Time skolah dulu gua cukop minat pinjam komik Mutiara Naga yang Mat Tai punya. Pinjam dengan baca skali laa. Mat Tai ni memang paling anchor laa bab2 komik. Mutiara Naga. Misteri Naga. Anak2 Wira. Pedang Setiawan. Raja Rimba. Jejak Wira. Slam Dunk. Bulih kata sume komik top dia ada kumpul. Biasa laa. Dah ada aset tu banyak laa orang nak pinjam. Sebab tu Mat Tai ni kemahen masin dia punya kedekut. Ada time tu dia beli komik sorok dalam sepender pasal takmo bagi orang pinjam.
Lain kali laa gua cite pasal Mat Tai ni. Gua takmo ngumpat lebih2. Dosa banyak. Hari Jumaat. Gua nak selawat je laju2. Skarang ni nak kabor yang gua tunggu citer Dragonball Evolution. Jangan nak provoke dengan Geng. Gua dah tengok. Dan nak tengok lagi. De best!
Gua ushar2 trailer, macam hebat laa jugak. Efek tu jadi laa. Dah bajet juta2 kalu tak jadi baik buat teater Impak Maksima je dak? Director pulak si Stephen Chow. Seperais laa jugak. Gua was2 dah ni. Kalu orang klako buat citer siyes jadi2 tak jadi kut. Cast pun macam kena2 tak kena je. Gua paling nak tengok watak jahat. Pikor. Cell. Fliza. Dan Majin Buu. Jahat sangat weyh diorang ni...! Kalu tahap Castello tu lu bulih tido je kat panggung. Tapi ada ke tak dalam pilem ni tak tau. Kat trailer pun gelap je. Malu2 nak kluar. Haih..
Kalu lu orang ada ambik cakna pasal Mutiara Naga ni, dalam komik ada satu watak hero di kalangan manusia biasa. Encik Satan. Betul2 ada rupanya kat muka bumi ni.hahahaha..!!
*ada sesapa nak buking gua tengok wayang??
sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
February 25, 2009
February 24, 2009
Snippet-snippet Delima Kahwin
Lets say this month bulan nam ni, ini saja satunya peluang paling awal untuk dia jumpa mak kau. Take it. Ambik je. Makna.. antara bulan dua sampai bulan nam ni ada cara apa.. ko guna je. Ko basuh..
Tapi jangan laa basuh mak kau..
Ok.. mak engkau tak setuju sebab apa?
First skali.. sebab Johor.
Uphold the family values. Jauh.
Aku nak cerita la time aku keluar ngan awek aku dulu kan.. kitorang gi the curve la.. kita ni kadang2 waktu semayang pun kita macam buat tak tau.. aku diingatkan oleh dia waktu semayang.. aku segan.. benda tu aku cakap kat mak aku.. mak aku kata betul ke.. Betul mak.. saya pun segan..
Kalau perlu, tambah cerita lah.! Ahh.. tipu tak apa..
Sebab kadang2 pompuan pun.. mak kita masa muda pun takde laa masak sedap pun. Dia dah masak hari2 patploh tahun memang laa beza. Jangan la judge dengan benda yang sama..
Kalu kawin tak pakai mak ayah macam kat US tu.. aku buat dulu dah. Skarang ni kalu nak kawen tak buat benda tu, nak kena kawen lari laa..
Dia cakap..kalu kawen memang laku. Tahun pertama kedua tu dia... member aku cakap memang banyak dugaan. Memang laku laa dia kata. Dia pun tak tentu pasal. Dulu susah nak tekel pompuan ni.. tetiba lak.. dah senang. Kena hati2 laa dia kata..
Itu belum lagi pompuan offer... offer diri pun ada gak..
Offer diri lagi bahaya..
Tak.. offer diri tak bahaya.. tapi kalau lepas cerita tu terbongkar.. itu bahaya. hahahahaa.!! (gelak tanpa tanggungjawab)
Babak lengkap sila rujuk Prosper.
Awal2 nak kabor, gua takdak terlibat langsung dalam pembikinan drama ini. Gua makan landak, kanda TM kata jodoh lambat datang. Gua caya2 takut dah ni. Teh tarik pun gua tak minum.
*warna menunjukkan individu yang belainan
Tapi jangan laa basuh mak kau..
....................
Ok.. mak engkau tak setuju sebab apa?
First skali.. sebab Johor.
Uphold the family values. Jauh.
....................
Aku nak cerita la time aku keluar ngan awek aku dulu kan.. kitorang gi the curve la.. kita ni kadang2 waktu semayang pun kita macam buat tak tau.. aku diingatkan oleh dia waktu semayang.. aku segan.. benda tu aku cakap kat mak aku.. mak aku kata betul ke.. Betul mak.. saya pun segan..
Kalau perlu, tambah cerita lah.! Ahh.. tipu tak apa..
....................
Sebab kadang2 pompuan pun.. mak kita masa muda pun takde laa masak sedap pun. Dia dah masak hari2 patploh tahun memang laa beza. Jangan la judge dengan benda yang sama..
....................
Kalu kawin tak pakai mak ayah macam kat US tu.. aku buat dulu dah. Skarang ni kalu nak kawen tak buat benda tu, nak kena kawen lari laa..
....................
Dia cakap..kalu kawen memang laku. Tahun pertama kedua tu dia... member aku cakap memang banyak dugaan. Memang laku laa dia kata. Dia pun tak tentu pasal. Dulu susah nak tekel pompuan ni.. tetiba lak.. dah senang. Kena hati2 laa dia kata..
