March 31, 2009

Dari Batu Jemala Singular




"Nak kawin, kalu tak mampu, sabar la dulu.
Kalu tak tahan nafsu, puasa.
Malam, berbuka la."




March 29, 2009

Cebar (CErita bergamBAR)

Skill penulisan gua belum mari. Gua dah tak reti nak tulih panjang2. Gua pun malas nak baca spesis entry lima ribu dua ratus patah perkataan neh. Sebab tu gua suka tasikmerah jadi KG.hahahahaa...!!


....................................................

Hari2 kat Penang sempena kejadian konvokasi adik wanita gua nombor satu. Yang pergi cuma abah, adik wanita gua nombor tiga dan gua sebagai drebar gagah merangkap orang kamera sepenuh masa.



24/03/2009



2:30pm - Ketibaan. Lunch kat Pelita Nasi Kandar
Abah : Mana kandar nye??
AW3 : Bulih tambah lagi tak? Kang aku makan tangan aku ni kang...



4:30pm - Check in hotel
Gua : Uuhhhh...! Gile sedap landing. Takyah gi la konvo esok abah eh.
Abah : Krohh..zzzzz...krohhh...zzzzzzz...



7:00pm - Pelancongan di Bukit Bendera
AW1 : Aku dulu jalan kaki gini je gi atas nu...
Abah : Bile nak naik nye?? Dah namploh round duk pusing sini ni..
AW3 : Kena wat senaman ringan tak nak naik bukit??



8:00pm - Atas bukit dikala hujan
AW1 : Mari la abah. Bukan senang nak main ujan atas bukit.
Abah : Comel jugak mangga ni.
AW3 : Kesian mu. Jadi gini deh duk jauh2...



8:15pm - Sesi sekodeng
Gua : Eh! Macam Incik Ecece. Wat nape celah2 lorong tu. Cilakak tak ajak! Ish.. bapuk ke?? Astaghfirullah...



9:30pm - Berpasembur di Padang Kota
AW1 : Makan pasembur kena sembur2 bah..
Abah : Ishh..! Kerang bakar ke arang bakar nih??
AW3 : Nak makan kena wat senaman tangan gak kan??
Gua : Cepat la perabih weh. Ngantok gile nih!!



11:00pm - Sesi percubaan
Gua : ____________________________________________
*fill in the blanks with proper words.



25/03/2009



8:05am - Siap siaga masuk dewan
Abah : Ambik gambo molek2. Anak ambe yang paling bulih harap nih..
AW1 : Adeh deh deh.. bulu mata nak tecabut..
Mak Andam 1 : Kat sini kasi staple keliling kepala.
Mak Andam 2 : Ubat staple abis la. Paku tekan bulih tak??



12:00pm - Penggambaran
Gua : Lawa pulak batik kontemporari. Kena molek dengan body solid nih.
AW3 : Berat la pulok bunga nih.
Abah : Cih. Pegang fail je? Bunga ambe mana nye??
AW1 : Mmm..mm.mm..mmm..(takut lipstik rusak)



1:00pm - Lunch di Kayu Nasi Kandar

AW1 : Ayam2 ni saya ambik. Awak perabih nasik tu. Tak baik membazir.
HO : Papan dam ni tak mau?? Ambik laa.. ambik laa..




8:30pm - Dinner di Hentian Guar Tempurong

AW1 : Haa! Ayam tu jangan ambik. Mu makan sudu tu dah.
AW3 : Erk.. Nak makan sudu kena senaman gini tak??






*Gua tau 8:30pm tadi kena tutup lampu. Maaf dunia. Gua tak buat. Gilo apo nak padam lampu kete tengah2 hiway!

March 27, 2009

Sesape Yang Nak Sedekah Yasin Kat Gua Tu Harap Tunggu

Gile ah!! Mana nak stat nih..??

Eksotika kampung?? Fradoo?? Penang trip?? Konvokasi?? Balik kampung?? Thaqifah?? Jeruk?? Lori Terbalik?? Semut dalam kasut?? Frame dalam but?? Jambatan tak siap?? Ambik lap 110km/j??

Arghhh!!!

Pening2...





O.
Lebih afdal gua buat tribute to Tok Mulu Villa Wangsa Melawati in conjunction with Majlis Pertunangan Di Kampung Pengkalan Setar, Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu tanggal 21 Mac 2009 aritu.
Dengan rasminya gua nak mintak mahap sebab tak sempat nak hambat masa untuk hadir meramaikan rombongan dari Taiping atas hal2 kebingungan dan penyahidratan neuron2 gagah dalam edrenalin. Akibatnya gua gerak balik kampung jam 10 pagi Sabtu dengan harapan Cik Sona mencipta keajaiban sampai ke Kuala Terengganu jam 11. Tapi gua bukan nabi nak ada mukjizat. Sori bro.

