December 31, 2008

Akhir

SELAMAT TINGGAL 2008 MASEHI
SELAMAT TAHUN BARU 2009 MASEHI
Sekarang gua kat Penang. Kena tahan dengan klik ronggeng.
Nampaknye ronggeng jugak gua malam tahun baru. Na'uzubillah....
Tapi runcit2 saja gua harap.
Penang memang tak sangkut dengan gua yang agak alergik dengan himpit sesak nih.
Nanti gua citer.
.

December 28, 2008

Musibat Ujung Tahun

Ini entry serius.



27/12/2008, Sat 6:18am.


Gua syak gua antara orang last yang sempat usyar belog Si Abedebah nih.
Time tengah2 gua godek tu.. sume content dia ilang.
Dengan bijaksana gua gostan balik dan sempat printscreen sikit.

Sebab agak ramai yang tanya nak suh kongsi... gua dengan murah hati nak bagi. Ikut emel saje..!! Kalu posting terang2 kat sini kang gua pulak kena laknat . So sape yang mau bleh tinggal emel lu orang kat sini.

Jangan lupa.. lepas tengok tu bagi laa sumpah seranah dan sumpah laknat kat malahun nih..!!! Gua dah penat maki hamun sorang2...

Lu orang perati blog sape dia follow. Adakah..??






*gua baca kat Khai.. ni kes aniaya. Wallahua'lam.



"Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu ‘alim’ dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam."

December 27, 2008

Wah Wah Wah...!!

Bak kata Malique... akhirnya sempurna.

Amacam...?? Segak tak gua deco Dekonstruksi?
Agak2 Eric Botak tu bleh buat belog macam ni tak? hahahahaa..!!

Okeh... sempena Tahun Baru 1430 Hijriah ni, gua mau kasi rekonstruksi ini Dekonstruksi. Rasanya2 gua lebih sedap pakai kata ganti nama diri pertama dari 'aku' kepada 'gua' dan kata nama diri kedua dari 'ko/kamu' kepada 'lu'.
Walaupun gua tak brutal mana (takat pijak semut berani laa) tapi gua rasa konsep ni sangat kena dengan diri gua yang pesen cepat terpengaruh nih. Chemistry tu comel. Rasa lebih geng kan?? kan..??


Lagi satu gua hajat tahu baru gua, mahu menten ini Dekonstruksi at least 20++ entry sebulan. Tau laa... rajin setara mane pon ada malas jugak meh. Tapi takat ni gua berjaya. Cheeers dude..! (teh o'beng sudah...)




SELAMAT TAWUN BARU KLAN2 KLIK2 GENG2 KAWAN2 SAING2 BELOGES2 SEKALIAN...!!!
Maju Belog-Maju Negara-Maju Jelata




*gua post awal2 ni takut esok2 tak dan. sementara otak bernas lagi nih...!

Kenapa Tiap2 Ujung MInggu Aku Rasa Nak Mencarut2..??

Sebab...

Tiap2 kali aku lantik kapitan... kali tu jugak laa si kapitan tu main macam Shukor Adan..!!!




PUNDEK...!!!
(tu jer.. yg lebihnya aku carut dlm ati)








*aku nak topap mereka yang bertuah utk Tag semalam - tambah lagi dua klan ronggeng pakai kete TM :
sesape nak kenalan dgn bunga2 mekar ni sila2kan laa ye. hahahahahaha...!!

December 26, 2008

Tig Teg Tag...!!

Aku diTag (lagi) olih LandakLaut dan Cik Ayumi (serentak woo...)
Walaupun dunia sikit berbeza (Blogspot vs Wordpress) tapi ai tak kesah. Kita kan orang Malayshiaa..!!

Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan (orang kg aku panggil TnC je nih...) :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

* * *



Okeh...let's gone..!!


