sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
January 31, 2009
Sekali Sekala Kalu Balik Kampung Naik Bas Memang Macam2
Bas dua tingkat ni memang baru. Kilat berair dia polish. Teruja tu ada laa siket. Tapi gua bukan pesen jakun tak tentu hala. Gua cool. Dapat pulak seat yang takdak orang duk sebelah. Memang lawas gua kongker sorang2.
Tapi yang mari tak sedapnya keadaan sekitar gua tuh. Depan ada dua orang pakcik. Umur dalam 50-an dah gua syak. Tapi dia punya huha-huha macam celaka. Rasa nak runtuh pun ada time diorang gelak. Gua try ushar2 kut cermin. Bias (taktik ni gua biasa pakai dalam LRT bila ada pandangan menarik kat sebelah.hahahahaa..!) Diorang duk tengok gambar dalam henpon. Gambar GRO2 (gua syak) masa karoke. Sangat HOT. Pundek!! Rambut dah berhuban. Bawah mata dah ada belon. Tangan dah kedut keluar urat. Astaghfirullahal'azimm...
Sebelah gua pulak ada kapel Tiong Hua. Sama segak laa gua bagi. Tapi yang buat gua ralat, dia punya 'cong-ceng'2 tu.. adooooyai..! Tak hengat donia dia punya volume. Dengan body language nyaa.. Aura huru-hara tu memang sampai tepat kat gua.
Paling gua tak leh blah yang duk belakang. Gadis2 belasan yang baru daftar masuk U gua syak. Diorang main jakun sama seat bas. Ye laa.. Bas pesen ni seat dia main tekan2 butang je nak ke depan belakang. 3 4 orang duk main menda tuh. Dengan gedik2 nya... gua tak rasa langsung ekon. Panas dalam weh..!
Gua tensen. Gua hangin. Gua pasang earfon kat henset mahal gua...
"Kalau kau benar sayang padaku.
Dan kalau kau benar cinta.
Ucapkanlah janji setiamu ..."
Mampos lu orang laa...!
January 26, 2009
Bila Sorang2 Gua Rasa +&*(*?^C&^#$$P...
"Salam.kpd smua yg bglr mslim, hari ini pkr meteorologi bhgn bunyi dr Ruia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi9. Menurut para ulama, ulama, kmgkinan bsr itu suara Dajal yg brusaha utk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh sntiasa x brhnti azan n solat.sbrkn kpd 10 umat ISLAM. amanat."
Kena. Memang kena. Dah laa time gua tinggal sorang2.
Sampai siang gua tak leh tido.
Betul ke idak... wallahua'lam.
Hari Raya Cina Ni Gua Rasa Dah Macam Hari Raya Melayu
Gua balik keje petangnya... si SyamilFitri dah takde. Gua tanya HasratDiHati (hosmet paling baru)... dah balik Johor. Dalam pada tu dia pun tengah siap2 peking nak balik kampung.
Dan kejap tadi si ChezzOh pun selamat berlepas. Berangkat balik kampung jugak.
Sekarang gua dah tinggal sorang2. Cilakak betol! Ingatkan buleh laa bercuti2 bersama rakan2 rumah. Barbiqiu ke. Main badminton ke. Paling huduh pun gotong-royong buat housekeeping. Kalu Villa Wangsa Melawati gua duduk ni cat kaler merah pun cara gak gua rasa. Tapi takkan gua nak buat sorang2. Gilo apo.
Adehh..! Mood gua sekarang dah macam raya puasa ari tuh. Macam Macaulay Culkin pun ada. Tak kenal? Lu gugel laa sendiri. heh!!
Bosan. Jiran2 pun harap bela anjing je pandai. Bukan nak anto kuih bulan ke... bagi angpow ke... tak la gua merintih sorang2 kayak gini.
Selasa gua balik kampung.
Sapa2 nak tulung gua apdet belog gua ni dialu2kan.
