July 31, 2009

Paiseh Tengah Siap2 Nak Selebret Besday Dia

Karya asal.
Karya tipu di bawah.



Nak kata lama, tak berapa lama juga gua dalam arena belog membelog ni. Kalu duduk atas sofa, dah padat juga laa span tu jadinya. Gua tau macam2 ada kat sini. Termasuk salah satu dosa besar yakni mengumpat @ gossip. Gua memang tak amik hirau langsung. Cenderung ke ciri2 perempuan pok-pek-pok-pek kekdahnya. Tapi ada masa2 tu mari rimas juga. Kalu nyamuk main tepi telinga, sekali gua tepuk, kepala dah sama leper dengan bontot gua bagi mati. Tapi gua blom blaja lagi kekdah membunuh belog.

Sudahnya gua tak penah ambik cakne langsung pasal benda2 takde pekdah gini. Nak sembang?? Try la. Time tu juga gua menguap 100km/j. Baik gua main Premier Futball kat Fesbuk. Tak pun gua main tukar background belog gua. Koman2 pun dah takde benda sangat nak buat, gua konsentret kerja. Biar laa lu nak gosip apa. Asalkan gua tenteram. Macam Gunung Santubong.

Tak abih kat situ. Ada jugak yang main lawan2 komen. Itu komen 'Aku nak kat kau'. Ini komen 'Pilihlah aku jadi pacarmu'. Sana pulak komen 'Aku rela mati untukmu'. APA NERAKA SEMUA NI...?? Tapi gua tak marah. Gua cool. Lu komen. Gua reply. Gua pegi belog lu. Gua komen. Lu tak reply. Gua cool. Tapi kalu nak bercinta jangan harap! Nak cari jodoh? Suruh mak abah lu carikan. Berkat pun lebih.

Sape yang kentut, dia yang bau. Selamat berjaya. Gua doa yang baik2 je. Amin~

Huh!! Sape yang kena?? Mungkin lu. Lu juga. Lu pun bulih jadi. Lu pun. Paiseh?? Paiseh bagi can gua tulih kat belog ni. Dia tak sampai ati. heh!



-pairin-

July 29, 2009

Mari Mengurus Pasukan Sepak Bola

.


Err.. pembaca wanita bulih ke www.myresepi.net yang lebih feminin.






Rekod gua sepanjang berkecimpung dalam bidang pengurusan bola sepak antarabangsa :


CM 2000 - FM 2008 :

- 28 kali Juara Serie A (AC Milan, Lazio, Roma, Napoli, Reggina, Bari)

- 18 kali Juara Liga Perdana Inggeris (Manchester United, Manchester City, Newcastle United, Leeds United, Norwich City, Swindon Town)

- 8 kali Juara Liga Sepanyol (Barcelona, Real Sociedad, Villareal)

- 35 kali Juara Liga Eropah.

- 16 kali Juara Piala UEFA.

- 22 kali Juara Kelab2 Dunia.

- 6 kali Juara Piala Dunia (England, Jerman, Holland, Republik Czech)

- 6 kali Juara Kejohanan Eropah (England, Sepanyol, Itali, Macedonia)

- 1 kali kena rijek Universiti.




Fantasy Premierleague 2003 - 2009 :

- Anugerah Pengurus Baru Paling Berjaya 2003

- Juara Liga2 Kecil (8 liga)

- Pasukan Paling Konsisten (2005-2008)

- Pemenang Jersi Paling 'Awesome' (2006-2008)

- Anugerah Pengurus Paling Banyak Mencarut 2009



~Biar statistik berbicara.




.................................................................................




Musim bola dah nak start. Ada 2 3 orang sahabat dah start ajak gua main. Agak2 kalu dah tengok rekod gua ni, berani ke diorang nak pelawa gua lebih kurang?
Walaupun time main bola gua lagi banyak sepak orang, dalam pengurusan gua memang tip top. Alex Ferguson pun main kelab murah2 je dulu weyh!






Line up gua untuk musim baru. Gua cari nama Amri Yahyah takde pulak.
Jangan perlekeh. Gua dah bleh bajet sape yang perform.
Azam gua untuk musim baru.. kurangkan mencarut.






