April 30, 2010

Nafas

Biasa lah.

Entry hari Jumaat mesti ada bau2 mesjid - pakai kopiah - bubuh minyak atar sikit.

Eh...!! Hari lain pun mana ada gua merepek bukan2.
Yang merepek-meraban hari2 tu Macha~
Yang duduk seksa beskal hari2 tu Hanie~
Yang selalu buat status bukan2 kat fesbuk tu Lily~
Yang macam laki tapi pompuan celup tu Jo~
Yang selalu perli2 gua tu Jamil~
Yang selalu gurau pesen biawak tu Citah ngan Mucid~
Yang anto komen makan dalam tu geng Paradoks~
Yang baca senyap2 tu anonymous nama dia~



Sudah2...!!

Mari dengar ini~
Dengar satu-satu.
Paham.
Masuk dalam kepala.
Kunci.
Simpan.
Jangan buat2 terdelete pula.
Kalu terdelete juga sila undo. Ataupun restore balik.



"Apa tajuk lagu ko dengar tadi?? Nafasmu berbau??"

April 29, 2010

Brader Brader

Tengah gua jalan2 cari info untuk projek spesel kena ketik, gua tejumpa satu laman nih...

Gua riki sikit2.

PEHHHH...!!!!

Muntah terluak gua serta merta~


Ada juga pakar pesen ni? Gua ingat kat redio je.
Bulih wat bisnes pula tu..!
Brader Rebel dah ada ke belum ye?
Gua ingat nak pegang jawatan tu laa pula~

April 28, 2010

Ada Lagi??

Gua baca entry Singular.

Memang mari dia punya memori.
.
.
.
..
...


Gua ke dapur. Minum.

Mata cuba cari2.. takde.

Lama juga tak jumpa objek tu.

Gua buka pintu blakang...

Memang ada lagi lah! Siap mumia kat dalam.
Mangsa terakhir tragedi Berkelahi Dengan Miki Maus.




April 27, 2010

Pandu Memandu (dari Liliyoli a.k.a MaLilina)

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Ada. Tapi yang terbaru gua takde skarang. Sama ada hilang ataupun belum renew, gua lupa. Dua minggu lepas kena tahan sama abam trafik baru prasan takde. Tapi gua terus buat2 tak prasan sampai hari ni. Yang peliknya gua takde rasa bersalah langsung. Mungkin kebenaran di pihak gua. Lusa mau balik kampung ni~


Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Tahun 2003. Lepas dapat duit PTPTpu masa kat universiti Islam. Belen duit tu gua buat bayar yuran masuk universiti British pula.


Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Sejak 1998. Sape terer ilmu hisab tolong kira laju2. Masa tu gua bawak van pasar malam gua punya makcik. Jual baju. Berat woh!


Pengalaman pahit ketika memandu?
Makan kentang sama gatorade oren. Pahit sampai tegeliat woh! Gua dah cerita aritu.


Pengalaman manis?
Masa ambik Cik Sona dari kedai. Sedap woh bleh bawak kete sdiri! Lu tak caya try laa beli kete. Jangan jadi macam Copin sudah la~


3 tabiat ketika memandu?
1. Up volume sampai 17
2. Cari budak2 kat trefiklight. Main jelir2~
3. sembang2 sama Cik Sona. Tepuk2 desbod. Say sorry kalu masuk lubang laju2. Gua sayang beliau~


3 pantang time memandu bila?
1. Kena hon. Serta merta gua rasa naik sirap~
2. Objek depan kasi high beam. Serta merta gua mari sumpah seranah.
3. Kena potong dengan kenderaan Perodua. Serta merta gua kejar sampai lubang tanduk~


Tag pada pemegang lesen kereta
Gua bunuh tag ni! hahaha~

April 26, 2010

Jerantot


Gua kat majles kawen2 kat Jerantot. Tugasan amik2 gambor.
Tapi gua rasa lagi banyak amik gambor budak ni daripada pengantin. Fawzan nama dia. Dah sama comel dah. Cuma lincahnya lain macam. Orang tengah renjis2, dia selamba baring tengah2 isap susu. Noti dia sebijik macam gua juga dulu2.

Makwe2 lawa pun tak berapa nak ada ni. Warga Jerantot... sila amik perhatian.