Itu belum lagi pompuan offer... offer diri pun ada gak..
Offer diri lagi bahaya..
Tak.. offer diri tak bahaya.. tapi kalau lepas cerita tu terbongkar.. itu bahaya. hahahahaa.!! (gelak tanpa tanggungjawab)
....................
Babak lengkap sila rujuk Prosper.
Awal2 nak kabor, gua takdak terlibat langsung dalam pembikinan drama ini. Gua makan landak, kanda TM kata jodoh lambat datang. Gua caya2 takut dah ni. Teh tarik pun gua tak minum.
*warna menunjukkan individu yang belainan
February 23, 2009
Berkenalan Dengan Encik Lan bin Dak
Landak atau dalam bahasa saintifiknya Hyistrix Brachyura,dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’ (tapi bukan spesis babi/khinzir).
Landak mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai “duri cangkut seni” boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya. Budak-budak pula sibuk nak ambik duri landak buat penunjuk mengaji. Kalau berani, serang laa kalu nak sangat...!
Di sekolah.. jika seseorang mempunyai gaya rambut yang mencacak2, beliau berpotensi besar dikenakan nama manja 'landak' oleh kawan2. Dan lazimnya gelaran itu lekat sampai beliau beranak cucu.
Tak lupa juga di alam internet, terdapat individu yang menamakan diri ataupun laman peribadinya sebagai landak. Yaa.. agak cool bunyinya. Contoh terdekat ialah seperti landaklaut.blogspot.com. Kacip kan??
Dikhabarkan daging landak sangat lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak berserat umpama oat. Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang apatah lagi daging ayam KFC.
Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia. Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Bayangkan kalau dikomesilkan. Tak leh cari makan laa tokei minyak gamat.
..............................
Gua bukan saja2 cerita.
Gua dah pekena.
Walaupun gua makan dengan muka ketat sebab tahap eksotik yang tinggi, tapi memang nangkap.
Ada rasa serai wangi, ada rasa bawang goreng, ada rasa abuk kayu.
Natural abess..!!
.....
"Eh..bukan landak makan semut ke??" gua.
"Tu tenggiling laa ngekk!!" Wahidi (tokei landak).
February 21, 2009
Mengapa Orang Bunuh Orang, Sungguh Jahat Orang Itu
Gua dapat Es-Em-Es pelik lagi...
Sender : +0134508923
Jikalau Anda Boleh Tahan Nikmat Video Aksi Hebatku, Sila Tulis ON ROTA Dan Htr Ke 32338. Lebih 100 Koleksi Video Clip Hebat menunggu Anda! Pndftrn FREE
.........................................................
Hape jadah ni...??
Pegi Amerika laa belakon porn.. baru buleh kaya...!! Tu pun kalu lu lawa la. Kalu takat bintang filem 3gp baik lu pegi masjid belajar berzanji!!
Oh.. mungkin aksi libas gunting yang lu nak bagitau.
Gua sangka baik je ni.
Takmo syak buruk dah.
Dosa.
*gua saja bagi nombor telepun dia. bisnis tolong melayu.
February 20, 2009
Lama2 Dengar Jadi Nangkap Pulak Lagu Ni
Maghrib Khamis di basuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu esok solat Jumaat
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya doakan rembulan
Keringkan jemuran
Rindu hanya satu esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu diri yatim piatu
Malam pun larut Khan Yunis
Terlena dipintu
Belumpun subuh api menyambar
Lebur kacar jendela
Maut berjelubu mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat menggengam baju basah
Airnya mandikan Gaza
Doa mu tulus Khan Yunis
Malam pun larut Khan Yunis
Terlena dipintu
Belumpun subuh api menyambar
Lebur kacar jendela
Maut berjelubu mayat masih disitu
Jari merah kecil
Erat menggengam baju basah
Airnya mandikan Gaza
Doa mu tulus Khan Yunis
................................................................
Semalam...
Prosper : Jom weh. Murah ni..! (sambil tayang kupon MekDi - MekVeliu RM6.95)
Gua : Uhhh..! Boikot..boikot!!
ChezzOh : Alaa..ko tau. Israel serang tu pakai duit tahun lepas punya laa. Ni nak topap untuk tahun depan pulak.
Gua : Cilakak!!
*gua terinfluence dengan fesbuk ciktiqah
**jangan lupa tekan butang R. waktu solat
February 19, 2009
Mengoma
Tiga kali nak impit kete orang.
Dua kali nak impit moto.
Sekali terlanggar lampu merah.
Dua kali kena hon kat trafik light sebab lambat jalan.
Dua kali naik high-beam.
Dua kali langgar lobang.
Sekali injin mati.
Gua mandu ballik keje dalam keadaan 60 persen sedar. Ngantuk weyh.!!
Dah lama gua tak buat2 gagah untuk tak tido langsung dua puluh pat jam.
Mata gua dah merah.
Kepala gua denyut2.
Sendi gua sengal2.
Gua nak koma.
"Ai follow!" kata Abang Jem dalam pale otak gua.
February 18, 2009
Foto Menunjukkan Abang Spageti Menunggu Pelanggan
Ekskusif..!!!
Tu..tu.. adik tengok. VW Golf. Bekenan betul.
Ingat2 nak angkat gak laa satu.
Tak salah dah kalu gua bahasakan dia 'pakcik' rasanya.
Spesis Gua Jugak Ke??
