June 25, 2010

Tragedi Nasik Ganja

Balik solat Jumaat, gua singgah beli nasik ganja kat2 umah. Lama sangat dah tak mengganja. Semenjak gua ngan Singular makan lupa nak bayar tiga bulan lepas.

Tengah2 gua menunggu, datang satu pakcik dressing smart2 opis.

"Enam eh!"

"Tunggu ayam jap boleh?" kata akak tukang bubuh sambil mulut muncung2 hala ke kuali menggelegak berisi ayam rempah. Tangan takde buat apa pun. Pesen malas.

Pakcik tadi mengangguk2. Series tak patut.

Tiba2 beliau datang dekat...

"Ayam tu kena goreng api kecik. Baru masak sampai dalam. Tu duk pasang api besar2 tu dalam dia tak masak nanti tu. Luar je hangus." slow dia kompelin. Gua senyum mengangguk. Memang manis.

"Kuah asing ye." beliau mengarah ke akak tukang bubuh pula.

"Semua?"

"A'ah. Semua laa.." dahi sudah berkerut2.

"Bawak ke opis. Belanja budak2." sekali lagi beliau cuba berbual dengan gua.

"Oooo.." gua respon. Sikit. Tangan yang dari tadi duk pelok tubuh gua alihkan ke belakang. Respek.

"Budak2 opis tu selalu je saya belikan makan ari2 Jumaat gini. Sedekah. Tapi diorang tak tau bersyukur. Ada je benda tak kena. Budak2 skarang ni tak sah kalu tak lawan bos..." beliau merungut lagi.

"Nah tiga." akak tukang bungkus steady je mencelah.

Gua ambik.
Gua bayar.
Gua blah.

Tak pasal2 gua terpaksa kongsi dosa mengumpat lepas balik mesjid. Demm~

12 comments:

  1. meh nasi ganja penang pulak. lepas tu baru lu tau langit tinggi rendah. hahahaha

    ReplyDelete
  2. alah..mcm x biasa pulak share dosa mengumpat..
    mcm lu ngan singular selalu buat~

    ReplyDelete
  3. weh...kat mana gerai dia.bagi lokasi.

    Lama tak pekena nih.

    ReplyDelete
  4. di jb juga nama "nasi ganja" yang sememangnya tiada ganja.

    kedainya biasa2, layanannya juga biasa2, nasi yg panas dengan lauknya cukup menambat selera

    ~salam singgah

    ReplyDelete
  5. gua faham citer start dari brader tu mengumpat je.
    Sedekah perlu ke nak citer kat org? ilang pahaler beb. pastu kutuk pulak org yg dia bagi sedekah. apa daa...

    ReplyDelete
  6. nasik kandaq penang ada kaskas..
    lagi haru..

    hahahha..pakcik tue tak ikhlas..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. baik lu bwk pakcik tu pergi jumpe pakar kaunseling sebelom nazak..

    ReplyDelete
  9. agaknya....dia nampak ko pesen lawan bos jugak kot. tu yg kasik hint2 pesen ngumpat cenggitu. ekekekekek

    ReplyDelete
  10. akak tu nak tayang lipstick baru kot.. tu yang tunjuk pakai moncong jer tu..

    kot kalau dia ada gelang baru mesti tanpa berlengah lagi dia tunjuk pakai tangan..

    ReplyDelete
  11. speedrider : ah sembang. gua gi aritu lu tak bawak pong. aima gi, lu siap2 blanje pulak. demm!

    hanie : yang lepas tu bia laa lepas. tak baik~

    stingray : umah gua lah. VWM. heh!

    cikselamah : kalu pahala bulih cara tu jugak kan molek dok?

    missnina : owh. dah berleluasa rupanya fenomena nasik ganja nih. tapi gua yakin elemen dalamannye tak sama. kompom!

    hidemichi : entah ajaran mana beliau ikut gua tak tau~

    aujinz : org kabor kas2 tu macam ganja. betul ke weh??

    sepet : bia la. dia bos. gua x brani lawan. heh~

    fafarafa : gile apa muka gua suci2 embun ni lu kabor gitu. hoh!

    ardzman : hahaha.. masuk akalan juga tu brader.. lu ni mcm biase buat je. heh~

    ReplyDelete