sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
June 30, 2010
VWM
...semuanya tiada di sini.
Ya.
VWM dah ada blog sendiri~
June 29, 2010
Sebab Gua Suka Bercakap Dengan Hujan Petang2
"Wooo.. lebat gile~" gua kagum dengan kejadian tuhan bila sampai di muka pintu. Copin dah stenbai dengan payung awek2 mahu ke kereta beliau - Cik Eli.
"Ko pegi laa amik kete. Aku tunggu sini..." getus gua bila tengok Copin masih berpayung tengah teduh tunggu gua. Lagaknya mahu ajak berpayung sekali. Gile! Macam....
Baru laa beliau gerak. Gua simpan siku balik kemas2. Kalu buat2 tanya lagi tadi harus dah lekuk kepala beliau.
....
Cik Eli dah di parkir. Gua masih di pintu.
Jaraknya kira2 dalam 4 meter. 2 teduh. 2 hujan.
Lebat. Macam sembang budak2 MLM.
Kalu orang2 biasa ni memang lenjun juga kalu kena.
Dengan dressing smart2 nak gi Kolumpo, takkan nak basah2 pula. Rugi la seringgit gua punya perfume.
Gua pasang kuda2.
Nafas gua tarik dalam2. Pernafasan biar kena. Baru laa menjadi gua punya jurus cilok hujan.
Dengan sekali henjut gua dah masuk dalam kereta. Tangkas tak patut.
Bukk!!
Pintu kereta gua tutup. Beg2 gua kasi letak belakang.
Rambut gua kembali spak ke tepi. Masih kacak.
Copin masuk gear gostan.
Gua pandang depan. Ada sesuatu yang tak kena. Sangat tak kena.
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!!!" spontan gua menjerit. Nyaring juga iras2 Kris Dotri.
"Apesal? Nape weh..??" Copin yang memang pesen mudah kelangkabut dah jadi kalut tak tentu hala.
"Tu~" gua muncung hala ke rumah.
Pintu maseh tebuka~
Sekali lagi gua kena kelahi dengan hujan. Demm~
June 28, 2010
Football Is Going Home
Siriyes. Gua terkenang World Cup 1998. Skuad paling berumur dalam kejohanan edisi tersebut adalah Jerman. Kalah di suku akhir menentang Croatia. Masa tu tak terbayang macamana skuad 4 tahun selepas tu. Maikel Ballak pun baru kluar akedemi Leverkusen masa tu gua syak.
Sangat berbeza dangn skuad 2010, purata umur dalam skuad Jerman adalah 24 tahun (baya2 gua je). Dan tengok sendiri macamana budak2 ni ajar negara asal bolasepak main bolasepak dengan cara moden-kontemporari. Lain macam sedap dia punya rhythm. Sekejap sangat pula 90 minit tu gua rasa. Tengok Mentor sekejap pun gua dah tukar cenel sambil menyumpah2.
sila rasa bertuah sebab dapat menyaksikan secara live fenomena
yang sangat jarang terjadi macam ni. 4 tahun sekali pun susah mau jumpa.
Oh ye.
Gua sokong Uruguay juga.
Pengadil berbudi, gua berbahasa.
June 25, 2010
Tragedi Nasik Ganja
Tengah2 gua menunggu, datang satu pakcik dressing smart2 opis.
"Enam eh!"
"Tunggu ayam jap boleh?" kata akak tukang bubuh sambil mulut muncung2 hala ke kuali menggelegak berisi ayam rempah. Tangan takde buat apa pun. Pesen malas.
Pakcik tadi mengangguk2. Series tak patut.
Tiba2 beliau datang dekat...
"Ayam tu kena goreng api kecik. Baru masak sampai dalam. Tu duk pasang api besar2 tu dalam dia tak masak nanti tu. Luar je hangus." slow dia kompelin. Gua senyum mengangguk. Memang manis.
"Kuah asing ye." beliau mengarah ke akak tukang bubuh pula.
"Semua?"
"A'ah. Semua laa.." dahi sudah berkerut2.
"Bawak ke opis. Belanja budak2." sekali lagi beliau cuba berbual dengan gua.
"Oooo.." gua respon. Sikit. Tangan yang dari tadi duk pelok tubuh gua alihkan ke belakang. Respek.
"Budak2 opis tu selalu je saya belikan makan ari2 Jumaat gini. Sedekah. Tapi diorang tak tau bersyukur. Ada je benda tak kena. Budak2 skarang ni tak sah kalu tak lawan bos..." beliau merungut lagi.
"Nah tiga." akak tukang bungkus steady je mencelah.
Gua ambik.
Gua bayar.
Gua blah.
Tak pasal2 gua terpaksa kongsi dosa mengumpat lepas balik mesjid. Demm~
June 24, 2010
Selesai Satu Pusing
Tak ada kad2 kompaun dari pengadil. Terima kasih.
Adik beradik Boateng tak ada nak kelahi2.
Tak ada permainan merepek buang masa kat ujung2 macam pasukan British-Italian.
Kapten-Abam Lahm sangat eksilen. Dah laa comel2 macam gua.
Jerman 1 - 0 Ghana. Juara kumpulan yang steady tak patut.
Memang pesen budak2 baru menaik. Nasib baik pakai juga gua punya nasihat
suruh potong pendek spak tepi. Kan dah boleh sepak laju2 sampai gol~
England??