Dah dua minggu gua tak pekena spageti-sedap-dan-banyak-simpang-Wangsa Melawati. Time cuti, gua pegi tak bukak. Ari2 lain gua tekun kerja. Tak sempat. Ujan. Sidai kain. Sapu rambut. Tebas rumput. Taruk minyak kat rantai beskal. Main FM. Tukar plastik sampah. Malas. Dah!
Lepas isyak tadi, dengan hati bunga2 dan perut lapor gua pergi cari makan. Sampai kat gerai dia, belum sempat gua matikan injin Incik Igo...
"Lama tak nampak kamu? Ingat dah tak makan spageti dah. Ni dah abis la dik. Lambat sangat kamu ni." pakcik spageti terus sound.
"Loh..! Abis?? Aritu datang tak bukak pun." gua belakon marah.
"Minggu lepas demam. Tiga ari tak bukak. Ni pun tak sihat lagi ni." (baca dalam nada kesian)
"Ooo.. ye ke pakcik. Pelan2 kayoh laa. Erk.. betul ke dah abis ni??" air liur gua dah kecur.
"Betul... dah abis." sambil geledah taperwer tunjok bukti.
"Kuah pun abis?"
"Ada. Nak makan dengan mi kuning? Buleh lagi ni." paham je dia gua tak into dengan dia punya mi rebus.
"... Buleh laa.." time kempunan, kulit mangga pun gua into.
"Ambik nombor telepun ni. 016-246****. Senang sket. Bleh tanya dulu ada ke tak. Err.. taruk nama..Abang Spageti."
.
.
.
... sambil sengeh tahan getar kat perut, gua buat2 taip kat telepun.
Lepas isyak tadi, dengan hati bunga2 dan perut lapor gua pergi cari makan. Sampai kat gerai dia, belum sempat gua matikan injin Incik Igo...
"Lama tak nampak kamu? Ingat dah tak makan spageti dah. Ni dah abis la dik. Lambat sangat kamu ni." pakcik spageti terus sound.
"Loh..! Abis?? Aritu datang tak bukak pun." gua belakon marah.
"Minggu lepas demam. Tiga ari tak bukak. Ni pun tak sihat lagi ni." (baca dalam nada kesian)
"Ooo.. ye ke pakcik. Pelan2 kayoh laa. Erk.. betul ke dah abis ni??" air liur gua dah kecur.
"Betul... dah abis." sambil geledah taperwer tunjok bukti.
"Kuah pun abis?"
"Ada. Nak makan dengan mi kuning? Buleh lagi ni." paham je dia gua tak into dengan dia punya mi rebus.
"... Buleh laa.." time kempunan, kulit mangga pun gua into.
"Ambik nombor telepun ni. 016-246****. Senang sket. Bleh tanya dulu ada ke tak. Err.. taruk nama..Abang Spageti."
.
.
.
... sambil sengeh tahan getar kat perut, gua buat2 taip kat telepun.
February 17, 2009
Mari Main Pen... (eh..!!) Mari Main Tenis
Amaran : Ini entry banyak gambar.
Dengan gagah berani, gua dah menyahut cabaran Cik aim-a semalam untuk lawan tenis sama Incik Arip Samat. Gua tak sentap langsung walaupun dah lama gila gua tak pegang raket. Last sekali gua ingat masa form 3 dulu. Time tu gua jadi gerun nak main tenis sebab tengok tangan member gua yang-terer-gile-sampai-jadi-wakil-negeri jadi cacat. Lengan jadi tak sama saiz. Tak kacak langsung!
Alang2 gua balik keje awal dan AripSamat ponteng keje, tambah pulak Cikgu Hassan ada mari singgah, memang kena sangat. Gua memang tengah gian nak beriadah. Semalam jemaah auditor main badminton tak tunggu gua balik keje. Apehal main badminton pukul dua? Duk laa umah dulu tunggu gua sambil tengok Nona.
Ajak time nafsu sukan gua mendidih ni memang malang la diorang.
Tau2 sudah sape sayur sape pisau potong daging.hahahahaa..!
AripSamat dengan gaya Roddick versi lebih boroi
Bekhen tu bekhen laa jugak.
Lu buat gaya kangkang nak tunjuk kat sape??
Stail Cikgu Hassan yang baru
mari cinta dengan tenis.
Pukul bola pun pesen malas.
Banyak daging lebih gua syak.hahahahaa...!!
....
Gua time kena rasuk dengan roh brader Federer.
Agak2 kalu kat Roland Garros orang kompius tak?
......
Buleh nampak jelas sape yang lagi berjaya dan bergaya. hahahahahaa...!!!
"Rambut aku gini lawa dok Seh?" - Cikgu Hassan
*terima kasih AripSamat selaku penaja raket dan bola.
**ekor rusa dalam megi, esok lusa main lagi
February 16, 2009
Dendam Kesumat Bersama Arip Samat
Arip Samat ni budak Johor. Gua ingat dia duk Muor. Tetiba malam tadi ngaku duk JB. Mana2 laa.. Yang gua tau dia bukan asal KL dan takde kaitan langsung dengan Fahrin Ahmad. Sahih. Dan dia ni suka tengok Mari Bertarannum dalam status pakai seluar pendek dan belum solat Asar.
Budak Arip ni gua kenal kat Sekolah Islam Sungai Pusu lagi. Dia memang atletik. Gua tau dia jadi killer sepaktakraw. Jadi wakil. Walaupun saiz badan buleh disamakan dengan jentera di sawah padi, bab2 lipat gulung bola takraw dia hebat. Hebat setara mana gua tak tau sebab tak penah tengok sendiri. Gua caya je.
