July 29, 2011

Macam Biasa


Macam biasa, lepas satu2 hal 'besar' dalam negara berlaku, facebook lah jadi mangsa. Ada saja page baru muncul. Selalunya page2 yang pesen ni bulih tahan dalam seminggu dua saja. Ace tengok balik page2 yang timbul tem Terengganu menang Piala FA arituh. Page2 pasal Daudsu. Last update bile?

Dan malam tadi, puluh2 lagi page baru timbul. Banyaknya pasal King Gopal lah. Ni antara yang gua dapat jejak~

- 100,000 People Request K.Rajagopal Resignation
- 100,000 Rakyat Malaysia Tuntut Rajagopal Letak Jawatan
- Rajagobal, Sila Letak Jawatan
- Kita Tidak Kalah ~ Rajagopal
- Kami mahu pemain bola singapore berlakon dalam kl gangster 2.LoL
- Kami masih sokong dato k rajagopal - ni page yang sokong. 34 ahli sahaja~
- K Rajagopal Patut Jadi Coach Selangor
- Ada no telefon datuk rajagopal X?Buang no.2 tu
- Kenapa Kita Tewas Dengan Singapura ?
- Kita layak jika Apek bermain di perlawanan pertama di Singapura
- Kami mahu Ong Kim Swee latih skuad senior negara
- kami Bangga sgt jadi Rakyat Singapura sebab ada Pemain Import
- Blog dekonstruksi masih ada masa depan


Ok. yang last skali tu gua tipu.

Nak wat sedak lagi, ada juga kutu2 indon masuk cuit sikit2. Sikit tak sikit laa.. Indon punya provok memang bulih kasi amok bagi sape2 yang punya hati seiras gula kapas. Mula la scene maki2...

Apa pesen masyarakat ntah ~



"TALK SHIT la weyhh!!!" kata gua sambil tutup kompiter.

Bodoh bukan kepalang budak2 pasca fesbuk skang nih.








Watak yang dipinggirkan malam tadi. Macam biasa lah~




July 27, 2011

Wordless Wednesday


Omputeh kabor ni cara otak pompan bekerja.
Omputeh tipu gua tipu lah~

July 25, 2011

Less Is More vol.2

1. Max, Eshter dan Giuseppe dah tersingkir. Nampak gaya macam Ben Star yang akan jadi juara. Sementara itu, Joe Bastianich makin kejam dari minggu ke minggu. Apa makan ntah encik botak nih. Time2 macamni baru terserlah betapa 'nice'nya Gordon Ramsey. Sementara itu, Graham Elliot masih mencari personaliti tersendiri.

2. Sikit masa lagi gua punya website akan di lancor ke udara. Harap dapat kerjasama kasi job barang sekopi dua. Tak banyak gua mintak. Dalam 20 job sebulan pun jadi lah.

3. Dah kat seminggu gua tak nampak Mia - satu2nya makwe yang tinggal di VWM dalam spesis kucing. Sesekali tertengok bekas makanan beliau mari syahdu juga jiwa rebel gua. Teringat tiap2 ari gua balik keje, bunyi je Igo, dari jauh belaiu lari pulang nak berebut dgn gua masuk umah. Haih. Sape2 yang ada terjumpa beliau sila pulangkan ye. Gua rindu.

4. Copin pun dah 3 4 ari gua tak nampak cuping telinga.Ntah ke mana hilang tanpa khabar berita juga. Nak telepun kang rasa macam hubungan dengan makwe2 pula. Bia lah. Kucing gua lagi mustahak.

5. Tak lama lagi, gua pun akan tinggalkan VWM. Prosper dah takde geng mahu melepak tika beliau ponteng. Makcik nasik lemak Fullamak dan Pakcik spageti akan kehilangan pelanggan setia. Takkan ada lagi bunyi2 ceramah Ustaz Azhar Idrus berkumandang dari master bedroom. Namun, ritual bulu tangkis akan tetap dijaga konsistensinya. Aduh. Jemputla berasa sedih bersama gua.

July 20, 2011

Teksi, Lembu dan Kehidupan

Masa kat kampung dulu time sekolah rendah2, gua pernah bekerja sambilan. Kerja tak berapa kerja lah. Gua dikurniakan jawatan sebagai pengembala lembu separuh masa. Ye lah. Pagi gi skolah. Rajin. Ketua murid katakan. Petang sajalah gua punya syif. Lembu2 tu paklong gua yang punya. Ada laa dalam belas2 ekor. Bab2 payment, gua kire kowtim anak beranak sajalah. Cukuplah dengan kadar singgit sehari. Kalo mau lebih kena tunggu tem bonus - hari raya.

