Panggilan Haji...

November 20, 2009

Lu orang ingat lagu ni..??

Toksah bohong. Takat rangkap pertama bulih laa..

Dengar sampai habis pun blom tentu penah.

Mari dengar. Ni je gua bulih blanje. Nak seponser gi aji kang jadi isu pulak~



Hati2 dengan mamat baju melayu kaler peach tu.
Aksi beliau melampaui kemampuan manusia normal.

Ramai Je Orang Buat Entry Gambar Randum, Gua Pun Nak Wat Juga~

November 19, 2009

Apa kaitan objek sebelah kanan tu dengan isu Dr. Asri?

Sinopsis Bahang Ravina (Atas Permintaan Prosper)

November 18, 2009

Mengisahkan tentang seorang anak gadis bernama Ravina dari latar belakang kampung yang ingin hidup mewah dengan menjadi penyanyi. Bapanya seorang pemandu teksi merangkap anak ikan isteri bisnesman yang ada rumah di Platinum Victory kat Taman Melati. Ibunya bekerja sambilan menjahit baju di rumah dengan bulu mata panjang melentik macam sabut dan rambut dye kaler merah. Tapi sangat penyayang dan lemah lembut. Hot juga kadang2. Rakan2 Ravina ada tiga. Semuanya dari golongan up-up dan vog tapi selalu menolong Ravina. Dek kerana terdesak, Ravina meninggalkan rumah dan mengikut Dani, seorang komposer yang playboy (tapi hakikatnya di luar penggambaran beliau lebih ke pesen awww..gojess~) dengan janji2 akan dijadikan artis rakaman di bawah lebel Black Wings.


...


Ibunya berlalu pergi begitu sahaja tanpa memaafkan Ravina yang penuh kudis dan hilang nikmat berjalan dengan kaki. Nak jadi artis rakaman juga barangkali.
Tamat.


















"Ni.. tengah tengok cerita kat Estro Ria ni.. Bahang Vagina" Chez berbual dengan telefon.

Entry Berani Mati

Perkenalkan..



Makwe baru gua... Sheilla.

Nak Buat Entry Lebih Susah Daripada Goreng Wedges

November 17, 2009

Lu orang tau tak?

Hampir pat jam gua buka New Post ni...

Sampai sudah takde idea gua nak cerita.

Susah kan buat entry...?















*tak payah la buat. ye dok?

Darkk Ngan Macha

November 16, 2009

...


saje

nak

wat

entry

macam

ni.

menyampah

pula

tengok

gambar

budak

dua

ekor

kat

entry

tribute

to

peri

peri

tu

lama

lama

kat

sini.

besar

lak

tu.

.

.

.

hahahahahahahaaaaa~

Budak2 Umah Sibuk Siap2 Nak Gi Kenduri, Gua Sibuk Tacap2 Nak Gi Kerja

November 15, 2009

"Cepat laa wei. Dah lambat ni. Ko nak mandi dulu ke aku dulu?" Copin yang kelam kabut nak makan free kat kenduri. Walaupun dia tak kenal pun kenduri sape.

Blom sempat gua jawab...

"Alaa... mandi sama2 la. Cepat skit." suara dari depan tiwi. Chez.









Gua rasa nak tapakkan kaki kat tulang belakang dia.

Malam Bulan Dipagar Bintang

November 14, 2009

Buka http://www.google.com
Nampak ni~


"Hari bulan sedunia...!!" kata Daus.

Apa celaka?
Gua ketik kat Google tu. Keluar 'water on the moon'. kat tab Search.

Oooo.. saintis kapitalis jumpa air kat bulan. Bukan air sungai ataupun air sirap limau kurang manis. Jauh sekali air peluh Heliza. Ni jenis cecair dalam bentuk wap dan ais je. Belum tentu H2O.

Ah~ malas gua nak cerita. Lu terai ketik laa sendiri. Penemuan baru ni kata dia. Kesimpulan yang dia buat - bulan adalah planet hidup. Ada laa tu nak buat benda2 mengarut nanti. Macam dah bijak sangat nak lawan tuhan~

Membebel Macam Luca

November 13, 2009

Duduk setenbai kat opis dalam masa namblas jam sangat lama rasa dia. Untuk buat2 tak rasa bosan, gua selalu la juga jalan2 belog yang orang komen gua takpun yang folow gua takpun yang mana2 gua suka nak kelik ikut feedjit ataupun shoutbox. Tu pun kalu dah takde game nak main tak pun takde rancangan tiwi sedap2. Nur Kasih contohnya.

