November 30, 2009

Jawapannya...

Sambung entry semalam...




Bukan takut sebab tak tahu rukun Islam rukun Iman sume tu. Gile kalu tak tau. Boleh bunuh diri.

Bukan juga sebab tak tau jenis2 air mutlak. Tu kacang je. Darjah tiga dah belajar.

Bukan sebab tak tau mandi hadas. Rukun, niat dia segala. Sume dah siap2 hapal.

Juga bukan sebab rukun2 nikah. Nak menikah.. memang laa dah tau hukum hakam bagai.

Tapi...

Yang paling beliau takut...

Bila kadi cakap...



"Ana baca blog anta. Anta Prosper kan?"













Gua?? hmmm~

November 29, 2009

Entry 4S (Semoga Selamat dan Sejahtera Semuanya)

Sabtu, 28 Nov 2009 22:41; via es-em-es...

Live dari Tampin, Abu (4) vs (1) kadi.
-aku takut-




Selamat Pengantin baru Abuzar Mansor dan pasangan.

Maaflah.
Gua tak dapat hadir.
Tapi ni entry khas untuk lu dah bulih kire kosong-kosong la. Mudah2an.



................................................................



Hujung minggu ni. Lima Disember dua ribu sembilan.
Si AzrieHafiz a.k.a Prosper a.k.a Adun VWM punya giliran pula.

Maaf lah. Gua mampu kipas je. Pakai kipas lipas.
Lu nak laju gua laju. Lu nak slow gua slow.
Yang lain gua takleh campur.
Abah gua marah masuk campur hal rumahtangga orang.

A'ah. Gua pengapit.


Banner dah naik. Kad dah bagi. Gigi dah cuci.
Kedailelaki dah pegi. Tiap2 malam togak tongkat ali.
Apekes nak takut ngan kadi?? hakhakhakhak~







*orang kata jadi pengapit lambat kawen. bidaah ke dalil?

November 27, 2009

Minal Aidil Wal Faizin~

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Moga ibadah korban pada tahun ini akan mendapat keberkatan Ilahi...aminn~


Besar pengorbanan motosikal beliau.

November 26, 2009

Marilah Bergoyang

.



...bersama Wario Brader~



Mari lah~
Bersama lah jahanamkan Youtube.













Ada tak?? Takde??
Klik sana lah.

November 25, 2009

Tekanan 720 Darjah (Entry Ala Famia)



_Gua rasa lah kan.

Laki2 dan perempuan.

Laki2 memang lebih tahu etika memandu daripada perempuan. Memandu. Misti lah majoriti nya di jalan raya. Skop memandu kapal terbang ataupun kapal selam ataupun perahu layar piala monsun tak termasuk dalam ulasan ni.

Ya. Meletak kereta juga termasuk dalam skop memandu.

Oh ya.
Ni saje gua nak kasi tambah lagi kompelin daripada Cik Pamia Kejiranan. Poin utama sila baca sendiri.

Banyak kali gua dah terkena. Di kompleks beli belah contohnya. Kawasan letak kereta. Espeseli besmen. Banyak pemandu perempuan meletak kereta secara makan parking. Petak2 yang sedia dibahagi mengikut skala kebanyakan tidak cukup besar barangkali. Mahu juga parking sampai penuh petak. Gua maksudkan sampai sempadan. Tayar duduk atas line kuning petak. Apa saiz bontot kereta lu orang berkadar terus dengan tuan punya ke?

Tu tak masuk lagi yang pesen masuk parking senget2. Menyusahkan.

Ya.

Menyusahkan banyak orang. Yang parking kat sebelah, kena masuk kereta sendiri dengan susah payah sebab kadar bukaan pintu tak cukup. Yang nak masuk parking pun susah juga. Kena sukat betul2. Tu takpe lagi. Ni yang kereta lain bersusun kat belakang. Kalu cukup 40 orang kat belakang sumpah lu jadi burung tiong macamana? Sapa nak wat balik kereta? Sape yang nak bayar ansuran? Bank nak tuntut kat sape? Nak tak nak terpaksa juga lah kena tengok aksi masuk-undur dia.

Yang pesen cermat sangat pun kasi masalah juga. Selagi tak betul2 betul koordinat bucu kereta dengan petak parking, selagi tu dia main gear undur.

