December 31, 2009

Babai Dua Ribu Sembilan


Gunung Daik bercabang tiga,
Pucuk pauh delima batu,
Selamat tinggal tahun lama,
Selamat datang tahun baru.


Tak langgar rukun pantun dah ni gua syak. Harap2 tahun esok gua tambah lagi satu kompiter.

December 30, 2009

Brader Gad

.


"Selama ko kerja ni, berapa ramai yang ucap terima kasih pasal ko tolong tekan lif untuk diorang? Takdo kan? Haprak laa diorang ni..." sorang brader gad kasi sembang kuat2 dengan member beliau sambil tengok2 gua yang tengah tunggu lif sorang2 nak naik opis. Saje nak kasi gua dengar barangkali. Ada bau budu sket dia punya cakapan. Kelantan la katakan.


"Lu nak gua kabor terima kasih sambil belanja tapak kaki atas tengkuk lu ke brader?" gua sound kuat2. Dalam ati.

December 29, 2009

Hak Ptuih!

Jangan folow belakang bas RapidKL T223 area2 Titiwangsa. Nak2 kalu naik motor.

Celaka punya drebar.
Sikit lagi dia punya air ludah mau swing2 kena gua.
Cenderung ke terbabas juga jadinya.
Nasib baik gua ni pesen rempit-tangkas.

December 25, 2009

Tiada Mood Krismas Di Sini

"Aku dengar lagu ni dalam toilet tadi, insaf aku dow~" - Copin yang baru keluar mengencing kat bilek ayer sambil betulkan sepende. Pap!! Pap!! bunyi dia~.

"...Dah laa dua tiga hari ni ko asyik dengar lagu ingat mati ingat mati je. Risau aku. Kalu ko ada mimpi apa2, bagi tau la. Esok2 bulih juga cerita masuk Metro." - Chez kasi sound dia punya cuak. Jarang benor dia kasi tunjuk kasih sayang macam tu.



Dua tiga hari ni, gua banyak layan kepala dengar lagu ni. Cuba cari hidayah kasi jadi mukminin sket.
Baru seminggu Maal Hijrah.
Moga2 gua tak lupa azam tahun baru.
Lu orang pun~



Cepat ucap Astaghfirullahal'azim~

December 24, 2009

Kenapa Awak Tengok Saya.. Awak Suka Saya Ke??


Ada dekat2 stengah jam juga gua duk pikir nak beli ke tak baju ni. Sedap2 mengena juga stetmen dia.kehkehkeh~




*tepaksa apdet pakai ensep.gua tewas dengan kemalasan..

December 21, 2009

Sana

.



Entry ari ni...

Sila ketik sini.

December 19, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Dari kotak komeng yutiub...


SuperSayang87 (2 weeks ago)

ak ckew cgt gn lguw ny,.
bab lguw ny ex bf ak yg bg kt ak..
dy clluw gat nyanyi an lguw ny towk ak..
mcew ktowg nk clash pown dy nynyi an lguw ny towk ak..
hmm,.ak wndu cgt kt ex bf ak..
lguw ny amt bmkne towk ak..
ak cyg gat kt ex bf ak,.!!



..................................................


Ni baru sikit.
Tak masuk lagi yang pesen pakai hurup besar-kecik suka hati kamben dia.
Gua harap cikgu2 Bahasa Melayu dapat lebih berhempas pulas mendidik anak bangsa. Pulas leher kuat2 pun takpe.
Loghat ibunda Zimbabwe lagi senang nak baca gua syak~

December 18, 2009

Sekilas Bolasepak Malaysia - Edisi Snippet2 Sukan Sea

- Pukul dua Copin dah kucar kacir es-em-es gua tanya nak tengok bola kat mana. Tiwi umah gua dah kena smuggle dek Prosper sehari sebelum upacara final. Dengan penuh cool gua tido balik.

- Jam 5:18pm Chez wat balik tiwi baru. Siap cucuk2 estro jam 5:29pm. Gua kasi tunjal Copin dua kali pasal dia nak tengok tiwi tiga. Takde nilai klasik langsung. Layan Haji Hasbul laa wei..!!

- Awal2 game gua tak berapa amik kisah. Tengah sibuk buka intenet cari doa ujung tahun sambil2 bincang isu rekzona & lelaki kat fesbuk.

- Separuh pertama bagi gua seimbang. Dua2 serang. Dua2 defensif. Tak bosan macam yang gua agak. Banyak juga hantaran2 berkualiti dari kem Malaysia. Nampak kemajuan di situ.

