December 30, 2011

Year End Entry

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!

*****

Ok. Tu entry makwe embeng.
Bawah ni entry gua betul2.

*****

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami isteri, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!



*eh! sama lah~







December 28, 2011

Ombak Besar


Fenomena ombak besar kat Pantai Dungun ni dah lama gua tahu sebenarnya. Zaman gua sekolah2 lagi gua tahu ombak kat situ dah ganas2. Sekolah gua betul2 kat tepi pantai Dungun tu.

Satu malam lepas abis periksa SPM, gua melepak kat rumah Toy - budak skolah asrama penuh yang rumah mak bapak dia kat Dungun tu jugak. Malamnya keboringan, jadi gua ajak dia jalan2 kat tepi Pantai Teluk Lipat kat2 situ.

KECEBURR...!
KECEBURR....!!

"Fuhhh.. kuat gile ombak ni kan?" gua bertanya secara eksaited pada Toy. Jarang sungguh gua bulih tengok peristiwa bersejarah gini. Kampung gua takde pantai. Jadi takde ombak. Sebab tu gua tak reti swimming. Kalo mandi parit baru laa dapat ongbak dari abah gua.
"Ye..." sepatah jawabnya sambil terus mengunyah singgam.
"Jom balik. Kang mak aku kunci pintu kalo balik lambat2. Puii!" tambah beliau. Singgamnya dipuikan ke benteng. Sape2 terpijak, sila maki.

Begitulah serba sedikit cerita gua tentang ombak besar kat Pantai Dungun.





Ini gambor terlatest dari tempat kejadian.
Ihsan Akif Fikri.

December 14, 2011

Abam Mirull



Sikit punya lama kan nak up kat blog? kihkihkih..

Ni ceritanya...

Hadiah daripada abam baju merah a.k.a Abam Mirull.
Belum bukak lagi gua dah tau sape kasik.kahkahkahkahkah~

December 13, 2011

OngBak Rindu

Sejak bila pula mengaji al-Quran ni jadi cabaran?
Epic fail!





*lagi reviu bagus2 : pidomat | sinaganaga | fynnjamal | myramiracle |

December 9, 2011

Football Friday




Sebelum bangkrap


Selepas bangkrap


Lejen sepanjang hayat. World cup kat Itali pun orang Itali sokong
Argentina pasal pakcik nih. Footie sikit flesbek dia punya power...

Sama je power main dengan power tipu.



Ultras paling kental. Pesen suka main bunga api.
Harap Malaya punya tak kecik ati.


Partner paling power main bolo atas muka bumi.
Yang kiri tu, semi final World Cup tahun lepas. Dia main je Uruguay skor banyak.
Yang tengah tu tukang hantar Itali balik awal World Cup tahun lepas.
Yang kanan tu errr... sila salahkan pakcik kat atas tadi. Dia yang tak kasi brader ni main.

Footie sikit...

Lanun2 Kota Naples.


Ya.
Gua penyokong tegar SSC Napoli - team paling power tapi sedang2 saja populernye.
15 kali menang UCL. Gua manager.
FM08 la tapinya.









Sementara itu di Inglen, bedahsiasat mendapati bahawa...

Banyak laa team Eropah tukar kaler jersi lepas ni dok?

December 8, 2011

December 6, 2011

Talkless Tuesday

Brahmam ni sape?

December 1, 2011

Bimbang

Cilakak! Macam blog bolo-boloan pulak dah. Berunut2 entry bolo. Semoga nanti gua pun dapat join Goal.com cawangan Malaysia. Amin.

Ok. habis entry bolo2. Ni entry makwe2~

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda....



xoxo~