Tiap2 petang agak2 dah dekat maghrib gua akan ke padang ragut untuk mengajak para lembu yang malas macam lembu tu pulang. Dengan bersenjatakan batang kayu di tangan sambil menunggang basikal merah tanpa modifikasi, gua menjalakn tugas dengan hati riang gembira. Kadang2 bawak ke menyanyi lagu2 Iklim sampai habis. Tugas gembala ni tak kurang mencabarnya. Awal2 menceburi bidang ni, nyaris paklong gua kena tumbuk. Pasalnya, gua ajak lembu2 jiran skali masuk kandang. Perghh! Dia punya feel bersalah tu rasa macam nak jadi lembu. Nasib baik gua tabah. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Naik darjah, gua diberi kepercayaan pakai motosikal pula. Lembu2 pun dah respek sama gua. Ada yang senyum sinis bila nampak kelibat gua. Tak kurang juga yang kasi tabik pakai ekor. Dalam pada tu ada juga yang masih buat perangai. Yang pesen ni gua kasi terajang saja sambil bawak motor pun jadi. Dah kena sedas dua mencicit lari masuk kandang.




Kira2 20 tahun kemudian...



Gua dah besar. Dah kerja. Tapi masih naik moto. Tiap2 hari pergi balik kerja mesti mahu kelahi dengan jem. Gua dah pasrah dengan Kolumpo nih. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Satu hari yang agak kelmarin tem balik kerja, gua masih steady bawak moto. Depan belah kiri gua ada satu teksi dan depan belah depan gua ada satu brader naik moto juga. Tiba di satu jalan tiga lorong, teksi tadi buat gila tukar lane suka2 hati. Nyaris brader depan gua tadi jatuh. Teksi buat2 inesen meneruskan perjalanan. Dalam hati gua dah menyumpah2. Brader yang depan gua tadi kejar balik.

DUMM!! DUMM!!


"செய்! ரேடி ரயில் எடுக்க கூடாது? பைத்தியம்! ஏய்!!!" teriak brader tadi lepas kasi dua penerajang kat teksi. Marah gua sangat tu gua syak. Gua usha2 sikit, jadi lekuk juga punggung teksi tu. Power2~

Lantas batu jemala gua buat kesimpulan bahawa teksi pesen ni sama saja dengan lembu. Yeah... Jaga2 la lepas ni.
Dah lama gua tak terajang lembu nih.




July 15, 2011

Felda


Satu malam yg agak kemarin, gua ada tonton satu filem kat tivi nasional cenel dua. Biasanya kalu dah bosan2 jenguk TV yg bayar mahal2 tapi rancangan ulang2, gua memang jadikan cenel nasional nombor dua ni sasaran. Dia punya filem memang kadang2 rare tak patut.

Malam tu gua dapat. Filim omputeh tajuk Be Cool. Gua sneek peek sikit, sikit punya ramai star yang starring dlm itu filim. Konsider yang gua bulih kenal muka tanpa rujuk intenet tu glemer tak patut laa dok. John Travolta. Uma Thurman. The Rok. Vince Vaughn. Steven Tyler. Paul Adelstein. Danny deVito. Andre Benjamin. Dah. Tu je yang gua ingat nama. Tak cukup ramai?? Konsider lebih daripada tiga tu ramai laa dok~

Yang gua nak 'lampu tinggi' kat sini, si Andre Benjamin. Gua tak minat sangat sakai ni. Tapi video lagu Hey Ya dia dalam Outcast agak osamm bagi gua tem blaja2 dulu. Satu babak dalam filem Be Cool ni, gua perasan tatoo dia kat bahu tu. Macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya..??





Sama tak? Sama tak..??
Tak tahu lah sapa yang tiru sapa.
Atau mungkin Andre ni anak peneroka barangkali~

July 5, 2011

Less Is More

1. Beroleh tayangan hari pertama Transformers 3. Tem masuk rasa sangat osemm. Tem keluar rasa sangat sakss!!

2. Gua tengah konstruk website sendiri untuk bisnes2. Hari2 duk ngadap cari identiti. Sila jangan buka dulu. Nanti nak resmi, gua ajak lu orang potong reben ramai2.

3. Hujung minggu ni Femily Day kompeni gua. Kena cari kostum bertema Budaya Sedunia. Gua hampir nak beli satu kurta. Tem2 tu juga makwe embeng gelak sakan. Nampak jelmaan abam bangla katanya. Sungguh demm~

4. Sekarang duk huru hara pasal Bersih 2.0. Gua takleh komen banyak. Cuma nak kasi celaka saja kat tiwi nasional sebab buat iklan maha WTFBBQ (sukukata Obe).

5. W-Day gua dah dekat. Baru rasa kalut2. Itu belum buat. Ini belum siap. Laju betul encik masa ni. Serius! Tapi bile teringat makwe embeng terus rasa lambat pula nak sampai.huhuhuhu~

June 28, 2011

Hadoooyai Masterchef~

Masterchef Amerika musim 2 dah stat. Memang gua tunggu. Top Chef tak sampai level bulih buat gua addict. Masterchef baru true.

Gordon Ramsey macam biase garang macam babi.
Graham Elliot pun macam biase pesen komen ringan2 tak tahu ke hala macam Enot.
Joe Bastianich saja yang gua nampak lain sikit. Poyo dia dah sampai tahap kena takut.

