December 18, 2009

Sekilas Bolasepak Malaysia - Edisi Snippet2 Sukan Sea

- Pukul dua Copin dah kucar kacir es-em-es gua tanya nak tengok bola kat mana. Tiwi umah gua dah kena smuggle dek Prosper sehari sebelum upacara final. Dengan penuh cool gua tido balik.

- Jam 5:18pm Chez wat balik tiwi baru. Siap cucuk2 estro jam 5:29pm. Gua kasi tunjal Copin dua kali pasal dia nak tengok tiwi tiga. Takde nilai klasik langsung. Layan Haji Hasbul laa wei..!!

- Awal2 game gua tak berapa amik kisah. Tengah sibuk buka intenet cari doa ujung tahun sambil2 bincang isu rekzona & lelaki kat fesbuk.

- Separuh pertama bagi gua seimbang. Dua2 serang. Dua2 defensif. Tak bosan macam yang gua agak. Banyak juga hantaran2 berkualiti dari kem Malaysia. Nampak kemajuan di situ.

- Scene paling Ong-Bak dalam game time defend Vietnam kasi clear bola sambil jek lengan Guru secara komunis. Real woh!

- "Guru cuba masuk campur di situ.." - Hj. Hasbullah. Ulasan terbaik perlawanan.

- Mula separuh kedua Vietnam rancak duk serang. Gua tabik sama Muslim. Keras. Rajen. Gagah. Rambut pacak. Gua kasi lu MOTM. Nanti balik jumpa gua. Nak kasi kaburetar RXZ wat trofi.

- Gua syak pemain Vietnam dah kena sumpah sama Pipi. Asik sepak bola ke atas. Macam main gol ragbi.


- Brader wajah eksotik ni cuba main politik dalam padang. Tengah gua sedap2 feel tengak game, dia kasi berenti. Senak urat barangkali. Bukan sekali. Saje nak kasi tune Malaysia lari gua syak. Sekali dengan gua punya tune menonton pun jadi tak sedap. Cilakak!

- Sarbini Almunia paling rare. Kasi tunjuk cara rakyat Terengganu keluarkan hingus dengan betul. Lawas woh! Gua pun tak penah buat macam tu.

- Time gol. Gua masih cool. Chez tepuk2 tangan besorak. Copin lompat2 macam spring kena belacan. Memang bukan level Malaysia dulu2 gol macamtu. Ada stail Eropah juga main lintang lencong2. Nak kata luck pun... hmmm~ Usaha tu... usaha..

- Ada benda nak keluar dari mata gua time national anthem lepas kasi pingat. Kaca2 mata gua jadinya. Cilakak! Gua berpotensi juga jadi sentimental rupanya.

- Untuk Tuanku Presiden. Gua harap cukup lah tu. Bulih laa bersara dengan aman. Kasi orang bola pulak uruskan bola.

- Papa Raja bawak Aidil, Zaquan sama Safiq menjak umor tujuh belas. Hasil yang menjadi. Kalu kena cara, bepuluh2 lagi bulih buat. Yang penting akar umbi. Tapi FAM skang cenderung lagi ke politik. Pung pang pung pang memang la akar umbi. Buat nye yillek. Takat bengkel bolasepak dua kali setahun. Bengkel menjahir TEKUN pun seminggu sekali gua syak. Liga sekolah2 idup ke? Liga daerah ada ke? Liga kampung? Liga belia2?




Tahniah dan Selamat Tahun Baru MALAYSIA!

15 comments:

  1. gua syak mcm kena rasuah je set2 vietnam ni...

    ReplyDelete
  2. ulasan terbaekkkk untuk tahun 2009 ni gua syak.. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. gua tak tengok tiwi sebab pg kendhuri. apa apa pun tahniah. setuju benor dgn cadangan supaya presiden mengundur diri. bawak2 berehat le.. bagi geng geng seangkatan bro paiseh take over.

    ReplyDelete
  4. celakak, pasal hingus tu ko tak kredit pun kat aku.

    bukan gua nak kata la.. keeper vietkong tu, muka memamng nak sama macam pipi.

    ReplyDelete
  5. gua mmg tertekan bila tertengok org buang hingus ke buang kahak ke... tapi smlm mmg gua tertengok jugak. hilang selera makan gua 8 hari!



    .

    ReplyDelete
  6. sentimental kau rupanya...:-)

    Salam maal hijrah paiseh...

    ReplyDelete
  7. alah..ko tak cakap pun orang buleh tau ko mmg potensi besar nk sentimental..
    (orang ramai..sila sokong cakap aku nih)

    eh, tp aku sokong ckp ko..part paling ongbak time lengan Guru jadi tempat landing kasut org viet tu..patut mau kena bagi adiah lebih kat Guru tu

    ReplyDelete
  8. jap2..apsal org vietnam langsung tak senyum masa nak kalung medal tu? heran lah..

    ReplyDelete
  9. gua tgk dr opis,bwk ke kedai mamak..gua sorg je pompuan kt kedai mamak 2 lepak tgk bola..lantak la..janji Malaysia menang..sbb gua menang Jam Swatch Chrono..hahaha....

    Sape2 yg hr 2 kata M'sia xleh menang,g dok kt Vietnam..wat semak je kt sini..hahaha...

    ReplyDelete
  10. aku rasa brader keeper tu rasa macam belakon muvi, tu dia takmo kuar2 gak tuh.
    ala, konon2 nya dia hero dlm citer ni la.. walaupun dalam cedera parah pastu leh bangkit memberi kemenangan la kut kat vietnam tuh. hehehe...

    ReplyDelete
  11. Sultan Bola memang dah patut blah pun...
    cube try kasi Shebby jd Presiden FAM
    x pun Pipiyapong

    ReplyDelete
  12. oked - ligamen otak.

    apek - macam kelantan?

    periperi - ni bukan ulasan. ni blog. hahahaa!!

    ramarama - jgn laa gua woi! budak2 sokernet tu lagi bakat woh!

    speedrider - oke la.. lain kali gua kedit. agak2 pipi tau tak? keh keh keh~

    tasekM - cis. tak seberang takir langsung lu! hahahaa!

    sharamli - dia kabor beli. tapi tak tau la kut2 dia samun kat seben e.

    patung - mungkin hijrah gua kut. salamat tahun baru~

    citahrudin - hijrah beb! ntah guru tu. tak kelantan langsung tak melawan~

    citahrudin - penat tu. lu tak penah main bola apa tau. hahaha!!

    yob - macam perut lu. kah kah kah!!

    lily - ciss!! apesal lu tak bet ngan gua jugak..?

    anon - hero pesen vietnam mmg mcmtu kut. x menang2. hahahaa!!

    deus - sape2 la. lu pun ada potensi juga gua syak. yg penting tuanku presideng kena undor dulu. dah join??

    ReplyDelete