February 28, 2011

Paket2 Bagus


Kalu mata ada ketarak, sila ketik untuk kasi nampak.


Sape folower Dekonstruksi dapat diskaun.
Amacam??? kehkehkeh~



February 16, 2011

Saharil

Ada syahdu2~

Ada penemuan spesis baru~

Ada segmen 'dilarang'~

Ada foto travel2~


Ada interviu bersama haiwan~

Ada coretan hidup~
*lawak ni gua pakai sampai sekarang

Ada dekonstruksi kisah dongeng~



...dan banyak lagi.
Sangat banyak ye. Tiap2 hari blog beliau auto-publish (kecuali wiken).

Gua tak kenal brader ni. Brader ni pun tak kenal gua.
Tapi gua sangat admire dengan batu jemala beliau. Sejak 2007. Zaman gua baru tahu baca2 blog.
Kreatif. Sarkastik. Urban. Falsafah. Dan lain2 ungkapan yang sama makna macamtu.

Tajuk blog gua ni, sini lah asalnya.







*teringat zaman2 mula buka blog dulu. gile2 punye addict! skarang? huh~

February 9, 2011

Ikan Berlaga


Dulu gua ada ikan. Orang kampung gua panggil ikan sekilau. Orang Kolumpo panggil ikan laga. Gua petik beliau dari baruh tempat abah gua tanam padi satu ketika gua masih peringkat awal darjah2 dulu. Kaler dia dark blue blling2. Cantik sangat. Gua bela beliau dalam botol sos yang dah bersih. Ikan sekilau tak makan sos. Kalau makan, dia mati.

Dulu abang gua pun ada ikan. Orang kampung gua panggil ikan sekilau. Orang Kolumpo panggil ikan laga. Abang gua petik beliau dari baruh tempat abah gua tanam padi satu ketika gua masih peringkat awal darjah2 dulu. Kaler dia cokelat ijau. Cantik sangat. Tapi lagi cantik yang gua punya. Abang gua bela beliau dalam botol sos yang dah bersih. Ikan sekilau tak makan sos. Kalau makan, dia mati.

Dua2 botol tu diletak atas lemari sebelah rehal mengaji. Jarak antara dua2 ekor tu kira2 dua jengkal. Semasa mahu berhibur, gua dekatkan dua2 botol tu. Nescaya akan mengembang lah sirip2 beliau yang sangat kalerful. Kami pun terhibur.

Ada satu hari, abang gua masukkan ikan gua ke dalam botol ikan beliau. Berlaga lah kedua2 nya sehinggalah abah gua naik lalu merotan abang gua yang tak tahu erti keperi'ikanlaga'an. Kesian ikan gua. Dah carik2 sirip dia.

Kira2 dua bulan, ikan2 itu mati akibat kecederaan dalaman.
Kesian ikan kami.

Sekian.