Sabar.

Ya. Gua masih sabar. Kasi can.
Kalu marah perempuan kang dayus pula di mata masyarakat.

Lagi.

Di lampu isyarat. Banyak je gua jumpa pagi2. Yang pesen tak percaya sama cermin. Ada saja nak diejas kat muka ataupun tudung. Ataupun rambut. Lampu merah maknanya berhenti. Betul. Tapi salah laa kalu lampu dah tukar hijau, baru nak simpan bedak lipstik syampu hapejadah sume tu dalam beg tangan. Lepas tu orang belakang duk hon mula la kelam kabut. Cari pedal gear, jumpa henbrek. Tekan minyak pakai tak masuk gear. Lebih parah kes kereta mati. Toleransi laa sikit. Dah sampai ofis nanti tacap laa puas2 sampai melecet. Tak pun singgah dulu mana2 salun kecantikan.

Lagi.

Cukup lah takat ni dulu. Kalu ada, lain kali gua repot. Jarang benor gua nak taip entry panjang2 gini. Maaflah kalu ada yang tersinggung. Ini bukan peperangan gender. Bukan juga mengata suka2 hati. Tapi mengutuk kat mereka yang buat gua menyumpah2 kat stereng selama ni. Ya lah. Laki2 pun ada buat salah juga. Tapi tak semajor kes2 lady driver. Ye dok?

Oh ya. Lagi satu.

Ini last.

Gua rasa nak kena reka satu gejet baru lah nak gantikan tali pinggang keledar yang sedia ada. Khas untuk kereta perempuan. Ya lah. Kalu laki2 takde hal langsung. Ni kalau perempuan yang pakai... uuhhhh~ Bulih ter'ralit' sekejap laki2 kucing bila terpandang.

Paham tak ni??

Ala... Macam perempuan pakai beg silang. Macam tu lah. Mahu terbalik 720 darjah kalu tak kuat iman.

Masyaallah.

November 24, 2009

Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor. Tapi...

.

"Rilek laa wei. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Tapi kalu dah takde bunga, kumbang sama kumbang pun bulih juga..." - lu orang dah bulih agak kut sape yang suka sentimen2 ke'luartabii'an kat VWM ni.









Jangan berkomunikasi dengan budak2 umah gua kalu tengah jiwa kacau gaduh dengan makwe.
Kang cenderung ke scene kelahi jugak jadinya~

November 23, 2009

Ini Bukan Masalah Rumahtangga

via es-em-es...

Gua : Try ko ajak Mai. Aku pun nak jumpa dia gak.

Es : Kalu aku ajak Mai aku sorg laa jumpa dia. hahahahaa...



pedoman;

gua - gua lah.

Es - member gua yang baru seminggu kawen mari Kolumpo; merancang perjumpaan dengan kawan2 sementara menunggu sesi konvokasi wife beliau habis.

Mai - makwe cun yang kami kenal dari laman sosial dan blom penah jumpa.











Selamat berjaya lah dalam alam rumahtangga ye Es.
Hidup laki2..!!

*gambor budak dua ketul tu dah tenggelam. yay!!


November 20, 2009

Panggilan Haji...

Lu orang ingat lagu ni..??

Toksah bohong. Takat rangkap pertama bulih laa..

Dengar sampai habis pun blom tentu penah.

Mari dengar. Ni je gua bulih blanje. Nak seponser gi aji kang jadi isu pulak~



Hati2 dengan mamat baju melayu kaler peach tu.
Aksi beliau melampaui kemampuan manusia normal.

November 19, 2009

Ramai Je Orang Buat Entry Gambar Randum, Gua Pun Nak Wat Juga~

Apa kaitan objek sebelah kanan tu dengan isu Dr. Asri?