Daripada nukilan2 sahabat handai di sini, sini, sini dan sini, gua sediakan jugak seketul pantun untuk lu.

Dari Taiping Savvy menyerang
Di Padang Midin teratak singgahan
Dulu duk kutuk negeri gua ngan Asang
Skang ni jadilah lu Terengganuan





Senyuman lega seorang bakal menantu yang tidak kantoi
akan karier beliau sebagai seorang
Abdul-Razak-Baginda-dalam-pembikinan.




....................




Nam hari ni gua sangat sibuk. Travelling.
Meter Cik Sona pun kejap je dah abis dua ribu. Sok lusa kena jalan jauh lagi.

Esok lusa gua citer.





Amacam? Bulih agak gua pegi mana??
(nak marah2 lu hentam kameraman)




March 20, 2009

Kesian Cik Sona

Dua tiga hari ni gua pakai Incik Igo je gi kerja. Cik Sona gua park bawah pokok hujung lorong.

Sebelum pegi kerja tadi gua jengok Cik Sona. Penuh daun2 kering atas body solid beliau. Kesian. Gua tengok keliling banyak daun2 kering duk tersusun rapi birai2 jalan. "Orang blow sampah kut. Cantek ni!"

Gua stat Cik Sona. Dari dalam kete gua tengok sorang brader galas mesin jalan keluar dari Lorong 3. Mesin masih hidup. Gegas gua keluar.

"Bang... tolong skit bang."

"Aaa....."

Lepas perati betul2 yang dia duk pegang, gua masuk balik laju2.

Brader tadi sengih2 tengok gua sambil teruskan aktiviti beliau mesin rumput.










*gua balik kampung 2 3 hari. rindu?? sepak kang!!

March 19, 2009

Kem Motivasi Buat Gua Jadi Basi

Masa tingkatan pat, gua penah kena anto kem motivasi Biro Tata Negara kat Pasir Puteh Kelate. Mula2 tau tu teruja kemahen sebab cekgu Ruzila kabor insan2 terpilih je yang skolah anto. Jauh pulak tu! Paling jauh gua penah pegi pun rombongan skolah kat Kuantan. Best ni bulih jalan jauh2. Skali gua tengok list nama, sume 'sek2 megang' yang pegi. Ayam. Bewok. Bijan. Mat Jen. Mat Gang. Bohah. Blu. Cipen (nama manja kami memang pesen unik). Dan lain2 rakan2 dalam kategori gedebe kat skolah. Hapejadah! Gua gile2 skema punye pesen. Tak penah smayang dalam dorm. Tak penah potong barisan kat dewan makan. Akademik gua pun xde la huduh sangat - kelas cerdik nombor dua. Lompat pagar? Tembok skolah pun gua tak penah sentuh weyh! Tapi gua pikir2 balik, mana lagi nak bulih pakej ponteng skolah cara rasmi gini. Gua follow...

Sampai kat kem, gua jadi auto-pelik. Dia punya ceruk, antu setan pun tak berani nak bertendang apa lagi nak sepak terajang. Gua tengok kiri kanan depan belakang penuh semak belukar pokok getah. "Majunya industri getah kat sini." gua try tukor topik. Wat sedap ati. Ada lagi 2 3 bas skolah lain yang juin. Gua tengok muka sorang2 pun dah tau memang pesen hadkor punye juvana. Mana pintu bas masuk tadi gua tak tau. Yang gua buleh nampak ada hostel stended2 bangsal ngan kolam kat depan surau. Dah macam telaga buruk pun ada gua syak. Air hitam. Keladak melimpah. Swamp thing pun serender nak wat habitat. Cuma teratai-layu-di-tasik-madu yang bagi molek sikit mata memandang.

3 hari duk ber'kem' buat gua punye daya motivasi makin susut. Tak ilmiah langsung! Pung-pang-pung-pang duk asik kata kerajaan baguh. PM bagus. Wawasan 2020. Pembangunan. Nyanyi2. Heng sana. Heng sini. Pundek ah!! Yang gua bulih into sket tang aktiviti luar. Takde la sukan sangat. Alaa.. yang dalam kumpulan 7 8 orang tu. Sebab kumpulan gua ada gadis2 skolah lain yang manis2. Bulih jugak tersembang2. Terkenal2an. Teramah2 mesra. Terpegang2.hahahahahaaaa...!!

Biasa la. Kalu kat kem tu pukul 5 dah kena siap2 ada kat surau. Mengaji. Kuliah subuh. Hari last, lepas kuliah siap2 nak bekpes, sume kena panggil. Panggilan tergempar - kata ketua fasi. Gua dengor2 budak2 ngumpat kat bilik kata dia ni bekas komando. Biasa makan biawak. Gua tak heran langsung. "Lu makan benda haram apekes??" gua kerek sorang2. Kena berhimpun depan surau. Dengan lagak bekeng dia kabor selipar penceramah hilang. Cilakak!! Babun mana pulak buat kes. Perut gua dah ketuk keriuk lapo. Kena pulak jadi tunggul ngadap suria pagi. Sejam duk senang diri (senang celah mana?) takde jugak lahanat nak mengaku. Lutut gua dah vibrate. Fasi komando datang balik. Gua dah pasrah je nak serah pipi mungil gua. Tapi bukan penampor dia nak hulur. Dia bagi azab pesen lain.

Pagi tu sume budak laki kena rendam dalam kolam puaka secara berjemaah sampai tengahari.




















Sampai skang gua rasa nak bagi penyepak summersault kat setan yang curi selipar tukang ceramah. Tak hormat orang tua satu kes. Gua yang perangai sedap2 buat menantu ni kena seret sekali dalam kancah juvana apehal??

March 18, 2009

Scene Pembapukan Memang Buat Gua Rasa Nak Terajang Orang

Sedamai taman firdausi, Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi, Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya, Keluarga yang bahagia
Itulah idaman, Impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang



Tau lagu apa nih? Lagu nasyid.


Gua penah duduk dalam alam sekitar yang tahap kerohanian sangat tinggi sikit masa dulu. Irama2 nasyid kontemporari memang hari2 menembak telinga. Zaman nasyid budak2 U. In-Team. Braders. Mirwana. Solehah (yang ni gua siap tempek poster kat loker. hak!hak!hak!hak!) UNIC. 4U2C. Tu je gua ingat.


Yang gua nak kabor kumpulan yang nyanyi lagu atas tu. "Keluarga bahgiaaaaa...." - Kumpulan Saujana. Ni kumpulan nasyid kontemporari remaja2 menara gading gak la. Ada yang gua slalu nampak beli teh ais kat kafe. "Eleh.. artis pun tapau teh ais ke?" gua mengumpat sorang2.

Tapi yang gua nak kabor ni bukan yang skolah kat tempat gua. Ni dia punye lead la bulih kata. Gua tak tau sangat. Gua baca tadi je baru tau. Nama dia Khairul Idzwan. Skang dah abih blajar. Jadi dokter kut. Sebab nama dia ada Dr. kat depan. Yang gua tak puas ati skang ni dia ada audition OIAM. Gua bukan into sangat pogrem2 huha-huha gini. Tapi gua memang tak puas ati.


Bukan reti gua nak beleber panjang2.
Gua carut2 kang tak hensem plak.

Tapi gua memang marah!


Kecik2 lu nasyid bawah pokok,
Besar2 apesal lu jadi bapuk??




Walaupun hidup seribu tahun, kalu perangai setan apa gunanya...










March 16, 2009

Jawapannye...

Amacam? Merah tak buaya kat umah gua?


Gua dah kabor.
Jawapan dah bocor. Sila ke Prosper untuk kisah lanjut.
Ya. Beliau la akan makan pinang tak lama lagi.
Jangan ada yang patah hati.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Gua pun tengah tunggu.
Bila laa nak sampai. haih...


Teka Teki Jawapan Bocor



Dalam banyak - banyak buaya, buaya ape berwarna Merah?





Klu : Jawapan ada pada bakal-tunangan-orang-ujung-minggu-ni.


March 15, 2009

Ingat Gua Tak Berani???

1. Anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka..
2. Pastikan dicrop..
3. Setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja..
4. Huraikan sedikit tentang pic itu.
5. Tag sape jer asal lebih 5 org..




Gua kena tocer.
Ada ke si jane doe ngan acece suh buat TAG taruk wajah-kesayangan-hamba.
Uhh.. Gua dah debor2 ni nak buat. Cilakak!
!









Rajah 1 menunjukkan mata gua yang masih sihat walafiat. Tak penah kena ketumbit sebab gua tak penah turut serta akitviti sekodeng. Mata ni degil. Tiap2 malam, gua pejam2 dia celik. Pagi2, gua nak pegi bilek ayer dia taknak bukak pulak. Mata ni jugak dah lama tak keluarkan air secara cucuran. Kata laki dak!






Rajah 2 menunjukkan hidung gua. Gua suka hidung. Banyak masa lapang kami habiskan bersama. Jari2 gua suka main dalam lubang2 tu. Time selsema, hidung ni berjaya buat gua jadi Irwansyah.






Rajah 3 pula adalah bibir, gigi dan sedikit dagu gua. Orang kata kalu kuat isap rokok bibir jadi itam. Nyata takde bukti yang gua perokok tegar. Gigi yang sedikit kuning menunjukkan tahap kegagahan gigi gua adalah normal. Tiada osteoprosis. Abaikan peluh di dagu sebab kondisi gua lepas joging.




........................