1. Aku suka Prison Break tapi tak suka Heroes.

2. Dididik tengok Gosti oleh abah.

3. Aku baca Mutiara Naga tapi tak pernah beli.

4. Kadang-kadang aku fedap dengan henpon.

5. Aku main World War III kat Facebook.

6. Aku benci bayar parking.

7. Kalu tak boleh tido aku golek2 sambil review kisah Juara Wira.

8. Aku baca suratkabar dari belakang.

9. Aku suka bola sepak tapi tak reti main.

10. Kat traffic light merah, aku suka layan kanak2 dalam kete sebelah.

11. Aku suka ketam tapi tak berapa boleh makan.

12. Semenjak dua ni aku tersuka layan lagu rindu2-sendu2-jiwa2 90-an.

13. Aku jarang sangat call mak-abah.

14. Aku tak reti ice-breaking.

15. Aku mahu gemok.

16. Aku paiseh.hahahahahahahahaa...!!!


Fuhhhh.. macam banyok la pulok..!

Hmm... namblas orang yang aku kena hasut..? Ooo yeah...


1. http://penyubiru.blogspot.com/

2. http://ketawatigakali.blogspot.com/

3. http://damutafaca.blogspot.com/

4. http://o-y-e-t-t.blogspot.com/

5. http://budakyangjahat.blogspot.com/

6. http://aimaothman.blogspot.com/

7. http://whitevincci.blogspot.com/

8. http://tipahvogue.blogspot.com/

9. http://mrblind.blogspot.com/

10. http://biskutrajin2.blogspot.com/

11. http://miszazie.blogspot.com/

12. http://encree.blogspot.com/

13. http://ridzuanrohock.blogspot.com/

14. http://crsang.blogspot.com/

15. http://aripsamat.blogspot.com/

16. Mazlan Idres (gua tau lu baca nih.. hahahahaha..!! sebar2kan kat MP plak neh..)


*mintak mahap..aku dah agak kemalasan nak link2 nama engkau orang yang bertuah tu. Kenal2 la belog sendiri ye dak..??





.

December 25, 2008

Kelas Bahasa Bersama AripSamat


Wikipedia : Pedagogi - kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal



.....................................................................


Rabu. 10:30pm.
Astro Channel 502 - Bernama TV.
Rancangan - Hello Malaysia.
Tak sengaja aku tekan.
Bersama AripSamat yang lagak normal.

Topiknya tak sempat tengok. Tapi sangkut laa.
Diskusi tentang pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Math di sekolah.
Bestnya sebab dua2 panel bantai kerajaan. (hahahahahahaaa..!!)
Quote paling best (aku ingat2 tak ingat je nih...) :

"Ini satu laknat bagi bangsa Melayu. Sejak 1967, 30-40 tahun lalu orang Melayu dididik dalam bahasa mereka. Mereka berjaya menjadi doktor, profesor, malahan angkasawan. Hinggalah tahun 2000, di mana bahasa Inggeris diwajibkan dalam banyak sektor. Ramai yang gagal lepas UPSR sebab Bahasa Inggeris. Ramai yang menganggur lepas SPM sebab Bahasa Inggeris. Ramai yang menganggur lepas pengajian sebab Bahasa Inggeris. Ini adalah satu jenis pelaknatan. Laknat untuk orang2 Melayu..."


"Kita kena lihat balik pedagoginya. Kaji balik keputusan kerajaan ini..."




AS : Pedagogi. Lama tak dengar sial.

Aku : Aku pun pernah dengar gak.

AS : Dulu2 laa. Zaman2 sekolah dulu.

Aku : Pedagogi tu apa a?

AS : Tak tau. Kalu doggie tu aku tau laa...

Aku : Pundek..!!!!!!!



.

December 24, 2008

Retro Satria

Terlayan kejap tadi.
Komeng2 terpilih dari pengkomeng TiubKamu..

