December 1, 2009

Entry Ala Majalah Kereta - Perodua Aisya

*ini bukan entry hasutan. sekadar pendapat. tak payah la repot polis. gua tak nak masuk sokkabar.




Gua blom jadi balik kampung. Mungkin jadi hari ni. Tak pun hari esok. Jadi gua pegi tengok kereta Malaysia model terkini yang baru dibaptis dari model Toyota minggu lepas. Dekat bilik pameran Perodua Jelatek. Nama je bilik tapi takde rupa bilik langsung. Lebih ke opis gua tengok.

Saje je gua gi kelih2. Sambil2 mengomper apa2 yang patut. Temankan Si Copin. Padan muka. Sangap ponteng keje tak tau wat mende. Gua selaku pengguna Peroton tegar memang awal2 lagi cenderung nak berlaku tak adil ala Abdul Wahab.



Muka depan dia. Memang sedap2 menengok juga. Ada rupa Honda Jezz kadang2. Jezz yang kawen dengan Maiwi. Lampu dia takde bucu. Apa geometri dia pakai ntah. Terer betol. Pakai French curf gua syak. Kalu dari engel tepi tiga puluh darjah ada rupa Awanja sket. Yang dah lowed. A'ah. Memang lowed gile. Level2 Kaldina dah. Nak rasa bawak keta besar tapi rendah2 macam Kaldina bulih la test.



Ini yang high spec. High spec maknanya yang paling mahal. Memang dah redy2 skirt tu. Kalu yang murah sila pandai2 pasang sendiri. Jangan ambik skirt Ravina sudah lah. Lampu belakang juga dia ejas sket tambah piramid kat tengah2. Spot rim pun redy pasang. Saiz Maiwi juga. Tapi tak berapa nak sukan je gua tengok.





Peratikan dia punya tempat duduk belakang. Dia kasi up sket. Otometiknya, sapa2 yang kaki pendek saje bulih duduk. Babi contohnya.



Bukaan seat tengah kalu nak kasi seat belakang cukup2 mengaki. Cemas juga lagu nih! Mungkin juga nak kena duduk bersila. Kasi up budaya Melayu sket barangkali.



Komposisi injin depan yang kompek gile babi. Memang takde ruang langsung nak masuk tangan. Skrudebar pun muat2 menyucuk je. Ni kalu belanggor depan2 dengan impak tak berapa nak maksima pun bulih kasi bolos kulit motor. Koman2 pun tercabut tiub air wiper.



Nama je MPV tapi ramai kompelin tak macam MPV. Kecit. Sempit. Rapat. Sardin. Jangan harap nak main nyorok2. Main teng teng pun tak bulih. Main bedminten bulih. Kat luar la. Ekon belakang pun tadek.



Ni dia jawapan yang gua tanya ari tu. FOOT PARKING BRAKE. A'aa. Dia pakai brek pesen ni kat bawah. Advance laa juga. Tangan kiri bulih rilek2 pegang budak kalu nak parking. Tak pun pegang tangan makwe. Tapi gua tak berapa nak fasih lagi. Gua ada terai2 juga main benda ni. Melatah makcik yang tengah godek2 seat kat belakang rasa kereta dah gelungsur2.




Scene nak balik memang mencabar. Kalu lapah lembu ni, bulih sampai lapan belas ekor dah dia punya lama. Cilakak lu Copin!!

"Kalu nak test drive dengan I, U kena beli kete ni dulu." Perodua Aisya.
"U drive I la. Lagi best." Copin.






Harga dia memang sesuai. +- RM55k hingga RM70k.
Memang sesuai dengan kondisi benda yang bulih dapat.
Belanja sikit2, sikit laa lu dapat.
Peroton gua tak macam tu.


Keputusan : Lapan tiang belakang Persona. heh!!

20 comments:

  1. sempit gile babi..
    sib baik tak penah plan nak beranak reramai..hahaha!!

    ReplyDelete
  2. Heleh..nk kata xleh celen cik sona lu la 2..
    tp siyes sempit..mpv pejadah cm2..da cm ATOZ je gua tgk..heh..