Amacam??
Harap tukang2 tag puas ati deh!
Gua dah ikut arahan je. 3 pic di bahagian muka.

Licik tak gua?
hahahahahahahaaa....!!!









Oh.. gua senang hati.
Tak mau wasiat kat sesape.
Aaa..? Ada volunteer?? Sila buat... jangan malu2.

March 14, 2009

Gua Sokong Benar Kalu Ada Usul Memolekkan Nama Tempat Di Malaysia

Truuut..!Truutt..! (sumpah tak sedap langsung bunyi nada dering telepun opis gua)



Hamka : Hello. NOC.

Gua : Hello. Ya Ka.


Hamka : Ko telepun Pooniah suruh dia pegi...


Gua : A'ah. Tadi baru dia call. Dia dah pegi Bukit Lanjut.


Hamka : Aa..?? Mana..?


Gua : Bukit Lanjut kan?


Hamka : Biar betul ko ni...


Gua : (Check list slip..) Sori Ka. Silap. Kampung Lanjut.


Hamka : Ha... aku ingat batu ko lanjut tadi.





Cilakak!!

Kampung Continuously... kalu diPPSMIkan.
Lagi tak sedap!




March 13, 2009

Bila Komulonimbus Menangis

Kenapa budak2 suka sangat main ujan a?? Gua kecik2 dulu takde la galak mana pagi2 saje gi tadah kepala time musim tengkujuh. Takat tengok je budak2 huha-huha tengah padang duk main berenang dalam air paras betis. Kempunan la jugak. Tapi gua budak baik dan comel. Bukan apa. Sebab gua tau. Lepas bersukaria kuyup2 tu kompom abah gua bagi juadah tali lembu atas belakang. Best ke??

Sampai la gua dah besar hebat mcmni, memang gua tak into langsung ngan ujan pagi. 40 kali lebih afdal gua layan tido kalu takde aral nak melintang patah.

7:10am - Gua baru balik keje. Kena simbah ngan ujan sepanjang jalan. Lenjun weyh!! Memang betul tak best yang hamat. Instinct gua pegi keje semalam pakai Incik Igo meleset. Nak nyanyi laksana burung tiong pun takde nafsu dah..!









*nasi dagang ke roti canai??

March 12, 2009

Berbekas

Aku burung burung tiung berperi
Riang di dalam sangkar ku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan bertanya siapa

Aku burung, burung tiung
Sungguh pandai, berperi
Aku burung, burung tiung
Sungguh pandai, berperi




Macam karipap basi 40 malam gua rasa bila berdendang lagu ni atas moto sepanjang balik keje tadi. Cekgu muzik mana laa yang reka. Irama macam lori sampah! Nak2 tang korus.

Gua nak salahkan Incik Yoshz!
Entry beliau berbekas kat sanubari gua.





*dulu gua pun pakai cik kelly gak

March 11, 2009

Tiba-tiba Gua Rasa Sangat Patriotik

Amaran : Ini entry berat. Kalu tengah hypertension sila klik nuffnang gua je.hahahahaa..!!


Jalan2 lompat belog tadi gua jumpa filim best ni - 10 Tahun Sebelum Merdeka. Terima kasih kat pinkshaker yang buat entry dan 10tahun yang tukang publish ini filim.

Dah banyak kali gua dengar orang kabor Sejarah Malaysia yang cekgu ajor kat sekolah tu tak betul. Bukan cekgu2 tak betul. Silibus dia. Gua pun mari nak tahu jugak tang mana hok tak betul nya. Bila khatam tengok filim ni memang betul la tak betul.

Penah dengar Societies Ordinance?


Penah dengar Perlembagaan Federation?


Penah dengar Perlembagaan Rakyat?


Penah dengar HARTAL?


PKMM? PMFTU? API? AWAS? BATAS? MNDYL? GERAM? MPAJ-ESCU? MDU?


(Cehh.. macam terer sangat dah)

Ya.. ada yang ada, ada yang takde. Kalu ada dalam buku teks kaler cokelat tu (sk
ang tak tau la gua kaler apa) sekadar wat cukup syarat je gua syak. Tang wat sedap belah 'dia'.

Petik gambar kat bawah untuk link (nak episod tersusun sila ke pinkshaker).Gua malas nak tempek video kat sini. Lembab2 kang ada kompelin. Gua tau.hahahahaa!!

Penuh nilai klasik dia punya kulit. Siap terkoyak tuh!


Jangan risau. Filim pendek je. Stengah jam je lebih kurang. Sape2 yang sangat precious dengan masa gua takmo bertanggungjawab. (ada bau2 merajuk x? heh!)


Ada kiri-kanan dalam kaedah nak British-free.
Ada Hidup Melayu. Ada Merdeka.

Lu orang? Kiri ke kanan??