Sape nak join, bulih kontek murid gua yang paling bulih pakai.... incik acece untuk tutorial bahasa Melayu. Beliau memang anti PPSMI. Tak sampai setahun main dah terer.

July 28, 2009

Aliff, Jangan Mintak Apa2 Royalti Kat Gua

.


Aritu gua ada cerita gua bulih sorang lagi anak buah.
Nombor empat.
Laki2. Hensem. Sebijik macam pakcik dia.
Malam tadi gua tanya papa dia a.k.a brader gua, bubuh nama apa.
Memang brader gua ada baca ini belog.
Tapi memang tak asuk akalan langsung nak kasi nama ikut komen entry aritu.


ALIfF MIKAIL BIN MOHD HARIF.
Cilakak lu mrblind!!
Gua harap, kalu jadi blogger pun biarlaa yang agama2.
Lagi warak dari brader aliff mikail original pun takpe.












*gua baru dapat tahu ada nama lain utk anak buah gua tu. mana satu betul gua xtau.

**ada brader nak kompelin pasal MYVI vs Persona. ada nak sokong gua tak? meh serang asang!

July 27, 2009

Soalan2 Ilmiah Minggu Ini

.


Jalan2 beli kereta Alpha Angle semalam. Tak sedap langsung nama. Macam kapal angkasa. Ada satu kereta nama dia Rondo. Gua syak tukang buat dia misti suka kumpulan Ukays dulu ni. Asun test naik sambil lepak2 isap rokok kat dalam. Macam cilaka. Satu spec yang gua tak perasan.. handbrek dia takde kat tangan. Tapi ada kat kaki. Gua tanya Asun... "Kalu pakai tangan betul laa bulih panggil handbrek. Ni kalu kat kaki nak panggil apa??"



Sila bantu Asun.





......................................................................................





Di tingkat dua. Jalan2 dalam kebengongan sebab dah rabun tengok jualan murah pesen nak-kasi-gua-jadi-miskin-balik. Takde laa sesat sangat. Dah tak jumpa patner. Gua dengan Pidos. Asun dengan Singular. Datang dengan kete Singular. Mau tecabut ligamen lutut kalu nak kena balik jalan kaki ni. Bosan duk jengok2 tak jumpa, gua kasi satu teka teki sama Pidos... "Besar, merah dan bergerak2. Apa dia??"



Sila bantu Pidos.




July 25, 2009

Satu Sebab Gua Malas Bawak Kete Gi Keje Pagi2

.


Balik kerja.
Di tapak parking dasar bangunan pejabat gua...


tet..tet..tet..tetet..tet..tet.. (brader jaga parking tekan2 mesin imbas tiket)

BJP : Lima ringgit.

Gua : Kalu staff?

BJP : Ada kad?

Gua : Dalam kete.

BJP : Pegi ambik. Kita nak tengok kad.

(cilakak! dah pakai baju seragam kerja pun tak caye lagi...)
...


Gua : Haa..ni.

BJP : Tulis nombor ID belakang tiket ni.

Gua tulis sambil peluk sabar kuat2.

Gua : Berapa?

BJP : Tiga ringgit.

Gua : Nah...

BJP : (selak2 laci...) pakai duit ni boleh??






Gua tak tau nak buat apa dengan sembilan puluh tujuh keping not singgit ni.
Nak tunggu raya pun lambat lagi.

July 24, 2009

Di Sini Ada Hantu

.


"Hantu mana yg nak mengaku dia hantu... tambahan pula kalau dia tak tahu yang dia hantu..." anonymous.




1,2 he's after you
3,4 better lock your door
5,6 garb your dude or chick
7,8 never stay up late
9,10 (hantu) im back again




*terima kasih encik lapan.

July 22, 2009

* Laporan Tertunda Peristiwa Sepak Bola Hari Isnin

Tak tahan kena 'jek' dengan brader gua dan member2 takleh pakai, tanpa memikirkan masa depan, gua kasi repeat lagi satu kali gi tengok sepak bola Malaysia lawan MU. Kena pulak hari senin gua off. Gile boring duk umah. Orang lain sedap2 layan Monday Blues kat opis, takkan gua nak tido je satu hari suntuk. Biasa sangat. Beratur ala kadar setengah jam, dapat juga tiket keramat tu kat tangan gua. Nasib baik kondisi cuaca banyak tolong kasi gua cool.



