November 1, 2008

Malam Larut, Pagi Lambat

Pukul : Larut malam
Lokasi : Bazaria Larut Malam, Danau Kota

Walaupun baru balik kerja, tapi atas permintaan MohdHarif, dan jugak permintaan hati yang dah lama tak pegi sana. Jasad mengalah.


Boleh makan. Boleh jalan2. Boleh cari jersi. Boleh try ushar besday present. Boleh tertengok cawan2 (salahkan incik
Lapan yang mendidik).

Situasi 1 :

Ish... macam familiar je minah ni. Rasa macam kenal sangat. Rapat. (hingga aku toleh ke belakang balik nak kompomkan). Beberapa detik kemudian...

Ooo..


Kompom bukan dia - usianya sangat tak menjamin untuk jadi awek hot. Mana mungkin boleh pegang watak janda pandai boxing yang sela
lu sidai kain (Kurus). Dan kompom jugak - kami tak rapat langsung.


Mislina Mustapha
(Puaka Tebing Biru / Bukak Api / Anak Halal /Drama Kurus - ntv7)

Tak hot kan?
Tapi aku minat dia belakon.





Situasi 2 :

"
Bukan sekali kau suarakan kebimbangan...
Pada cintaku kau tak mampu.. Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah manis madah...

Penuh helah yang pastinya... Aku adalah sandaran...!!
"
-Madah Berhelah, Xiana Xain.

Sila baca/nyanyi dalam kesumbangan.

Ye... jangan risau. Sebab yang aku dengar dari pondok karaoke mungkin 17 kali lebih sumbang daripada tu.


Aku yakin lapan kolam IndahWater pun belum cukup untuk menampung sumpah seranah penduduk sekitar.



Situasi 3 :
Lalu depan 'atok tak nampak yang main musik'. Kesian betul.


"Haa... Selamat datang. Sape yang nak pergi pejabat pos tu pergi je lah. Tak payah laa terkentut2."


Aku pun tak pasti apa spesis lawak yang dia buat ni...


Situasi 4 :

Ya. Aku memang perasan.
Banyak mata duk mengushar aku menjak mula2 landing tadi.

Dari budak kelate, awek hot, awek cold, muslimah, brader jersi, budak skolah, abe bundle...hingga la ke Ah-Pek chicken wing.

Pehal lak laa diorang ni. Tak pernah tengok mamat hensem rambut mo-hawk pakai baju melayu bling-bling kat Uptown ke?



Akibatnya...

Pagi ni aku lambat lagi masuk keje. Adehhh...!




.

4 comments:

  1. keje siff laa kak..
    nasib la.. hukhuk..!!

    ReplyDelete
  2. hehehe..kene marah ngn bos kecik x??
    huh!!balise

    ReplyDelete
  3. nasib baik bos tak mrajinkan diri keje ari sabtu.. huhuhu..!!

    ReplyDelete