*gua suka tengok skill Tok Hashim nyala paip.cool gile!
**tiba2 gua rasa 31 Ogos jadi kosong.bulih??
***untuk rekod, Sejarah PMR dulu gua dapat A
****gilo apo nota tapak banyak2 gini!!

March 10, 2009

Menternak Binatang Memang Banyak Bawak Untung

Kegiatan bela binatang ternakan memang lumrah hidup kat kampung. Koman2 pun bela ayam. Kalu nak up sket bela lembu, kerbau, kambing, itik dan angsa. Kalu pesen moden sket tu bela arnab. Yang rajin + ada tanah tak tau wat mende tu dia buat kolam ikan. Bulih kata kampung gua tu memang kampung lah. Yang terbaru gua jumpa masa google time buat entry landak aritu ada jugak yang nak ternak landak. Memang rare habis nih!

Abah gua pun into jugak projek membela ni. Kat umah gua ada lembu ngan ayam. Gua memang tak segan silu langsung dengan menatang dua ni. Menjak kecik gua duk main ngan dua spesis ni. Penah dulu masa skolah rendah gua amik upah ngan Pak Long kerja gembala syif petang. Sebab pagi gua sekolah. Gilo apo ponteng skolah nak jadi gembala sepenuh masa! Time tu lembu2 pakcik ngam gile ngan gua. Dengar je suara gua suruh balik terus bertindak mengikut arahan. Sampai tahap gua bulih cam muka sekor2 yang mana bawah gua punya pengurusan ngan orang lain punya. Bukan sikit weh. Ada dalam doploh ekor. Kalu yang segak2 tu gua siap bagi nama. Ayie. Bob. Mek Na. Yang paling senior gua panggil Tok. Otai Tok ni. Lembu2 jantan lain suma macam segan2 ngan dia. Gi mana2 misti ada lembu awek ikut. Hebat kan gua punya ternakan? Besor2 bila mari KL skang ni, gua jadi pelik maksima bila tengok gambo kat zoo ada lembu. Apejadah...?

Abah gua pun ada bela lembu gak. 3 4 ekor je. Nak isi masa lapang semata2 gua syak. Tapi ayam banyak. Ada laa dalam 30 ekor kut campur anak2 baru menetas. Petang2 abah slalu bagi mereka makan nasik ayam. Bukan nasik ayam tiga pat hengget kat kedai nu! Ni betul2 punya nasik-basi-level-ayam-je-bulih-makan. Kadang2 kalu ada bajet lebih abah beli dedak. Orang kampung gua panggil pallet. Kadang2 kalu takde nasik abah belah nyior cambah kasi ayam patuk kenyang2. Baru bulih masuk tidor.

Sejak skolah menengah, time cuti skolah je gua ada kat umah. Petang2 kalu rajin gua pegi tulun abah hidang juadah untuk ayam ngan lembu. Kalu malas gua duduk je depan tiwi tengok Doraemon. Tak pun duk mengaji Alam Perwira.

Satu petang tu, time abah gua takde kat umah gi cari rumput lembu, gua tengok ayam2 duk ushar gua sambil buat muka kesian. Ada buat kais2 tanah. Ada buat2 ngantuk. Ada bawak anak2 kecik nganga dongak tengok gua. Gua mari touching. Sangat berperikebinatangan gua kan? Gua ambik parang bawah dapur terus keluar capai nyior cambah yang abah kumpul kat umbi pokok kelapa. Tak nyempat2 gerombolan ayam serbu gua. Gua rilek lagi. Rasa bangga kena kejar peminat pun ada.

Nak belah nyior ni bukan senang weh. Kalu tak tiga pat kali tetak tak terbelah benda ni.
Kung!! Kung!! Kung!! Gua menang lawan nyior pertama. Gua letak jauh kasi ayam patuk. Duk serabut kat kaki gua menjak tadi. Ada yang pesen gelojoh, kaki gua pun dia in. Dushh!! Gua kasi ong-bak sekaki. Terus jadi reti terbang. hahahaha.!!

Gua ambik nyior kedua. Ayam2 kategori kurang otai masih ikut gua. Gua betul2kan nyior dalam posisi sedap-nak-takuk.

Kung!!

Kriookk..!!!
Kena kepala sekor jantan muda. Tengkorak dia terpotong sikit. Macam mangga gua bagi lu sehiris. Ada sepotong tengkorak lekat kat sabut kelapa. Mencicit dia lari dengan leher condong ke kiri. Pening gua syak. Dalam takut2 tu gua bulih lagi gelak tengok aksi larian mabuk ayam gelojoh.

Malam tu kami makan nasik lauk gulai ayam kampung.











Dan sampai skang gua tak berani belah nyior cambah kasi ayam makan.
Fobia weyh!!

March 9, 2009

Hari Ni Public Holiday Kan?



