"Wat mende ko beli telor banyak2 tu weh?? Ko punye telor tak cukup ke?? kahkahkah...!!" gua rasa sangat humor bila nampak rakan sepasukan dalam tim bola tampar paling hebat seluruh kolej British menggendong lima barrel telur ayam ke gelanggang masa trening. Sorang lagi bawak bungkusan plastik sebesar perut Pawas Tahir, yang gua belum tahu apa jadah isinya. Sekor2 jawab dengan sengih. Gua kasi spike sebijik kat Yan, yang paling jongang. Mengaduh juga sekopi. Tapi sengih balik. Gua cuba chill...
Latihan diteruskan. Macam biasa gua punya tangkas macam Comey, kucing Sungai Besi. Walaupun memang bakat bulih sedap2 melompat dan menyepaike, gua diletakkan di posisi setter sebab yang lain semua tak reti mengeset. Terpaksalah pasukan bola tampar paling hebat seluruh kolej British mengorbankan seorang spiker demi kepentingan sepasukan supaya tidak barai. Lagipun kerja setter ni bukan sebarang2 orang bulih buat. Mastermind kata orang Eropah. Kerja2 penting gini memang kena dengan gua punya level yang tengah memuncak masa tu.
Digging. Lari. Blocking. lari. Set. Lari. Tengok makwe2 kort sebelah. Lari. Digging lagi. Lari lagi... dan seterusnya sampai nampak brader bilal berlenggang ke surau, baru kami slow sikit. Respek.
Lepas habis training ala Sheilla Castro, masing2 lepak tepi kort sambil minum air selang2 dengan mengumpat warden. Gua masih dalam kort sebab khidmat setting bola cantik2 masih diperlukan. Din dan Baseer, spiker utama pasukan bola tampar paling hebat kolej British yang hari2 tak puas hati mahu menyepaike sampai gelanggang retak. Hari2 macam tu. Gila. Nasib baik gua sporting dan tak gila.
Pekk..!!
Rasa belakang gua kena baling sesuatu. Basah. Gua toleh ke belakang. Berlendir. Macam...
Pek..!! Pekk..!!!
Menyinggah lagi dua bijik kat lengan solid gua. Pedih juga sekopi. Belum sempat gua fikir tentang sebab dan akibat...
Pekk...!!!
Lagi sebijik. Kali ni betul2 kat kepala belah kanan sampai masuk telinga.
"Apa ni woi...?!!!" gua betul2 marah kali ni. "Main..."
Pekk....!!!
Kena lagi. Minda gua kata, kalu dah kasi marahan lisan pun tak berhenti juga lebih baik bagi arahan kat kaki saja mintak lari. Dengan kecekapan umpama Sapok Biki dalam acara 100m Sukma Pahang, gua lari laju2 ke parkir sebelah dengan harapan kereta warden menjadi galang ganti.
Pek..!! Pekk..!! Pekk..!!!
Gua terus kena serang. Dengan formasi Gung-Ho, budak2 pasukan bola tampar paling hebat kolej British menyerang habis-habisan tanpa respek gua langsung. Dada. Kaki. Perut. Punggung. Paha. Kepala toksah cerita lah. Macam mandi cecair pencuci Dynamo. Kaler je tak biru. Apa dajal la hari tu.
Agak2 dah habis sabar dan berpikir masak2, dengan muktamad gua gunakan hikmat yang jarang2 gua tunjuk selama ni. Apa nak jadi kat budak2 ni jadi lah. Gua menyerah~
Pekk..!! Pekk...!!! Pekk..!!! Terus menerus~
Brruuuuuu~
Satu badan gua jadi putih.
...
Malam tu gua rasa nak masuk dalam kuali makcik kafe jadi makanan celup2 tepung.
Mana datang ntah ritual bahlul sambut hari lahir gaya gini.
Gua masih tunggu offer mana2 kelab yang berminat mendapatkan khidmat setter.
Gaji tak banyak gua diman. Dua puluh ribu pound je sebulan~