- Scene paling Ong-Bak dalam game time defend Vietnam kasi clear bola sambil jek lengan Guru secara komunis. Real woh!

- "Guru cuba masuk campur di situ.." - Hj. Hasbullah. Ulasan terbaik perlawanan.

- Mula separuh kedua Vietnam rancak duk serang. Gua tabik sama Muslim. Keras. Rajen. Gagah. Rambut pacak. Gua kasi lu MOTM. Nanti balik jumpa gua. Nak kasi kaburetar RXZ wat trofi.

- Gua syak pemain Vietnam dah kena sumpah sama Pipi. Asik sepak bola ke atas. Macam main gol ragbi.


- Brader wajah eksotik ni cuba main politik dalam padang. Tengah gua sedap2 feel tengak game, dia kasi berenti. Senak urat barangkali. Bukan sekali. Saje nak kasi tune Malaysia lari gua syak. Sekali dengan gua punya tune menonton pun jadi tak sedap. Cilakak!

- Sarbini Almunia paling rare. Kasi tunjuk cara rakyat Terengganu keluarkan hingus dengan betul. Lawas woh! Gua pun tak penah buat macam tu.

- Time gol. Gua masih cool. Chez tepuk2 tangan besorak. Copin lompat2 macam spring kena belacan. Memang bukan level Malaysia dulu2 gol macamtu. Ada stail Eropah juga main lintang lencong2. Nak kata luck pun... hmmm~ Usaha tu... usaha..

- Ada benda nak keluar dari mata gua time national anthem lepas kasi pingat. Kaca2 mata gua jadinya. Cilakak! Gua berpotensi juga jadi sentimental rupanya.

- Untuk Tuanku Presiden. Gua harap cukup lah tu. Bulih laa bersara dengan aman. Kasi orang bola pulak uruskan bola.

- Papa Raja bawak Aidil, Zaquan sama Safiq menjak umor tujuh belas. Hasil yang menjadi. Kalu kena cara, bepuluh2 lagi bulih buat. Yang penting akar umbi. Tapi FAM skang cenderung lagi ke politik. Pung pang pung pang memang la akar umbi. Buat nye yillek. Takat bengkel bolasepak dua kali setahun. Bengkel menjahir TEKUN pun seminggu sekali gua syak. Liga sekolah2 idup ke? Liga daerah ada ke? Liga kampung? Liga belia2?




Tahniah dan Selamat Tahun Baru MALAYSIA!

December 17, 2009

Sekilas Bolasepak Malaysia - Edisi Sukan Sea

Dua tiga hari ni hedline sokkabar asik cerita bola Malaysia. Pasukan hebat. Era kebangkitan bolasepak Malaysia. Generasi emas. Ganjaran menanti bolasepak. Kabinet setuju tubuh tabung bola sepak. Dafi mahu kikis imej anak emak. Eh..eh...

Pagi ni paling aneh.
Balik keje tadi gua on redio. Apa jadah kat ERA bulih sembang pasal bola pagi2? Setau gua Pak Jenil tu sangat anti sama sukan. Nak2 bola. Ari ni bulih pula pung pang pung pang pasal bola. Sedap2 sorak kabor Malaysia bulih menang. Si Din lagi la. Cakap loghat Vietnam. Kecoh. Biasa2 dah la.

Gua tukar cenel. "Ibu2 bapak2 siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu sama teman2 ku kerna cuma diriku, yang tak laku2..." kepala gua membanging lembut ikut irama. Redio Suria. Abih lagu, dia buka topik pagi2. Bola juga. Ajak orang ramai sapot pasukan bola. Ada sorang pemanggil telepun. Bersorak macam histeria. Kecoh. Biasa2 dah la.

Gua tukar cenel lagi. "Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyarankan para majikan memberi pelepasan kepada pekerja untuk pulang awal harini bagi menonton perlawanan akhir bolasepak sukan SEA menentang Vietnam. Ataupun menyediakan televisyen di pejabat untuk kemudahan pekerja" Faufau. HotFM. Ya tuhan. Apa jadah nya sampai naik ke menteri pulak ni. Tak silap gua tiwitiga pun ada wat siaran langsung petang karang. Siap seponser skrin besar kat mamak mana ntah. Kecoh. Biasa2 dah la.