Upah?? Tuhan bagi pahala kalu lu ikhlas. hahahahahaa..!!!
January 24, 2009
Retro : Sekarang Gua Dah Sangat Terer Main Internet
Mohd Nazri bin Mohamad. Budak Dungun. Sorang lagi rakan gua yang misteri masa sekolah dulu. Misteri dia ni lain pesen skit. Dalam banyak2 kes misteri beliau laa yang champion. Nama pun dah misteri. Bukan nama IC dia tuh. Awok2 gua panggil beliau Toy - singkatan toye. Bukan saja2. zahir beliau memang toye. Tabiat2 misteri beliau yang paling top - duduk dalam setor Kadet Bersatu Malaysia (yang simpan but, baju askar, M16 tu) walaupun beliau seorang ahli Pengakap Muda. Dan beliau juga satu2 nya murid sekolah gua yang berani supply ubat kabait time bulan pose.
Gua dengan Toy ni memang kacip jugak la. Dia ni pesen tegur orang. Tapi topik sembang memang pelik2. Hantu Bukit Bauk laa. Macamana nak dapat kuasa 10,000 petala langit laa. Cara main bola macam Zidane laa..eleh.. Toy ni level2 gua jer. Sepak kaki orang lagi acap dari sepak bola. hahahaha..!
Time tu tahun 1997-1998. Zaman internet baru menapak kat pekan2 kecik macam kat sekolah gua tuh. Kat sekolah, kelas komputer pon pakai Lotus je. Disket pun belum berleluasa lagi. Kitorang pakai disket kaler hitam tu. Yang lembut besar buku latihan tu. Apa nama pun gua dah lupa. Piring hitam? A'ah... sekolah gua memang kemut.
Satu hari ujung minggu time keluar bandar (tak bandar langsung Dungun tu) si Toy ni wat plan ngan gua. Internet. Best gile dia cakap. Macam2 buleh buat. Buleh main emel. Buleh main FIFA. Buleh main chatting. Dan yang paling gua paham.. buleh carik awek (yang lain haram gua tak tau apa)
"Gile terer member aku ni..buleh aa aku terer gak internet kekgi" hati gua berbunga bongkak sambil ada riak cita2 nak jadi jurutera komputer.
Sampai bandar, lepas lenguh lumpuh beratur amik duit kat BSN pakai buku, gua ikut Toy cari saiber kafe. Jumpa je terus masuk. Idong gua dah kembang kuncop lubang. Bangga. Lagak student celik IT. PC tak banyak. 5. Kena tunggu turn. Gua buat2 steady baca paper.
Sampai turn, gua ikut Toy nak main internet. 1st time nih! Eksaited kemahen. Toy conduct. Gua duk tepi.
"Macamana nih?" Toy tanya.
"Eh.. kang mu ajak aku.." balas gua. Goyang.
Toy klik Internet Explorer. Temenung. Jari kat kibod.
"Nak taip mende nih?" Toy tanya lagi.
"Doh mu kata nak main emel?" gua balas balik.
"Tu laa.. aku dok ingat laa nape nama dia. Alaaah...." Toy buat2 dalih sambil lagak lupa.
"Kita main game laa..." cadang Toy.
"Gane? Ajar laa aku..." gua ceria kembali.
Malam tu gua tak leh tidor.
Teringat2.
Senyum2.
Suka2.
Teruja.
Best gile main SOLITAIRE.
January 23, 2009
Lapan (bukan Encik Lapan blogspot)
Pak Din : Ko tak pegi apasal aa?
Gua : Hehe.. HR tak bagi.
Pak Din : Alaa..jangan risau ah. Ada lapan trip lagi.
Gua : Aaa..!!
Gua auto-senyum sampai sekben.