Pukul lima stengah gua dengan prospek baru rumah gua, Pidos gerak ke stadium. Kali ni naik kenderaan sendiri. Takut takdan nak sambar tren balik kang. Naya weyh! Pidos drive sebab gua memang tak suka berkelahi dengan jem. Baik gua testing kekdah ambik gambor.


Sampai stadium, pegi rewang2 kejap jenguk masyarakat. Tak ramai macam itu hari. Yang ada ni pun pesen monteng kerja je gua syak. Kalu lu ada pegi, try la cari2 kut ada gua ter'snap'gambor lu. Bulih juga gua mintak duit tip.


Tak sabau duk dengar orang bersorak dalam stadium, Pidos ajak gua masuk. Ntah hape laa duk bising2. Gua tengok atas padang ada lima nam ekor burung gembala cari cacing. Takkan bayar mahal2 tengok burung. Simpan laa woi. Kang tak sampai separuh masa pertama dah habis suara. Tak bola langsung! Dalam pada tu, gua paling suka banner atas ni. Amacam yang sokong Liverpool? Gua dengar2 Abam Gerrard takdak pun dalam rombongan melawat Asia ke Bangkok ngan Singapura nanti. Takut eh?? hahahahaa..!



Gua tak tau nak kasi upah apa kat mamat ni. Nak gi jamban pun suruh gua snap gambor. Macam setan!


Takpuas ati sebab tak dapat seat, Pidos ajak gua pindah tempat ke bucu stadium. Betul2 dekat lorong ambulan sama FRU masuk. Terjumpa member Cik Sona. Segak kemahen. Siap ada bodigad dua ketul duk sebelah. Pesen Inspektor Aleeza ni gua syak.


Sesi warm up. Shot of de day. Gua kasi sebelas bintang kat gambor ni. Lu nak kasi berapa?




Mula game. Biasa la. Mesti Malaysia dulu yang serang. Abam Muyaimeen tengah mengajor Abam Giggs menari Cak Pong.




Gol pertama; MU. Cilakak~ jauh benor! Gua rasa nombor 19 tu lagi dekat dengan bola dari Abam Owen. Apesal tak kejar?? Dah bolos satu.



Eh.. apesal gelap??


Gua tekan2. Takdak mende.
Gua tengok kat skrin...



Pundek~
Gua dah menyumpah2. Cilaka! Macamana gua bulih lupa rukun alat elektronik - berfungsi pakai kuasa elektrik. Kempunan weyh! Banyak gila moment terbaek gua miss.


Ahh....! Malas gua nak citer. Kang lagi banyak mencarut.
Mata gua dah kaca2...

July 21, 2009

Laporan Tertunda Peristiwa Sepak Bola Hari Sabtu

Hari Jumaat tu gua dah panas. Takde makhluk kabor kat gua sesi trening pukul 5:30 petang. Gua dah kat opis. Mengulor. Cilakak. Saja je gua gila2 bersunggoh nak trening pass tu. Ni kalau matchday pun gua miss kalu dipospon pukul tiga, pastu takde orang kabor jugak, memang gua nak jadi pengebom berani mati gi letup Mandarin Oriental.


Time sampai, bulih kata gua duduk dalam kategori lewat2 juga lah. Nasib baik gua punya akalan bulih tahan genius. Amik tren Sentul terus ke Bukit Jalil. Kadang2 pengangkutan awam memang terbaik. Sampai2 stesen pun masyarakat dah penuh macam semut api hurung mayat.


Agak2 dah puas tengok aksi macam2 kat luar, pukul lima gua masuk stadium. Pehh..! Dia punya ramai, memang tahap laut. Golongan nona pun sama naik. Gua punya membe potograper dah sengih sampai sekben. Banyak angle makwe bagus2.



