August 27, 2010

2060 (sambungan)

"Kat mana yang ada lagi Mel?" tanya gua kepada Singular ketika moreh selepas solat terawih malam itu. Kami menetap di kejiranan yang sama. Cuma fizikal saja yang memang berbeza. Kecik sikit daripada Big Show dah badan Singular, walaupun dah kecut sana sini. Obesiti tahap lima.

"Aku pun tak tau laa Seh. Aku pun dah puas suruh anak aku cari. Semuanya bukan." parau bukan main suaranya. Baru minggu lepas keluar hospital. Dengar2nya kena jangkitan bakteria kat kerongkong. "Kau tak try tanya Azrie ke, Arep ke...kung!! kung!!" percakapan Singular berhenti di situ. Sakit batuk monokularnya datang lagi. Gua hulurkan segelas teh o ais. Zaman ini, ais sangat mujarab untuk batuk2 kronik.

"Arep kan dah kena strok. Tahap aswad. Baru minggu lepas aku ziarah dia. A'ah. Time ko masuk sepital tu la. Aku pun dia dah tak kenal." gua berhenti sekejap. Nafas gua tarik dalam2. Ada rasa sebak sikit. Singular pun sama.

"Azrie pulak kan dah lama dia pindah ke Dubai. Takde khabar berita langsung. Last sekali aku dengar pasal dia, yang kes anak dia kena wat lari ke Lombok aritu la. Tu pun dah 3 4 tahun lepas dah aku rasa." gua menghabiskan hujah. Singular mengangguk2 lemah.

"Abis tu, mana lagi nak cari ha? Aku pun dah mengidam sangat ni. Dapat secubit pun jadi lah. Selagi ada hayat ni..kung!!! kung!!!" sayu Singular berbicara bersulamkan batuk.

"Sudah2 la tu Mel. Sabar ye. Esok aku cuba pegi cari sendiri pulak. Mana tau ada rezeki." pujuk gua sambil menekan alarm basikal angin. Jarang2 boleh nampak warga emas naik kenderaan ni pegi masjid. Gua saja yang chill.

"Balik dulu Mel. Jaga kesihatan! Assalamualaikum~" gua memacu basikal angin pulang. Tak sabar nak jumpa isteri. Singular terkebil2 menghabiskan teh o ais di anjung masjid sorang diri...






bersambung....

1 comment: