April 14, 2011

VWM - Masih Ada Yang Sayang


Dulu gua ada citer VWM dah bela kucing. Gile. Gua carik2 balik entry, dah dekat 10 bulan Mya duk umah free2 tak bayar sewa. Dah laa tak bayar, makan minum pun free. Dalam masa tu juga la kami warga VWM bertungkus lumus ajar berak kat pasir beli, cuci tahi belakang tivi dan bawah tangga, jangan clubbing, jalan depan orang tua kena tunduk, tido tilam gua, mandi pakai shampu, jangan makan sampah, berjalan kaki dua, tempek diri kat dinding, panjat grill, nak makan jangan malu, menabung SSPN, cari kerja halal dan jangan jadi bohsia.

Dalam banyak2 misi tu, ada juga yang kecundang yakni bab2 bohsia. Kira2 sebulan lepas, sebelum episod sedih Singular meletak jawatan, gosip2 yang sebelumnya hangat diperkatakan bahawa beliau mengandung anak luar nikah akhirnya terjawab jua. Hampir2 nama beliau nak ditukar jadi Nora Danish. Kemuncaknya 3 budak comel berjaya dilahirkan ke dunia. Jangan terperanjat jika tangan yang memegang gunting mampu menjadi bidan. Chezzo berjaya membidankan Mya selewat 3:34 pagi dibantu Copin merangkap wartawan fesbuk lantas mengeposnya time2 tu juga.

Sekarang ketiga2nya dah boleh berjalan, berlari dan bermain. Tak lupa juga berak. Agak2 dah boring duk membusukkan bilik gua, mereka berkeluarga di bawah tangga pula. Syukurlah. Tak payah gua transfer jadi kucing. Kat sini gua nak kasi introduksi sikit ahli2 baru VWM - merangkap tributasi kepada bekas anchor2 VWM yang lepas~


Mya di zaman solid2 cun. Digilai kucing2 jiran.
Dan anjing biri2 juga.


Yang bongsu - Azrie a.k.a Prosper.
Perlahan tapi pintar. Pernah cuba menarik kotak spanar
pakai gigi.


Yang tengah - Samel a.k.a Singular.
Punyai masalah mata yang kronik. Seringkali meraba2
umpama Singular kehilangan spek.


Yang sulung - Arep a.k.a Arepsomat.
Besar. Taff. Gebu. Hyperaktif. Dan kiut yang hamat.
Suka buli adik2. Ketiak takde bulu.


Yang dokter - MM a.k.a Makwe Embeng a.k.a Cek Tunang.
Konsultan merangkap caretaker. Jarang2 datang jenguk. Hypersuka kucing.
Makan Friskies ni kecik2 dulu gua syak~






"Kalo orang tanya berapa orang duk umah ni, ko jawab 4 plus 4 la..." Singular betul.

"Haa..?" gua.

"4 binatang, 4 separuh binatang." Singular betul.

"Binatang lu!!" gua.

7 comments:

  1. gua suka jawapan tulus ikhlas zahir batin samel...

    weh....makin berseri cek tunang lu eh? kirim salam sama dia...

    ReplyDelete
  2. pehhh!! mmg adik beradek sungguh!!

    ReplyDelete
  3. ketiak takde bulu adalah sangat sensitip...jari tengah untuk lu...hahahahah

    ReplyDelete
  4. yg bongsu tu comel. gigit telinga dia

    ReplyDelete
  5. mya is now a mother..comellllll....hehe

    ReplyDelete
  6. tak sangka ko anip..bela kucing jugak. huhu

    ReplyDelete