December 30, 2011

Year End Entry

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!

*****

Ok. Tu entry makwe embeng.
Bawah ni entry gua betul2.

*****

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami isteri, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!



*eh! sama lah~







December 28, 2011

Ombak Besar


Fenomena ombak besar kat Pantai Dungun ni dah lama gua tahu sebenarnya. Zaman gua sekolah2 lagi gua tahu ombak kat situ dah ganas2. Sekolah gua betul2 kat tepi pantai Dungun tu.

Satu malam lepas abis periksa SPM, gua melepak kat rumah Toy - budak skolah asrama penuh yang rumah mak bapak dia kat Dungun tu jugak. Malamnya keboringan, jadi gua ajak dia jalan2 kat tepi Pantai Teluk Lipat kat2 situ.

KECEBURR...!
KECEBURR....!!

"Fuhhh.. kuat gile ombak ni kan?" gua bertanya secara eksaited pada Toy. Jarang sungguh gua bulih tengok peristiwa bersejarah gini. Kampung gua takde pantai. Jadi takde ombak. Sebab tu gua tak reti swimming. Kalo mandi parit baru laa dapat ongbak dari abah gua.
"Ye..." sepatah jawabnya sambil terus mengunyah singgam.
"Jom balik. Kang mak aku kunci pintu kalo balik lambat2. Puii!" tambah beliau. Singgamnya dipuikan ke benteng. Sape2 terpijak, sila maki.

Begitulah serba sedikit cerita gua tentang ombak besar kat Pantai Dungun.





Ini gambor terlatest dari tempat kejadian.
Ihsan Akif Fikri.

December 14, 2011

Abam Mirull



Sikit punya lama kan nak up kat blog? kihkihkih..

Ni ceritanya...

Hadiah daripada abam baju merah a.k.a Abam Mirull.
Belum bukak lagi gua dah tau sape kasik.kahkahkahkahkah~

December 13, 2011

OngBak Rindu

Sejak bila pula mengaji al-Quran ni jadi cabaran?
Epic fail!





*lagi reviu bagus2 : pidomat | sinaganaga | fynnjamal | myramiracle |

December 9, 2011

Football Friday




Sebelum bangkrap


Selepas bangkrap


Lejen sepanjang hayat. World cup kat Itali pun orang Itali sokong
Argentina pasal pakcik nih. Footie sikit flesbek dia punya power...

Sama je power main dengan power tipu.



Ultras paling kental. Pesen suka main bunga api.
Harap Malaya punya tak kecik ati.


Partner paling power main bolo atas muka bumi.
Yang kiri tu, semi final World Cup tahun lepas. Dia main je Uruguay skor banyak.
Yang tengah tu tukang hantar Itali balik awal World Cup tahun lepas.
Yang kanan tu errr... sila salahkan pakcik kat atas tadi. Dia yang tak kasi brader ni main.

Footie sikit...

Lanun2 Kota Naples.


Ya.
Gua penyokong tegar SSC Napoli - team paling power tapi sedang2 saja populernye.
15 kali menang UCL. Gua manager.
FM08 la tapinya.









Sementara itu di Inglen, bedahsiasat mendapati bahawa...

Banyak laa team Eropah tukar kaler jersi lepas ni dok?

December 8, 2011

December 6, 2011

Talkless Tuesday

Brahmam ni sape?

December 1, 2011

Bimbang

Cilakak! Macam blog bolo-boloan pulak dah. Berunut2 entry bolo. Semoga nanti gua pun dapat join Goal.com cawangan Malaysia. Amin.

Ok. habis entry bolo2. Ni entry makwe2~

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda....



xoxo~

November 28, 2011

Malaysia 2 - 3 Bahrain

1. Tengok line-up takde Adiwira hakk-ptuihh. Alhamdulillah. Hari baik kan. Kurangkan laa maki2 tu~

2. Start game, 50-50. Nampak cahaya di hujung jalan.

3. Nazmi 'wonderkid' Faiz skor dengan screamer. Tindakan tepat selepas beberapa kali nak cucuk bola masuk petak penalti susah macam nak cucuk lubang jarum tengah blackout. Salut satu!

