August 22, 2011

Sikit. Tapi padu.

Gua. Tak lama lagi kawen.

Tapi...

2 minggu sebelum mengadap ritual akad2, gua mungkin ke Tanah Besar China lagi. Hal ehwal kerja. Untuk seminggu lebih kurang.

Mengeluh.
Nasib baik makwe embeng kool saja.
Luaran nya lah.
Dalam hati siapa tahu.


Gua ajukan kepada Singular.

"Aku dulu, seminggu sebelum kena ke Indon. Nak kawen pulak, dua minggu sebelum ke Papua. Lagi teruk bro..." Singular bukak ceritera beliau setahun yang lampau. Gua hirup kopi ais. Kaw.

"Ooo.. Ada yang lagi teruk barangkali... Berhikmah mungkin benda2 macamni..." hati gua main bisik2.




"Nanti ujung tahun mebi bini aku due. Beranak. Tem tu aku kena schedule ke Vietnam plak sebulan." sambung Singular lagi.

Sikit. Tapi padu.


August 17, 2011

Pindah


Laju tak terhambat masa sekarang. Sedar tak sedar dah dua tahun nota ni kat dinding bilik gua (a.k.a bilik Prosper) tanpa usik tanpa jejas.


Nota dari Prosper usai berkahwin 2 tahun lepas
"Dear all, Will cleared 18/12/09" - Prosper.
"Sedey shial!!" - gua.
'Bapak tacing" - Copin.
"Terharu do" - Chezzo.


Susah betul kenangkan bakal tinggalkan VWM. Walaupun gua bukan daripada golongan pioneer2 macam Prosper, Singular ataupun Chezzo mahupun Aripsomat, spirit of brotherhood tu kuat melekat kat sini (tunjuk dada).

Namun, orang Teganu kabor life must go on. Tak hari ni, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa, tulat. Gua kena pundah juga demi kelangsungan hidup. Takkan nak hidup berkelamin dengan Chez dalam satu bumbung pula dok? Privacy gua dengan makwe embeng paling utama. Tak ada kompromi.

Oleh itu, selamat tinggal VWM. Namun bak kata Singular, Semangat persaudaraan kita tetap SATU!!



Chezzo punya laa sedeh sampai tak jadi bersihkan bilik ayer semalam
sebaliknya mengukir mural tanda protes.
Ya. Chezzo cuci bilek ayer oke!!

August 15, 2011

Juadah


Juadah yang paling juadah di bulan puasa. Dah lebih seploh tahun gua tak merasa organisma rebus santan berinti pulut ni di bulan puasa.

Sape2 bulih tulung??

Tukar dgn kurma gua nak? Gua punya kurma macambiasa. Tiap2 tahun kompom cantik dia punya pengepekan~

Go Go Em Yu!!

August 11, 2011

Abam Sapik

Satu hari yang agak kemarin, gua agak kelewatan gi kerje. Hujan. jadi guaterpaksa pakai Cik Sona saja. Tem petang2, orang balik kerja tuju ke rumah nak buka puasa, gua menongkah arus ke opis. Tak payah heran. Gua memang suka perkara2 rare nih.

Sampai di bangunan rebung kaler biru, dari jauh gua nampak ada satu bas kuning parking betul2 tepi jalan naik ke lobi. Kat badan ada tulis F.A.M. Ooo.. sultan bola punya bas. Apa buat ntah. Bola tak bola. Gua dah lewat. Halaju Cik Sona seedikit pun tak terjejas. Steady gua tekan minyak lagi nak naik ke lobi.

Tiba2 ada sorang brader pakai baju oren sama treksut selamba jalan henjut2 melintas ke depan. Otomatik kaki kanan gua henjut pedal brek. Dalam hati dah redi kalimah2 maki nak tuju kat brader tadi. Tanagn kanan pula dah laju nak kasi hon.

Sekali brader tadi toleh...

Pergghhh.....!!!!!


Abam Sapik Rahim!













Muka gua yang bengis macam kuda liar tadi otometik bertukar jadi kuda padi.

August 8, 2011

Less Is More vol.3

1. Nombor tiga ni takde laa sezen sangat.

2. Terima kasih yang kasi ucapan2 kat wall fesbuk. Gua dah respon untuk semua. Kalu ada yang tertinggal sila kabor. Gua belanje kurma buka puasa arini.

3. Kerja kawin ni memang bukan senang. Kalo tak serabut kapala tak sah. Nasib baik gua pesen cool. Tapi kadang2 cool gua pesen tak kena tempat juga. Terpaksa laa makwe embeng ketuk2 sikit. Terima kaseh kekaseh.

4. Puasa ini tahun ada sikit lain feel dia. Sebab VWM dah tak meriah ataupun tahun puasa bujang paling last sepanjang hayat.

5. Spirit raya langsung takde sebab ini tahun turn gua yang jaga Pusat Operasi Jaringan. Mintak maaf abah sebab tak balik raya nanti. Takpe. Tahun depan gua wat balik menantu beraya sekali.hikhikhik!

6. Rujuk nombor 1. Berulang2 ye.