Gua sengih je la. Abam Klose dah tak sabar nak menanduk~
June 22, 2010
Cari Jodoh
Kadang2 menyumpah2 nak belasah pakai belakang kapak je mamat ni.
Kadang2 mari pulak rasa humor tahap super.
Lu orang tengok je lah~
Lagu band2 lokal bile lagi..?
June 21, 2010
June 18, 2010
De Javu~
Ein Mittelfinger vor Gericht. Damn!
June 17, 2010
Gua Rasa Status Fesbuk Gua Hari Ni Sangat Ilmiah
bila naik lif sama dengan encik pakai kopiah tadi, dan beliau berenti kat level cafe, laju2 mari persoalan dalam paleotak gua... brekfest ni satu sunnah ke?
Jawapan :
sarapan yg mengikut sunnah nabi bukanla bekpes.tp melakukan solat sunat sebelum subuh....:) dan kemudiannya bersolat subuh.. dan ketika waktu pagi.. bekpes baginda ialah solat dhuha... jd bekpes mkn2 tu.. hanyalah mengalas pewot shj utk tmbh tenaga.bknlah sunnah.wasallam..-----gigih aku google cari jwpn!!!! - Fatin Nabihah.
Trimekaseh~
June 16, 2010
June 14, 2010
Torgala im Auftaktspiel gegen Australien
Dank der Tore von Lukas Podolski (8.), Miroslav Klose (26.), Thomas Müller (68.) und Cacau (70.) übernahm die DFB-Auswahl gleichzeitig die Spitzenposition in der Gruppe D vor Ghana, das am Nachmittag in Pretoria die Serben mit 1:0 geschlagen hatte.
Der Kommentator sagte: "Die meisten produzierenden Eröffnungsspiel"
Mijie : "Hanif Karim NAin Triplet Azrie Hafiz Es lohnt sich wirklich
um ein Deutschland-Anhänger .. Fuck the England Hooligans werden"
June 12, 2010
Bola Bola Sudah Mahu Mula (tiga)
Friday June 11, 2010
Germans: We are beautiful
BERLIN: Germany have already won at the World Cup before a ball has been kicked – their jersey is the most attractive of any of 32 qualifiers in South Africa, at least according to a poll of German fashion experts.
The white shirt with black trim emblazoned with the badge incorporating the German eagle finished ahead of Greece and Brazil.
But the fashionistas took a dim view of the white shirts of the United States and England, which finished bottom of the survey and were judged to be “more suitable for baseball and tennis”. — AFP
June 10, 2010
Bola Bola Sudah Mahu Mula~ (dua)
Ambik nombor ni >>> 215342-51402
Masukkan kat sini >>> Kaunter Masuk Bertanding
Selamat berlawan. Duduk bawah gua diam2~
*abampit...!! ada brani..??
Dzulhafixi : gua x minat dangdut..
Pesen tak reti bahase.
Nasib baik beliau punye liga.
Gua hentak kang jadi hala ke derhaka pulak~
June 9, 2010
Bola Bola Sudah Mahu Mula~
June 8, 2010
Kruk.. Kruk..
Kaki kiri.. Satu.. dua.. tiga.. krukk.. krukk.. pat.. lima.. krukk.. nam.. tujuh!
Perut.. Satu.. dua.. kruk.. krukk.. tiga..
Lengan kanan.. Satu.. krukk.. krukk.. dua.. tiga.. pat.. krukk. krukk...
Lengan kiri.. Satu.. krukk.. dua... krukk... krukk.. tiga...
Menjak bila gua jadi sensitip kena gigit semut ni pun gua tak tau.. Kalu dulu banyak kes semut patah gigi sebab tak lut nak gigit2 gua.. Skang ni dah bintat2 gua punya anggota badan jadinye. Terjejas gua punye kesolidan. huh!
June 7, 2010
Outdoor
Abaikan kondisi gambar yang diambil secara desprate dari seat drebar. Tumpukan pada pasangan pengantin tengah posing untuk album kawen mereka. Pose. Lighting. Struktur bangunan. Sume dah oke. Cuma yang gua takleh blah bekgrond dia yang kaler merah tu. Perlu ke masuk gambar? Hebat betul penangan Dr Rozmey. Harap brader Luca boleh huraikan serba sedikit tentang kepentingan beliau dalam kehidupan.
Lokasi di Kg Cina, KT.
June 4, 2010
June 2, 2010
Koin
Mengodit 3 tabung Gatorade gua semalam. Dalam tapewer biru koin 50 dan 20 sen. Kira2 dua ratus setengah. Yang tesusun tu 10 dan 5 sen. Ada dalam lapan ploh. Dah lepas sangat nak bayar sewa umah dengan sabun basuh dan ubat kumur. Tu blom campur 7-8 keping koin Singapore, Siam, koin singgit emas sama token videogem.
Yang gua murka sikit tang koin merah2 tu. Ada dalam belas2 ribu keping juga. Apesal takde sape bagitau gua matawang ni dah tak pakai?
Err.. Kalu gua anto kat besi buruk agak2 bulih hasil dok?
June 1, 2010
InsyaAllah~
Jarang2 ada video klip yang bulih sentuh gua punya jiwa bahagian
dalam2. Maher Zen memang terbaik oh!