4. Elok juga Wan Zack injed. Dah habis gas dah gua tengok. Terhiling2~

5. Masuk seken half je gua dah tak sedap ati. Macam biasa, bulih kata 100% corak permainan berbeza dengan first half. Susah sangat ke nak menten woi? Ni kalu dalam FM bulih kata fatigue sume2 bawah 10. Barai tak patut~

6. Malaysia skor gol nombor 2. Ramai kata Mahali. Sebenarnya, kalu perati betul2 tu own goal sebab kena kaki defend nombor 3 Bahrain lepas bola lantun ke tanah. Kredit lah juga untuk Mahali. Share2 dengan kiper Bahrain.
-AFC.com

7. 10 minit terakhir bulih kata disaster. 6 minit team lawan bulih skor 3 di mana Malaysia ambik masa 60 minit untuk skor 2. Bladihell?

8. Ramai sedih. Ramai kecewa. Ramai berdukacita. Tapi untuk sapa2 yang celik mata (baca : yang pesen kalau menang pun kutuk (baca : kritik)), takde nak dukacita sangat pun. Bak kata otai Lucius, Tahiland yang menang 8 kali pingat emas Sukan Sea dgn 3 kali Piala AFF pun tak kemana2 bila ke luar Asean. Pikir tu~

9. Geng adik2 Kempen Pakai Jersi Malaysia Atau Jersi Pasukan Tempatan Setiap Hari Sabtu melancarkan perang fesbuk ke atas abang2 di Sokernet. Fun betul!!

10. Untuk media2 sensasi (baca : murahan) yang duk jaja cerita pasal Apek tu, bulih pegi mampus. Gua layan bolo.

Baso nate beruk sungguh la puok2 ni~


November 23, 2011

Malaysia 0 - 2 Syria

Sume pun dah tahu yang Champion Asia Tenggara kalah game malam tadi.
Gua dah agak.

Ramai kasi bekap itu team kata penat lawan Indon dgn schedule ketat (4 game seminggu).
Gua dah agak.

Fesbuk tak kecoh macam tempoh Sukan SEA aritu.
Gua dah agak.

Wira keyboard Indogs dah senyap.
Gua dah agak.


Ulasan gua :

1) First half gua agak tekejut dengan corak permainan. Kemas. Posession 52-48. Ball control pun banyak. Cantik. Mausk second half gua jadi terkujat. Dah main macam Malaysia balik.

2) Defend barai gile 2nd half. Baru terasa takde kelibat Fadhli Sas.

3) Sume player Syria sujud syukur lepas dapat gol dan lepas game. Malaysia ada aritu?

4) Mati2 gua ingat syria ni jenis arab hitam. Tak sangka macam omputih. Dah mcm Real Madrid away dah sekali imbas.

5) Adik Nazmi tetap power. Cuma ujung game dah nampak sangat penatnya sampai barai.

6) Ramai tanya pasal apa Badroll (baca : gua) takde. Lepas buat siasatan, skuad Olimpik ada sikit lain dengan skuad bawah 23 rupanya. Skuad Olimpik mensyaratkan pemain berumur 23 tahun ketika peringkat akhir berlangsung 2012 nanti. Bermakna, pemain yang masuk umur 23 tahun ni tak layak main untuk Olimpik tahun depan (kalo layak laa) sebab otomatik umur dia jadi 24 tahun depan. Betulkan kalu gua silap.

7) Dah lama gua perati mamat nama Mahali ni. Game dia bagus. Tapi sesekali dia cirit tu rasa macam nak masuk padang kasi terajang kat tengkuk. Mistake budak skolah. Pandai buat overlap tapi x pandai nak turun balik laju2. Nak main fancy tapi barai. Kadang2 laa~

8) "Nelan pemain ini..." komen Hj Bullah tentang Zubir Azmi. Epik!

9) Apek menten power.

10) Ramai kabor tunggu Ahad ni (vs Bahrain) untuk tengok prestasi sebenar. Takpe2... Gua tunggu~

11) Fakri dgn Pahang ada persamaan. Dua2 FAM sayang.



Tokkey nak harap kawe jugok gi skor gol weyh!


Bangang Lagi

Udah2 laa tu kutuk adiwira nombor 13 ye. Simpan untuk esok. Lagi enak kalo dia main laa malam ni. Lagi banyak modal.kihkihkih~
Ni ada lagi satu spesis bangang. Ntah ada akal ke tak buat kerja nih.



"Adakah pemain akan terbuai dengan kemenangan ini?"
"Kenapa tiba lewat?"
"Bagaimana dgn masalah..."
"Perlawanan (kelayakan Olimpik) lepas ni dianggap penting tak?"


Satu jari tengah untuk wartawan bangkai macamnih~

Epic win OKS!