*ini post tengahari semalam. Tiada liputan GPRS di sana. Minta perhatian toyol kuning juga.

April 24, 2010

Salah Cakap Bersama Copin vol.2



Ayat betul : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Ayat Copin : Titik2 nila atas dulang, susu dalam belanga



Kad kuning lagi..!!



*akhirnya sampai juga dua ratus. mekaceh. nanti gua belanje bepang sorang satu~

April 23, 2010

Dude


Apa pesen pelik la makwe2 skarang. Trend kapitalis mana ntah duk pakai ni.
Tak mendorong langsung brader2 bujang, kacak dan solo macam gua mahu bina masjid.

Harap2 lepas ni jangan ada yang salahkan gua lagi.

April 22, 2010

Landak Laut (tukang tag)

Ada yang tanya gua...
Apa anda akan buat kalau anda tahu kawan anda tikam anda dari belakang?
Gua jawab... gua tikam lah dia balik. dari depan. pakai garpu.~


Ada yang tanya gua...
Siapakah 6 orang di hati anda?
Gua jawab... famili dan gua punya anak buah yang comel2 macam guli~


Ada yang tanya gua...
Anda rasa anda comel?
Gua jawab... comel itu subjektif~


Ada yang tanya gua...
Single or taken?
Gua tanya balik... nak makan sup crocs saiz lapan tak??


Ada yang tanya gua...
Blog yang mana anda suka?
Gua jawab... blog gua lah!


Ada yang tanya gua...
Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Gua tanya balik... ingat gua kaya sangat bulih upah orang gaji bulih kemas2 sokmo?


Ada yang tanya gua...
Lagu yang terakhir anda dengar?
Jawab gua... Selagi ada waktu... selagi ada rindu... - sumpah lagu ni ada hantu!


Ada yang tanya gua...
Last text message?
Gua jawab... Brape lu nak bayar? Gua gi Jengka ada upah...nak kira macamana?? Lu pegi je lah. Kirim salam kawan2.
*text ni akan masuk entry esok


Ada yang tanya gua...
Last phone call?
Jawabnya... Philipines Got Talent - budak opis gua.


Ada yang tanya gua...
Hari terakhir anda menangis?
Gua jawab... gile apa gua nak bagitau!

Ada yang tanya gua...
List 5 warna kegemaran anda?
Gua jawab... suka hati gua lah nak suka apa kaler! Kalu gua bagitau pun lu dapat elaun ke??


Ada yang tanya gua...
Orang yang terakhir anda berYM?
Gua jawab... Datin. Apa?? Apa..???


Ada yang tanya gua...
Game yang paling anda suka?
Jawab gua... main ketuk kepala. Nak try??


Ada yang tanya gua...
Adakah anda peminat MCR?
Gua balas balik... Apesal lu tanya MCR?? Apesal tak tanya Nightwish?? Fuel?? Wali?? Peterpan?? Orkes Nirwana?? Apesal MCR?? Apesal..?? ha..?? bayes..??


Ada yang tanya gua...
Apa perasaan anda semasa jawab tag ni?
Gua jawab... Cilakak! Gua dah rebel gini macam wat2 tak tahu pula~


Ada yang tanya gua...
Anda rasa tag ini best?
Gua jawab... Best lagi kalu bulih hantuk pale tukang design tag ni ke bucu tiang LRT.


Ada yang mintak gua...
Tag lagi 10 orang.
Gua jawab... Ah! Soalan merepek macamni apa jadah nak kasi2 orang pula. Gua bunuh tag ni kat sini jugak!

Sape sokong...?
Sila tunjuk ketiak.
Dan jenguk projek spesel kena ketik. Kisah takut2!

Sape tak tunjuk ketiak sila buat~


*maaf puan landak jika ada terkasar bahasa. gua marahkan yang tukang reka nya saja~

April 21, 2010

Salah Cakap Bersama Copin vol.1



Ayat betul : Sape makan cili dia terasa pedas.

Ayat Copin : Sape rasa dia makan pedas.



Kad kuning!

April 20, 2010

Laksa

"Dah.... mana laksa nye??"




Oh.
Sangat pilu.
Mahu dihantuk2 kepala ke bucu tiang.