Tapi gua jadi auto menyampah kalu keluar je bunyi2 (biasanya lagu la. jarang2 bunyi raksaksa) yang entah mende2. Secara auto jugak jari jadi tangkas ketik butang pangkah kat tab Firefox ni. Dah banyak kali gua kantoi mengulor pasal ni. deng~

Gua pun macam Luca juga. Nak je sound barang sepatah dua. Tapi gua syak mereka2 ni akan reply macam yang Luca membebel tu juga. Jadi gua simpan je lah. Padan muka. Hilang potensi gua nak minat.

Tapi tak semua lah. Yang gua dah kenal tu jangan kecit ati pula. Lagu2 lu sedap Sela.

Lagi satu gua nak tambah sket. Yang pesen banyak wijet2 ntahapa2 pun gua cenderung nak menyampah. Yang pesen banyak katun gerak2 pun sama. Kalu ikut gua punya data empirikal, biasanya belog2 gini kepunyaan budak2 makwe baru naik. Yang pesen ambik gambar pakai kamera ensep 60 darjah dari atas. Nak load bukan main lama. Tak tau ke banyak lagi belog lain yang gua nak melawat. Dah buat gua macam setan kat situ. Membazir masa. Nak sound kang, demokrasi. Gua simpan lagi.

Nak kata belog gua ni pesen sedap2 belayar pun tak juga. Berat juga lah kalu nak komper ngan belog2 kosong tapi penuh ilmiah dan sedap2 membaca. Biasanya yang pesen otai2 lah. Tak payah laa gua kabor. Bukan apa. Gua dah timbang belog gua ni berapa dia punya kapasiti. Masih sedap2 nak buka. Lu orang terai lah tengok sendiri2 punya belog pulak.

Ni pun gua bulih dari makcik mana ntah gua jumpa time lompat2 tadi. Gua lupa nak amik address dia. Tapi dah mintak ijin. Maaf la ye.

















Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. http://inipaiseh.blogspot.com)





Powered by iWEBTOOL


Ini Bukan Gedik Tapi Cantik

November 12, 2009

Lepada lelaki normal, sila cair menonton anak gadis ini.
Sangat men'seduce'kan.
Gua bekenan benor time 0:28 tu. Menosok woh!
Nyanyi lagu Cari Jodoh lak tu. Kat yutiub dah ramai nak tolong.
Lu orang nak tolong juga ke?

Gua minat runcit2 je. Kes sekapal.
Tak sampai nak sayang2. Sampah je.
Kalau betul dia nak pun mak bapak dia blom tentu bekenan kat orang kampung keje kuli macam gua ni. heh!t



Prosper penah bacakan kat gua beliau ni ada penyakit. Hyperhydrolisis.
Penyakit banyak air. Sila jangan pikir bukan2 tanpa merujuk pakar kesihatan.

Gambar Bersetubuh Dengan Meriam

November 11, 2009

In conjunction gi Melaka aritu. Dak Daus ajak gi jalan2 ronda pekan Melaka.
Panasnya subhanallah.... "Kita kat Melaka ke neraka ni?"



Bersatu tubuh dengan meriam.
Bukan dengan Cik Meriam binti Mustafa.

Tribute to Peri Peri

November 10, 2009

Jangan baca entry ni.
Terima kasih Singular.




Gua nak tribute tapi tak tau nak kabor apa. Gua pun bukan kenal sangat budak Peri Peri ni. Macamana bulih rapat pun gua tak paham. Dia pakai obat guna2 gua syak.

Walimtulurus dia hari Sabtu kemarin. Dah dijemput tu tak sampai ati pula gua tak nak pergi. Kang tak jadi majlis. Lu patut terima kasih kat Daus. Dia tak ikut kalu, gua tak sampai kat dewan gerend tu. Ali Ketam pun cenderung datang sebab gua ada kut. hahahaaa!!

Terima kasih la belanje nasik beriani. Tapi gua tetap tak puas ati. Makcik tu bubuh sikit. Tak bebaloi pula gua wat kira2 dengan kos logistik. Nasib baik gua bulih supply sirap satu jag. Terima kasih lah Darkk ngan Macha.

Maaf lah Peri Peri. Gua tak sempat nak ambik gambor pengantin. Lincah kemahen. Terhiling2 ke situ sini. Apa2 pun Selamat Pengantin Baru. jangan lupa tutup pintu kete. Yang lain2 gua sempat jumpa ; mek Hanie, mek Yanie, mek Sakura, cik Liliyuli dan makcik Tasik Merah (ya. gua nebes. hahahaa!!). hai~



Dua kutu tetap aktiviti jumpa2 beloger Melaka.



Adiah asal yang gua nak kasi.
Tapi tak jumpa pula kertas nak balut adiah besar2 gini.



 
Design by Gua Alter Sendiri