Sempat2 juga tengok sesi warm up. Gua jerit satu kali sebab tak puas ati tengok diorang tak warm up betul2. Abam Wes Brown jeling balik kat gua tak puas ati. Gua tunjuk pis!


Abam O'Shea pun terer main pok amai2. Gua dah kasi ajar awal2. "Pok amai-amai... belacan kurus-kurus.."


Gol pertama; MU. Abam Rooney memang dah standby awal2 kat situ. Keeper mungkin terkejut sebab tak sangka Abam Batov tak score. Sampai tertukar cara nak tangkap bola dengan tangkap belalang.



Gol kedua; MU. Tru pass lawa dari Abam Rooney disudahkan dengan biasa oleh Abam Nani. Perhatikan Encik Kapten Malaysia nak lari ke mana. Scene Abam Nani lompat tak sempat gua snap. Mamat depan gua histeria sebab tak pecaya player yang dia kutuk-sampai-gua-pun kecik-ati bulih score.


Gambar atas - cara menyepak bola yang betul ; ke depan.
Gambar bawah - cara menyepak bola yang salah; ke atas.


Gol pertama; Malaysia. Gua memang tak nak ambik sebab nampak gaya macam Amri nak sepak bola bagi penonton belakang gol. "Kasi slow2 dah laa wei. Kata friendly...!" Abam Van Der Sar jerit kat Amri.


Selingan. Gua dengor2 mamat ni kena campak dalam longkang lepas kena terajang dua puluh tiga kali dengan mamat nigger sebelah gua. Jersi tu orang pakat potong panjang2 wat lilit kepala. Janji nampak merah.


Gol kedua; Malaysia. Abam Ferdinand mula menyalak marah. Abam O'Shea dah merah telinga kena tarik. Dia cuba balas dendam tarik telinga stoking pulak.


Gol ketiga; MU. Pun gua tak sempat ambik sebab baru perasan belakang gua ada makwe cun. Member potograpi gua tengah sibuk cari peluang nak curi snap. Abam Owen di tahniahkan oleh Abam Giggs dan satu stadium. Keeper Malaysia terduduk macam kena tahanan along.



Lepas match. Sakan kena sekolah sama Pakcik Ferguson. Dengar2 kena public canning dua das sorang sebab bolos dua bijik.



Terus terang cakap, gua tak berapa ambik full attention sangat kat game. Gua jadi sibuk lain macam sket skang sebab tengah jinak2 dengan hobi baru ni. Nak apdet belog pun berkira. Isnin malam gua repeat lagi satu kali. Pakai baju kuning pulak. Sape kata Malaysia tak bagus?? Meh gua kasi jek satu kali.

July 20, 2009

"Kalau ikut level Malaysia skang ni kire dah bagus dah tu diorang main..." Malaysia 2 - 3 MU

Cilaka~

Intenet macam siput kena strok!
Dua jam gua tunggu nak aplod cerita + gambor yang berkepul2 gua dapat dua tiga hari ni, haram tak dapat.
Ni yang gua rasa nak balik ke zaman tiga ribu lima ni.
Tak best langsung zaman broadband baru naik gini.
Nak2 jenama Meksis. Macam pakai telegram!



.....................................................................................



Sabtu itu hari gua bulih lagi satu anak buah. Laki2.
Serentak dengan debut Maikel Owen di MU.
Gua ingat nak kasi nama macam tu jugak la. Mikail Awang. Amacam??

Cerita kat Old Jalil Trafford, nanti2 gua cerita.
Tengah pilih gambor. Sama banyak gambor bola dengan gambor makwe.

July 17, 2009

Forensik Cara Gua

.


Lanjutan insiden semalam...

Laporan bedah siasat mendapati tiada unsur2 tahyul mahupun black magis ataupun ilmu tuju2 terlibat dalam kes. Rangsangan deria pedih didapati berpunca dari sisa2 cili api dan bawang putih dari tangan yang tak dicuci dengan sabun antibakteria setelah mangsa terlibat dalam kegiatan memasak megi perisa Terengganu di dapur sebelum masuk beradu.