Sukan2 lain pun dia into jugak. Futsal. Ping pong. Badminton. Dan latest dia taruh angan2 nak jadi Nadal. Gua dengar2 baru nam hari main tenis. Dah ada raket dua ketol. Pehh.. giler bersunggoh2! Hujung minngu time peak period untuk auditor2 bertauliah macam dia, pun sempat gi tala court tenis. Punya laa pesen kaya auditor ni, dia register Fittness First semata2 nak wat jadi port mandi ngan salin baju. Gua tak paham. Tapi hebat2 mana pun, sampai mengandung dia tak leh celen gua main bola tampar. hahahahaaa..!!
Time free2, ada laa nampak kelibat dia mari kat gua punya Villa Wangsa Melawati. Punya laa atletik mamat nih, sampai permainan kompiter pun dia terer. Tapi gua mana bleh kalah. Walaupun selama ni rate kalah-menang lebih kurang sama berat, tapi kalu gua saja2 buat tak menang kemahen suka dia. Sebulan pun duk ungkit lagi. Gua kadang2 mari panas jugak.
Gua dah tak boleh sorok.
Gua kalah2 dulu pun takdak laa sampai bolos nam bijik satu game. hahahahaha...!!!
Budak Arip ni gua kenal kat Sekolah Islam Sungai Pusu lagi. Dia memang atletik. Gua tau dia jadi killer sepaktakraw. Jadi wakil. Walaupun saiz badan buleh disamakan dengan jentera di sawah padi, bab2 lipat gulung bola takraw dia hebat. Hebat setara mana gua tak tau sebab tak penah tengok sendiri. Gua caya je.
Sukan2 lain pun dia into jugak. Futsal. Ping pong. Badminton. Dan latest dia taruh angan2 nak jadi Nadal. Gua dengar2 baru nam hari main tenis. Dah ada raket dua ketol. Pehh.. giler bersunggoh2! Hujung minngu time peak period untuk auditor2 bertauliah macam dia, pun sempat gi tala court tenis. Punya laa pesen kaya auditor ni, dia register Fittness First semata2 nak wat jadi port mandi ngan salin baju. Gua tak paham. Tapi hebat2 mana pun, sampai mengandung dia tak leh celen gua main bola tampar. hahahahaaa..!!
Time free2, ada laa nampak kelibat dia mari kat gua punya Villa Wangsa Melawati. Punya laa atletik mamat nih, sampai permainan kompiter pun dia terer. Tapi gua mana bleh kalah. Walaupun selama ni rate kalah-menang lebih kurang sama berat, tapi kalu gua saja2 buat tak menang kemahen suka dia. Sebulan pun duk ungkit lagi. Gua kadang2 mari panas jugak.
Gua dah tak boleh sorok.
Gua kalah2 dulu pun takdak laa sampai bolos nam bijik satu game. hahahahaha...!!!
February 15, 2009
Sejak Jadi Tali Barut Pak Lah, AzrieHafiz Dah Pandai Main Bahasa.
Kalau anak-yang-lahir-engkau-tak-kahwin orang panggil anak luar nikah.
Kalau anak-ex-engkau-kahwin-dengan-orang-lain nak panggil apa? Anak luar cinta.
*tu tak masuk lagi tebiat beliau pagi buta potong gua masuk bilek ayer sambil nyanyi kelapa dan orked...
Kalau anak-ex-engkau-kahwin-dengan-orang-lain nak panggil apa? Anak luar cinta.
*tu tak masuk lagi tebiat beliau pagi buta potong gua masuk bilek ayer sambil nyanyi kelapa dan orked...
February 14, 2009
Mi No Spik Inglish
Gua kerja jadi jaga jaringan telekomunikasi untuk Tanah Melayu. Jaringan DWDM dengan SDH. DWDM ni dia bawak intenet dari Amerika sampai Amerika. Masuk kut Tanah Melayu ikut Tanah Siam dan tembus ke Tanah Singa terus ke Hong Kong. Paham tak ni..??? Ada interconnect kat Padang Besar dengan Bukit Kayu Hitam yang sambung dari Tanah Siam. Kkalu ada ralat kat belah2 sana laju je budak2 operation nak pegi. Yang kat region KL pun sanggop nak pegi bekki. Murni sunggoh niat mereka.
Keja gua jawab2 telepun ngan balas emel je. Ada jugak kena buat connection. Gua bukan malas nak keluar sana sini. Kalu gua keluar kang takdak orang nak jaga opis. Kesian makcik kliner ari2 buat air takdak orang minum.
Dan tadi ada customer dari Tanah Siam telepun. Gua pun mari pelik jugak. Biasanya pakai emel jeh. Bos gua cakap lagi baguh buleh paham daripada dengar diorang mencarut kut bahasa Ong Bak. Gua angkat...
"Hallow..." gua.
"Yes.. I'm Sassiporn from Jastel." euuuww.. ahmoi..
"Yes Ms Sassiporn."
"Yes can you please check this circuit es..pi..six..three..desh..jiro..jiro..three." ...gua cuba2 paham.
"Aaa... Ok miss. Hold on please." gua check..
"Hello Miss Sassiporn. I've already checked on our NMS.. we found that no alarm on the circuit." gua kasi kompiden sket.
"What alarm??"
"Err.. no alarm. That's mean should be no error on that link." hebat sangat ke lidah gua spik Inglish sampai tak paham.
"No.no.. mm.. our site.. customer.. had alarm." dia stat bagi gua kompius.