Alahai...
Gua agak tak gemar TAG kali ni. Sebab dalam batu jemala gua bab nikah kawen ni duk carta nombor pat ploh dua. Tapi dah tengah2 gua takde idea + nak jaga hati pengetag ni, gua jadi auto-gigih nak buat (lagipun ramai cuti = reader kurang.hahahahaha..!!). Dah tiga entry berturut2 gua jadi agak noty akibat pengaruh rakan sebaya. Gua mau kembali ke pangkal jalan.

Salam Maulidul Rasul.




1. How old are you?
Umur 55 tahun nanti gua pencen

2. Are you single?
Yes it isn't

3. At what age do you think you'll get married?
20. Tapi dah lepas. Bila lagi? Ntah.

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
Takde sape2 ngan gua skang. No issue. hahahaha..!!

5. If not, who do you want to marry?
Yunalis

6. Who will be your bridesmaid?
Adik gua paling junior

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Abah gua tak kasi sanding

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Arab Saudi

9. How many guests do you think you'll invite?
Nak ajak honeymoon? Gilo apo..!

10. Will that include your exes?
Err.. adehh.. mmm.... zzz...

11. How many layers of cake do you want?
Dua belas

12. When do you want to get married, morning or evening?
Petang Jumaat

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding
Lenggang Mak Limah

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork?knife?
Tangan. Sunnah tu.

15. Champagne or red wine?
Bawak air masing2.

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Lepas akad nikah. hahahahaa..!!

17. Money or household items?
Rumah sebijik. Bleh??

18. How many kids would you like to have?
Lima belas. 1st kembar pat. 2nd kembar lima. 3rd kembar nam.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Gua takde videocam. So jadi outo-NO.

20. Whose wedding plan would you like to know next?
Gua nak tau Incik Mazlan Idres punya Walimatul Urus plak. Believe it or not?? Believe it.

March 7, 2009

Bukan Opera Cina



Malam tadi gua layan citer The Phantom Of The Opera kat tiwi kerajaan nombor dua. Gua dah penah tengok dulu. Nam tahun dulu. Dah banyak lupa. Yang gua ingat ada lagu dia, Nightwish yang nyanyi. Rok opera. Pehh..!! Sampai skang gua minat. Suma album dia gua ada. Gua memang rajin donlod lagu.

Filim tu background dia tahun 1900-an kut. Zaman2 bangsawan orang putih. Soprano di mana2. Atas pentas. Tengah prektis. Dalam tanah. Kat kubur. Duk nyanyi je. Sampai nak gadoh lawan pedang pun bleh beropera lagi. Nak tikam tu tikam je la! Lainnya ada romans. Ada misteri. Ada sejarah. Sedih pun ada gak. Tapi gua bukan pesen layan filing weyh..! Gua tengok sambil makan mangga cecah kicap.

Boring tu ada gak sikit2. Ye la. Dialog pun duk nyanyi, kalah filim Hindu. Nasib baik banyak scene yang buat gua menten segar - gelembung2 yang nak terkeluar. Di dada mereka.

March 6, 2009

Mulakan Pagi Dengan Senyuman



Pagi2 gua jarang bekpes. Tapi pagi tadi gua turun kafe tingkat 3 cari makan. Lapar. Malam tadi makan sikit. Gua tapau megi goreng dengan 2 ketul sosej.


"Ada sos tak?" gua tanya gadis manis yang jual sambil hulur gua punya tapauan. Mencicit dia masuk dapur. Keluar balik kat tangan ada botol sos kaler ijau.

"Nak letak kat mana ni?" dia nak tulung picit sos atas tapauan.

"Kat sini" gua tunjuk poket baju uniform keje.

Dia bagi jelingan manja.
Waduh....!

March 5, 2009

Retro - Ada Hantu Di Kuarters

Hari ni Khamis. Kat mereka yang dah kawen dan gemar aktif macam encikblind, gua nak ucap selamat mendobi cadar esok hari. Gua letakkan stended gua ni belom layak nak usik perihal malam Jumaat. Kasi can. heh!!
Tapi gua rasa kalu cite genre keliwon tu bulih laa kot. Jangan takut pulak!


....................



Kat sekolah gua ada kuarters pekerja. 4 tingkat je. Duduknya tengah2 antara sekolah ngan asrama. Oh. Asrama gua memang jauh ngan skolah. Jarak yang gua pernah sukat ada gak dalam 700 meter. Bila congak2, dalam sehari budak2 kena jalan kaki dalam 4 kilo jugak. Gi skolah. Prep petang. Prep malam. Tu tak campur yang pesen berlari keliling padang kejar bola tiap2 petang. Tak heran la otot kaki gua pejal sampai skang.

