekala pada situasi macam ni, perlu berdressing formal dan normal macam pejabat2 lain. Kang dikata selekeh pula. Mentaliti masyarakat memang tak boleh nak ubah dengan gua sorang2 dressing jeans pada waktu kerja. Tak salah. Tapi macam salah. Apa punya mentaliti la orang kita ni. Merepek.

Belek punya belek, terjumpa juga sehelai slack cekelat. Tak silap, slack itu laa gua pakai time interbiu dulu. Tak lama. Dua tahun lepas.

Gua sarung. Masuk kaki kanan. Lepas tu kaki kiri. Sunnah.
Step akhir dalam proses pakai seluar ni ialah kancing butang, zip dan tali pinggang. Baru gua kerjakan prosedur pertama yakni kancing butang....

Hupp!!! Ketat~
Meleweh jadinya. Tegang kemain jahitan butang jadinya~




Mungkin gua ni manusia yang masih di peringkat tumbesaran. Tak bayi pun, koman2 remaja la gua kasi. Heh.

Senyum~