January 29, 2010

Besday Gua Datang Awal Tahun Ni


Gua jumpa kad ni atas Incik Igo gua time nak balik dari opis tadi. Ntah jodoh ke musuh yang kasi. Kad saja yang tinggal. Lenkali kabor la awal2. Tak pun drop je kat tingkat tiga puluh lima sekejap. Baru adiah tak kena rembat. Keje pak gad ni gua syak. Takde org lain dah yang suka cari pasal ngan gua kat bangunan opis nu. Haih!

Oh ya. Lagi satu.
Nama betul gua bukan Fatin Nabila bt Mohd Noor ye~

January 28, 2010

Bang~

Suatu malam yang lapar...
Ada sesuatu antara gua dengan brader beger kat simpang pisang goreng mahal~

Gua : Beger satu bang!

BB : Beger apa bang?

Gua : Daging. Biasa eh...

BB : Jap bang eh...

Goreng.. goreng.. goreng.. parut timun.. goreng.. parut bawang.. goreng.. goreng.. (berterusan kira2 tujuh minit)

BB : Nah bang.

Gua : Berapa bang?

BB : Dua setengah.

Gua : Nah. Beli ye~

BB : Saya jual bang. Terima kasih.

Gua : Sama2 bang.

.
.
.
.
.

Gua : Bang.. tanya sikit.

BB : Apedia?

Gua : Menjak tadi abang duk panggil saya bang.. saya pun panggil abang bang.. Abih tu.. sape yang nak jadi adik ni??





Agak2 brader tu jawab apa?




...............................................................



Pagi2 buta atas bukit Drogba
yang tak ada kena mengena dengan cerita di atas.
Cool weyh~

January 26, 2010

Misi Imposibi part 6

10:51am Sampai ke VWM. Penat tahap ikan salmon bermigrasi.
Gua nak layan tido selama dua hari.
Sape kacau gua tendang halkum sampai tuli~

Misi Imposibi part 5


9:01am Operasi menurun. Tapi masih main lompat2 senep gambar. Ntah bila bulih balik pun gua tak tau. Nasib baik tuhan kirim matahari kasi bakar urat saraf. Ada la juga mari ingat orang tersayang.

Misi Imposibi part 4


7:37am Gua sama klik tengah sibuk senep2 gambor. Ada amoi unibesiti sibuk nak ngorat. Jangan kacau..

Misi Imposibi part 3


5:40am Sampai ke puncak. Lapan blas ratus kali mengah drp budak2 AF yang tiap2 tahun menuju puncak. Puncak mana tak sape yg nampak. Tak mcm gua n de klik ni. Memang champion rasa dia.
Sampai2 gua terus buka ketiak. Dia punya feel kena hembus bayu pagi di puncak bumi macam kena ekon tujuh puluh kuasa kuda.

Misi Imposibi part 2


4:51am Sampai dan bersedia memanjat. Tadi pukul 4:15 dah sampai tapi gostan balik. Tarniji mahu bersenggama di toilet. Mebi cuak sebab 1st time cari pasal kat estet klapa sawet di dinihari. Gua pun tak penah buat. Tapi gua cool. Buat2 biasa mcm pengakap raja.

Cilakak! Blom sampai dua ratus tapak ni gua dah mengah. Apa jadi dengan stamina gua ni?

Misi Impisobi part 1


3.28am : Samim, Tarniji ngan gua gerak dari VWM ke 7e kat simpang. Beli kopi bancuh segera sama roti2 buat bekfes. Tarnije buat2 nak berak. Pesen berak pagi pun ada buruk juga nak2 time riadah murni macamni. Lepas upacara akad jual beli terus gegas2 ke destinasi.

"Kut mana kita ni?" Niji.

"Highway Cheras Kajang lah." gua.

"Kajang kut mana?" Niji.
Gua rasa nak karate spek beliau.

January 25, 2010

Nak Kasi Ubah Segala (Part II)

Part I ada kat Singular...
Cilakak!! Sepatah haram tak kasi tau gua nak deko2~

- Sediakan tabung di pintu masuk supaya sape2 yang nak menumpang lama2 tau keadaan ekonomi ahli VWM bukan macam Ahli Parlimen BN.

- Banyakkan sejadah dan buku2 agama memandangkan akidah ahli2 mudah terpesong dengan kehadiran pelanggan2 salun yang panas2 umpama anak ayam turun sepuluh.

- Kasi naik semula *manilakad kuning di dinding. Bertalu2 kesilapan grammar akhir2 ni. Copin, sila alert.

- Menggiatkan aktiviti bumi hijau di halaman. Pokok potong2-tumbuh-balik perlu ditebang secara muktamad. Gantikan dengan tanaman yang lebih mendatangkan manfaat pada poket gua. Bawang contohnya.

- Pintu pagar yang 'hidup segan, mati malu2' patut dijual ke kedai besi buruk. Duit tu bulih pakai wat beli gas. Tak pun minyak masak. Gua nak goreng wejes.