  • sanggup aku wat2 sakit sebab x nak g kelas petang,,,, nak nengok citer nie dulu2,,,,, rasa kelakar gak ingat2 balik,,,, my sweet memory...
  • a`a. buat buat la tektik sakit perut ke. nak demam ke semate mate nak tengok cite ni :D lepas cite ni layan gaban plak. pastu petang kluar maen bola ~
  • aku plak ponteng ngaji quran nak tgk citer nie dgn gaban.. citer nie hari khamis pukul 4. gaban pukul 4.30.. tahun 1991 darjah 6.
  • ooooooooooi kenapa korang semua ni ha ,semua nak tiru aku sangub ponteng sekolah agama semata nak tengok gaban la , satria baja hitam la, meoro attack la
  • aku nak dengar balik dia jerit "tumbukan padu maut", "tendangan padu maut", "belalang tempur"....pergh...xleh lupa sial
  • mengimbau kembali zaman aku darjah satu dulu...sampai beskal bmx aku pun aku panggil belalang tempur..rindu tul la..harap2 stesen tv malaysia tayang balik citer ni..kamen rider zaman skang ni takleh dah nak celen kamen rider zaman aku ni,semakin merepek..
  • buat aku teingat zaman kecik gak.. minat hero punya pasal rambut pun buat stail macam dia.. tapi kantoi kat sekolah kena cukur sampai botak..wararrara...
  • hehehe...aku salahkan citer ni tuk kelahiran mat rempit di malaysia. hahahahhaha
  • bawa moto belalang tempur mau kena sita ngan j.p.j
  • mat rempit patut contohi dier....rempit rempit gak...lawan resakse pun kene gak...
  • kotaro hensem sial!!
  • hehehehee,sedihnya .nk berair mata aku ni. ini la cite paling sempoi berbanding hero2 sekarang yg poyo dah la tak hensem.... !!!

Kalu ada yang tak tahu gak cite apa ni, pegi masuk perut mak kamu balik!


Aku pon dah berair paru2. Teringat zaman2 belum sunat dulu.hukhukhuk..!!
Sama dengan laa experience macam dia orang.
Siyes weh.. takdak citer kanak2 lain paling best.

Tapi..
Kembang2 bunga akan layu,
Tinggi2 pokok akan tumbang,
Sedap2 spageti akan basi,
Laju2 kete akan abis petrolnya...

Hero pun..

Dulu... 19 tahun. (Beliau nyanyi sendiri lagu tema ok??)





Sekarang... 40 tahun. (Masih kacak kah??)




Tabik belalang kat Incik Tetsuo Kurata..!!
Kamu Legend!!


.

December 21, 2008

Reimagining


Sesi meronggeng semalam.
Aku sempat snap ini.

Apa tu??
Di siling ada Ikan Lumba-lumba.
Orang kampung aku panggil Dolphin (aku tipu).

Kat kedai stimboat.

Spontan aku terpikir...
"Isi ikan yang sedap tadi tu dolphin kah..???"

Rasa dah jadi macam Bawang Merah termakan ikan kaloi.
Dekonstruksi.



*saya ingin mengucapkan Selamat Kembali ke alam pekerjaan kepada penghulu VWM - Incik AzrieProsper sempena tamatnya tempoh percutian selama 29 hari (agak2 je)

Bersenang Dalam Kesusahan Memang Tak Best!

Hari ni hari ronggeng.
Ronggeng bersama2 teman2 MP.
Yang aku kenal runcit2. Online sahaja.

Suka. Seronok. Riang. Gembira.
Tapi tak penuh.
Sebab passport masih bermasalah.


.......................................


Esok kena balik kampung.
Balik hari. Emergency.haih....!



.

December 20, 2008

Perjalanan

Aku tengah penat ni.

Tadi siang...
Dari VWM (Villa Wangsa Melawati) ke Shah Alam.
Dari Shah Alam ke KL Sentral.
Dari KL Sentral ke Maju Junction.
Dari Maju Junction ke Setiawangsa.
Dari Setiawangsa ke Pandan Indah.
Dari Pandan Indah ke VWM.
Dari VWM ke opis.

Esok nak ronggeng2 lagi...


*tapi pesal aku takleh tido nih??? gosh..!!


.

December 19, 2008

'Charming'kah??


Tadi..di kedai foto.

Sorang gadis melayu entertain aku.
Boleh laa masuk kategori awek. Tak hot. Cool saja.

Aku : Nak buat gambar paspot. Ada tak?

Dia : Aaaa... masuk sana (tunjuk bilik belakang)

Selesai aku tacap lebeh kurang.
Bersedia.

Dia : Nak buat gambar apa ni?