November 18, 2009

Sinopsis Bahang Ravina (Atas Permintaan Prosper)

Mengisahkan tentang seorang anak gadis bernama Ravina dari latar belakang kampung yang ingin hidup mewah dengan menjadi penyanyi. Bapanya seorang pemandu teksi merangkap anak ikan isteri bisnesman yang ada rumah di Platinum Victory kat Taman Melati. Ibunya bekerja sambilan menjahit baju di rumah dengan bulu mata panjang melentik macam sabut dan rambut dye kaler merah. Tapi sangat penyayang dan lemah lembut. Hot juga kadang2. Rakan2 Ravina ada tiga. Semuanya dari golongan up-up dan vog tapi selalu menolong Ravina. Dek kerana terdesak, Ravina meninggalkan rumah dan mengikut Dani, seorang komposer yang playboy (tapi hakikatnya di luar penggambaran beliau lebih ke pesen awww..gojess~) dengan janji2 akan dijadikan artis rakaman di bawah lebel Black Wings.


...


Ibunya berlalu pergi begitu sahaja tanpa memaafkan Ravina yang penuh kudis dan hilang nikmat berjalan dengan kaki. Nak jadi artis rakaman juga barangkali.
Tamat.


















"Ni.. tengah tengok cerita kat Estro Ria ni.. Bahang Vagina" Chez berbual dengan telefon.

Entry Berani Mati

Perkenalkan..



Makwe baru gua... Sheilla.

November 17, 2009

Nak Buat Entry Lebih Susah Daripada Goreng Wedges

Lu orang tau tak?

Hampir pat jam gua buka New Post ni...

Sampai sudah takde idea gua nak cerita.

Susah kan buat entry...?















*tak payah la buat. ye dok?

November 16, 2009

Darkk Ngan Macha

...


saje

nak

wat

entry

macam

ni.

menyampah

pula

tengok

gambar

budak

dua

ekor

kat

entry

tribute

to

peri

peri

tu

lama

lama

kat

sini.

besar

lak

tu.

.

.

.

hahahahahahahaaaaa~

November 15, 2009

Budak2 Umah Sibuk Siap2 Nak Gi Kenduri, Gua Sibuk Tacap2 Nak Gi Kerja

"Cepat laa wei. Dah lambat ni. Ko nak mandi dulu ke aku dulu?" Copin yang kelam kabut nak makan free kat kenduri. Walaupun dia tak kenal pun kenduri sape.

Blom sempat gua jawab...

"Alaa... mandi sama2 la. Cepat skit." suara dari depan tiwi. Chez.









Gua rasa nak tapakkan kaki kat tulang belakang dia.

November 14, 2009

Malam Bulan Dipagar Bintang

Buka http://www.google.com
Nampak ni~


"Hari bulan sedunia...!!" kata Daus.

Apa celaka?
Gua ketik kat Google tu. Keluar 'water on the moon'. kat tab Search.

Oooo.. saintis kapitalis jumpa air kat bulan. Bukan air sungai ataupun air sirap limau kurang manis. Jauh sekali air peluh Heliza. Ni jenis cecair dalam bentuk wap dan ais je. Belum tentu H2O.

Ah~ malas gua nak cerita. Lu terai ketik laa sendiri. Penemuan baru ni kata dia. Kesimpulan yang dia buat - bulan adalah planet hidup. Ada laa tu nak buat benda2 mengarut nanti. Macam dah bijak sangat nak lawan tuhan~

November 13, 2009

Membebel Macam Luca

Duduk setenbai kat opis dalam masa namblas jam sangat lama rasa dia. Untuk buat2 tak rasa bosan, gua selalu la juga jalan2 belog yang orang komen gua takpun yang folow gua takpun yang mana2 gua suka nak kelik ikut feedjit ataupun shoutbox. Tu pun kalu dah takde game nak main tak pun takde rancangan tiwi sedap2. Nur Kasih contohnya.

Tapi gua jadi auto menyampah kalu keluar je bunyi2 (biasanya lagu la. jarang2 bunyi raksaksa) yang entah mende2. Secara auto jugak jari jadi tangkas ketik butang pangkah kat tab Firefox ni. Dah banyak kali gua kantoi mengulor pasal ni. deng~

Gua pun macam Luca juga. Nak je sound barang sepatah dua. Tapi gua syak mereka2 ni akan reply macam yang Luca membebel tu juga. Jadi gua simpan je lah. Padan muka. Hilang potensi gua nak minat.

Tapi tak semua lah. Yang gua dah kenal tu jangan kecit ati pula. Lagu2 lu sedap Sela.