January 21, 2009
Macam Pundek Bila Bapok Cakap Politik
Satu lagi TAMPARAN buat semua pihak yang TERLIBAT !!! Ambil lah IKTIBAR wokay....JANGAN DOK BERANGAN HIDUP lagi...MESTI ADA BENDA yang TAK KENA lah tu !!! Kalau RAKYAT dah TAK PUAS HATI...apa JUGAK bisa TERJADI !!!! SOAL PERCAYA kepada DEMOKRASI....terlalu JAWAPAN KLISE @ STANDARD yang MEMUALKAN.....!!!! Memang lah semua ADA HAK buat pilihan masing masing....TAPI KENAPA tak BERPIHAK KEPADA PARTI PEMERINTAH??? Itu lebih penting untuk kita sama sama BUAT MUHASABAH DIRI.....
Tapi tak pe lah DATUK WAN yer....biar lah KUALA TERENGGANU kali ni.....DI TERAJUI PAS....kita YAKIN PAS pun ADA GAK SENGATnya KAN??? MU KENE PERCAYE....NI SUME....HOK TUHANG BELAKE !!! ADE LAH RAHMAK NYE !!! MU SABO BANYOK BANYOK....MU PASTI BERJAYE ....!!!!! SENYUM SOKMO....MU PASTI DAPAK GI BULAN'G'......JALAN'G' JALAN'G' CARI???? MAKAN'G' ......MAKAN'G' AMENDE? KEPOK LEKOR MU..... he he he.....
Gua main lompat2 belog tadik... terjerumus ke belog bapok termasyhur Tanah Melayu.
Cilakak!!
January 20, 2009
Menabur Bijan Ke Tasik. Maksudnya Membuang-buang Wang, Waktu Dan Tenaga Dengan Sia-sia.
1. Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?
:: Ibadat
2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?
:: Solat
3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa? (keluarga dikira satu)
:: Tuan Abdul Karim - abah gua. Ke mana beliau mahu. Sebab beliau abah gua.
:: Bini gua - sapa nama ntah. Ke mana2. Sebab beliau bini gua.
:: Cik Sona. Ke mana2. Sebab beliau kete gua.
:: Encik Igo. Ke mana2. Sebab beliau scoot gua.
:: Encik Paiseh. Ke mana2. Sebab beliau adalah gua.
4. 3 sebab anda berblog?
:: Gua suka
:: Gua minat
:: Gua mahu
5. 2 cara untuk mengubah dunia?
:: Tanam pokok banyak2
:: Cantas pokok banyak2
6. Siapakah sahabat pertama kamu
:: Rado - basikal pertama gua
7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?
:: Loh.. malu weh.. takkan mimpi 'tu' pun gua nak cite.. hahahaha...!
8. Kau bagaimana orangnya?
:: Gua paiseh.. siyes neh..!
9. Terangkan kau punya cara?
:: Demokrasi terpimpin
10. Kau seorang pembuli?
:: Tak. Eh..kadang2. Eh..bukan sokmo.
11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.
:: 4 orang je...? Lu.. lu.. lu.. dan lu.. hahahahaa..!! Saje gua nak toce budak2 baru...
Oh yaa.. ni entry Tag ye. Cik Budak Hijau yang anugerahkan kat gua (nasib baik gua tengah tadak idea ni.hahahahaa!) Yaa... memang lagho. Jangan salahkan gua.
January 19, 2009
Retro - Gua Tak Nakal Mana.. Tapi Senang Terpengaruh Dengan Anasir2 Misteri
January 17, 2009
Orang Kata Kat Kampung Gua Tengah Panas
Es-Em-Es dengan gua punya informer a.k.a kazen gua - KaniKuba...
Kani : Maklumat yg baru dtrima dr putrajaya, memberitahi bhw Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentdbiran negara esok. DSAI akan menjadi PM dan majlis angkat sumpah akan diadakan pd tghari esok. Pengumuman akan dibuat pd mlm ni disemua berita tv. Pakatan Rakyat dah dpt tambahan 35 kerusi dr Sbh dan Sarawak. Difahamkan semua kerusi tu tersebut disumbangkan oleh TAT HENG PERABOT SDN BHD JLN PULAU KAMBING. Tapi tak pasti kerusi kayu atau plastik.. Jgn marah ye...
