December 2, 2010

Tumbesaran

Beberapa tahun dahulu di makmal Sains Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Semua Duk-Asrama. Cikgu Hasnah Maidin sedang mengajar silibus pembiakan dan persenyawaan. Agak berbeza daripada hari biasa, semua pelajar lelaki cerah mata hari itu.Tak tahu mengapa. Mungkin pelajar lelaki memang bersungguh2 mahu belajar. Tidak seperti pelajar perempuan. Masing2 merah muka. Di penghujung kelas, biasalah. Tentu ada sesi merevisi pembelajaran hari itu.

Bertanya dia kepada seorang pelajar lelaki. Baru 15 tahun dah kacak pelajar tersebut. Soalnya... "Peringkat manakah tumbesaran manusia paling cepat?". Dengan kompiden tak patut, pelajar lelaki kacak tadi menjawab "Remaja!"

"Salah."

PAP!! PAPP!!!

Birat2 telapak tangan pelajar tadi. Terhakis sedikit rasa kacak.

"Remaja tu kedua paling cepat. Tumbesaran manusia paling cepat di peringkat...."

"Bayi...!!" satu kelas menjawab secara muafakat~






.........................................





Satu pagi baru2 ni, gua dalam dilema. Nak pakai jeans ke slack. Jeans ke slack. Slack ke jeans. Untuk pengetahuan, dah lebih setahun gua tak pakai slack. Gua punya attire kerja memang tak memerlukan dressing mat2 pejabat. Bebas asalkan sopan. Canggih bukan?

Tapi yang buat jadi dilemanya, hari itu gua punya boss menjemput untuk hadir meeting dengan kastemer. Tak pernah sebelum ni. Pada pikiran gua, sekali sekala pada situasi macam ni, perlu berdressing formal dan normal macam pejabat2 lain. Kang dikata selekeh pula. Mentaliti masyarakat memang tak boleh nak ubah dengan gua sorang2 dressing jeans pada waktu kerja. Tak salah. Tapi macam salah. Apa punya mentaliti la orang kita ni. Merepek.

Belek punya belek, terjumpa juga sehelai slack cekelat. Tak silap, slack itu laa gua pakai time interbiu dulu. Tak lama. Dua tahun lepas.

Gua sarung. Masuk kaki kanan. Lepas tu kaki kiri. Sunnah.
Step akhir dalam proses pakai seluar ni ialah kancing butang, zip dan tali pinggang. Baru gua kerjakan prosedur pertama yakni kancing butang....

Hupp!!! Ketat~
Meleweh jadinya. Tegang kemain jahitan butang jadinya~




Mungkin gua ni manusia yang masih di peringkat tumbesaran. Tak bayi pun, koman2 remaja la gua kasi. Heh.

Senyum~

9 comments:

  1. hahahaha.bayi lah sgt...dh nak jadik bapak bayi dah..hihihi.

    ReplyDelete
  2. lambat jugak lu membesar...hahah

    ReplyDelete
  3. tang mana yang nampak remaja p0n taktau la.. haih

    ReplyDelete
  4. nak citer yang tuan punyer perut dah boroi arr tu...
    ~la~la~la~la~(sambil berlari-lari anak gajah)

    ReplyDelete
  5. mukadimah punya panjang lebar~ motif sbena nak bgtau perut dah boroi je, haishhh

    ReplyDelete
  6. awek muda la ktekan..
    oppss, sowi.. awet muda,hehe (^_^)y

    ReplyDelete
  7. tak sangka ko dah gemuk...
    maklumlah aku pun dah lama x jumpa
    ngan ko hahahaaaa

    satu pencapaian..............

    ReplyDelete