Last2 gua tukar cenel Abang Jem. Layan lagu Mat Salih.
Bukan apa. Gua rasa macam kat Brunei dah. Tak pun Timor Leste. Jankun tak ingat! Gua dulu sempat juga laa rasa Malaysia ada pasukan hebat main bola. Time seri dengan Arab Saudi dulu gua sempat tengok. Time menang pingat emas 1989 dulu gua ponteng sekolah pegi tengok. Kat tiwi. Memang riak rasa dia. Bangga woh jadi King kat Asean. Lepas gua masuk sekolah menengah baru laa agak tak berapa cakna hal2 bola. Sampai laa jadi pasukan barai macam sekarang. Tapi nampak macam dah nak naik balik hari ni molek la. Walaupun gua ada jersi Jerman dengan MU je, Malaysia tetap gua sokong. Sapot tu sapot juga. Gua ada juga stendby nak kecewa ni. Dah banyak kali gua kena sama Hafiz Hashim. Main bedminten macam Arip! Tak penah nak champion.

Ni kalu memang bulih laa FAM bidas balik. Kalu tak, agak2 Presiden nak undur tak?
Kat fesbuk dah keluar grup 'Persiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!'. Mamat mana yang buat ntah. Siap2 mohon sembah derhaka dah. Nak buat demonstrasi macam Hindraf. Gua dah join. Niat suka2 je. Kena igap kalu gua remove laju2.



Apa2 pun gua harap Azman Adnan skor hetrik malam karang!

December 16, 2009

Entry Ala Oked - Televisi Membuatkan Gua Suka Nak Menggigit

Sambil2 masak megi perisa Terengganu malam tadi, tiwi duk main satu drama Melayu. Baca betul2. Tiwi tengah main. Bukan gua yang pilih cenel! Bukan gua yang pilih cenel!
Ok. Kisah pasal budak2 Melayu yang dah tak berapa nak Melayu. Tiwi tiga. Tali apa ntah tajuk dia? Tali Pirana??

Scene yang hala2 ke penghabisan. Minah anak orang kaya yang upah-orang-jahat-bunuh-heroin-tapi-salah-cekup-dan-bunuh-kawan-dia-sendiri tengah fobia (fobia ke trauma?? DBP sila betulkan. jangan saman). Dah trauma sangat2 tu bawak ke mimpi. Hantu kawan dia datang. Rupa bulih tahan seram. Muka pucat luka2. Macam eksiden jatuh basikal melecet kat dahi. Mata lebam sebelah. Sirap kat pipi.

Pung pang pung pang laa dua tu nak buat macamana kasi jiwa tenang. Macam ni laa Siri Bercakap Dengan Jin yang Tamar Jalis selalu cerita dalam buku dulu2 tu gua syak. Suasana jadi mistik. Bekgraund gelap. Suram. Seram. Macam Kabir Bhatia.
Penuh sapen nada berbisik, si hantu akhirnya berkata...

"Kau buat je repot polis. Bagitau perkara sebenar."











Gua gigit kuali~

December 15, 2009

Mithali

Prosper baru call gua.
Ajak brekfes.
Baru balik antor bini gi keje. Beliau masih cuti.


"Ooo.. bini takde cari baru cari member." gua yang tengah berpikir2 nak buat entry apa hari ni.

"Dah tu.. bini keje. Takkan nak cari pompuan lain." ungkapan paling mithali gua penah dengar dari beliau. Cerah masa depan.

December 14, 2009

Rewiu - MySpy

.


Bosan2 satu malam baru2 ni, gua gi jalan2 KLCC. Jarang2 gua buat benda gini. Sesekali buang tebiat belum langgar hukum syarak kut. Pusing punya pusing, gua ter'lalu' depan pawagam. Orang tak ramai mana. Stended2 kat pejabat pos time lunch hour. Mungkin lagi ramai ke disko. Tak pun surau2 berdekatan menghadiri majlis kawen sahabat ataupun sanak sedara.

Gua ada tengok MySpy. Yang tengah duk pungpang pungpang kat media arus pedana skang ni. Mula2 tengok tu bawak ke tersengih juga. Tengok aksi si Haron Salem Bacik ngan AC. Sekor pakai helmet askar Jerman. Sekor helmet AzizulHazni 'Rocketman' Awang. Galas beg kura2. Sebijik macam ninja tetel dah. Siap ada senjata macam Rafael. Dua2 hero. Dua2 spy.

Bos jahat pakai kot putih smart2 macam gua punya kostum pengawas time skolah rendah dulu. Kalu pekena tali leher kaler merah memang sibijik dah. Tapi gua dulu pakai kopiah gi skolah. Takde laa botak licin macam Riduan Hashim ni. Duk asik pegang pistol. Ada laa nanti scene tembak2 ni.