"Excuse me??"
"Aa.. customer.. call we.. detect down.. we.. no alarm.." gagap2 dia.
"Aaaa???"
"Err.. ok. You check no alarm. Customer.. down.. after..after..afternoon..." adeh.. apa punya carut daa.
"Khaapp..! Can you please just email the problem to us..khaapp..!!" gua try mintak setulus hati macam Tony Jaa.
Diam. Merajuk ke??
"Can you?" gua tanya lagi.
"Ok.. I will email you. You can... confirm can.. err.. our customer.." gagap2 telo Siam lagi dia.
"Ok...ok.. just email us." gua dah menyirap nak layan.
"Ok.. "
"Ok.. Thank you khapp.." gua torai.
"Yess.. yes.. thank you."
"Welcome. I love you .. khaapp...!" hahahaha..! Kata valentine dak?
Tuuut.. tuuut.. tuuuut..
February 13, 2009
Selamat Hari Jumaat
Lima belas setengah daripada tujuh belas.
Mantap kan majoriti tu..? Yaa.. memang beloggers penyayang laa lu orang nih.
Lu orang lagi concern cerita pendek kat bawah dari cerita panjang huhahuha kat atas. Sekarang semangat gua bedensyum balik. Macam menuju puncak. Hebat laaa lu, lu, lu, lu......dan lu. Mmmuuaaahhh...!!! (jangan bimbang.. gua straight)
Pasal entry gua yang kat bawah ni. Gua memang mati akal.
Penat. Lenguh. Lembab. Mengah. Songo. Merbuk. Sabut.
Rasa macam time-kebulur-pegi-kedai-makan-nak-order-takdak-orang-layan.
Itu kemarin.
Biasa laa.. kata normal dak? Ada time sengih sampai sekben. Ada time masam tahap dodol basi. Ada time hati bunga2. Ada jugak time jiwa luluh.
Tapi gua biasa2 saja. Belum parah.
Untuk balasan, gua nak bagi ucapan Selamat Hari Jumaat kat lu orang.
Dan TERIMA KASIH.
*no service interruption
Mantap kan majoriti tu..? Yaa.. memang beloggers penyayang laa lu orang nih.
Lu orang lagi concern cerita pendek kat bawah dari cerita panjang huhahuha kat atas. Sekarang semangat gua bedensyum balik. Macam menuju puncak. Hebat laaa lu, lu, lu, lu......dan lu. Mmmuuaaahhh...!!! (jangan bimbang.. gua straight)
Pasal entry gua yang kat bawah ni. Gua memang mati akal.
Penat. Lenguh. Lembab. Mengah. Songo. Merbuk. Sabut.
Rasa macam time-kebulur-pegi-kedai-makan-nak-order-takdak-orang-layan.
Itu kemarin.
Biasa laa.. kata normal dak? Ada time sengih sampai sekben. Ada time masam tahap dodol basi. Ada time hati bunga2. Ada jugak time jiwa luluh.
Tapi gua biasa2 saja. Belum parah.
Untuk balasan, gua nak bagi ucapan Selamat Hari Jumaat kat lu orang.
Dan TERIMA KASIH.
*no service interruption
February 12, 2009
Kadang2 Batu Jemala Gua Jadi Kosong
Didalam rumahnya.. kerusi dan meja yang ada di ruang tamu pula di tendang hingga rosak.. "Esok diganti baru... !! hahahahhahahahaha..!!"
Si isteri yang belum mengetahui apa-apa.. sangat terkejut dan berkata pada suaminya.. "Abang dah gila ke? Barang yang masih elok.. di tendang hingga rosak.. dari mana nak cari wang untuk beli gantinya?"
Jawab si suami... "Awak diam!..jangan banyak cakap... !"
Sambil berjalan ke arah TV dan audio set yang ada di rumahnya.. lelaki itu menendang sambil berkata.. "Ini juga, esok diganti baru...hahahahahahahaha..!!!" ketawanya makin kuat..
Si isterinya sudah tidak sabar lagi dan terus membebel suaminya... "Kenapa semua ini di rosakkan...? Apa yang abang nak sebenarnya ni??"
Si suami yang sangat marah pada isterinya.. terus menendang si isteri sambil berkata.. "Yang ini jugak.. esok aku akan ganti baru... !" Dishh..! Dishh..!!
....................................
Sehari dua ni gua sangat buntu. Macam jalan mati.
Kedudukan bulan yang agak jauh dari paksi bumi masa ni buat gua jadi sangap.
Sebelum gua mencarut baik gua berenti menaip.
Titik.
*tiada kaitan dgn cerita di atas. tau laa malam ni malam sunat. hati2 la jugak.
February 10, 2009
Tahap Kepantasan Berkadar Songsang Dengan Usia?? Ahh.. Gua Tak Caya..!
Abis belajar, keja pertama yang gua kerjakan ialah Data Entry Clerk. Ni yang betul2 keje laa. Kalu nak ikut keja yang tak berapa betul, gua ada follow member2 ambik upah jadi kuli katering. Ada jamuan ada la keje. Ada keje ada laa upah. Tu kalu ada. Time takde gua nganga je kat bilik main lipat baju.