Aku : Gambar paspot la.

Dia : Renew lesen ke?

Aku : Err.. paspot.

Dia : (Belek2 Olympus DSLR. Murah aku syak) Nak saiz apa?

Aku : Saiz paspot la.

Dia : Nak buat apa? Buat lesen ke interbiu?

Aku : Paspot...!(geram mula berputik)

Dia. Menjalankan tugas pembantu kedai.
Ada laa dalam belas2 kali gak kena shoot. Banyak!
Ish...pandai ke tak buat keje nih? Dah laa tak pakai tripod.
Aku terus menaruh syak.
Gambar blur - katanya.


.............................................



2 minit. Masa yang dia bagi utk proses cuci.
Tapi ikut kira2 aku sudah lebih. Takpe. Aku sangat demokratik.
Sambil2 cuci...

Dia : Nak pegi China buat apa?

Aku : Ada kerje.

Dia : Awak tukang masak ke?

Aku : Hahahahahahahaaa....!!!!



Peramah kemahen kan?? Tapi quality tak bagus.
Bukti - gambar yg terhasil tidak seindah aku. huhuhuhuhuhu....



.

December 18, 2008

Orang kata - Sayangkan Isteri Tinggal2kan. Mana orang tu? Aku nak sula telinga dia...!

Semalam. Training lagi. Hari ke-2. Juga hari akhir.
Boleh balik awal sikit. Consider kami ini bijak2 belaka.


Gambar kenang2an



Sampai umah... HalimiHamdan dan AzrieHafiz di workstation.

HH : Paiseh... ada mesej kat kete nko dowh.

Aku : Apa mesej2 ni. Orang pakai SMS la skarang (dengan sedikit syak...)

HH : Aku tak tau la. Mesej bahasa Cina. Ko gi laa tengok.

Aku : Huh..! (mementang aku aku nak ke sana)


Aku turun bawah dengan niat menyahut panggilan alam. Ishh...takleh jadi ni.
Mesej mende ye?? Pesen ni yang buat pembuangan tak sihat nih...!
Keluar jugak. Usha Cik Sona...

Jabatan Alam Sekitar tolong ambik perhatian serius ye..!
(sila rajin besarkan utk membaca)



Lahanat....!!!!! - jerit kuat2 dari bawah.


.........................................................


Kena kasi mandi jugak laa Cik Sona.
Baru bukak pintu aku tekejut. Pegi laa dalam 80 sen jugak.
Ada menatang ini.....

Tau la kamu2 ni spesis rajin.
tak payah laa rajin nak buat sarang kat sini pulak!



Tu baru dua hari.
Kalau sebulan mungkin aku boleh jadi penternak contoh tahun ni kut.
Berpuaka betul pokok mangga depan VWM nih (kalu berbuah tu takpe gak).
Getah. Kumbahan burung. Incik semut - dikompilasikan atas badan solid Cik Sona.

Pundek betol...!



.

December 17, 2008

Sinaran Passport Keterujaan

Hari ni training.
Selepas 5 bulan aku juin ini kompani.


Aku dikire senior nombor 2.

Sebab NuruddinYazid yang senior lebih setahun drp aku pun kena juin jugak.

Yang lain sume newbies. Staf baru.

So agak bushan. Segala2 fundamental.

Nak naik mental instructor - Incik Azali. Ada jugak sekor yang bebal. Sangat bebal.
(tapi aku bukan nak ngumpat pasal diorang.aku dulu pun bebal macam tu jugak!)


Tengah2 ralit tengok aksi pandir mereka beramali...


NY : Nip. Ncik Man suruh call dia balik.


Aku : Aaa..?? (chuak sikit...kalu boss call misti aku saspek misti ada ralat. aku buat keje bukan proper sangat) Bile?

NY : Skarang la. Cepat.

Aku : Err.. Aku takde nombor dia la. Ko ada? (try ngelak dan ngelat)


NY : 01*-#%^@*&{>

Aku : Ok (hampa + takod2)



Tekan butang memanggil. Tak abis lagi tone pertama...


Boss : Encik Anip...