- Kasi besarkan sikit lagi kandang tikus kat belakang dapur. Bulih wat gelanggang ping pong. Tak pun, alang2 buat kort bedminton. Hari2 bulih main. Kasi sewa kat anak tuan anjing biri2 pun orait juga. Bulih menjana ekonomi setempat.






*tak ada sape2 mahu nama beliau di manilakad kuning. Ada je salah sebutan, kompom termaktub silap dia kat situ. Abu Bakar Atan pun penah naik nama dia. Dia sebut Mascherano jadi Maskerano~

January 22, 2010

Cepat Ucap Astaghfirullahalazim


Gua harap agensi berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Sister In Islam ataupun MARDI dapat lebih peka dalam hal2 ciput tapi sensitif macamni. Mari tekejut juga gua semalam time jalan2 kat segmen mainan kanak2 kat spermaket kawan Nobita tu. Cepat2 gua ucap Astaghfirullahal'azim.
Banyak lagi design yang lebih kechi dan kontemporari daripada bentuk pesen gitu. gua syak. Cuping telinga contohnya.

January 21, 2010

Teka Tebi

Aritu...

Chez ada kasi teka teka kat fesbuk.

Kalau Copin takut babi, babi takut apa?

.
.
.
.
.
.

Mau dua hari juga gua pikir2 jawapan.
Misti nak yang funky2.
Takat anjing biri2, hantu kopek ataupun Undertaker tu kompom laa tak kena dengan konsep.

Jawapan dia...

Babi takut masuk salon dia.
Rambut bersepah tak sapu.
Ya. VWM ada salon.



Oh ya. Chez sangat teruja bulan ini.
Sape2 beli magazin In-Tren Februari bulih riki2 gambor dia.
Yang gambor Ayu Sadoah depan.
Gua pun tumpang teruja juga. Sikit.
Sikiiiiiiiiit je~
Nanti dah naik level2 Hata Dolmat, baru gua nak tumpang banyak2.

January 20, 2010

Gosip Serius


Mana Khaixy dapat berita ni pun gua tak tau.

Tapi kalu betul2 jadi, gua ingat nak pindah duduk kat Pretoria pulak lah. Untung2 bulih tengok World Cup.

January 19, 2010

Koneksi

Meh try.

Jap. Nak cari kamera dia kat mana.


Jumpa?

Ha.. dah.


Jom.

Jap.


Dah?

Kejap laa...


Cepat laa!

Kejap la. Tengah mengonet ni.


...












Susah juga kalu intenet slow2 nak pakai webcam.

*gua dah betulkan ejaan dia. horny sangat!

January 15, 2010

Cuti

Adoyai~

Maaf.

Gua hampir lupa yang gua ada punya belog yang pernah gua tanam azam nak apdet tiap-tiap hari. Walaupun cuti, tapi gua cuba buat2 sibuk dengan turun naik tangga dan keluar masuk rumah. Kadang2 main Galacticos Football.

Bukan apa. Tak ada cerita sangat yang gua nak setori. Gua taip entry luar kotak, lu orang manjang pula tak paham. Nak wat cerita tipu2 macam Darkk kang, tak sampai hati pula. Jadi, gua diam lah.

Sapa2 yang nak ajak gua menyendol pun bulih juga. Ada sikit modal nak buat cerita. Tapi kalu gua tak gi tu paham2 lah.
Keji pula rasanya~





Gua nak tukar gambor profil kasi mukminin sket.
Terima kasih jiran!

January 13, 2010

Mobil Nasional


Macam cilaka juga Perusahaan Otomobil Nasional ni kasi tayar sper pesen ceria2 gini. Apa la nak buat kalu masyarakat pandang enteng kat gua ari ni...

January 12, 2010

Fantasy Super League (Malaysian Style)

Minggu lepas abampit buat gua betul insaf.

Sabda beliau...

“Gua dah siasat….duk diam2 kat bawah gua nnti.. hahahaha..!!” komen berlagak dari Paiseh..

“Gua dah join ini liga fantasi. teruja la tgk ko kalahkan member2 smpi 8 tiang eh.haha.” komen teruja dari Siputturbo..

Masih ingat lagi liga fantasi?
Pasukan gua yang memakai jersi berwarna-warni..
Dah masuk minggu ke 20..


pungpangpungpang....


daripada 50 team, gua top 5.. hahaha.. gelak riak sikit..
Gua amik sampai nombor 21 je..
Yang bawah-bawah gua kurang ambik tahu sangat..
Paiseh ngan Siputturbo gua syak tengah sedap berebut nak dapat nombor 50..
Lagi besar nombor lagi best diorang kata..


....................................................................


Skang ni gua dah nombor berapa pun tak tau. Banyak sangat. Gua lemah ilmu hisab.
Gua nak mintak maaf banyak2.
Huduh betul pe'el duk bongkak awal2 tak tentu hala. Lebih2 lagi dapat tau dek masyarakat. Bawa ke termenung juga gua jadinya terkenang2 dosa riak bongkak macamni.

