October 31, 2009

Dan Jugak Dua Puluh Entry Bulan Ni

.


Rabu itu hari gua balik kampung. Perjalanan terus menerus dari Kolumpo ke Terengganu memakan masa empat jam lebih sikit gua buat. Dengan hanya berbekal sebotol air mineral besar dan tiga pat bungkus makanan ringan, gua ibaratkan jaraknya hanya antara Melawati ke Greenwood. Macam Copin selalu buat. Lu orang bulih imajin sendiri gua punya penat stended apa. Penat memfokus kepada cara pemanduan dan perempitan secara intifada. Juga nak konsentret ke scene memotong. Nak2 di jalan persekutuan sepanjang Jerangau - Jabor. Thrill tak patut. Sebastian Loeb pun belum tentu bulih champion kalu main rally kat situ.


Sampai rumah agak2 sebelum jam lima, gua terus on ke dapur. Korek periuk cari nasik. Saki baki lauk gua kikis sampai haus periuk. Kasi lepas semua serakah lapar kat perut. Tengah2 sedap mentekedarah, mak gua balik dari ambik adik lelaki gua dari sekolah. Gua salam tangan kiri. Sambung scene makan2 secara kebulur.

"Zaidi kawin ari tu macamana mak? Sume beres..?" gua kasi ice breaking bertanya pasal scene kawin2 kazen gua seminggu lepas sambil mengunyah. Gua tau tak elok becakap sambil makan tapi tak elok juga kalu tak bertegur sapa dengan orang tua.




















"Dah kamu bila lagi?" lain benor jawapan mak gua kasi.

Gua syak mak gua tak pass subjek Bahasa Melayu laa time dia sekolah2 dulu.

October 30, 2009

bile mama sorok teddy bear n bantal2 kecik

dulu mase kecik2(tadek la kecik pon, smpi besa pon)....gkah ade byk teddy bear n bantal kecik2 yg shape big fish,rabbit n dolphin n mcm2 lg la....n gkah suke susun2 atas katil smpi penuh.....bile mlm je nk tido...gkah susun keliling katil...tp bile bgn2 je...mama kejut nk g skola, mama mst pist off sbb asek tersepak gkah nye teddy bear n bantal yg da jatuh tepi katil...so nnt mama mst ckp 'gkah kan da besa,grow up la cket,xkn nk tido dgn teddy bear lg'...n gkah jwb 'ala mama ni'...tu je.hee...n 1 day, blk dr skola,gkah tgk katil da kosong..tinggal bantal2 basic n gebar...tp gkah x nanges...konon2 ego tanak tunjuk sedih teddy bear ilang,tp sebenar nye gkah carik 1 umah...last2 tadek...tak jumpe...rupe2 nye mama da sorok...kat mane tatau..reason being,gkah da besa,xle tido ngan teddy bear byk2..cket2 xpe...n 1 lg,gkah tido bkn peluk semua pon...ade je nnt yg jatuh tepi katil...n smpi skrg gkah tatau mane teddy bear n bantal byk2...tp yg syg nye yg donald duck...bday present woh...uhuk...tp xpe....ade reason nape mama strict dgn gkah...kalo tak...hmm...manje sgt la gkah nnt,xle kene marah cket...hehehe...

last but not least...thanks to blog owner....sbb bg gkah tulis dlm ni.....sori if i ruin ur reputation as celebrity wit my childish story!heeeee

October 29, 2009

Selamat Pagi Singular

Singular tido belah katil kanan.
Gua tido tilam kiri.
Singular bangun nak mandi.
Gua baru celik mata.
Singular tukar salin tuala.
Gua golek2 kat tilam.
Singular campak seluar tido dia pakai kaki.
Gua bau2 masam seluar tido dekat muka.


Jahanam~

October 28, 2009

Gua Rasa Nak Buat Entry Lagi

.

Ah. Lu orang kalu bagi teka2 tak sah kalu takde jawapan stended mangkuk2. Tak pun stended lucah2. Nak kena rotan tulang belakang??
Siap Prof. Samad Nawi pun masuk air ni apehal..?? hahahaaaa~
Sape Prof. Samad Nawi?? Gua pun tak tau..