Dia punya esisten dua ketul tu sangat mabeles. Body solid2. Pakai ketat2. Muka amoi2. Sedap2 memandang lah! Lagi sorang si Carmen Soo. Jadi sekendel bos jahat. Ini pun hot juga. Tapi bulih bawak ke kempunan sebab tak berapa bulih nampak dia punya dinamik. Asik duduk belakang2.

Lama2 tengok mari boring juga. Tunggu scene aksi tembak2 tak pun romen2, sampai sudah takde. Harun duk jelir lidah. AC sengih tak sudah. Si botak pegang pistol tak lepas2.

Last2 gua blah gi taman layan eskrem. Gua syak sampai esok pun macam tu. Kalu ikut gua punya rebel, time2 tu jugak gua kasi terajang poster tadi kasi pecah duabelas! Deng~


Sebijik macam ni lah MySpy yang gua tengok malam tu.
Cuma tulisan 'AKAN DATANG...' tu takde.
Esok gua nak gi check lagi dah begerak ke blom.

December 11, 2009

Hari Jumaat Ni Elok Juga Kita Bermaaf-maafan. Tak Payah La Tunggu Hari Raya Je

.


Gua nak mintak maaf awal2.

Kat fesbuk, gua memang takde nak ambik kesah sape2 yang ada add gua. Pesen nak senang, gua tengok info lebih kurang, tengok mutual kawan, kalu gua rasa munasabah gua approve.

Bukan apa. Gua rasa dah banyak kali kena buat kerja macam ni. Nak rijek kang kena kata di orang pula. Sombong. Belagak. Hidung tinggi macam helikopter. Ingat gua suka ke? Tun M pun blom tentu bulih tahan kena kata belakang2.

Time gua bosan2 takde aral melintang nak buat, gua pakat gi komeng je status sape2 yang ada apdet. Kenal ke tak, gua belakang kira. Bila bosan, hati gua auto jadi kering. Menyampuk tanpa batasan. Kelahi tanpa kasihan. Rebel dengan iman. Tatasusila gua masih jaga. Gua masih belom sampai tahap hati kontang tiba2 nak membabikan stranger.

Jadi...

Gua nak mintak maaf lah kat sape2 yang gua tersampuk. Bukan apa. Kat Dekonstruksi ni pun ada je yang kasi komen tapi tak kasi nama. Cik Anon misalnya (paham : Anonymous). Jangan lari. Gua tak marah. Kalu lari pun takde jadah nya gua nak kejar. Terima kasih lah duk temankan gua merepek tak tentu hala sambil makan kerepek kat sini. Lu, lu, lu dan lu juga.

Nak tengok contoh secara live bulih tengok chatbox kat tepi ni (10 Dec 09, 07:33pm).

Hai silentreader~!






*mengah juga jawab komen untuk tigabelas entry sebelum ni. gi laa kutip jawapan masing2~

December 10, 2009

Apa Kaitan...

Pagi ni first time gua gi keje dalam bulan dua belas...

Yakni musim cuti sekolah.

Tapi gua tak rasa macam kat Kolumpo sebab takde trefik jem langsung.

Rindu juga nak kelahi dengan jem dekat Genting Klang sama Pekeliling. heh!!





Agak2nya apa kaitan cuti skolah ngan trefik jem aa..??

December 8, 2009

Dasat Juga Budak2 Kampung Pengkalan Setar

.


"Satu pasangan kawen, sepuluh budak2 akan akil baligh." Prosper.



Lepas tengok sendiri baru gua pecaya.


Scene juvana yang jarang2 dilihat di media arus perdana

December 7, 2009

Jangan Cuba2 Nak Cuba


Lu orang tau? Air oren campur snek kentang bulih menghasilkan rasa pahit yang amat sampai gua tegeliat. Pegang stereng pun nak tebabas dia punya kelat. Gua dah kena kejap tadi kat Haiwei Karak. Jangan cuba2 nak cuba. Apdet belog takpe. Sebab gua dah sampai. Aduhai VWM. Macamana la life without Prosper ni?

A'ah. Sata ngan kopok lekow pun ada gua bawak. Sape2 ada pesan?

Gerak! Gerak!