Gua : Cilakak lu...!! Menang tak lg ni weh??
Kani : Mg nok menan ke kalah...
Gua : Aku nk azharudin menang. Hidup parti cap buku!! haha..
Kani : Mg ni x pendirian lasun. menang k kaloh k aku nok bulan
Gua : Aku tgk internet ni pah ke bulan dh. majoriti 2ribu lebih.xrasmi. Tunggu mung je nk rasmi ni. hahahaha!!
January 15, 2009
Apa Kata Mereka...
"I tak tau laa.. I punya boss yang buat sume tu. Dia memang tak approve awal2 lagi kan. Itu salah boss (besar) u tak bagitau awal2. Claim passport? U tanya u punye boss." - Theresa (amoi exec HR yang macam Melayu)
"Ahh.. birokrasi je HR nih. Diorang memang bengong dari dulu." - Joe (IS Dept)
"U confirm laa tak pergi ni? Bodoh betul laa HR..." - Chan (NOC)
"HR memang macam tu. Abis tu sume dah siap.. buat rugi je la tu..." - Is (NOC)
Gua tak layan merajuk.
Gua tak layan sedih.
Gua tak layan nak temenung2.
Gua layan Gadis Melayu je. Whoaaa.. tak sia2 gua beralih kasih dari Nurul Khusna. Khairul Normaidah dah menang.. hahahahahaaa..!! Tahniah.. tahniah...
Petang Yang Shahdu
Dari gua punye petisurat...
Dear En. Hanif,
Kindly be informed that since you are due for confirmation in July 2009, the Company is unable to send you to attend this training course – Optix BWS 1600G NMS Operation Training which is scheduled on 19th January 2009 – 22nd January 2009 in China.
Please take note that only confirmed staff is eligible to attend oversea training.
Your attention and understanding is highly appreciated.
Thank you.
Regards,
HR Executive
...........................................................
Apehal ni weh..???
Gua dah berabis pat lima ratus, visa dah siap, tiket dah ada, lagi dua ari mau pegi...
Apa lu orang rasa tindakan wajar gua kena bagi kat HR neh??
January 14, 2009
Mari Menjawab
Teka -Teki Pukul Dua Pagi
January 13, 2009
Gua Menang
Dalam gagah2 tu, sebenarnya gua ada pakai senjata sulit. Ni bukan kes ngelat tapi askar masa perang pun ada batalion medic jugak kan? Gua ambik kira macam tu je laa. Nah.. dengan baik hati dan kudus jiwa murni gua mau share gua punye secret weapon :
1) Gula2 Dewa
Fungsi : Membekalkan kedamaian dan kedinginan maksimun sekitar laluan masuk para oksigen dari hidung ke segenap ruang organ. Juga melawaskan aliran trafik.
Side Effect : Lidah dan langit akan kebah macam kena bius.
2) Puntung Merah Jambu
Fungsi : Melayangkan kad merah kepada mana2 anak kerbau yang suka main perangkap offside ataupun nyamuk2 yang berterbangan dalam rongga trakea.
Side Effect : Tanya Encik Paru2.. hahahahaa...!!
January 12, 2009
Gua Memang Boikot Yahudi Tapi Tang Ni Gua Suka Sikit2 Saja
- 3 (tiga) ialah suatu nombor, angka, dan glyph. Ia ialah nombor asli selepas 2 dan sebelum 4.
- Tiga ialah nombor perdana ganjil yang pertama, dan nombor perdana kedua terkecil selepas dua.
- Feng-Shui Cina menganggap angka tiga merupakan rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
- Gua pun anak ke-tiga daripada anak2 abah gua.
- Dan tadi... Chelsea kena titik TIGA kali dengan MU. hakhakhakhakhakhakk..!!
Tapi apehal linesman tu sangat bongok...??
Mari keje kat Liga Super je lah..!