Bahan2 kriminalistik dan toksikologi mendapati mata si mangsa menjadi berbahang dan pedor selepas cuba membersihkan mata daripada sisa kumuhan selepas tidur dengan tangan kiri yang turut menggaru tetek kanan ketika sesi beradu. Warna mata yang normal juga bertukar kepada merah jambu.





Separuh hari mata gua sepet sebelah!


.

July 16, 2009

Ada Orang Hantar Toyol Umah Gua ke??

.


Minggu ni giliran gua keje petang.
Biasanya ruang istimewa waktu pagi, gua bantai tido sampai tak larat nak tutup mata.

Tapi ari ni, belum 9:30 pagi gua dah tekejut. Takleh nak tido.
Celaka. Menatang mana duk gigit tetek gua.
Pedih!

July 14, 2009

Bertamu Di Kalbu

Sesungguhnya gua tak tau nak bagi tajuk apa.



Jalan-jalan di Universiti Selatan sementara menunggu majlis sanding2 Fahrin Samat. Betul2-betul berjiran dengan majlis walimah. Itu jam juga baru gua tau ada juga penempatan dekat2 situ. Tak laa jin nak bertendang sangat kat Universiti Selatan rupanya.

Misi jalan-jalan dikolaborasikan dengan aktiviti memantau siswi2 universiti. Tapi sikit tawar. Panorama tak indah mana. Hari minggu mungkin. Siswi2 dah gi deting. Tak pun belum bangun. Singgah kat satu dua bangunan kantin yang lebih kepada rupa bangunan Arked Mara, baru laa cerah sikit mata sekor2. Macam2 pesen ada. Gebu. Amoi. Study. Muslimah. Kapel. Ketat. Yang pesen tak mandi pun ramai. Dua tiga round juga order air.

Agak2 majlis sanding nak stat, baru laa ingat nak balik. Tapi sekor pun tak ingat jalan keluar. Gua memang susah nak kenal2 jalan. 12 kali gi Low Yat pun blom tentu gua tak sesat kalu nak gi lagi. Prosper yang jadi drebar sama Abuzar dan Cupin nak main agak2. Cilakak! Sudahnya, berhenti tanya satu makwe kat bus stop. Bersungguh2 beliau kasi ekspelin. Ada lagi dua makwe yang sama tunggu bas nak menolong juga. Muafakat sungguh siswi2 Universiti Selatan ni. Mungkin sebab rasa bertuah kasi tolong pakwe kacak2 ni. Lepas Abuzar kasi satu senyum darah manis, pencarian diteruskan. Nombor telepun tak dapat pun.

"Kut mana dia bagitau tadi? Stret kan..?" sang drebar yang tak ambik perhatian langsung tadi kat penerangan. Lebih ke mengushar.

"A'ah. Jalan ni.. gi stret. Sampai simpang tu belok kanan." Abuzar. Muka masih merah.

"Kita belok kiri" si drebar kasi cadangan. Stereng kat tangan dia. Kaedah paling berkesan nak bertegur sapa.

Abuzar gosok2 muka kasi hilang merah. Cupin buat kemasan rambut. Gua follow saja.





..............................................




Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bulih tahan juga penat dia. Sekor2 dalam kondisi siput-tolak-kerusi dia punya level. Tapi nak tak nak kena balik juga. Gua dengan kerja takleh kompromi langsung.

Makanya untuk perjalanan selamat, satu klip Sumpah berjaya di'smuggle'. Tu pun lepas tak tau apa zikir lagi yang blom baca. Sedap2 vokal melontar juga. Cuba lah!



Jangan tiru aksi ini dengan pemanduan solo.
Bahaya tak patut.

July 11, 2009

Tewas Sudah Anak Samat


Berita panas. Pelamin pun masih belum dirombak.
Fahrin Samat berjaya menewaskan diri sebagai anak bujang untuk menjadi bapa budak. Malam bujang terakhir diraikan bersama mi rebus Hj Wahid secara solo. Klik losers VWM bersimpati dengan merepeat aktiviti berkenaan jam 9.30pm Johor Local Time.
SELAMAT PENGANTIN BARU.MOGA .MALAM PERTAMA X TERBURU2.



*abaikan pengapit. mereka hanya menjalankan tugas.