Jawapan dia :

But Cik Sona yang kena tumpah ribena botol besar sampai bertakung.
Ribena. Bukan sirap.Bau macam ketiak macha.
Penat nak ngemop but kete woh!!




*luca : terima kasih sebab bagitau pasal persatuan lu-gua malaysia. gua sibuk skang. nanti2 gua register.
lu nak tolong registerkan kat gua pun bulih juga~

October 27, 2009

Gua Rasa Nak Buat Entry

Tapi idea masih tak berapa nak ada...


Mari main teka objek. Besi. Kedut2. Ada cecair merah.
Menatang hape kah ini?

October 26, 2009

Sekilas Bolaspak Malaysia Siri II

.


"ini la org messia. bertuhan kan liga omputih sgt lu orang nih! bahaya weh. bawak2 kembali ke pangkal jalan!" - Darab Dua via facebook.


Gua pakai nasihat lu.


Keputusan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2009


24 Oktober 2009

Kelantan*
Indra Putra Mahayuddin (p-13)
Norfarhan Mohamad (m-76, 79)


KM Naza




Perlis*
Amar Rohidan (m-8)
Nizaruddin Yusof (m-48)


Terengganu*
Manaf Mamat (m-12)

3 - 0
Agg 4-1


0 - 3
Agg 0-5



2 - 0
Agg 4-1


1 - 1**
Agg 2-2

(Pen 5-4)

KL Plus



*N.Sembilan
Shukor Adan (m-21)
Zaquan Adha Radzak (p-28)
Shahurain Abu Samah(m-36)


Johor FC



Selangor
R Surendran (m-62)



Masa penuh: Terengganu mara ke separuh akhir.





Jadual Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2009


Selasa, 27 Oktober 2009

Kelantan
N.Sembilan

8.45 mlm
8.45 mlm

Perlis
Terengganu


Jadual Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2009


Sabtu, 31 Oktober 2009

Perlis
Terengganu

8.45 mlm
8.45 mlm

Kelantan
N.Sembilan




Ayuhlah ke stadium. Sokong Terengganu. Tak rugi weh!
Bak kata Ken Worden "I'd told before that they play like a schoolboy but now I would like to make correction that the turtle now play like tiger~"













Ada game Liga Inggeris ke malam tadi??

October 24, 2009

Kompiter Muzik Bersama Robot Dada

.


Gua nak kasi lapan belas penerajang sama komposer dengan yang tukang buat klip.

Lu orang nak kasi apa?

Kalu Francesca Peter tengok balik klip ni agak2 dia nak ngaku tak dia yang nyanyi?

October 23, 2009

Ini Lebih Subhanallah Daripada Sejadah Duduk


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.



Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.



Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi




*gua copy sebutir2 dari emel ofis. a'ah.. tadek idea nak mengarang petang2~

October 22, 2009

Sekilas Bolasepak Malaysia

Hari Rabu gua dah tau keputusan dia. Selangor 1-1 Terengganu.
Suku akhir Piala Malaysia sukuan pertama.


Tapi, malam tadi gua baru tengok dia punya gol.
Subhanallah.. dia punya cantik macam buah Ronaldo. Empat puluh meter terus ke gol.
Nak kata apa lagi...?



"Saye maing sepak laju2 je. Gol ke dok wallohuaklam la..
Saya ikhtiar je. Wat molek. Trening molek2.." - Zairo Anuar Zailani




Untuk rujukan sila ketik link kat bawah. Dan sila kagum.

http://www.youtube.com/watch?v=VZyMzKu64uo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=dwe3uGYwFIY
http://www.youtube.com/watch?v=KXyJzIkKuXU&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=6RGIyK5aNSo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=VkwxJYyHmq4&feature=related



Dia punya freekick terbaik sepanjang karier. Sepak penjuru terus masuk gol pun ada. Subhanallah~
Dah nak sama stended2 orang putih dia punya bola.
Macam yang gua slalu buat jugak dulu2..

October 21, 2009

Kalu Kena Kat Lu Orang Nak Buat Macamana?