January 11, 2009
Gua Sudah Kena
Tengah masak gua ternyanyi...
Tengah mandi gua ternyanyi...
Naik Cik Sona gua ternyanyi...
Tengah tengok Battle of the Band tadi pun gua ternyanyi....
Gua mau saman Incik Oyett.
Gua mau sumpah lu jadik mamat-muka-petak-misai-hitler-sluar-hijau-paras-tetek dalam klip nih >>>> http://www.youtube.com/watch?v=T9w7CqejbB4&feature=related
"jangankan gunung fujiyama..
puncak himalaya ku ikut kamu..
jangankan ke kamboja..
ke ethiophia ku ikut kamu..."
Tengok... gua tenyanyi lagi. Cilakak lu oyett!!
January 10, 2009
Jiwa Muda
January 9, 2009
Sapa Mau Tukar Hidung??
Wikipedia : Sinusitis is an inflammation of the paranasal sinusal, which may or may not be as a result of infection, from bacterial,fungal, viral, allergic or autoimmune issues.
Hari ni gua hilang satu deria. Gua dah tak boleh bau apa2. Sedahsyat2 aroma sarung kaki AzrieHafiz pun gua tak mampu nak cam. Perpaipan asik tersumbat je. Belah kiri elok belah kanan sumbat. Belah kana molek belah kiri rodblok. Pandai betol. Tambah pulak ada cecair2 likat duk gigih nak merangkak keluar. Satu hari gua cungap2 nak benapas.
Aritu gua rasa nak demam. Tapi dek kegagahan gua melawan arus, Encik Demam tak berani nak bersatu padu dengan gua. Ni pun kira kes dengki jugak laa sebab kalah dia bagi gua Cik Selsema. Suara pun dah jadik macam Aliff Aziz dengungnya. Kalu kena rasuk dengan Cik Selsema kompom laa auto-jangkit wabak resdung pulak. Gua syak abah gua yang wariskan sindrom ni kat gua. Anak2 dia yang lain takde pulak penah kena serang macam gua nih. Nampak sangat gua yang paling dia prihatin.. kan..? kan..??
January 8, 2009
Retro : Dialog Klasik Untuk Masa Depan
Insan A : Pah mu..
Insan B : Pah mu...
Insan C : Pah mu....
Insan D : Pah mu.....
Insan E : Pah mu.. derah sket..!
Insan F : Pah mu...
Insan G : (lu orang mau sambung lagi, sambung laa...)
Rahsia nya - Gelas. Memang tak disediakan sebab banyak aset hakmilik dewan makan bersepahan di dormetri. Tuan2 warden suruh bawak sendiri. Majoriti tiada. Gua pun. Skema laa bawak gelas gi dewan makan weh...
January 7, 2009
Gua Marah
Tadi sambil lepak kat pantry, gua teliti suratkabar melayu yang satu. Ish..ish.. dia punya front page. Kesian. Sedih. Kesal. Pasal Palestin. Tajuknya 'Segera hentikan serangan'. Dengan dua gambar kanak2 yg jadi korban walaupun musim Raya Korban dah habis. Gua tawaduk kejap. Siap ada poll pulak kat bawah - Adakah anda bersedia untuk boikot AS sebagai tanda protes terhadap sikapnya ke atas isu Israel-Palestin? Keputusannya... 88.7% bersedia. Whoaa.. ni baru majoriti besar (bukan macam Parlimen skang). Gua belek dalam sikit2. Banyak usul kutuk US-Israel. Hmm... tang benda baik gua sokong. Wajib woo...!
Gua pusing belakang paper tuh...
BOIKOT KOROK LU...!!!!
Gua marah betul nih..!
*berita budak tak sekolah kat sebelah tu jadi di Rembau. YB Rembau.. apa kes..???
January 6, 2009
Lu Orang Agak Indeks Pencemaran Udara Kat KL Sekarang Dah Tahap Apa??