    ReplyDelete
  3. sempit la. kejadah. exora okey tak?

    ReplyDelete
  4. baik aku ambik MyVi je camni~
    apa kebenda kecik sungguh rupanya~

    T____T

    ReplyDelete
  5. atoz aku pun tak sempit gitu....kerbau dua ekor boleh duduk...

    ReplyDelete
  6. calit sikit paiseh....

    oh ya..baideway...PS aku baru cecah 140kmj atas haiwey semalam...


    pelan-pelan kayuh orang kata.haha..

    memang syokkkk...

    ReplyDelete
  7. baik cabut seat hampar tikar.
    ini org mengandung 8bln sah tak dpt masuk.

    ReplyDelete
  8. sempit btol kat belakang. baik aku naik motor aku ja, CIK SUZY jugak yang best

    ReplyDelete
  9. tak nyesal la gua angkat abang bunga tu seminggu sblm aisyah ni kluar.



    .

    ReplyDelete
  10. ni buat van mayat ni, mayat potong je bleh masuk.

    ReplyDelete
  11. eh?
    bukan bulih adjust ke seat antara tgh dgn belakang tu? nasib baik gua planning nak beli kereta evolution..

    ReplyDelete
  12. lu punya preview bikin berahi gua kat ini kereta hilang la...cilakossss...

    ReplyDelete
  13. parent aku dah test drive pun cakap kete ni fail.

    aku dengar cerita satu batch Exora kena panggil balik...


    heh~sama je..

    ReplyDelete
  14. ni kalau nak puas hati kena buang empat sit belakang tu tukar jadi 2 seat belakang je. Pasal bentuk luaran gua tgk dah ok.

    ReplyDelete
  15. ceh...
    jauh pesona tglkn die..

    part skirt tuh...kete mmg pakai skirt jer ke??

    ReplyDelete
  16. lu nye explaination berkenaan alze nin sebijik yang cam lam pikiran gua masa gi nengok alza nin.. gua raserlah kan buleh dak gua copy jer posting lu nin lam blog gua???

    ReplyDelete
  17. ierma - alah! kalu tuhan bagi jugak nak kira macamana??
    *blog lu mana woi..??

    lily - dah kata dah pun. hahahaa~ haa.. level2 tu lah!

    ateeka - kalu dengan prejudis sah2 laa gua jawab exora lagi beh. keh keh keh~

    zara - besar lah. besar sikit drp maiwi. heh!

    patung - a'ah. lagi lapan ekor bulih baring. dok gitu??

    stingray - calit..calit.. nak lagi syiok lu terai pakai kestrol magnetec. gua menten 190km/j tengah haiway. terbaik!!

    liliyuli - kalu saiz2 lu takde masalah kut. hakhakhak!!

    kuwe - org mengandung lapan bulan digalakkan pakai persona. sila tonton iklan proton. siap bulih drif woh!!

    speedrider - a'ah. kecit2 dia ni pun takleh nak cilok2 gak~

    tasek - oh. gua rasa nak ejas pula entry ni sampai lu nyesal. hahahahaa!!

    loyer - keji sangat tu brader.. makan ati tukang alter nih. hahaha!!

    jo - dah ejas laa tu. ingat gua tak wat inspection ke..??

    arip - eh. jangan kata gua tutup rezeki perodua pulak!

    macha - biasa la. manusia pun takde perfect brader. lenkali lu mari kolumpo jumpa gua naik bas la ye. banyak je feeder bas kat lrt~

    hidemichi - betul2.. bulih taruk spekar saiz jumbo~

    bias - tak bagi bayi berusia dua bulan ke bawah.

    tune - tu pun gua dah ada timbangrasa tu. hahahahaa!!

    aloy - ntah. gua kira mana lebih ekonomi je. gua dah barai ni~

    cik zura - dah copy blom..?? lima puluh duit sekali copy. harga saing2. amacam??

    ReplyDelete