Hajat gua nak gerak ketika fajar menyingsing tak jadi juga. Abah gua awal2 lagi masuk dapur main bakar2 pagi2 buta. Gile gua nak tinggal. Mana nak dapat kat kolumpo brekfes pekena sate sama nasik impit. Lepas makan kena pegang ayam kasi semelih. Nak masak gulai ayam kampung pula wat bekal. Woh! Mau lepas gelincir matahari baru bulih gerak ni. Last2 gua mintak daging kurban je wat ganti. Mana bulih tangguh lama2. Kena ikut skedul. Kang tebengkalai projek juta2 sape mau jawab? Budak2 PBB gua tak harap sangat. Gua mintak susun jadwal nak jumpa Ketua Editor pun bulih gagal.



7:22 am tadi.via es-em-es...
"Dengar sinar,tajuk pengapit -abu- "

Tak abis lagi ke tugasan?
Gua on radio..
Kepek! Kepek! Kepek! Shoet! Shoet! Shoet!
Macam cilaka abang Jem.

December 6, 2009

Pengapit Yang Steady


Gila punya gila lah tugasan pengapit kali ni. Masuk hari ke tiga masih gagah mengepit. Gua folow sambil tulung scene photoshoot outdoor kat Pantai Chendering. Gua ingat time pagi2 matahari keluar. Lama juga gua tak pekena scene sunrise tepi pantai. Untung2 bulih juin makwe2 joging. Tapi jadahnye pukul seploh Prosper kabor baru sampai. Mungkin pengantin baru memang macamtu. Tak berapa reti nak bangun awal lepas sanding2. Begambor tengah2 hari buta la jawab dia. Hambek obat!

A'ah. Teganu dah panas terik. Macam musim menuai gandum kat Texas.

December 5, 2009

Dari Sudut Sisi Kanan


Gua baru sampai umah. Bulih tahan juga penat jadi pengapit kali ni. Cuaca panas mungkin. Mujur la sume bejalan lancar macam mesin tebu. Lauk pun tip top sedapnye. Sirap je takde ais. Takut taun. Gudie beg gua sapu dua.

December 4, 2009

Siaran Tertunda Satu Jam


Imam : Azriehafiz? Macam selalu ana tengok je nama ni. Anta Prosper ke?

Prosper : Tapi entry saya takde lagho2 macam dulu dah tok imam. Tak macam Singular. Saya dah tobat.

Imam : Alhamdulillah la kalau macam tu. Moh le kite. Ate nikohkan kome..






Tewas lah sudah si Prosper dalam arena bujangan. Selamat Pengantin Baru dan selamat jadi orang Teganu. Kelaut weyh~

Bukan Ramalan. Ni Laporan Cuaca


Sehari dua ni hujan dah macam malu2 mau turun. Usaha gua ajak matahari folow alik kampung nampaknya ada hasil. Mungkin juga berkat majlis kawen2 Prosper esok. Tuhan sayang lu brader.
Tapi mari heran juga. Berita tiwitiga semalam repot mangsa banjir Teganu makin naik. Tak tau pula gua apa hajat berita tu nak menipu. Ke gua yang tak tau.

December 3, 2009

Sesi Mengadap Naib Presiden Gila Kuasa


Gua ingatkan panas hingga ke Teganu. Rupa2 nya hujan di tengah Kuantan. Kemaman lagi la. Banjir. Nasib baik bulih melalui lagi jalan2 yang macam puaka sepanjang nak ke kampung gua. Jalanraya belubang2 macam bulan. Keputusan gua belum mahu pasang sepotrim agak kena buat masa ni. Susah juga kalu mahu tukar2 rim tengah bejalan jauh2 macamni. Hujan lagi.
Gua sempat juga berenti kat Kerteh - sesi ziarah NPGK PBB. mrblind.blogspot.com. Gua pun tak berapa nak sangka bulih terjah umah beliau secara rebel macamtu. Tekaan gua selama ni betul rupanya. Ralit kemahen beliau main2 banjir (rujuk gambar). Tenggelam nya belum lagi. Gua ada juga riki2 kenapa tak pungpang2 macam dulu dah. Sibuk dia kabor. Main poker. Macam setan prangai.
"Bukan apa. Budak2 ni.. aku begurau sket, terus nak kecik ati. Dia kata kat aku lebih2 takpe plak. Aku oke je. Aku kata sket, sentap. Dah banyak kali gini tak beh juga. Mu kabor je la aku bersara.." - blind.
Lu orang pun satu. Takat kena kutuk2 dalam tenet apedehal? Nak sentap2 tak tentu hala jadah apa nye. Rilek2 dah la. Tak nak kena kutuk kalu sila join Kelas Tajwid kat masjid bedekatan.
Apa2 pun projek juta2 PBB bleh jalan eh brader? heh!