Biasanya gua akan rasa sedap bila keringat membasahi badan. Rasa macam rambo tengah perang sambil galas bazooka sedang tala peluru kat bangsal Viet-Cong. Seksi macam model minuman isotonik pun ada. Gua saja bermain angan2. Takmau penat mari. Keringat tu pulak biasanya akan disertai oleh lendir bahan kumuh dari dalam paru2 melalui trakea seterusnya mendarat ke serata tepian trek. Baru gua rasa sihat walafiat dan cargas seratus persen. Ada pulak pakej alat senaman ala2 gym. Gua gasak je semua.
Dan malam tadi gua mari rasa suam2 sejuk. Tengok Awan Dania pun dah tak konsentrate. Gua try telan Uphamol 650-melegakan-sakit-kepala-hanya-dengan-satu-tablet dengan air sejuk. Oh..ni pil sakit kepala. Gua tak harap apa2 melainkan bleh ngantuk dengan nawaitu taknak lambat ke opis. Takmau jugak. Suam2 sejuk belum mahu berambus. Sudahnya gua layan main FIFA08 dengan Prosper sampai pukul 2.
Bangun pagi ni gua rasa trakea tak selesa. Rasa gatal2. Tambah pulak ondeway mari keje tadik dia punya kualiti udara sangat huduh. Macam2 asap masuk dalam mukosa gua. Bau baja kosmos pun ada. Ni dah rasa macam ada anak kerbau bermain perangkap offside kat dalam gua punya tekak nih. Haih.. baru tau betapa tak best nya nak demam dak..??
*Gua teringat malam tadi sambil tengok Trek Sebriti Ekin, gua ada jalankan aktiviti cabut bulu idung. Ada kaitan ke dengan sistem pengudaraan gua nih...?
January 3, 2009
Mai Pi Penang Ep. 2
"dan di sini tetap menunggu... berada jelas di mata ku....."
Gua celik mata je dengar lagu nih. Oh.. rupanya kami tido beralunkan lagu jiwang-rindu-sendu-leleh-cintan. Patot la tak beralas pon bleh jeneghe molek. Nyaman sunggoh. Tengok henpon. Adik wanita gua dah ajak gerak. Cepat2 gua siap. Incik Lan ngan Incik Afad masih sedap dok layan dingin pagi. Mana janji lu orang nak bawak gua gi bekpes..?? haih... Naseb baik gua tak kesah sebab pesen gua nih jarang makan pagi.
Terus ke menara gading tempat adik wanita gua belajar. Gua memang anti sangat dengan pak gad kat entrance. Bleh kata macam Undertaker dengan Vince McMahon. Nak je gua belasah cukop2. Poyo2 pulak tak bagi masok. Selama ni kalu yang dah berumor tu gua respek laa jugak. Sikit. Ni gua agak2 lebih kurang baya je.
Gua : Semalam saya masuk boleh je.
PakGad : Tak boleh masuk. Kete hang takdak sticker.
Gua : Tapi semalam saya bagi lesen ni dapat pas dia bagi masuk...
PakGad : Tu semalam. Dia dia laa.. Ni syif saya.
Gua : (gua dah hot nih...) Abes tu macamana nih?
PakGad : Hang parking kat luar tu. Jalan kaki.
Gua : (babi...!) Takkan nak jalan kaki. Angkat kotak banyak2 tu...?
PakGad : Ye laa... Hang takdak sticker.
Memang nak cari gadoh mamat nih.. gua jeling je tak puas ati. nak je gua bagi Tombstone Piledriver sebijik. Nasib baik batu jemala gua geliga masa tu...
Gua : Kejap. Saya nak u-turn sana.
Celaka sungguh. Gua memang tak leh blah ngan lagak pakgad pesen ni. Skema takdak otak. Gua masuk dalam sikit. Tengok side mirror. Dia sambong baca paper. Gua pecut Cik Sona lekas2. Bedesup. Tak kire bumper, tak kire lubang gua redah. Mampus lu lah. Pedulik hape. Gua bukan nak gi bom hostel tuh. Bodo...! Ushar2 gak belakang. Eleh.. tak kejar pun. Kalu dia kejar pun gua nak kasi Cik Sona impit je skit. Biar pencen terus jadik pak gad.