*ikuti kisah sebenar di projek spesel kena ketik. hee~

April 19, 2010

Gua Bukan Bikin Panas, Saje Nak Main Api Skali2... (siri 2)

Siri 1 punya dah ada tahun lepas. Sini.

Kita tinjau perbezaan dua jantina di kedai makan pula.
Espesely masa lunch hour.


Lelaki

1. Jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik pinggan
4. Letak nasi
5. Letak lauk
6. Ke kaunter, bayar
7. Makan
8. Habis
9. Balik opis atau pegi surau



Perempuan

1. Jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tiup2 ke dahi sendiri, tengok baju, tengok kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit
11. Cari2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? Tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi. Ceduk sikit-sikit
14. Buang balik nasi...banyak. .
15. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
16. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2 minit
17. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
18. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
19. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
20. Jengok lagi sambil tengok2 pinggan orang, jeling-jeling
21. Ambil lauk
22. Pusing lagi
23. Cari sayur pulak
24. Ke kaunter bayaran
25. Tgk2 nasi dlm pinggan
26. Berbisik ngan kawan "Alamak! byk la aku ambik"
27. Sampai depan kaunter "Berapa?"
28. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar pakwe..
29. Keluarkan duit
30. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
31. Tutup dompet. Ambik nasi
32. Tinjau-tinjau tempat duduk.
33. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
34. Cari tempat duduk lain
35. Jumpa. Duduk.
36. Alamak! Air tak order lagi
37. Tinjau2, carik org order air sambil tangan betul2kan tudung, tiup2 ke dahi sendiri.
38. Order air
39. Bangun
40. Ambik sudu
41. Duduk
42. Bangun
43. Ambik Tisu
44. Duduk
45. Air sampai
46. Belek dompet (Step 31)
47. Bayar
48. Tutup dompet
49. Minum air
50. Start makan
51. Tengok-tengok orang sambil makan
52. Makan separuh.. kenyang sebab dah minum air
53. Letak sudu
54. Letak garpu
55. Pinggan tolak tepi
56. Borak2 kata makanan tak sedap
57. Pukul 2, beredar.
58. Singgah kedai majalah.
59. Belek2 tak beli.
60. Sampai ofis setengah jam kemudian.

April 17, 2010

Opocot Helo!!




Gua tak tau nak kata macamana....

Skali tengok macam kelakar tak patut.

Dua kali tengok macam bangang nak mampus.

Tiga kali tengok rasa macam kena tipu pun ada.

Lu orang rasa macamana?

April 16, 2010

Tag & Kempen

kewl juga pakai '&' gitu kan...?


Tag :

Tuliskan tujuh perkara tentang diri sendiri.

Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang. Ceritakan pasal gambar itu.

Apa yang anda buat ketika ini?

Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.

6 pelaburan terbaik anda.

Ceritakan 5 fantasi kencan anda.

Pengalaman pertama anda kena rotan.

Berikan lapan jenis baju yang anda pakai.

...yang pesen tag sampai dua ratus soalan tu takmau laa gua tulis. Tak jadi kerja gua kang~



Dah ke mana pergi progrem tag-mengetag kat blog ye..?
Time mula2 dulu kemahen galak lu orang ngetag itu-ini kan..?

Bak mari skang la...
Gua dah takde idea mau ngapdet ni~



...................................................................................................



Kempen :

Tak cerdik pula buat belog tapi tak jemput orang baca kan?
Kalau orang tak baca macamana hit nak naik?
Kalau hit tak naik macamana gua nak menang?
Tapi jangan pandai2 pula ketik blog list kat situ. Rencana ambik ati semata2 tu. kehkehkeh~


Jadi, serta merta gua buat pusingan U dengan menjemput lu orang ke blog gua lagi satu.
Nak gelak pun gelak lah.

Dah bulih masuk kes split personaliti dah gua ni rasanya.



Eh. Eh. Lupa pula kasi link.
>>>>> http://taring-anu.blogspot.com/

Maceh!