Dah nama kuarters pekerja tu memang la jadi umah pekerja. Tapi banyak kosong. Sape laa nak duk dalam kawasan skolah dak? Yang gua ingat Pak Rasit drebar bas je sebab bini dia ada buat Industri Kecil dan Sederhana kat umah - jual eskrem ngan kropok kat budak2 time pegi-balik prep. Budak2 laki yang nak test power sanggup belanja lima ploh sen tiap2 hari kat situ semata2 nak tekel Ida - anak dara Pak Rasit drebar. Umah dia kat ground floor. Yang teres tingkat 4 memang kosong. Dah lama. Usang. Terbiar.

Satu malam Khamis tu, gua, Toy dan Che Mat balik prep malam lambat skit. Bukan sebab rajin melampau tapi kes kena pedajal. Gua ralit layan scene tido sampai takde seko budak kelas sampai ati nak kacau. Siyul! Naseb baik klik misteri dua orang tu baik. Tengah berjalan kat gajah menyusur (sampai skang gua tak paham nape orang bubuh nama gajah kat tempat bejalan tu) gua perasan Che Mat diam je. Memang dia ni pesen diam sket. Tapi kalu masuk klik, beliau jadi auto-kepoh. Heng sana heng sini. Tapi kali ni macam kena tungau. Sampai la lepas kuarters pekerja, dia kabor ada nampak 'benda' kat tingkat 4. Gua dengan Toy sengih2 nak sedapkan feel sambil kaki masing2 kencang duk langkah panjang2.

Sampai kat dorm, baru la gua ngan Toy ada brani nak tanya. Che Mat kabor dia nampak ada benda kaler putih rambut panjang kat ujung koridor tingkat 4 kuarters tu duk tengok kat dia pastu slow2 masuk dalam umah yang paling ujung. Bulu tengkuk gua dah stim. Kepala rasa kembang kuncup. Gua tengok Che Mat dah pucat. Terketar2 bibir dia macam baru mandi salji. Toy duk korek idung sambil gesek daki kat dada konon2 dia paling steady. Malam tu gua ambik Quran kat surau wat teman tido.

Malam Jumaat lepas balik surau, Toy ajak Che Mat ngan gua pegi kuarters pekerja. Gile! Nak cari nahas malam2 Jumaat gi kacau entiti. Gua dengan Che Mat boikot. Baik gua layan main pingpong kat bilik prep. Dia tekel Ida kasi kat gua pun blom tentu gua nak ikut. Pujuk punya pujuk tak sukses, last2 dia ajak pegi pagi esoknya. "Pagi Jumaat banyak berkat" kata dia. "Berkat korok mu benda gini!" Gua tetap tak yakin. Last2 Che Mat mengalah. Biar diorang je pegi. Gua bukan takut. Nak cuci baju. Dah seminggu tak basuh.

Pagi Jumaat memang gua layan scene tido je. Nak bangun tunggu loceng pukul doblas - loceng pegi mandi semayang Jumaat. Masa pegi semayang Jumaat gua tanya Toy ngan Che Mat operasi tingkat 4 pagi tu. Dua2 duk sengih2 gelak2 kata takde mende. Gua dah syak lain. Takkan kena sampuk kot? Ahh sudah...! Nasib baik gua tak ikut. Petang Jumaat tu, kecoh budak2 setingkatan gua cari Toy. Dengar2nya Toy jumpa 'benda' kat kuarters pekerja.


















Malamnya baru gua tau.
Toy wat balik kalendar-ada-gambar-pompuan-separa-pakai-baju dia jumpa kat tingkat 4 kuarters pekerja.
Gelojoh budak2 ni nak dewasa.

Hantu sunggoh!!!

March 4, 2009

Jiwa Remaja Memang Suka Memberontak



Masa juin makcik gua kerja kat pasar malam lepas abis skolah dulu, gua suka cari port lepak dekat2 orang buta mintak sedekah. Orang buta kat Teganu bukan macam kat KL. Diorang sorang2 je. Takde yang pimpin tangan ke meja tu meja ni hulur tisu. Ya. Gua insan prihatin. Dulu.


Jumpa je mula la kazen (Toyo) ajak gua sembang. Kuat2.


Toyo : Ishh.. Gelap lenmacam je ni.

Gua : Ish. Kemarin turun dah. Takkan petang ni ujan lagi.

Toyo : Laa. Tiap2 petang kan ujan leni.

Gua : Ye la. Berangin je ni. Aish...nak niaga camana gini..

Toyo : Gi simpan balik ah.

Gua : Huh... musim2 gini pun ujan jugok.

Toyo : Cepat la bengong. Turun dah ni..! (sambil tangan duk renjis2 air mineral)




Si buta mintak sedekah gua tengok duk teraba2 berdiri pegang tongkat menunjukkan sekian-sahaja-rezeki-hari-itu.


March 3, 2009

Kau Happy??




'Kau happy? Makan stroberi?'



Sejak baca quote ni kat HilangPunca, sampai skang benda ni main au-cak dalam pale otak gua. Walaupun macam dungu2 je bunyinya, gua bulih rasa ada maksud yang amat hebat kat belakang. Akalan gua belom sampai tahap maha cerdas lagi nak tau apa misteri tuh. Adam Kasturi, cendikiawan yang reka benda ni pun gua tak berapa kenal sangat. Gua ni lagi laa beliau tak kenal.

Sape2 tau kod rahsia kalimah puaka ni tulun bagitau.
Gua tak nak mereng.




March 2, 2009

Busung2 Pun Lu Tetap Hensem


Wikipedia  :  ASITES (BUSUNG) ialah sejenis penyakit yang mana perut seseorang itu akan menjadi kembung atau buncit.


.........................



Gua ingat2 menjak gua masuk Villa Wangsa Melawati ni dulu lagi,  abdomen AzrieHafiz memang agak something. Quote2 sahabat handai menguatkan lagi agakan gua.


"Gile ah..! Perut berlipat!"

"Ish.. tak kawen lagi dah macamtu..?"

"Ko kena busung ke weyh??"

"Hahahaha.. bulih ramas...!"

"Berapa bulan??"


...........................



Tapi kini tidak lagi. 
Busung beliau dah susut.
Sudah tak boroi seperti dulu...


(Bukan sembelih ular)
"Sahaja aku potong tali pinggang..."




March 1, 2009

Bila Winamp Menjawab


Gile ah.. dua ari saja2 tak hapdet belog gua rasa macam hilang awek.hahahaa..!!

Biasa laa.. ujung minggu gua suka bayar utang TAG. Ikhlas nii..! Bukan apa. Saja nak melagho hari Ahad sambil main badminton. 

Ni dari Datin Seri LandakLaut. (oh..gua agak elergik dengan landak skang.. tasikmerah punya pasal..) Ini TAG bukan pakai jawapan yang gua nak. Tapi gua sangat optimis. Ai follow!!


Kaedahnya...

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


**************************************


Q : IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
A : Mistakes  |  Haha..! memang mistake laa kalu sape tanya

Q : HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
A : Jangan tak mandi  |  Ya..ya.. gua pun suka mandi

Q : WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
A : Almost easy  |  Bajet senang saja.hahaha..!!

Q : HOW DO YOU FEEL TODAY?
A : Clumsy  |  Hahaha..kalut weyh!

Q : WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
A : I want you to want me  |  Betul.betul.. tapi sape 'you' tu agak2nya..? hahahaa..!!

Q : WHAT’S YOUR MOTTO?
A : Football mad nation  |  OooOoooOo..OoOoOoOooo.!!

Q : WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
A : Musnah  |  Takkan sebab gua tak kawen lagi dah pikir mcmni kut...

Q : WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
A : Bukan lupa tapi tak ingat  |  A'ah.. siyes gua tak ingat

Q : WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
A : In loving memory  |  Ya..ya.. gua sayang famili gua.

Q : WHAT IS 2 + 2?
A : The fire still burns  |  Sape tak tau kena bakor!!

Q : WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
A : Radio/video  |  Hahaha.. takde ke lagu 'Internet Bergerak"?

Q : WHAT IS YOUR LIFE STORY?
A : Cinta tak singgah ku lagi  |  Cinta yang tak mau singgah kat gua. Gua tak salah...

Q : WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
A : Insan  |  Jadilah seorang orang. Bukan seekor ye..!

Q : WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
A : Beat it!  |  Grrr.. kadang2 gua ganas.

Q : WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
A : Nobody's home  |  Abis tu sape nak datang gua kawen?? 

Q : WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
A : Satu irama  |  ...yakni talkin.

Q : WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
A : Laskar pelangi  |  Menarilah dan terus tertawa... walau dunia tak seindah surga

Q : WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
A : Meneka dalam kesamaran  |  Main agak2 je mana buleh weyh...

Q : IS YOUR BIGGEST SECRET?
A : Stick with you  |  Hoh..! Abih laa rahsia gua..

Q : WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
A : The siren  |  Somewhere there my fate revealed, I hear but how will I see...

Q : WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
A : Makes me wonder  |  Gua syak macam2...

Q : WHAT WILL YOU POST THIS AS?
A : Di balik awan  | Ada apa kat sana? Lu pikir laa sdiri...!


**************************************

Selesai.

Okeh.. next.. the TAG goes to :

~ sape yang sudah tag gua sebelum ni angkat tangan..!
Haa..lu keri.. lu jane doe.. lu Mazlan Idres dan lu Arabella.. no ekskius pliss. Wat u give u get back la. Baru karma. hahahahahaa..!!

Gua bagi diskaun namploh persen utk diri sendiri sempena kempen ZOOM MALAYSIA. 
Yay!!




*haih..apesal laa satu pun lagu nasyid tak lekat ni..?