Lagi satu gua nak tambah sket. Yang pesen banyak wijet2 ntahapa2 pun gua cenderung nak menyampah. Yang pesen banyak katun gerak2 pun sama. Kalu ikut gua punya data empirikal, biasanya belog2 gini kepunyaan budak2 makwe baru naik. Yang pesen ambik gambar pakai kamera ensep 60 darjah dari atas. Nak load bukan main lama. Tak tau ke banyak lagi belog lain yang gua nak melawat. Dah buat gua macam setan kat situ. Membazir masa. Nak sound kang, demokrasi. Gua simpan lagi.

Nak kata belog gua ni pesen sedap2 belayar pun tak juga. Berat juga lah kalu nak komper ngan belog2 kosong tapi penuh ilmiah dan sedap2 membaca. Biasanya yang pesen otai2 lah. Tak payah laa gua kabor. Bukan apa. Gua dah timbang belog gua ni berapa dia punya kapasiti. Masih sedap2 nak buka. Lu orang terai lah tengok sendiri2 punya belog pulak.

Ni pun gua bulih dari makcik mana ntah gua jumpa time lompat2 tadi. Gua lupa nak amik address dia. Tapi dah mintak ijin. Maaf la ye.

















Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. http://inipaiseh.blogspot.com)





Powered by iWEBTOOL


November 12, 2009

Ini Bukan Gedik Tapi Cantik

Lepada lelaki normal, sila cair menonton anak gadis ini.
Sangat men'seduce'kan.
Gua bekenan benor time 0:28 tu. Menosok woh!
Nyanyi lagu Cari Jodoh lak tu. Kat yutiub dah ramai nak tolong.
Lu orang nak tolong juga ke?

Gua minat runcit2 je. Kes sekapal.
Tak sampai nak sayang2. Sampah je.
Kalau betul dia nak pun mak bapak dia blom tentu bekenan kat orang kampung keje kuli macam gua ni. heh!t



Prosper penah bacakan kat gua beliau ni ada penyakit. Hyperhydrolisis.
Penyakit banyak air. Sila jangan pikir bukan2 tanpa merujuk pakar kesihatan.

November 11, 2009

Gambar Bersetubuh Dengan Meriam

In conjunction gi Melaka aritu. Dak Daus ajak gi jalan2 ronda pekan Melaka.
Panasnya subhanallah.... "Kita kat Melaka ke neraka ni?"



Bersatu tubuh dengan meriam.
Bukan dengan Cik Meriam binti Mustafa.

November 10, 2009

Tribute to Peri Peri

Jangan baca entry ni.
Terima kasih Singular.




Gua nak tribute tapi tak tau nak kabor apa. Gua pun bukan kenal sangat budak Peri Peri ni. Macamana bulih rapat pun gua tak paham. Dia pakai obat guna2 gua syak.

Walimtulurus dia hari Sabtu kemarin. Dah dijemput tu tak sampai ati pula gua tak nak pergi. Kang tak jadi majlis. Lu patut terima kasih kat Daus. Dia tak ikut kalu, gua tak sampai kat dewan gerend tu. Ali Ketam pun cenderung datang sebab gua ada kut. hahahaaa!!

Terima kasih la belanje nasik beriani. Tapi gua tetap tak puas ati. Makcik tu bubuh sikit. Tak bebaloi pula gua wat kira2 dengan kos logistik. Nasib baik gua bulih supply sirap satu jag. Terima kasih lah Darkk ngan Macha.

Maaf lah Peri Peri. Gua tak sempat nak ambik gambor pengantin. Lincah kemahen. Terhiling2 ke situ sini. Apa2 pun Selamat Pengantin Baru. jangan lupa tutup pintu kete. Yang lain2 gua sempat jumpa ; mek Hanie, mek Yanie, mek Sakura, cik Liliyuli dan makcik Tasik Merah (ya. gua nebes. hahahaa!!). hai~



Dua kutu tetap aktiviti jumpa2 beloger Melaka.



Adiah asal yang gua nak kasi.
Tapi tak jumpa pula kertas nak balut adiah besar2 gini.



November 2, 2009

Maaf

.




Gua dah penat sangat.
Gua nak rehat.
Kalu agak2 lama sangat takde entry, paham2 la tu. Dah bungkus.
Tengok lah macamana.

Terima kasih.




.