Memang Sedap2 Melepak Kalu Petang2 Duk Kat Port Kapal Layar

.


Sepetang di Tanjung, Kuala Terengganu...


Sidek : Mu nak jupe Jamal wat mende?

Gua : Nak tanya kete aku. Enjin aku bebunyi la.

Sidek : Kalu tak bunyi nak jalan macamana??

Gua : *eksesais lengan...

Sidek : Kete aku ada problem jugak.

Gua : Bakpe kete mu? Injin jugak ke??

Sidek : Minyak abis sokmo. Aku isi2.. abis. Isi2.. abis. Abis duit isi minyak je...





Petang tu Sidek makan kerusi.

July 10, 2009

Gua Sibuk Macam Labah-labah

.


Prosper : Bulih buat teka teki ni...


Gua : Apa dia..?

Prosper : Manusia apakah paling lucah dan bertudung tapi tak ada video lucah..?

Gua : Hmmm.. bulih juga tu.



Tak sopan betul budak Kaisara ni.
Ada dia je misti kuar topik datang bulan...




.......................................................................



Al (Al-Ghazali). El (El-Jalaluddin Rumi). Dul (Ahmad Abdul Qodir Jaelani).
Keren sekali nama kamu dong..!


Umah gua skang ni tengah havoc dengan lagu anak2 Dewa ni.
Cool juga tenguk budak2 ni main. Tapi cita2 sekor2 bukan nak menyanyi tapi nak japi pemain bola nasional. Patut laa bola indon lebih terer. Padan muka Ahmad Dhani. hahahahaa..!!
Kat Mesia, budak2 sibuk nak masuk Tom Tom Bak. Macamana sukan nak maju..? Bakat kunun... hak tuiii!!
Lagu dia pun memang bulih kasi letup lah.Tapi stended laa Indon. Satu lagu je le yang betul2 bulih bubuh sampai putus tali kaset.Tajuk dia Bukan Superman. Memang ada juga sentimen kekeluargaan dia. Sayang bapak.
Yang baik gua ambik.






Tapi...
Video kat bawah ni memang tahap Superman.
Dah dua hari kasi boom kat fesbuk.



Ya. Kugiran Sumpah sudah kembali...





July 8, 2009

Kenapa Makwe Tu Beli Timun??

Ekonomi gua bulan ni sangat meleset. Belum separuh bulan, gaji gua dah tinggal tak sampai suku. Nak tak nak kena la jalankan operasi catuan makanan a.k.a masak sendiri. Macam2 resepi ada dalam batu jemala gua. Itu masak kicap. Ini masak lemak. Sup itu. Goreng ini. Itu sambal petai. Inipaiseh... Gua bertenang banyak2. Sume salah Singular la ni. Ajak gua tengok cenel 703 Estro.

Last2 gua petik satu resepi bajet-tradisional ala Terengganu urban. Ikan Singgang. Kalu dulu nak buat tak susah. Gua cari barang. Che Hassan yang masak. Made in Manir. Bulih kire menyeggal juga kalu kolaborasi dengan gua punya sambal belacan. Tapi sejak beliau dah kawen, tinggal la gua kung-kang-kung-kang kat dapur sorang2.

Bahan wajib mesti laa ikan. Lain2 bahan tak susah. Asam keping. Bawang putih. Kunyit. Garam gula secukup rasa. Dan lagi satu item yang gua rasa konpius sampai mati. Lengkuas. Kalu lu orang terer, terai laa teka.




Mana satu lengkuas, mana satu halia..?
Gua dah salah petik. Malu juga kat brader jual sayur.
Dah laa ada makwe cun kat sebelah beli timun.





July 7, 2009

Pagi Pagi Gali Gali

Celik mata. Kaki meraba. Buka kompiter.
Masih dalam mood lena.

Gua golek kanan. Gali gali gali gali gali gali... takde.
Gua kona kiri. Gali gali gali gali gali gali gali... tak jumpa.
Menirap. Gali gali gali gali gali gali gali... takde juga.

Cilaka~ Mana pegi incik ilham nih..?? Semalam banyak sangat nak citer...
Ni dah lari ke mana hala ntah.