Komen moderator pertandingan.
Gua laa tu yang es-em-es pagi2 buta.
Baru nampak ekstra sikit gua punya sungguh2. kehkehkeh~

April 14, 2010

Harap2 Para Juri Tak Menyinggah Di Sini

"Sayang ku mahu bicara, dan ku akan cerita semua~"

Ton ensep gua mendayu2 time gua tengah sibuk rilek2 kat opis.
Jamal - pencabar gua dalam pertandingan sape-lambat-kawin kategori geng2-Universiti-Islam-dari-Terengganu yang memanggil.



Jamal : Weh.. ni Fatah nak cakap~

Gua : Fatah mana..?

Jamal : Fatah.. natam wat tak ingat!

Gua : Patah balik..??
-time ni gua teringat time huru hara kami nak kluar lepas curfew hour duk berambat dengan pak gad. Patah balik..!! Patah balik..!! - mati2 gua ingat pak gad tu bagitau Fatah sudah balik~


.
..
...


Fatah : Weh.. ko terer wat blog kan?? Ni aku nak suruh ko masuk pertandingan wat blog.

Gua : Hahahahaha...!! (tobat gua tak tau gua terer). Blog mende ni weh..?

Fatah : Blog pelancongan Negeri Teganu lah.. Ko tak tau ke..?

Gua : Tak tau pong~

Fatah : Laa.. aku keje dengan MB skang. Ko kena masuk weh! Nanti aku bagi link. Aku nak ko menang!


Gua : Hahahahahaha.!! (tobat gua tak tau menang kalah tu bulih rekues2). Apa adiah?

...
.....

dah... itu saja. Mana bulih kasi tau lebih2. Tak lain gua bimbang - Macha lah. Tipis pula peluang kang mahu menang. Macamana mahu rekaver gua punya paras kewangan pulak. Dah rabak riban2 ni. Che Nik punya pasal. Alahai~





Ni baru siap satu entry. Harap lu orang dapat mengurangkan gua punya daya rebelan untuk sebulan dua ni. Takut terbawa2 ke blog sana.Kat sana tak boleh rebel2. Untuk bacaan formal. Anggap saja gua menulis sambil pakai baju batik-sluar slack-kasut hitam kilat2-rambut belah tepi. Kat kocek baju ada bunga.

Dan harap2 juga para juri tak menyinggah di sini.




Tiap2 hari Kathy Sharon mahu bicara sama gua.
Sayang2 pula tu!
Lu orang ada..? kehkehkeh~

April 13, 2010

Jawab La


Ni kes yang pesen bukak mesej kena caj 3 4 hengget. Lagi haru, dia ikut instraksyen yang kasteme sevis ajar untuk kensel mesej2 merepek tu, kena caj juga RM58 masuk bil. Bak kata Darkk, dah memang layak dibabikan la kalu jadi macamni.
Meksis pun jangan wat2 inesen. Gua dah penah kena dulu. Skali antar es-em-es, sampai abis 50 hengget kredit dia hantar ulang2 kat gua punya makwe zaman blajar2 dulu la.

Long live toyol kuning!!

April 12, 2010

Famvil (Siri Sindir2)



Padu sangat ni brader katunis!
Nasib baik gua tak main. Anak buah gua pula tak reti baca.
Jadi sape2 yang main dan reti baca sila kecik ati.
Termasuk anak buah gua punya papa. kehkehkeh~
Gua rembat kat fesbuk.

April 9, 2010

Baraka Allahu Lakuma





Komen dari yutiub :-

Come2Deen mashaallah veryyyyyyy beautiful jazakAllahu khair for praising Allah and His beloved Prophet on an occasion when mostly people just forget about them and only remember duniya..and its useless traditions.



Harap2 para pengantin, mak2 andam, makcik2 bunga telur, kakak2 gubah bunga, makwe2 hantaran, pangapit2, adik2 bunga manggar, pakcik2 lapah daging, tukang masak2, makcik2 cuci pinggan, abang2 angkat lauk, brader main lagu, kugiran2, ayahanda bonda pengantin dan brader2 fotografer amik perhatian lebih sikit bab2 ukhrawi lepas ni.





*esok malam gua kat UPM. ada makwe2 nak jumpa kalu sila ke stadium. gua buat rodshow. kehkehkeh~

April 8, 2010

Famvil


Dengar2 cerita dari gua punya brader, anak buah gua dah tak nak gi taska sebab kat taska takde kompiter nak main Famvil.