Sila jangan pelik kalo jumpa laki2 kacak suka tengok rancangan masak2. Apatah yang pesen rebel2. Yang terpilih tu pun lagi rok daripada gua selambe bulih masak sedap2. Rok tak rok mana lah. Ada yang pesen bertatu, tindik telinga, tindik bibir dan mamat punk. Ini propesyen serius. Sila jangan berpikir macam Berahim Ali.




Sambil sedap2 tengok tu pun ada juga canggungnya.
Lu orang perati gambor bawah ni.
Masa odisyen la konon2...


Celaka punya menipu orang putih! Jatuh stended!!
Eh. Lu orang nampak tak yang gua nak kabor ni?
Yang gagal sila ketik sini~


June 24, 2011

Eeeuuuuwww~


Sudah banyak kali gua bilang, gua cukup menyampah tahap lahanat bila jumpa budak2 yang cakap leweh2 'eeeuuwww' pesen konon kewl tapi sebenarnya bahalol nak mampus.

Semalam gua jumpa lagi sekor. Entah macamana gua bulih mengappruv beliau kat fesbuk dulu pun gua tak tau. Kebetulan. Kebetulan nasib beliau kurang baik (atau sangat baik) malam tadi. Gua tejumpa. Gua kasi nasihat cara brader2 sikit. Post satu link pasal kondem fenomena eeeuuww2 ni lah.

Nasib beliau kurang baik (atau sangat baik). Beliau melawan cara halus. Apa pun tak boleh - katanya. Sikit minit berlalu, gua nampak lagi beberapa status 'eeeeuuwww'2 dari beliau kat dinding. Sah! pesen tak makan saman. yang buat gua punya menyampah jadi dabel, beliau juga termasuk dalam golongan sendiri-tulis-sendiri-like dan juga komen-lah-weh-jangan-like-saja. WADEHELLLLL~


Gua tak boleh tahan... laju je tangan bawak tikus tala ke butang unfriend. Ktik!!
Lu tak rugi apa2. Gua tak untung apa2.
Gua puas ati je lah tapinya. Pesen budak2 baru tumbuh kepak. Bia lah~
*ketik utk besar2. betul. kali ni gua x tipu~




Oh. Gua bubuh link AnwarHadi kat situ..
Nak tengok juga kalu, sila ketik titik ni.... : ....
Pesanan berguna, gua ambik. Walaupun gua tak suka beliau.

Poyo!

Sori bro.
Lu tak best bro.
Sumpah tak berapa best bro~

Gua lagi saport matluthfi90.
Sebab...


Hah!! Sape tau Firdaus Yunan dan matluthfi90 tu orang yang sama~


June 22, 2011

Repot

Ketik untuk baca tak payah kedut2 mata.

Ni tak lain laa ni. Pesen banyak sangat baca
hal2 freemason sama iluminati la nih.





*sumber : MM
**kahkahkah!! sori2.. gua tak sengaja main preng2.. dah2. dah betulkan dah~

June 16, 2011

Buang Bayi


Untuk sape2 yang belum tahu, hari kemarin belakang kedai rambut setailo Chez lorong masuk parking andegraun, orang ramai ada jumpa bayi. Masih ada hayat. Merah lagi. Pompan. Comil. Hu de faking bitch laa yang buat onar. Celaka! Celaka! Celaka!!

Sembang2 dengan Chez pasal mende tu semalam, memang mari haru juga lah. Slama ni duk baca dalam sokkabar saja. Ni dah jadi depan mata, baru la mari betul2 feel tu. Campur2. Marah. Insaf. Hari2 akhir zaman...

"Sbenarnya kan, mak bapak dia tak salah dow..." kata2 Chez di akhir bual2.

"Haa?? Nape plak?" gua sedikit kompius. Redi2 saja nak counter abis2an.

"Budak tu yang lari dari rumah."












Gua terus kasi karate laptop beliau barang sepapan dua.





Ni laa yg orang kata - time buat tak ingat. Segala jenis sumpah seranah
paling terkutuk kepada yg buat menda nih. Celaka!!!

June 13, 2011

O

Bila lu datang jauh2, susah2 cari tiket, belanja tanggung sendiri2, korbankan masa rehat2, bersesak2 dalam lautan manusia yang macam2 ragam, berjam2 tunggu sepak mula, makan bege takde sos ulam kuaci dan air paip, team lawan pula menyekor gol 10 minit sebelum masa tamat, tengok seat kiri kanan yang dari tadinya tak nampak kaler kerus dah lompong2... memang dah redi2 nak kecewa, memang dah datang 'bera' dah pun~










Tapi...








Bila team yang lu sokong balas menyekor balik time2 hujung yang teramat hujung, dan2 tu pula menyekor lagi 10 minit sebelum masa betul2 tamat, dengan tempik teriak loncat2 sambil tangan genggam penumbuk ke atas...



Memang O.R.G.A.S.M




*apa bangang la asstro ni tulih 'johan'. canggung kemain bunyi dia~
**naseb baik gua tak sampai tahap bukak baju, makwe embeng tak suka.huhuhu~