Satu hari yang agak kelmarin jugak, ondeway gua balik kerja pagi2, gua berhenti membrekfes di warung2 bumiputera kat Greenwud. Satu kedai tu memang kacip dia punya roti canai. Walaupun kedai sebelah dia ada satu makwe cun yang asik pujuk gua pakai lirik2 mata suruh masuk kedai dia, gua tak mudah2 terpedaya.

Yang buat ceritanya, gua terjumpa laa sorang staff Kolej British tajaan bumiputera yang juga tempat gua belajar dulu.

"Hey kau. Lama tak nampak. Buat apa skang?" tegur beliau. Memang tempoh gua pangkat2 student dulu main aku-saya-kau je. No heart feeling.

"Kerja la. Kat sana." Maaf lah. Gua tak cakap macamni. Gua kabor je nama kompeni gua. Tapi tak bulih tulis kat sini.

"Makan?" gua sambung.

"A'ah. Tenggelam terus kao skang eh.. Meh laa petang2. Lompat2 kat sana.."

Lompat2..?? Apa jadah..?? Lama jugak gua nak pikap amenda dia cakap.

"Ooo... tak dah. Dah retired lah." baru gua ingat ketokohan gua zaman sekolah2 kat situ dulu. Volibol. Ya. Bola tampar. Sebab tu sekarang gua memang giat tang aktiviti2 melepang ni~

"Oke lah.. nak makan dulu. Ada masa meh laa join. Main2 jer." memang pesen sopan sket dia ni. Rambut pun belah tepi.

"Oke..oke.. Jumpa lagi.." gua pun mempermisi. Bukan apa. Segan juga lama2 tak jumpa sampai lupa nama dia apa. Gua syak dia pun tak ingat nama gua.













Pukul 9:08am gua blah balik umah. Beliau masih lagi rancak pungpang sama kawan2 sejawatan gua syak. Haih.. pesen gomen sunggoh!

October 20, 2009

Lu Tau?? Gua Baru Je Tau Ni...

Lompat Tikam. Jangan tanya gua kenapa nama dia macamtu.
Tak baik kutuk2 nama makanan. Nama orang lagi laa tak boleh.
Cenderung ke kelahi pulak jadinya kang.



Satu hari yang agak kelmarin, Prosper ajak gua ronda2 naik taksi oren pegi opis dia kat Midveli. Dengan kondisi belum mandi balik kerja dan makan lompat tikam tanpa bayaran di Melawati, gua folo saja. Duduk dalam kete je pun.


Sambil melebuh ikut lebuhraya area Kiara, gua kasi nasihat dia satu kali.



Gua : Ko bawak laju2 kat sini bahaya laa dol. Banyak speed trep kat sini...

Prosper : Rilek la. Meter aku kan rosak ni haa. Macamana dia nak detect aku laju ke tak. hahahahaa~....!
















Baru gua tau alat tembak2 yang polis pakai tu berfungsi dengan sekodeng meter kereta rupanya~



*fesbuk gua kembali jahanam. oh deng~

October 19, 2009

Dua Hari Fesbuk Gua Rosak

Buat gua punya tune nak menaip blog pun macam sekat2.
Buah pikiran pun jadi tak berapa nak ada.
Lu baca je lah entry pasal balong VWM kat blog Copin.


Ni bukan Cik Sona gua tapi Encik Sona Copin.
Pesen budak2. Belum lagi sampai sebulan pakai~

October 14, 2009

Semua Dah Ada

Mula2 Prosper... tentang statistik dan kajian tentang kehidupan prosperity dan loserity.

Lepas tu Singular... tentang suka duka seorang auditor syarikat internasional.

Bosan2 raya sorang2 tahun lepas, gua pun buat jugak... pasal isu2 kemanusiaan sejagat. Entry gua sangat serius. Maaf lah kalau bosan.



Baru2 ni lagi dua adik2 VWM pun buat jugak..

Chez si tukang setail rambut... gua bajet cerita2 pasal setail2 rambut lah. Abaikan cerita2 beliau bangun tido.

Dan Daus a.k.a Copin si telinga gajah sarkas... ni gua tak berapa nak bulih tangkap apa isu dia. Ari2 gi Penang macam gi Greenwood.







Jadi cukup lah lima2 ahli dah ada belog.