Keje data entry ni best jugak. Kompeni gua tu buat projek untuk Atsro. Borang Astro ni bukan sikit dia punya detail kena taip. Dengan nombor2 segala. Nak2 pulak yang duk Sabah Sarawak nun. Yang pesen alamat surat menyurat pakai P.O.Box tu. Dua jenih alamat kena masuk. Tak buleh sedap2 copy-paste je. Kena pulak time tu World Cup ngan AF4 baru stat. Order memang sakan gile. Sebab sistem tak berapa nak laju, dia bagi 2 ketul kompiter sorang. Skill menaip gua memang tangkas. Alat trengkas pun bleh menangis kalu dia tau. Cakap je gaya apa gua tak buat. Kuak kupu2 malam? Sambil-menaip-minum-air-makan-maruku? Kibod melayang tanpa bayang? Tikus cari pad? Sume gua dah khatam. Buleh kata sebulan sekali kibod gua kena tukar sebab rosak.
Setahun lepas tu gua dapat keje kat Seri Kembangan. Kali ni projek Kad Senyum ExxonMobil punya. Pun ada kait dengan taip menaip jugak. Tapi kali ni gua belajar hikmat baru - menaip sambil bercakap telepun dengan customer. Gua langsung tak kesah sebab gua memang si bakat. Jari2 runcing gua tetap cergas dan tangkas meraba2 butang kibod. Takat member data entry duk sebelah gua buat 500 borang sehari, gua tak kesah langsung. Kadang2 diorang yang mintak tolong gua pulak.
Tapi...
Tadi gua duk godek2 tenet, gua jumpa speedtest.
Bukan speedtest kete. Ni speedtest jari pantas.
Gua torai. Sudahnya...
Lambat macam labi2 mengandung
Gua musykil sangat nih.
Jari gua dah pendek ke?
Ke kibod dah tukar pesen??
February 9, 2009
Air Wanita Yang Pelbagai
Hassan : Banyak habis boh... Orang rumah aku nak beranak ni.
Gua : Nape ngat nya?
Hassan : Oloh mu. Kat lima ratus abih boh. Barang2 hok aku letak dalam blog tu. Napok je gitu...
Gua : Aaa..? Biar betul mu. Beli nape sapa lima ratus??
Hassan : Mu tau baju budak..? Koman2 doploh ringit boh. Baru baju...
Gua : Pehh...!!
Hassan : Sluar. Sarung tangan. Pahtu jaring serkup. Pampers anak. Pampers mak lagi...
Gua : Uikk...! Mak pun kena pampers gak ke??
Hassan : Haaa laa. Kan air nape doh.. yang pompuan beranak tu..
Gua : ...
Hassan : Alaa... Orang pompuan lepas beranak kluar air kang...
Gua : Air MENGKUBAN??
Hassan : Tu KETUBAN la bengong...
Gua memang tak amik subjek Ekonomi Rumah Tangga untuk PMR.
February 8, 2009
Time Mari Rajin
Euuwww... gua dapat award!
Anugerah dari Incik Shukrimun bin Shamsudin (gua teka2 je nama lu nih.. hahahahaa....!!!)
Kampung beliau kat Pulau Kerengga, Marang, Terengganu. Sape2 nak pergi pulau ni bleh naik kereta, motosikal ataupun apa2 pengangkutan darat yang boleh bergerak dan ada bahan bakar. Kalau nak naik bot gua syak tak sampai sebab pulau ni kat darat dan agak jauh dengan pantai. Nak tau banyak lagi lu orang tanya ketua kampung dia.
Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!
10 Fakta/Hobi Gua...
Fakta :
- kecik2 dulu gua gemok
- gua khatam ngaji dan berkhatan darjah 5
- masa sekolah rendah gua jadik ketua pengawas
- masa sekolah menengah 2 kali je abah gua melawat - hantar masa form 1. ambik masa form 5.
- masa kat U gua 'grad sendiri'. hahahahhaa...!!
Hobi :
- kecik2 gua suka main karom
- besar sikit gua suka main bola tampar
- masa remaja gua main CM/FM
- zaman belia gua suka main tido
- zaman tua... oiittt.. gua belom tua lagi!!!
Gua kena pilih 6 orang daripada lu.. lu.. lu.. lu.. dan lu untuk diTAG.
Hoh... jangan salahkan gua. Gua hanya bertindak mengikut arahan.
Jangan bimbang. Lagi seksa kena cucuk rubella.
- Cik TapakSulaiman
- Cik AtiQah
- Cik BudakHijau
- Puan Landaklaut
- Incik KARKADEWA (lu memang kacip)
- Cik Aim-a-b-c-d-e-f-g-h.... (penyubiru ajar. hahahahaa..!!)
*ahh.... gua tak rajin nak taruk link
..................................................
Gua ushar2 balik... gile jambu belog ada logo-pink-gambo-pompuan!!
Wallaweh...!! Lagipun tu utk versi 2008 kut.
Gua takmo lu orang ketinggalan zaman.
Gua alter... jadi cenggini...
Kacip tak.? hahahahahaha...!!!!
Kacip ke tak gua tak kire.
Mereka2 yang kena.. jangan malu2. Sila ambik.
update 3:49pm - gua nak TAG Cik JaneDoe jugak.. dia volunteer.
February 6, 2009
Lu Orang Takyah Kecoh2.. Ni Es-Em-Es Tak Serius
Gua - bla..bla..bla.. Perak pecite weh?
Dia - Perak? Aku murka dgn sultan, tolol punya ameno totok, susuk duit cket cair...mlm ni ada phimpunan 100ribu rakyat kat ipoh..
Gua - Jgn ckp saja. Ko ipohian.kena pegi. Sultan pn sama naik je. apekes?