Aku : Ye Ncik Man. Ada apa...


Boss : Ngkau ada paspot tak?

Aku : Erkk......... (gamam) Intenasyenel paspot?

Boss : Ye laa. Nak anto ko gi China ni. Training. Huawei.

Whoaaaa....!! Sungguh teruja aku (perlu kah?) - ke luar Malaysia jugak.
Terbayang2 - Lin Dan, Olimpik, panda bear, chopstik, tembok, mata sepet, babi...

Melamine...! Aku datang...!!!!


...................................



Sebenarnya aku blom ada paspot lagi.

Ada sesape nak ajar aku cemana buat? Atau nak tolong bayarkan?

Dengar2 lahap jugak kena hulur.

Bajet dah tahap ICU nih. Cik Sona dah mark up. Banyak.

Haih.....


Cik Sona kat klinik. Semalam.
(tiada kaitan dengan keterujaan ini)

December 16, 2008

Mari Berojak

Ini Kateh. (ihsan Pak Karim)


Dirojakkan...



Jadi laa Rojak Kateh.



Tapi xde pon budak VWM usik... 3 4 hari aku wakafkan.

Alih2 aku gak abiskan. Tadi. Brruup...!





Adakah terlalu eksotik??



.

December 14, 2008

Sesi Jawab TekTek (extended)

Marahnya aku sampai lupa nak wariskan Tag nih.

If you weren't straight, who's the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ?



Mereka yang bertuah adalah semua followers Dekonstruksi neh.
Tanda penghargaan...bleh?

Sekian.

December 13, 2008

Paiseh ke Sireh??

Paiseh ke Sireh??

Ape kes orang tu tanya mcm tu?? Kemahen sedap da Paiseh ni aku reka...







Cik Fatimah... nanti cari laki2 suka Sireh ye..??


*Paiseh takdak kaitan ngan Sireh OK..???!!!
** ada hati tu suh aku upkan gambo sireh skali kat sini.. lol

Sesi jawab Tektek



Cik Azie yg mengeTAG - If you weren't straight, who's the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ?... dan semua para Friensterers, MySpacers dan Multipliers...dan jugak YouTubers.


Sila ambik perhatian tentang selebriti yang aku ingin sangat aku nak jumpa.



PABLO BANILA.


Tak kenal? Takpe.. nanti akan jadi selebriti jugak dia ni.

Kalu la aku dapat ngedate dengan dia... aku tumbok gigi dia sampai lumat.. rambut dia aku bakar pakai penunu bunsen.. mata dia aku korek pakai kunci umah.. tangan dia aku ikat dua2.. satu tarik ngan speed boat, satu pakai treler.. kepala dia aku rendam dalam tong sarin!

Nak tau kenapa? Sila ke sini, sini, sini, sini jugak.
Kalu engkau orang rajin gugel laa sendirik. Malas nak citer.haih...




Ada sape2 lagi nak ngedate ngan aku?
.

Rumah Syaitan

Apa jadah kah..??










Oh...tu sinki yang aku ganti dulu.
Pasang sendiri. Jadi strukturnya jadi 2nd hand.
Ada pulak pesen gosok gigi bertongkatkan sinki. Sah2 laa makin leweh.
Untuk mengelakkan dapat sinki baru lagi.

Tahniah AhmadSamel...!




*bersih kan bilik ayer bujangan kami??

December 11, 2008

Pulang Ke Kota

Empat hari cuti.
Hari ke-2 Eidul Adha.
Selesai sume projek2 menglembu.
Pengalaman? Baik baca citer Incik Darabdua. Lebih kurang macam tu lah.
(aku tak reti nak ekspelin lebih jitu drp itu dalam kondisi sekarang.hahahahaa...!)

Petangnya aku gerak balik KL.
Sampai kat Highway Jabor dah Maghrib.

Nak masuk highway biasanya aku pakai Touch n Go je.
Senang. Cepat. Mudah. Lagak. Unggul.
Biasanya aku letak dalam wallet sisi paling luar. So tak payah nak kluarkan.

