September 29, 2010

Abg Sahak Mentor Wanita


"Nnt kalu dah kawin nanti, mase anak bini dah tido, tenung diorg... Lihat wajah isteri tika dia lena. Biar timbul rasa kesian, sayang yang mendalam. Insyaallah tak cari lain lah..."


...dari klasik2 Singular~

Deep ni!!!








Eh.. bila masa gua ada bini?

September 21, 2010

Tak Tahu

Entahlah..
Padahal tiap2 hari gua buka blog sendiri.
Nak sangat menulis.
Tapi.
Tak tahu lah.

Gua punya otak seksyen memblog mungkin tersumbat barangkali.
Ataupun pengsan. Koma pun bulih jadi juga.
Tanda2 mau pencen? heh~

Maaf zahir batin.


Oh yeah~

September 15, 2010

Lagu Raya

Asik2 dengar lagu raya sama je tiap2 tahun kadang2 mari bosan juga dok?
Tu yang lagu Keropok Moni pun bulih enterprem skali tem2 raya nih.

Meh gua tunjuk lagu raya stail lain sikit.
Islam agama 1Dunia. Jangan pikir kat Mesia saja ada lagu raya.



Assalamualaikum, salam sejahtera.. kepada anda semua moga bahagia~
Lebih kurang gitu laa maksud dia.









Tapi gua rasa tetap takleh lawan lagu Yuna. Dok gitu Darkk??
Oh Yeah!! ikikik~

September 13, 2010

Balik Kolumpo


Hari raya nombor pat. Gua kena alik kolumpo. Sambung hidup. Tiba2 rasa tak puas pulak beraya. Aritu macam raya ni paling tak bes. Tem2 gini jadi berat ati pulak nak tinggal kampung.

Tak sangka sentimental juga gua ni rupanya.kehkehkeh!

September 12, 2010

Slamat Hari Raya Aidilfitri


Maaf zahir batin.
Dh raya hari 3 baru ingat nak beraya via blog.
Gambarajah menunjukkan anak buah gua yang paling hero menjalani ibadah open house. Lu orang bile lagi nak ajak gua woi?

September 8, 2010

Sampul duit raya ada lambang salip ( hati hati )

Tajuk gua salin bulat2 dari emel yang gua dapat.
Agak comel?







Banyak pulak menda2 yang buat choi tem2 macam ni.
Kasi bantut saja gua punya feel nak berayaan.
Dah laa feel Ramadhan pun tak berapa nak sampai.
Ada pulak pendekatan halus cara gini nak kasi melecet jiwa2 muslimin.

Kepada adik2, hati2 ya.
Kalu dapat sampul yang macam ni, cepat2 kasi kat abam Paiseh.
Jangan bukak dulu.
Jangan bukak!
Jangan!!
Bagi je terus. Tahu laa abam Paiseh nak buat apa.

September 7, 2010

Nekbat



Akhirnya. Ujung2 puasa jumpa juga gua dengan benda sedap ni. Rare tak patut! Walaupun kaler dia agak meriah drp yang original, cukup la buat obat rindu insan terpilih yang tak sempat bebuka kat kampung - contohnya gua.

Dengan ini, gua umumkan bazar Ramadhan Taman Melati sebagai Johan Bazar Ramadhan Peringkat Kolumpo 1430H.
Sehebat2 Melawati, tak true langsung takde nekbat.

September 5, 2010

Nak2 Raya Pun Buat Hal

Kalu bab2 freemason masa Juara Lagu itu hari takde gua kecik ati sangat.
Tu bab2 hiburan. Gua amik untuk berhibur saja sambil ber'Meet Ankel Husin'kan diri..
Ni kalu dah masuk bab2 akidah, mana bulih tahan.
Duk campur aduk resmi2 Hari Natal, Buddha dengan Thaipusam ni apa cerita?
Dengan ada kitab tulisan2 terbalik...
Nak launch 1Agama pulak ke??
Pakcik Farid Ridzuan.. takkan senyap saja kut~




Satu jari tengah untuk TV3!




Gua malas nak menaip panjang2 mau ulas.
Kang lagi banyak mencarut daripada kompelin. Gua bukan ilmuan sangat.
Sila ketik sini dan sini.

September 3, 2010

Kuliah Agama #4

Lagi pesanan pasca hari raya.




Mak kat dapur, muka macam mawas, kepuk telur..klepok klepok klepok!
baik laa takbir, boleh pahala.. sampai pukul 3 pagi buat kuih raya, bengong. kehkehkeh~



Oh! Bukan mengata kat para ibu. Contoh saja~
Cuma
pesanan.. beringat.
Raya tu berpada2 la~


Gua pun kalu malam raya, tido pukul 3-4 pagi juga. Bukan buat benda2 lagha mcmtu.
Gua gi mengeteh. Sama saing2 sekolah.
Balik2 umah, mak dengan adek2 gua belum tido duk setelkan kuah kacang sama sate.
Gua tolong juga mana yang patut. Tolong rasa contohnya.
Tahun ni, scene mengeteh sampai pagi raya mungkin dah pupus barangkali sebab tinggal gua sahaja yang masih belum tewas dengan tanggungjawab kekeluargaan.kehkehkeh~

September 2, 2010

Penge'pek'an

Pek kurma tahun lepas dengan tahun ni.
Tema : Kucupan Mesra Dari Sahara


Pek kuih raya 1.
Tema : Di Antara Jaring Pemisah Kulepaskan Pandangan Mata


Pek kuih raya 2.
Tema : Geometri Kasih Indramayu Di Antara Ruang Imajiner




Ni baru yang gua dapat. Yang tak dapat kat gua entah macamana rupa penge'pek'an dia.
Gua pikir2, masyuk juga kalu bisnes peking kuih raya tak pun kurma tem2 macamni dok?
Maksud gua, tukang design pek2 tuh.
Agak2 dia punya royalti bulih tak kaver untuk 5 tahun raya?