Lepas sesi angkut2, adik wanita gua ajak pegi Komtar. Carik jeruk salak. Oleh kerana feveret gua dan arahan dari kakak, gua pegi. Tanya jalan. Macam biasa adik wanita gua memang buta geograpi. Terpaksa la gua merangkak2 Cik Sona baca signboard. Sampai jugak Komtar. Tapi dia kata kat Mydin pulak port dia. Terpaksa laa gua pusing2 lagi. Cilakak!! Pasni jangan harap laa gua nak ajak dia gi melancong.
Selesai projek beli belah gua round2 Padang Kota. Lepak kejap tepi pantai. Bergaya jugak tengahari buta duk bergambo tepi tembok tuh. Macam pelancong Taiwan pun ada gua rasa.hakhakhakhak.!! Puas amik gambo utk cover album gua pusing2 kat situ terjumpa pengkalan. Feri. Sekali lagi batu jemala gua mari idea bernas. Kata pelancong. Datang Penang tak cara laa kalu tak naik feri dak? Dengan gamblenye gua masuk queue. Adik wanita gua dah tanya geng dia. Kalu dari pulau free je. Macam tol jugak. Ape lagi. Makin teruja laa gua. Tapi senak jugak beratur. Makan 1/2 jam jugak. Macamana laa orang Penang pegi keje ye??
Sampai atas feri (yang namanye gua lupa tengok) gua cepat2 carik toilet. Nak kucil. Tengah2 nikmat mengucil feri stat gerak. Abes basah jeans mahal gua. Nasib baik gua punya daya imbangan masih mampan menyerap inersia. Kalu tak, sah tergolek2 gua kat dalam. Cilakak!
Agak2 15 menit tengah Selat Melaka, feri sampai kat seberang. Takde la best sangat. Macam naik bot penambang gi Pulau Duyong je. Tapi selesa sikit. Dah besar gedabak tu kan memang la lawas. At least kalu lepas ni ada orang tanya gua dah penah naik feri ke belum bleh laa gua berlagak sket. hahahaha..!!!
Keluar dari pengkalan gua intai la signboard nak naik highway. Haram takdak! Gua try pusing2. Tak jumpa. Sudah.. Sesat sampai Danok jugak gua ni kang. Nak tanya adik wanita gua? Hoh.. baik tanya Cik Sona. Takde la gua nak naik murka. Last2 gua telepun talian hayat. Incik Lan bagi pedoman - Bukit Mertajam. Selesai masalah.
Mengarah ke Shah Alam nak hantar adik wanita gua, gua tak ingat tak ingat ikut mana gua masuk semalam. Gua syak Rawang. Tanpa was-was gua keluar kut situ dengan hajat boleh terus jumpa Pak Guthrie. Hampeh! Gua salah. Terpaksa la carik jalan sulit ke Sungai Buloh. Memang sulit sunggoh. Ikut signboard ikut Kuang (sape Rawangian tau la macamana kondisi jalannya). Ikut ladang sawit Incik Marimuthu gua syak. Secara otomatik Cik Sona yang menjak tadi ala2 stended F1 bertukar jadik 4 wheel drive. Pundek sunggoh..! Adik wanita gua dah chuak abis tengok jalan macam ke Rahmatullah. Aduss. Gua tabah. Stengah jam gamble punye gamble jumpa jugak Sungai Buloh. Tang ni gua expert dah. Jalan gua jugak dulu. Time hati berbuah dulu2.huhuhuhu...
Dan pukul nam gua sampai Anggerik Mall tempat perjanjian dengan kakak gua. Penat kemahen weh!!
Betul laa tuh. Tambah siket - kopak kewangan.