December 2, 2009

Jangan Tukar!

Gua nonton drama Melayu kat tiwi lima.

Iklan.

Gua tukar cenel.

"Kuingin dirimu dekat di hatiku, berdua kita kan ra...."

Gua tukar cenel lagi.

"Woooiiii..!!!" ada suara marah dari belakang.

Gua kena tukar cenel tadi balik.






Gua ingat dia minat main2 je~

December 1, 2009

Hanya Test


Apa ritual ni gua pun tak tau. Mau pikir ganda2 juga nak minum hasilnya. Kat mamak pun buat macamni ke? wekk~




*testing post pakai ensep.try tengok toyol kuning bulih harap ke tak.gua tukar aritu..

Entry Ala Majalah Kereta - Perodua Aisya

*ini bukan entry hasutan. sekadar pendapat. tak payah la repot polis. gua tak nak masuk sokkabar.




Gua blom jadi balik kampung. Mungkin jadi hari ni. Tak pun hari esok. Jadi gua pegi tengok kereta Malaysia model terkini yang baru dibaptis dari model Toyota minggu lepas. Dekat bilik pameran Perodua Jelatek. Nama je bilik tapi takde rupa bilik langsung. Lebih ke opis gua tengok.

Saje je gua gi kelih2. Sambil2 mengomper apa2 yang patut. Temankan Si Copin. Padan muka. Sangap ponteng keje tak tau wat mende. Gua selaku pengguna Peroton tegar memang awal2 lagi cenderung nak berlaku tak adil ala Abdul Wahab.



Muka depan dia. Memang sedap2 menengok juga. Ada rupa Honda Jezz kadang2. Jezz yang kawen dengan Maiwi. Lampu dia takde bucu. Apa geometri dia pakai ntah. Terer betol. Pakai French curf gua syak. Kalu dari engel tepi tiga puluh darjah ada rupa Awanja sket. Yang dah lowed. A'ah. Memang lowed gile. Level2 Kaldina dah. Nak rasa bawak keta besar tapi rendah2 macam Kaldina bulih la test.



Ini yang high spec. High spec maknanya yang paling mahal. Memang dah redy2 skirt tu. Kalu yang murah sila pandai2 pasang sendiri. Jangan ambik skirt Ravina sudah lah. Lampu belakang juga dia ejas sket tambah piramid kat tengah2. Spot rim pun redy pasang. Saiz Maiwi juga. Tapi tak berapa nak sukan je gua tengok.





Peratikan dia punya tempat duduk belakang. Dia kasi up sket. Otometiknya, sapa2 yang kaki pendek saje bulih duduk. Babi contohnya.



Bukaan seat tengah kalu nak kasi seat belakang cukup2 mengaki. Cemas juga lagu nih! Mungkin juga nak kena duduk bersila. Kasi up budaya Melayu sket barangkali.



Komposisi injin depan yang kompek gile babi. Memang takde ruang langsung nak masuk tangan. Skrudebar pun muat2 menyucuk je. Ni kalu belanggor depan2 dengan impak tak berapa nak maksima pun bulih kasi bolos kulit motor. Koman2 pun tercabut tiub air wiper.



Nama je MPV tapi ramai kompelin tak macam MPV. Kecit. Sempit. Rapat. Sardin. Jangan harap nak main nyorok2. Main teng teng pun tak bulih. Main bedminten bulih. Kat luar la. Ekon belakang pun tadek.



Ni dia jawapan yang gua tanya ari tu. FOOT PARKING BRAKE. A'aa. Dia pakai brek pesen ni kat bawah. Advance laa juga. Tangan kiri bulih rilek2 pegang budak kalu nak parking. Tak pun pegang tangan makwe. Tapi gua tak berapa nak fasih lagi. Gua ada terai2 juga main benda ni. Melatah makcik yang tengah godek2 seat kat belakang rasa kereta dah gelungsur2.




Scene nak balik memang mencabar. Kalu lapah lembu ni, bulih sampai lapan belas ekor dah dia punya lama. Cilakak lu Copin!!

"Kalu nak test drive dengan I, U kena beli kete ni dulu." Perodua Aisya.
"U drive I la. Lagi best." Copin.






Harga dia memang sesuai. +- RM55k hingga RM70k.
Memang sesuai dengan kondisi benda yang bulih dapat.
Belanja sikit2, sikit laa lu dapat.
Peroton gua tak macam tu.


Keputusan : Lapan tiang belakang Persona. heh!!