Tapi...
Aku touch2 tiada 'tet'.
Touch2 lagi. Masih tiada.
Cuak sudah.
Belek2 wallet. Ah sudah! Tak jumpa.
Huh! Rasa nak gigit leher sendiri pun ada. Geram.

Tanpa segan silu aku reverse.
Kat belakang ada seketol motokar nak masuk line.
Nasib baik drivernya agak berbudi bahasa.
Dengan penuh sopan santun aku bagi tangan sambil sorok2 wajah kesayangan hamba. Malu wooo..!!
Masuk lorong tiket.





Sepanjang jalan aku duk pikir misteri ketiadaan kad ajaib tu.
Oh...
Try call Cik Fatimah - aku balik dengan beliau hari tu.
Terus bagi soalan cepu emas - "Ada kad Touch n Go lebih tak dalam kete awak?"

Jawapan dia yang betul - "Ada."

Busted~

*kesian Cik Sona aku - baru dapat dah termalu2.hukhukhuk..!

December 10, 2008

Sambung

Aku baru balik bercuti ni.

Aku baru dapat intenet ni.

Aku baru dapat jengok dekonstruksi ni.

Update...!!!

*pelahan2 tengah kayuh ni...

December 7, 2008

Edisi Raya Haji

Biasanya, masa raya haji...
Daging akan melambak2 kat umah.

Melimpah2 peti sejuk.


Biasanya, masa raya haji...
Abah wat balik kaki lembu yang dah dilapah.

Dia ambik saki baki daging-lemak yang melekat.

Abah buat rojak kaki. (kg aku panggil rojak kateh..apa kateh? lu pikir la sambil berdiri)


Biasanya, masa raya haji...

Perut lembu banyak kat umah.
Aku la kena bersihkan.

Dari se'raw2' nya hingga putih berkilat.

Prosesnya? Hmm...sangat ke'lembu'an.


Biasanya, masa raya haji...

Abah akan bagi semua2 tu sikit untuk aku wat balik KL.

Aku tau masak OK...!

Tu biasanya laa...


.

December 5, 2008

Eidul Adha

Selamat Eid Adha semua.

Muslimin. Muslimat. Mukminin. Mukminat.


Doakan aku berjaya untuk solat sunat Eid Adha tahun ni ye.


Dah 6 tahun tak buat.

Huhuhuhuhuhuhu....!!




*aku tak sengaja lah..!

Kucen Oh Kucen

Ini Adam Faris yang sangat athletic.
Kalau dah pakai selipar tu sah2 akan ke sana sinun.
"Tak jantan ar duk diam!" katanya. (aku tipu)

Jumpa kucen tengah sedap tido...


Dekat gile dia sekodeng kan..??

Beliau memang obses. Jakun jugak sedikit.
Nampak kucen mana2 misti nak terjah.
"Nyonyong!!" katanya. (ni aku tak tipu)

Apa jadi lepas tu?

Kucen tu tampo sedas kat kepala.
Terus kecut lari kat aku.
Nanges2. hakhakhakhak...!!

Pastu terus fobia ngan kucen.




*kucen tu agak bunting perutnya. adakah emosi wanita mengandung juga macam tu??

December 4, 2008

Miss 'J'

Geram betul aku...!

Dah tiga pat hari duk bertempek kat sini.

Tadi aku raba2 lagi. A'ah.. tak tahan dah.
Aku tak kire..matang ke belum aku dah nekad.
Malam ni jugak aku abiskan.

Pegi toilet.
Raba2 lagi.
Dua jari bersedia.

.
.
.
.
...CREETTT..!!
Pancut woo...

Perrghh...nikmat giler.
Meleleh2 air liur.

Padan muka engkau.. JERAWAT BATU...!

Ni sume pasal keje malam la nih.
Hawau...!



*sah2 raya aji ni aku yang paling kurang hensem.haih...

December 3, 2008

Sarapan Di Mana?

Kalu keje malam paginya memang aku akan bekpes dulu. Biasanya.
Pagi kena complete beb.
3 port pilihan - Kafe opis. Nasi dagang Tmn Melawati. KayuHijau
a.k.a Greenwood.

Tadi kat KayuHijau.