Dia - Aku nak bubarkan sultan..aku baca blog politik, diorg kutok sultan perak je.. buat pilihanraya fair n square..ko nak tgk aku pemes x? Aku ngaku najib sontot aku
Gua - Haha..! Patut la jln kengkang. Aku nak jadi saksi pendakwaraya. Nk wat repot polis nnt bgtau aku. Aku nak balik ni.lapo weh!
Dia - Haha.xrasa la mat mongol punye kecik je.oke bebeh..salam reformasi!
Gua stat Incik Igo sambil terbayang2 beliau bersumpah laknat tergagap2. hahahaha...!!
*kepada yg berkenaan... kes ini gua anggap sulit-macam-kertas-SPM-kaler-biru. jangan risau!
February 5, 2009
Gua Pun Boleh Main Politik Laa Kalu Gua Nak
Sekarang duk kecoh2 kat Perak. Tengok berita jam lapan kat tiwi tadi gua rasa macam tengok Manbelon. Lagi2 ada Si Botak Monggol melawak. Gua ter'kesot'. Sebab tu bab2 politik gua follow intenet jer. Lagipun tahap kesihatan gua skang tak sampai 90 persen pun ni. Tak larat nak pikir banyak2 walaupun gua takde kaitan ngan negeri Perak (tak tau laa esok2 gua kena balik raya ke sana.hahahahaa!)
Rumit2 pikir pasal politik nih... si AzrieHafiz kenalkan gua dengan PUNDAK. Gua dah gelak guling2 tadi duk layan. Sakit tekak gua auto-hilang. Gua rasa kalu kasi hot macam dulu ni kompom dah penuh Ahli Parlimen skang.
AzrieHafiz dah buat manifesto untuk P058 Bagan Serai. Dah submit pencalonan pun. Untuk menyahut seruan dan juga untuk membuktikan gua tak takut nak masuk politik, gua pun nak try masuk jadi calon. Gua nak jadi ahli parlimen P038 Hulu Terengganu. Jangan kata gua orang ulu. Sekarang gua daftar kat P037 Marang. Gua cuma tak berani lawan Tok Guru.huhuhuhu....
Nah... gua punya manifesto.
1. Menukar nama Hulu Terengganu kepada Pangkal Terengganu 2 minit selepas mendapat mandat. Kodi laa hulu2...
2. Menjadikan pilihanraya acara perayaan tahunan supaya rakyat jadi bosan untuk mengundi dan give-up lalu memilih untuk merosakkan undi seterusnya mencerahkan peluang PUNDAK untuk terus berkuasa.
3. Menggubal akta supaya wakilrakyat2 yang dipilih mesti disahkan cantik rupa paras dan sedap dipandang sebelum disahkan menjadi YB. Kasihan rakyat marhaen kalu kena menatap MB Teganu sekarang lama2.
4. Mengedarkan tiket2 wayang percuma secara rawak untuk 1 juta rakyat setiap kali muvie baru direlease untuk menyemarakkan industri filem tempatan dan antarabangsa kecuali filem2 arahan Razak Moheideen.
5. Menanam cip pada pangkal otak setiap YB2 PUNDAK sebagai jaminan tidak main lompat2 parti. Mana2 YB yang ingkar, Tuan Presiden berhak meletupkan cip tersebut bila2 masa mahupun ketika mengigau.
..................................................
Amacam? Cara tak??
Kalu ada sokongan, gua nak terus bagi borang pencalonan kat Tuan Presiden PUNDAK ni.
Uikks..! Jangan ingat gua carut2. Bukan jugak maki hamun.
update 4:04pm :
oleh kerana gua ada majoriti menyokong dan minoroti tak ada langsung... gua dengan rasminya menyerahkan borang pencalonan gua kepada Tuan Presiden PUNDAK.
Hidup PUNDAK..!!
Merdeka..!!
Seterika..!!
Kathrika..!!!
February 4, 2009
Gua Mau Jawab Tag Secara Pukal
Sekarang hidung gua buat hal lagi. Saluran pengudaraan tersumbat cara selang seli. Tekak gua pun dah sakit2. Proses penghapusan dosa kecil belum abis itu hari gua syak. Nak cari puntung merah jambu pun dah rumit skang. Mamak2 terpilih je ada. Susah betul laa nak dapat gajet2 eksklusif gini. Ada gak mari cita2 berenti. Gua berenti. Time rasa nak, gua isap balik. hahahahaa..!!
Aaaahh...! Gua gagah. No hal lah. Isu skang ni, gua dah di-tag oleh 2 belogger serentak untuk ke-2 kalinya - Cik aRaBeLLa & Incik ecece. Kalu ikutkan teori cikgu pengakap gua, ni tanda2 gua boleh gi keje pakai sandal. Jangan caya. Gua tipu.
Let's gone...!
1/ When do you want to get married?
Lepas raya... (raya apa dan tahun bila gua pun tak tau)
2/ What do you want the most now?
Nak tambah kati
3/ Who is the person you trust the most?
Vince McMahon kata.."Don't trust anybody". Kadang2 gua ikut.
4/ Do you think you have enough confidence??
Kalu gua tak buat salah, kompiden laa...
5/ If you can have a dream come true, what would it be??
Gua nak jadi Incredible Hulk
6/ Do you believe in seeing a rainbow after the rain??
Tak. Tapi kecik2 dulu gua takut nak tunjuk kat pelangi
7/ What are you afraid to lose right now??
Hilang-punca. hahahaha..!!
8/ Do you believe in eternal love??
Tak. Tapi cinta kat Allah gua caya.
9/ If you meet someone you love, will you confess to him/her??