Ape kes baru gi Penang dah abes dua latus steng..?!! Mana bajet gua nak pegi Dinasti Shang jumpa Maharaja Zhou ni wehh..???
Ape2hal... Penang memang best.
Gua je yang tak tak reti nak best.hakhakhakhak..!!!
January 2, 2009
Mai Pi Penang
Rabu pagi gua gerak pegi Penang. Misi utama nak angkut kotak adik wanita gua kat menara gading (pakcik Bukit Antarabangsa.. lain kali roger je gua kalu nak angkat kotak, tak payah maki2 Adun). Misi sampingan adalah membuat lawatan balas klik ronggeng Penang yang datang KL itu hari. Misi picisan pulak nak test power Cik Sona...walaupun gua dah tau resultnye akan best.hakhakhak..!!
Starting pun dah tak best. Gua lupa topap kad ajaib - Touch n Go. Kat tol pun tadak tambah nilai. Bertunai la gua sepanjang-panjangnya.
Tengaharinya sampai. Perut dah kecut duk makan asam. Janji ngan Incik Lan jumpa kat Bayan Baru. Tanya la adik wanita gua kat mana? Selamba kata tak tau. Hape jadah 3-4 tahun duk Penang, Bayan Baru pun tak tau?? Baik abah gua anto blajo kat Giatmara Bukit Payong je kalu gini gaya. Nasib baik la gua ni pesen redho.
Pusing-pusing stereng sampai la jugak. Gua dah nak pekena nasik kandaq-paling-best-kalo-mkn-kuku-jadi-kuning yang disajes Incik Lan sehari sebelum. Eleh.... tak kuning pon...!!
Lepas plan dengan klik ronggeng pasal pengisian malam hari, gua pegi Queensbay. Nak carik baju. Jersi MU ultraman yang gua pakai tumpah kuah jeruk. Pundek..!! Jalan tak tau. Nak tanya adik wanita gua yang pesen tu buat gua separa siuman. Nak tak nak redah jugak la ranjau sepanjang jalan. Gua redho. Dah jumpa tu, punye laa tinggi duk pusing2 carik parking. 1/2 jam jugak laa baru jumpa. Tu pun birai dinding. Apa orang penang sume keje kat sini ke?? Gua amik satu baju ni. Tengok diskaun dia..fuh...50%+10%..!! Rege asal RM115.90. Berbaloi kan? Tanpa tengok resit gua pegi bayar. Total RM80.50!!!! Weh.. ape nih..?? Cik cashier-yg-tak-berape-nak-cun tunjuk resit. Less 30% jer..!! Sah. Gua dah kena main sama orang meniaga. Shelaka...!!
Balik tu gua pegi simpan adik wanita gua kat menara gading. Pastu pegi jumpa Incik Lan. Ada assignment katanya. Malam lepas gua jamak takkhir kami gerak. Pergi tapak pesta - Sungai Nibong. Jem lagi. Sampai tahap moto pun tak gerak ape kes..?? Gua redho.
Masuk dalam. Ni 1st time gua buat - bayar tiket utk masuk ekspo. Kat Teganu free je la... (tu pun tak ramai orang.hahahaha..!!) Target - Auto Show. Sebab Incik Afad ada join dengan RV-4 dia. Macam2 pesen kete ada. Tapi gua bukan taksub sangat. Runcit2 saja. Gua lagi ralit tengok marka.
Lepak punye lepak sampai Countdown pun x sedar. Tapi sempat jugak tengok kembang api. Pukul 12:30 dari Queensbay gua agak (eceh.kenal dah..) Pukul 1:30 balik. Selak moto Incik Lan kena patah. Takziah...
Dah sampai umah bukan reti nak tido. Padahal gua kena balik KL esok sebelum subuh gua hajat. Sambung sembang. Fantasy Futbol. Industri musik. Aweks. Tube2(huhuhu..) Incik Afad pun juin sekaki.
Pukul bape gua tido pun tak tau....
Gua sambong nanti.