Ada satu meja kosong. Aku duduk.

Tiba2 sorang pakcik datang. Duduk jugak.

Terus hirup teh tarik yang aku tak perasan pun ada atas meja tu.

Sedut rokok.


"Hisap rokok?" tanya beliau.


Aku anggok.

"Bawak bas ke pakcik?" try nak ice breaking. Padahal dia dah terang2 pakai baju RapidKL.

Dia anggok.

"Orang mana?" beliau nak tukar topik.

"Terengganu." bab ni aku tak pernah tipu.


"Ooo...bagus ye Terengganu sekarang."


Hehehe.. pasal ni la aku berkata2 benar. Ramai org aku jumpa kata mcmtu.
Sama ada nak amik ati ataupun negeri aku memang nice aku tak tau.

"Dato' Ahmad bagus kan?"

"Urmm...ok laa sikit drp yg dulu. Sikit laa." aku try tak bagi jawapan 'menyokong kerajaan'.

"Ishh...bagus la pakcik tengok sekarang. Kalu bawah Pas dulu lain sangat."

Huh...! Kompom. Berlaga angin.

Layan je. Sambil diam. Demokratik kan
aku?

Lebat gak sembangnya. Daripada MB-Sultan Mizan-anakanda baginda-YDPAgong-Sistem Raja Berpelembagaan-Kit Siang-PKR-DAP-bla..bla..bla..

Aku layan lagi.
Iyakan mana2 yang betul.


Sorang lagi pakcik drebar datang.


"Tak gerak lagi ke?"


"Pukul 8. Alaaa.. lambat lagi. Tu ko tengok jam. Baru 6:20." sambil tunjuk jam dinding yang jarum saatnya berlari setempat. Walhal dah 7:55am.


Sambung cerita lagi. Ujan-banjir-sesak-jem-sakit mata-pencemaran-hospital-bla..bla..bla..


Habis teh tarik beliau gerak.
Naik bas.

Aku habiskan sisa2 roti kosong dengan telur kampung separuh.


Abis makan. Sesambil tunggu duit be
len aku tengok bas baru beredar.
Tengok jam. 8:25am.
Huh.. no wonder laa pengangkutan awam kat Malaysia ni sangat pilu.

"Sultan Mizan tu boleh laa jadi Agong lagi sekali. Dalam 2032 nanti..."


.

Tersentuh

Apehal History Channel citer kisah Taliban - Ben Laden - terrorist ni weh..!

Sume sejarah kejahatan.

Baik2 sume ke US -CIA - Clinton - Bush (yg tak tau di mana India).



Aku sedey...

December 2, 2008

Klasik Cuti Sekolah

Time2 budak cuti sekolah ni teringat pulak cuti2 sekolah aku yang silam.
Abah sangat garang time tu.
Nak menakal2 kompom kena bedal ngan belakang parang.
Alternatif terbaik - tengok tiwi je laa.

Satu cerita yang sangat legend - aku ingat sampai bila2.
THE GIRL FROM TOMORROW.
Ingat lagi.
Nama hero tu - Alana. (penah berangan2 nak wat nama anak nanti.hahahaha..!!)

Dia punye cekak bleh sembuh sakit.
Cuci baju pakai scan je.
Alat teleport kotak2 tu yg paling angker.


Budak skang apa tau??



.

December 1, 2008

Aku Naik Saksi

Jumaat. JPJ.

Tengah sesak beratur amik nombor.
Panas. Himpit. Sondol. Gasak. Hangit. Hangin.
Ada yang potong line.
Ada jugak yang nak naik saksi...

"Bang, boleh tak mintak jadi saksi. Isi sini je..."

"Pundek lu..!" dalam ati sambil geleng paler.

Pastu dia tanya 2 3 orang lagi.
Last2 mamat belakang aku sanggop jadi pak sanggop.

"Isi sini pastu sain sini bang."

"Ini je ye..?"

"Tu je bang. Tu pun kalu abang boleh tolong laa. Susah betul nak mintak tolong orang." katanya kuat2.
Dekaaaaaaat telinga aku.







Apa yang sepatutnya jadi lepas tu???


.