Tak. Gua malu. hahahahahaa...
10/ List out 3 good points of the reason who tagged you
Cik aRaBeLLa = kerja, kerja, kerja
Incik ecece = main, main, main
11/ What are the requirement do you wish from the other half??
Jangan sentap
12/ What type of person you hate the most?
Yang pesen tak suka gua. hahahahaa...!
13/ Do you cherish every friendship of yours??
Suka tahap pasar borong
14/ What do you think is the most important thing in your life??
Kerana diriku begitu berharga. aww.. hahahahahahaa..!!
15/ Do you find the needs to have a girlfriend??
Gua dah pencen buat benda2 macam ni.
16/ At this point in time, would you rather be a heartbreaker or heartbroken?
Gua tak suka ada fiber break time gua syif malam.
17/ What kind of friend do you want to be in your friend's eye??
Sohabat
18/ Describe the person who tagged you in 6 words..
Cik aRaBeLLa = rajin-kerja-rajin-ronggeng-rajin-wayang
Incik ecece = ada-iras-kawan-gua-masa-kat-BMI
19/ The place you wanted to go most with your loved ones..?
Sampai syorga.
20/I'm going to tag...
Mood gua tengah baik. Tak elok susahkan orang.
February 3, 2009
Kat Kampung, Gua Punya Taste Jadi Macam Nenek
Ok. Ok. Ni entry last pasal gua balik kampung baru nih.
Masa kat kampung gua mari mengidam nak makan kuih2 tradisional. Kuih2 rare dari kampung. Nasik dagang saja mana cukup. Belambak lagi kuih-muih yang gua kenal dan tak kenal dah lama tak masuk perut. Gua pun tak tau kenapa. Hidayah tuhan sudah mari kut.
Takat kuih kecik2 tu gua cari kat pasar malam je petang2. Tapi gua rasa dah susut sket spesis2 kuih tradisional yang orang jual. Gua syak orang2 tak tua yang jual tu tak reti buat. Tak pun time nenek dia nak ajar buat kuih dia gi bandar cari pakwe. Tak pun memang nenek dia kedekut ilmu. Tak pun diorang memang tak tahu.
Projek ni gua tak stop takat pasar malam je. Gua terjah pasar Cabang Tiga. Walaupun tak banyak orang jual tapi bahan target banyak jugak. Gua paling terharu dapat jumpa Belebat Ubi. Last sekali gua makan menda ni masa darjah nam dulu. Tok gua yang beli kat Rusila.
Nak lagi puas hati gua terjah pulak Pasar Payang. Dah plan dengan abah nak buat laksa. Tapi silap time. Gua pergi petang Jumaat. Banyak dah tutup. Gua ingat orang jual sampai malam. Ye laa.. remaja macam gua ni mana tau sangat tempat2 orang berkeluarga ni. Laksa pun takdak. Last2 gua angkat dodol palas sama akok dan nganan je.
Hoh... Puas ati weh...
Gua dah terer pasal kuih2 tradisional. Lu orang terer ke??
February 2, 2009
Layan Blues Pagi Buta Pun Best Jugak
5:30 pagi Selasa gua sampai Hentian Bas MPKT. Target gua tak lain. Nasi Dagang kedai 78. Dah jadi macam kegiatan wajib gua bila balik kampung naik bas. Kedai ni lain pesen sket. Dia je yang buka 24 jam kat stesen bas tu. Macamana dia buleh dapat lesen niaga 24 jam tu gua tak tau. Gossip2 pun gua tadak dengar. Yang gua tau kedai tu nama 78 sebab dia duk sebelah kedai nombor 77 ngan 79 kat situ.
Nasi dagang dia memang kacip dengan citarasa gua. Mat2 dan mek2 saleh pon setuju gua syak. Sandwich ngan telor langsung diorang tak usik. Yang sorang tu makan pakai tangan. Hoh..! Terlebih rare nih.
Tengah2 sedap suap nasik dagang dengan kuah banjir, gua duk perati sorang mamat nih. Mamat nerd. Pakai sluar slack sama t-shirt kolar tuck-in pepagi buta. Kasut badminton. Budak luar gua syak.
Dia : Berapa pakcik? Nasi lemak satu. Teh o satu.
Tokei: Aa... singgit pat o'seng.
Dia : Aa..??
Tokei: Singgit pat ploh seng.
Dia : Ye ke? Murahnya..!
Tokei: Nak mahal awok gi denung ah.. Hotel Primula.
Hakhakhakhkahakhak... gua gelak sampai tersembur nasik kut idung.
Nasi dagang dia memang kacip dengan citarasa gua. Mat2 dan mek2 saleh pon setuju gua syak. Sandwich ngan telor langsung diorang tak usik. Yang sorang tu makan pakai tangan. Hoh..! Terlebih rare nih.
Tengah2 sedap suap nasik dagang dengan kuah banjir, gua duk perati sorang mamat nih. Mamat nerd. Pakai sluar slack sama t-shirt kolar tuck-in pepagi buta. Kasut badminton. Budak luar gua syak.
Dia : Berapa pakcik? Nasi lemak satu. Teh o satu.
Tokei: Aa... singgit pat o'seng.
Dia : Aa..??
Tokei: Singgit pat ploh seng.
Dia : Ye ke? Murahnya..!
Tokei: Nak mahal awok gi denung ah.. Hotel Primula.
Hakhakhakhkahakhak... gua gelak sampai tersembur nasik kut idung.
Subscribe to:
Posts (Atom)