sebuah metode pembacaan teks ditunjukkan bahawa dalam setiap teks selalu hadir anggapan-anggapan yang dianggap absolut padahal setiap anggapan selalu kontekstual dan anggapan selalu hadir sebagai konstruksi sosial yang menyejarah
October 31, 2009
Dan Jugak Dua Puluh Entry Bulan Ni
Rabu itu hari gua balik kampung. Perjalanan terus menerus dari Kolumpo ke Terengganu memakan masa empat jam lebih sikit gua buat. Dengan hanya berbekal sebotol air mineral besar dan tiga pat bungkus makanan ringan, gua ibaratkan jaraknya hanya antara Melawati ke Greenwood. Macam Copin selalu buat. Lu orang bulih imajin sendiri gua punya penat stended apa. Penat memfokus kepada cara pemanduan dan perempitan secara intifada. Juga nak konsentret ke scene memotong. Nak2 di jalan persekutuan sepanjang Jerangau - Jabor. Thrill tak patut. Sebastian Loeb pun belum tentu bulih champion kalu main rally kat situ.
Sampai rumah agak2 sebelum jam lima, gua terus on ke dapur. Korek periuk cari nasik. Saki baki lauk gua kikis sampai haus periuk. Kasi lepas semua serakah lapar kat perut. Tengah2 sedap mentekedarah, mak gua balik dari ambik adik lelaki gua dari sekolah. Gua salam tangan kiri. Sambung scene makan2 secara kebulur.
"Zaidi kawin ari tu macamana mak? Sume beres..?" gua kasi ice breaking bertanya pasal scene kawin2 kazen gua seminggu lepas sambil mengunyah. Gua tau tak elok becakap sambil makan tapi tak elok juga kalu tak bertegur sapa dengan orang tua.
"Dah kamu bila lagi?" lain benor jawapan mak gua kasi.
Gua syak mak gua tak pass subjek Bahasa Melayu laa time dia sekolah2 dulu.
October 30, 2009
bile mama sorok teddy bear n bantal2 kecik
last but not least...thanks to blog owner....sbb bg gkah tulis dlm ni.....sori if i ruin ur reputation as celebrity wit my childish story!heeeee
October 29, 2009
Selamat Pagi Singular
Gua tido tilam kiri.
Singular bangun nak mandi.
Gua baru celik mata.
Singular tukar salin tuala.
Gua golek2 kat tilam.
Singular campak seluar tido dia pakai kaki.
Gua bau2 masam seluar tido dekat muka.
Jahanam~
October 28, 2009
Gua Rasa Nak Buat Entry Lagi
Ah. Lu orang kalu bagi teka2 tak sah kalu takde jawapan stended mangkuk2. Tak pun stended lucah2. Nak kena rotan tulang belakang??
Siap Prof. Samad Nawi pun masuk air ni apehal..?? hahahaaaa~
Sape Prof. Samad Nawi?? Gua pun tak tau..
Jawapan dia :
But Cik Sona yang kena tumpah ribena botol besar sampai bertakung.Ribena. Bukan sirap.Bau macam ketiak macha.
Penat nak ngemop but kete woh!!
*luca : terima kasih sebab bagitau pasal persatuan lu-gua malaysia. gua sibuk skang. nanti2 gua register. lu nak tolong registerkan kat gua pun bulih juga~
October 27, 2009
October 26, 2009
Sekilas Bolaspak Malaysia Siri II
"ini la org messia. bertuhan kan liga omputih sgt lu orang nih! bahaya weh. bawak2 kembali ke pangkal jalan!" - Darab Dua via facebook.
Gua pakai nasihat lu.
Keputusan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2009
24 Oktober 2009
| Kelantan* | KL Plus |
Jadual Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
| Kelantan | 8.45 mlm | Perlis |
Jadual Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2009
Sabtu, 31 Oktober 2009
| Perlis | 8.45 mlm | Kelantan |
Ayuhlah ke stadium. Sokong Terengganu. Tak rugi weh!
Bak kata Ken Worden "I'd told before that they play like a schoolboy but now I would like to make correction that the turtle now play like tiger~"
Ada game Liga Inggeris ke malam tadi??