Ingatkan brader gua buatkan ekaun fesbuk untuk budak Adam ni saja2 je. Dah tengok sendiri malam tadi baru gua pecaya. Gua pun layan Galacticos Futbol je. Tobat tak reti nak main Famvil ni.

Gua harap sikit hari lagi budak ni bulih jadi hackers yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.


Oye! Untuk rekod, budak ni blom sampai umor pat tahun.
Mau add beliau >> Adam Faris Mohd Harif

April 7, 2010

Pok Pok

Tak ada lain dah.
Fesbuk saja yang ada benda2 merepek macamtu.
Oke. Tak berapa merepek mana lagi.
Tapi gua tak kesah. Bosan2 'kerja' kat opis, ada juga benda gua nak ketik. Biasanya makwe2 lah yang suka main pok pok ni. Gua layan saja. Bukan luak pun pitis. Lagipun, kalu dah time2 kritikal esok2 senang sikit. Gua hantor je budak-pakai-cawat-ada-sayap pegi panah mana2 sorang.

Tapi, baru2 ni ada mamat mana ntah main pok pok gua juga. Gua balas laa skali. Tengok profile, blom add freind lagi. Macam modus operandi biasa2, gua jenguk2 poto.
Peh!!
Dia punya posing sebijik macam makwe2 lepas sekolah yang pesen ambik gambor pakai ensep 60 darjah dari atas. Mulut muncung2. Mata jeling. Posing baring tilam pun ada. Otometik juga firasat gua meneka tatabahasa seperti ak/aq, dy, kowg, cyunk, windu adalah bahasa ibunda beliau. Sakit~
Rasa mahu terajang kompiter menyelinap segenap gua punya tulang empat kerat.

Esoknya dia pok gua balik...

Pedehal..???
Sori la brader kalu lu baca entry nih. Gua cuba nasihat sehabis baik ni. Kalu jatuh ke tangan Darkk ni lagi lahabau lu kena maki ni gua syak. Ubah lah. Cuba lah ikut aliran Indie pula koman2 pun. Tak pun jadi macam Copin pun takpe lah. Bab2 salah cakap tu kire lain.
Demi kebaikan lu juga.


Macam-macam lah fesbuk nih!!



Maksud Facebook mengikut Kamus
Inggeris-Melayu Edisi Bergambar
(kredit to MMC|MP)

April 6, 2010

Mukasurat 37


Patut la hari Jumaat aritu gua duk sorang2 kat umah. Masing2 tak tau ke mana. Sekor pun tak bagitau gua ada riporter mau mari salun wat liputan. Bukan calang2 tabloid. Kosmo tu! Yang hari2 ada berita pelik rompak-bunuh-eksiden. Molek sangat. Tuan kedai pun dah pesen horror macamtu juga. "Saya seorang yang serius.." ujar beliau dalam temuramah. A'ah. Serius dalam wat lawak2 gampang. Gabbaikallah contohnya - time gua ajak gi air tejun Sg. Gabai.

Takpe. Gua tak amik ati. Cukup la hasil tangan gua dah masuk paper. Ada sape2 lagi mau melanggan logo dengan gua? Anggap saja bisnes tolong menolong. Bab2 duit upah kire bawah meja dah la. Baru macam kontraktor kelas M!

April 4, 2010

Sibuk



Gua pun tak tahu gua punya sibuk skarang dah tahap apa. Nak tido pun tak tahu pukul berapa. Perdana menteri Gabon pun tengah sedap mengigau time2 macamni gua syak. Nak sembang2 bola lagi laa takde masa. Takde bola2..!!



Tapi ketagihan ngapdet blog pakai ensep tak dapat gua bendung juga.

April 2, 2010

B.B.B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat...

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih.."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ... .."
Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN~"






*
menyampah pula tengok entry2 sendiri semenjak dua ni... kena bawa bertenang ni gua syak. rehat ke barang seminggu dua. babai blog~

April 1, 2010

Project Alpha

Ikuti sesi temubual gua dengan wartawan NTV7 pasal Projek Alpha Nuffnang beberapa hari lepas...






Ok. Ok.
Selamat Hari Satu April.

Waktu yang ideal untuk tuju2 lagu Bila April kat makwe2~






*makwe Ambank suka makan budu... amacam??