"Jangan teknologi menjarakkan yang dekat sudahlah" - Singular

October 13, 2009

Gempar!!

.



Link http://tasikmerah.blogspot.com/ gua tak bulih buka. Permisi tidak dibenarkan...

Mana bulih macam ni...!!

Apa sudah jadi..??

Sape2 bulih jawab tak~

Tak kelakar macam Tora laa hidup gua lepas ni..


Takkan sebab gua dah jarang drop bai kat sini,
tuan tanah dah wat private kut~





apdet 4:54pm :

Ciss!! penat gua risau tak tentu hala~


.

Hitam. Putih. Merah.

"Hitam. Putih. Merah. Benda apa tu?"

"Bendera Mesir!"

"Benda.. benda.. Objek. Bukan bendera...!"

"..... tak tau. Apa dia?"






























"Taik cicak yang berak berdarah."

October 12, 2009

Kanak-kanak Ini Memang Riang Ria

.

Pantai Dalam, Sabtu, 10-10-09



Jirah : Biar aku cuci pinggan. Ko kutip pinggan kotor kat meja. Aku malu skit nak buat kerja2 mengadap kastemer ni. Mak aku tau kang, tak kawen aku. Bleh laa Macha.. bleh laa...

Macha : Gile. Takkan aku kut nak angkat pinggan. Aku nak ambik order. Bulih juga sembang2 ngan makwe. Kasi Darkk la. Tengok badan dia. Dua minggu pakai pun tak abis kudrat.

Darkk : Err.. aku tak boleh. Malu laa kalu awek-sweet-macam-jagung-manis aku tau. Aku nak buat kerja belakang2. Jirah... ko laa kutip pinggan. Aku janji tak bagitau mak ko. Tolonglaa..









Gua tinggal sekejap pun dah kucar kacir budak2 ni. Rilek laa woi. Ingat gua rebel sangat macam dalam belog ke nak biar lu orang kerja warung ayam golek Pantai Dalam sebab makan tak bayar...


Apa2 pun. Lu orang memang beh!

Jirah - kanak2 peminum air beras yang sangat suka dibuli.

Macha - kanak2 Ipoh berupa paras anak mami. Gelak macam setan~

Darkk - kanak2 suka main kamera. Rupa paras melangkaui usia.


Tahniah dan terima kasih sebab datang. Gua dah jadi taching sket sebab lu orang datang bukan semata2 nak main2 LRT ataupun jumpa Cik Sona.





*macamana gua bulih lupa taruk link skali tadi. sori ye kanak2~

October 9, 2009

Lagu Kangen Band Sume Sedap2

.


"Kenapa dia boleh, saya tak boleh?"

"Sebab dia datang dulu."



Jangan memotong barisan.

October 7, 2009

Isteri Gua Dari Masa Depan - Siri II

.

Malam itu gua sangat penat. Kerja namblas jam dari terbit fajar hingga terbit isyak. Takde can langsung gua nak tido. Mengulor je sikit2. Lepas keje gua kena gi Shah Alam. Kakak gua sama abang ipar paksa berkunjung ke umah dia sambil makan nasik. Dah lama sangat gua tak jenguk dia katanya. Padahal raya baru dua minggu.


Sampai umah dia, mata dah nak katup. Abang ipa tadek. Kerja pesen gua jugak. Tapi adik wanita gua ada tengah jadi barang permainan anak2 buah gua. Gua golek2 atas sofa.

Tengah2 sedap high duk layan ngantuk, kakak gua jerit suruh tengok-tengokkan tomyam atas dapur. Dia dalam bilik ada urusan anak2 dengan adik wanita gua. Nak je gua mengesot dari ruang tamu ke dapur sebab kepenatan. Tapi bimbang kena tuduh hantu Korea pula. Gua jalan slowtalk...

Sampai kat pintu dapur, gua nampak ada sosok wanita tengah kacau2 tomyam dalam periuk. Tak berapa nak tinggi. Rambut ikal mayang paras bahu. Pakai long sleeve ngan skirt labuh. Kulit tangan kuning2 ciku. Bau daun limau purut mengusik kalbu. Gua kaku kat pintu...

"U dah lapar ke?" beliau bersuara tanpa gua nampak batang hidung.

