Kita paused kejap dari isu2 Lynas, Port Klang, samseng tumbuk, panglima akidah dan lembu.
Ni gua nak kabor pasal bencana-to-be kat Olimpik London 2012 - Jun ini.
Kalo ada yang dah tengok tu takpe lah.
Tolong betulkan je kalo gua ada salah.
Kalo malas nak tengok atau intenet lambat macam siput menopos, meh gua ekspelin sikit.
Katanya...
Masa temasya Sukan Olimpik 2012 kat London nanti, akan ada satu lagi serangan ala terrorist. Alaa.. macam WTC 2001 aritu~
Petunjuknya...
Illuminati Card Game.
Apa jenis game pun gua tak tahu. Mulanya ingatkan daun terup. Lepas tengok vidio tu, gua google...
Dan gua translatekan berbunyi...
"Illuminati adalah permainan kad berdiri sendiri yang dibuat oleh Steve Jackson Permainan (SJG), diilhamkan oleh Illuminatus! Trilogy oleh Robert Anton Wilson dan Robert Shea. Permainan ini mempunyai kongsi gelap menyenangkan bersaing dengan satu sama lain untuk mengawal dunia melalui cara yang jahat, termasuk undang-undang,menyalahi undang-undang, dan walaupun mistik. Ia telah direka sebagai "lidah-di-pipi dan bukannya serius" [1] mengambil teori konspirasi. Ia mengandungi kumpulan yang dinamakan sama kepada organisasi-organisasi dunia sebenar, seperti Persatuan untuk anakhronisme Kreatif. [2]ia boleh dimainkan oleh 2-8 pemain. Bergantung kepada jumlah pemain, permainan boleh mengambil masa antara satu dan enam jam."
Lu orang buat2 paham lah ye~
Segugel gua, mende ni direka pada 1995 dan jumlah total kadnya adalah 394 keping kad semuanya! Macamana nak mainnya, lu orang cari lah sendiri pulak. Tak larat nak siasat. Banyak keje. Album pengantin pun gua tak deliver lagi nih.
Balik ke Olimpik London tadi.
Macamana bulih kata akan jadi serangan time2 tu?
Menurut pembikin vidio, tanda2 nya jelas nampak pada kad bernama Combined Disasters.
Combined Disasters.
- Lima orang berbaju warna 5 gelung olimpik lari menyelamatkan diri dengan background Big Ben yang patah riuk kena letup. Big Ben adalah menara jam London ye adik2.
- Kalo tengok betul2, jam tu tak ada nombor 1. Agakan pemvidio, kalo ikut nombor jam = 11+12+2+12minit = 28 - 1 (sebab nombor 1 tak ada) = 27. Sama dengan hari opening Sukan Olimpik London 27 Jun.
- Logo Olimpik London tu sendiri ada tertulis ZION; nama lain untuk Jurusalem. Dalam perkataan ZIONis sendiri dah ada zion tu. Illuminati - Zionis : selalu dekat2~
ZION.
Kalo gugel lagi, bulih jumpa jugak kat logo Olimpik Beijing 2008 aritu.
- Tak ketinggalan maskot dia. Penuh ciri2 Freemason nih. Bukan gua yang kabor. Gugel yang bagitau~
Kenapa dibuat assumption macam ni?
Katanya, sebab sebelum ni pun ada trajedi berkait rapat dengan Illuminati Card Game nih...
Terrorist Nuke.
Serangan WTC 9/11.
Pentagon.
Pentagon kena serang 9/11.
Center for Desease Control / Epidemic.
Wabak H1N1.
Oil Spill.
Telaga minyak meletup kat Teluk Mexico.
Tidal Wave.
Tsunami kat Jepun.
Haish.. Tak abih kalu cakap pasal menda alah ni.
Gua bukan nak percaya sangat mende2 macamni.
Sebut illuminati / freemason pun gua buat main2. Nak kata seronot tu tak la.. Pengetahuan am saja semata2.hehe~
Tapi, gua pernah terdengar, Tn. Guru. Hj. Abd. Hadi Awang sendiri pun pernah kasi peringatan pasal Freemason dalam kuliah ceramah beliau. Maksudnya benda ni sebenarnya memang ada lah. Cuma atas diri sendiri je skang ni.
Kalu teguh pegangan, alhamdulillah lah...
Kalu tak, nauzubillah~
Yang paling penting, ISTIQAMAH.
Konsentret pada Islam dan Iman.
Takwa je yang bulih bawak kita selamat ke akhirat nanti.
Ingat tu!
OK. Sila sambung balik bergaduh pasal Lynas, Port Klang, samseng tumbuk, panglima akidah dan lembu.