October 24, 2009
Kompiter Muzik Bersama Robot Dada
Gua nak kasi lapan belas penerajang sama komposer dengan yang tukang buat klip.
Lu orang nak kasi apa?
October 23, 2009
Ini Lebih Subhanallah Daripada Sejadah Duduk

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
*gua copy sebutir2 dari emel ofis. a'ah.. tadek idea nak mengarang petang2~
October 22, 2009
Sekilas Bolasepak Malaysia
Suku akhir Piala Malaysia sukuan pertama.
Tapi, malam tadi gua baru tengok dia punya gol.
Subhanallah.. dia punya cantik macam buah Ronaldo. Empat puluh meter terus ke gol.
Nak kata apa lagi...?
"Saye maing sepak laju2 je. Gol ke dok wallohuaklam la..Saya ikhtiar je. Wat molek. Trening molek2.." - Zairo Anuar Zailani
Untuk rujukan sila ketik link kat bawah. Dan sila kagum.
http://www.youtube.com/watch?v=VZyMzKu64uo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=dwe3uGYwFIY
http://www.youtube.com/watch?v=KXyJzIkKuXU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=6RGIyK5aNSo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=VkwxJYyHmq4&feature=related
Dia punya freekick terbaik sepanjang karier. Sepak penjuru terus masuk gol pun ada. Subhanallah~
Dah nak sama stended2 orang putih dia punya bola.
Macam yang gua slalu buat jugak dulu2..
October 21, 2009
Kalu Kena Kat Lu Orang Nak Buat Macamana?
Yang buat ceritanya, gua terjumpa laa sorang staff Kolej British tajaan bumiputera yang juga tempat gua belajar dulu.
"Hey kau. Lama tak nampak. Buat apa skang?" tegur beliau. Memang tempoh gua pangkat2 student dulu main aku-saya-kau je. No heart feeling.
"Kerja la. Kat sana." Maaf lah. Gua tak cakap macamni. Gua kabor je nama kompeni gua. Tapi tak bulih tulis kat sini.
"Makan?" gua sambung.
"A'ah. Tenggelam terus kao skang eh.. Meh laa petang2. Lompat2 kat sana.."
Lompat2..?? Apa jadah..?? Lama jugak gua nak pikap amenda dia cakap.
"Ooo... tak dah. Dah retired lah." baru gua ingat ketokohan gua zaman sekolah2 kat situ dulu. Volibol. Ya. Bola tampar. Sebab tu sekarang gua memang giat tang aktiviti2 melepang ni~
"Oke lah.. nak makan dulu. Ada masa meh laa join. Main2 jer." memang pesen sopan sket dia ni. Rambut pun belah tepi.
"Oke..oke.. Jumpa lagi.." gua pun mempermisi. Bukan apa. Segan juga lama2 tak jumpa sampai lupa nama dia apa. Gua syak dia pun tak ingat nama gua.
Pukul 9:08am gua blah balik umah. Beliau masih lagi rancak pungpang sama kawan2 sejawatan gua syak. Haih.. pesen gomen sunggoh!
October 20, 2009
Lu Tau?? Gua Baru Je Tau Ni...
Cenderung ke kelahi pulak jadinya kang.
Satu hari yang agak kelmarin, Prosper ajak gua ronda2 naik taksi oren pegi opis dia kat Midveli. Dengan kondisi belum mandi balik kerja dan makan lompat tikam tanpa bayaran di Melawati, gua folo saja. Duduk dalam kete je pun.
Sambil melebuh ikut lebuhraya area Kiara, gua kasi nasihat dia satu kali.
Gua : Ko bawak laju2 kat sini bahaya laa dol. Banyak speed trep kat sini...
Prosper : Rilek la. Meter aku kan rosak ni haa. Macamana dia nak detect aku laju ke tak. hahahahaa~....!
Baru gua tau alat tembak2 yang polis pakai tu berfungsi dengan sekodeng meter kereta rupanya~
*fesbuk gua kembali jahanam. oh deng~
October 19, 2009
Dua Hari Fesbuk Gua Rosak
Buah pikiran pun jadi tak berapa nak ada.
Lu baca je lah entry pasal balong VWM kat blog Copin.