"Pehh! I-U.. Urban. Adakah..." gua try2 nak flashback.

"Ni I dah taruk carrot ekstra dalam tomyam ni. I tau U suka carrot. Lepas makan nanti gi mandi then solat tau. I tau U biasa solat kat umah daripada kat ofis. Next week rokok naik harga lagi. So sesuai sangat laa kalau U nak berenti skang." panjang lebar dia punya cakap.

"Errr.. U ni sape..?" gua buat2 takut bertanya.

"I wife U dari masa depan."

Gua pause kejap. Nak marah ke nak bingung ni... "Jadi U laa yang call I malam tu..?"

"Satu lagi, jangan emo lebih2. Tak payah selalu sentap2. Tak baik untuk hubungan. Masa kita tak lama..." dia sambung membebel tanpa jawab soklan.

"Achik!! Tolong ambik botol susu kakak dekat sinki tu.." kakak gua jerit dari dalam bilik. Gua laju2 ambik botol susu bawa ke bilik nak keluar dari sudut bunian. Darah dah naik ke kepala. Kembang kuncup rasa dia.

"Errr... ko ada upah tukang masak ke kak..??" gua hulur botol susu sekali dengan kata tanya.

"A'ah. Kau laa. Dah.. gi kacau tomyam nu. Kering kang."

Gua gegas2 ke dapur. Kosong. Tinggal tomyam je tengah menggelegak. Gua slowkan api. Ambik sudu. Gua kidnep satu udang.

Hark.. ptuih!!
Hanyir. Belom masak..

Apa punya perangai la. Lauk tak masak lagi suka2 je dia blah.
Teruk pompuan kan..??

October 5, 2009

Teori Kapel Kapel

"Ajay tu aku rasa dah cerai kut.." Tony buka cerita pasal situasi semasa kami geng2 sekolah. Dah 10 tahun tak jumpa, macam2 kisah laa kena diskas.

"Mana ko tau?" gua mintak bukti.

"Ko tengok la. Slama ni senyaaap je. Tup tup skang ni tiba2 aktif je kat fesbuk. Tengok gambor dia. Mana ada gambor wife dia. Sume gambor dia ngan anak dia je. Slama ni mana ada dia bising2 macamtu. Macam aku laa." dia jawab sambil cucuh Marlboro port sebatang.

"Apesal kau plak..?"

"Ye laa.. Slama ni aku pun mana ada nak layan sangat fesbuk2 ni. Ni aku lepas clash ni. Tu yang aku duk intenet je skang. Time becinta dulu ada ko nampak aku? Jangan harap aku nak layan korang." sengih2 dia bagitau sambil duk hembus asap kat gua. Macam sundal perangai.







Status berkadar songsang dengan kadar keaktifan di alam maya?
Macam kena2 tak kena je teori pesen gini~

October 2, 2009

Nasib Baik Ada Peristiwa Ni. Bulih Juga Gua Wat Entry

.

Penderaan mental secara teknologi komunikasi berulang2 menimpa gua. Malam tadi gua kena lagi.

Baru gua nak sampai umah lepas makan2 kat kedai tak sedap, masuk satu panggilan telepun. Nombor tempatan.
Gua angkat. Gua cakap 'Helo' macam lu orang slalu buat lah.
Takde bunyi dari spekar. Diam~
Gua menghelo berulang.
Dia letak.
Gua abaikan.


Kurang lima minit gua mencarut2, satu pesanan es-em-es masuk.
Dari nombor yang sama.


SABTU cari AHAD

Nak tanya nampak ISNIN

Agar ingatkan SELASA bagitau

RABU supaya tak lupa

mesej kat KHAMIS yang

JUMAAT dah penghulu segala HARI!!!

Selamat SOLAT JUMAAT

...


Kurang dua minit sebelom gua sambung mencarut, lagi satu persanan es-em-es masuk.


Maaf kalu ganggu. Awak ni bukan org ganu





Wat de ^&$^#*&)*^...!!

Astaghfirullah~
Selawat.. selawat.. Jumaat ni.



Terima kasih laa ye kat tukang kirim.
Ada jugak entry untuk bulan sepuluh.