Sori lah. Citer gua dah merajuk. Takde entry hari ni.





Oh ye. Tumpang tanya. Chan Sow Lin kat mana??

July 5, 2009

Bangkit Asal Finale


Rasa sedap pula hapdet belog pakai henfon murah tapi canggih gua ni. A'ah. Gua dah kat kolumpo. Cik Sona pun masih bau tempoyak. Macamana nak kasi jadi bau ubat ketiak balik a?

Duk baca komeng2 lu orang 2 3 hari ni macam cilaka! Terbantut nafsu gua nak reply. Gua x larat. Banyak mengarut. Gua pun banyak2 la mencarut.hahahaha!

Gua cek dalam meja kosmetik ni ada lagi sebenier dari Singapura itu hari yang gua tak tau apa motif gua duk beli. Pikir2 balik bulih pahala juga kalu kasi sedekah kat lu orang.kan?kan? Ada sape mau? Gile tak demokrasi kalu gua senang2 kasi. Jawab soklan la dulu. Baru nampak tak kapitalis sangat dak?

APA NAMA KAMPUNG GUA?

Pemarkahan berdasarkan prinsip 'first come duk belakang'. Gua sangat seriyes nak kasi sebenier ni. Jawab molek2. Kalu taknak, jawab huduh2. Esok cekgu paiseh rait!

July 4, 2009

Bangkit Asal 4


Hok ni bagi ke kak nani.. Hok tu bagi ke arih. Mu ambik hok abah ikat lima tu. Cukup?

Utk budak2 umah cukup la. Nk bagi ke member2 bloggers x cukup ni.

Menatang mende tu?




*sori. abah gua x knal lu org.so tadek durian.hahaha!
**gua menaip smbil drive.gile bosan balik sorg2! kete pn bau tempoyak je..

July 3, 2009

Bangkit Asal 3


Jangan datang smayang jumaat kat kampung gua kalu tak larat duduk lama2. Imam baca khutbah gagap. Ada sindrom parkinson kat pangkal lidah gua syak. Macam cakera padat cetak rompak gred C. Lu orang bulih imajin sendiri macamana suasana pagi raya kat kampung gua time beliau jadi imam. Lagi cenderung ke bergaduh jadinya.








*becakap je xleh masa dengar khutbah kan? apdet belog xpe kan? kan?

July 2, 2009

Bangkit Asal 2


"Ayam ni kalu x cincang nyior halus2 gini xnk makan. Jadi pesen malas blaka ayam umah ni. Bakpe xtau." abah gua buka topik diskusi ilmiah.

"X bagi jagung ke bah?" kalu xsilap dulu slalu je gua kena beli.

"Jagung bagi ke anak2 kecik je. Anak pun tinggal sikit dah. Kena baham di bewok la, siwoh la, malam2. Tu hok baru menetas tu dulu sepuloh ekor. Leni tinggal pat lima ekor je. Kena wat lari. Jahat sunggoh la." makin kejam tangan mencincang.

Tiba2 gua teringat satu seloka kanak2. Gua buka langkah mencuba tarian tradisional di tengah2 kumpulan ayam.
"Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh. Mati seekor, mati se..."

KUK!!!

"Jangan la gi kacau ayam nak makan tu..!"






Gua usap2 kepala. Solid juga ulu kapak rupanya. Nasib baik bukan mata.

July 1, 2009

Bangkit Asal


.Dari atas... Sayur rebung. Ikan goreng. Setongkol ayam gulai. Dan set budu+tempoyak. Ini baru true kampung! Tak sesia gua x berenti makan kat 7 perhentian lebuhraya. Dari kolumpo asik kemam cokelat je wat bekal kasi cargas. Petua Nadal.

Lepas pekena nasik...gua kasi taram durian pula. "Hambik...nak sangat."kata abah sambil baling tiga bijik. Selamba gua ambik pakai kepala. Bikin koktel durian pun sedap juga wat desert. Baru la keasyikan urban.

Hasil dia...lepas jamak magrib gua terus shut down sampai pagi. La Dolce pun gua termiss ni. Hapacerita Prosper?