Semalam beliau ada kasi iklan Liga Fantasi lagi. Ini stail Malaysia la pulop.
Gua sempat2 juga daftar. Dah lama gua nak sapot local scene macamni. Peluang je tak ada.
Tahniah laa kat geng TOK GAJAH yang berpulas pulasan bikin ini game. Nanti kalu nak buat mogok mintak pampasan, royalti ataupun wang ihsan sama lu orang punya sultan, jangan lupa ajak gua.

Dan.. kepada abampit, gua nak pesan...
Lu duduk diam2 kat bawah nanti.

Gua kenal sepuluh daripada lima belas gua punya player.
Paiseh 1 - 0 Abampit. hakhakhak!!





* minat nak join? ketik ini. kalu ada rezeki bulih laa isi borang pendaftaran lagi.

** gua tak pasti sangat iye ke tak geng TOK GAJAH yang bikin tu. betulkan gua kalu silap. jangan rotan.

January 11, 2010

Bisnes

Sila ketik link kat shoutbox untuk entry hari ni.
Yang brader otai tiga bintang kasi. Luca nama dia.
Nama nak Itali2. Perangai cenderung ke benggali.
Benggali yang kacak2 la. Paki kot. Tali leher. Rambut mohok.


Kapten Lanun APO? pernah kabor kat gua...
"Bisnes in bisnes,
Fren is fren,
Walaupun lu kerja nurse,
Lu tetap dapat boifren."

Jadi, hati-hati.

January 10, 2010

Sekejap Di Frinjan



Gua sempat tapau tiga ketul naskah ni je bersama sehelai t-shirt cap tangga sambil mengucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya membeli bahan bacaan. Setahun skali pn blom tentu gua bulih buat.



"Ni la budak PBB." gua dikenalkan oleh otai bintang tiga kepada otai2 bintang lima.
Gua tak tau nak pakai beg kertas kat muka ke nak nyorok bawah meja.

Kecut weh! Sampai bawak mimpi!





*orang2 atas PBB. sila pungpangkan kerja sekali. jangan taip2 je!

January 8, 2010

Mythbasters

Gua ada dengar2...


Orang Melayu berasal dari orang Eskimo yang sesat di kawasan Khatulistiwa belah2 Nusantara.

Buktinya...
Hanya dua masyarakat ni sahaja di dunia yang ada simptom melatah.




Ada betul juga. Kut.
Tak penah pula gua tengok orang putih melatah. Mencarut banyak lah.

Cuba imajin Pixie Lott melatah.
O.. O.. O.. O~
Burok lah!


Dongeng ke fakta??

January 7, 2010

I Need A Girl

Macam biasa, ada saja es-em-es hantu yang masuk kat gua punya talian ensep.

Malam tadi...


Hi, i need girl
+60175108740


Apa jadah kah?
Ingat gua ni kilang pengeluaran gadis2 ke??
Oh. Barangkali ajak gua sing a long lagu Ushar kut..

I need a girl, to ride, ride, ride
I need a girl, to make my wife
I need a girl, who's mine, all mine
I need a girl, in my life


Cis.
Lucah macam setan punya lirik!
Nasib baik gua tak minat~

Bosan2 takde kerja, gua reply...

I got it from my momma





Comel bukan??

January 5, 2010

Bekpes Oh Brekfes. My Heart Was Broken


Gua agak hangin pagi ni. Baru gua hajat nak susun jadual pemakanan elok2 dengan niat nak menten body solid2 macam Sanjay Singhania.

Sekali kedai ni pedajal gua. Kedai roti canai paling sedap di Grinwud tutup. Jadi lojik akalnya gua cari kedai lain la. Takkan nak gi jugak kedai takde orang. Dikata isim pula. Kena gua pagi ni dengan kedai roti canai paling tak sedap di Grinwud. Seluruh Gombak juga mungkin. Kedai lawa. Roti rasa kelawar. Dengan kuah dal paling busuk di muka bumi.

Gua oder teh o suam pun dikasi panas menggelegak. Gua mintak la ais sket. Satu gelas dia kasi. Dah rugi gua duaplosen. Politik meniaga macamni yang gua tak gemar ni.



*sebelum ada yang komen 'Dah lu pegi jugak kt situ apesal?' baik gua jawab awal2. 'Mana gua tau..!'

**makwe amik oder duk lalu2 kt blakang gua ni. Mcm tetau je gua tgh wat entry kutuk2 kedai dia. Tak lawa.

January 4, 2010

Hai Dua Ribu Sepuluh!

Singular - 27. In a relationship but complicated. Workaholic.
Copin - 23. In a relationship. Sekali2 kelahi manja. Kadang2 gi kerja. Kadang2 tak.
Gua - Muda lagi.



Singular : Ko dah berapa lama wei?

Copin : Dah pat tahun woh!

Singular : Ko plan bila weyh? Agak2...

Copin : Apa?

Gua : Kawen...

Copin : Ooo... Tahun ni la. Hujung tahun insyaallah~





Singular tengok gua.
Gua tengok Singular.