March 31, 2010

Tiba2 Je Gua Rasa...

Duduk dua orang dengan Copin kat umah memang banyak buat gua rasa ganjil.
Semalam contohnya.Tiba2 je gua rasa...






























...lambat sungguh nak raya.
Tak sabar nak gi beraya umah jiran nombor pat ni.

March 30, 2010

Nak Tanya Sikit

.


Apa maksud
U!

- capital u dengan tanda seru~


.

March 29, 2010

Cap Ayam


Gua dah angkat satu ni malam tadi.
Harap2 tak kena pukul dengan ahli Persatuan Isteri2 Malas Nasional bila gua pakai di khalayak nanti.

March 28, 2010

Nak Ulas Bola SIkit

Biar menang besar dengan bantuan gol sendiri
tapi gagah duduk nombor satu.


Jangan menang sampai rabak gol lawan
tapi masih nombor dua.


Yang ni gua dah tak boleh kata apa dah~

March 26, 2010

Ada Lagi Brani Ajak Gua Join MLM?? (siri 2)

Sambungan aritu. Pun via es-em-es~


Mat Tai : Weh, esok ikut aku jap ek?

Gua : Takmoh!

Mat Tai : Aku ajak gi tempat baik ni. Bukan suruh wat menda pon. Ko tak rugi ape2 pon.

Gua : Takmoh!!

Mat Tai : Ko gitu la. Aku mintak tolong dengar je pon. Aku tak penah mintak apa2. dari ko sebelum ni. Aku mintak ko datang ni sebagai seorang kawan weyh..

Gua : Takmoh!!!




Tunggu2 pujuk rayu seterusnya...





Tadek dah.



Ciss..!
Tak mencabar langsung!!

March 25, 2010

Pintu


Baik tak payah buat pintu kalu macam ni.
Dindingkan saje terus.

Apa punya bengap la Persatuan Pak Gad bangunan opis gua ni.

March 24, 2010

Wah!!


"Besar gila shisha dia!!!" Singular.

March 23, 2010

Ada Lagi Yang Berani Ajak Gua Join MLM??

Melalui es-em-es bersama member skolah petang semalam.


Mat Tai : Ko keje bila minggu ni?

Gua : Siang. Apesal?

Mat Tai : Ikut aku jap nanti. Kalo ko tak gi kite putus kawan.

Gua : Korok! Ni aku baru masuk opis. Stat esok keje siang sampai minggu depan. Kamis je cuti.

Mat Tai : Ok la tu. Aku nak bawak gi tempat baek. Aku amek ko ka. Balik pon aku hantar la dol. Gi kejap je pun.

Gua : Tengok la. Jangan ko punya ceramic sudah. Aku yang putuskan kawan dulu.

Mat Tai : haha. Bukan ceramic da. Ni pakai internet. Ko mesti pandai guna kompiter. Lagi senang ko nak wat duit. Gi dengar je. Tak suruh join pun.

Gua : Takmoh! Gua anti sebarang benda melibatkan ceramah+buat duit!

Mat Tai : Kalo ko kawan aku, ko gi la. Aku ajak kali ni je. Pastu tak ajak dah. Ni last n first la aku ajak.

Gua : Cilaka....! Putus kawan!!







Pesen tak reti bahasa.
Ada lagi yang berani ajak gua join MLM??






*ok. ok. es-em-es yang last tu gua tipu. tapi dah taip. tak send je~

March 22, 2010

Gunung Bunga Buah Yang Dekat Hotel Seri Malaysia, Genting Highland


Macam tak biasa, gua malas nak cerita panjang2.



Sabtu.

Cadangnya nak panjat pukul tujuh. Pukul sebelas setengah baru sampai kaki bukit. Tak ada orang lain patut disalahkan melainkan tukang organize. Dah la suruh gua tunggu kat KL Sentral sambil pegang bunga. Senang nak cam kata dia. Serupa Mascherano perangai~

Parking Cik Sona kemas2. Baca doa. Mula.

Jalan jalan panjat panjat turun panjat panjat turun panjat panjat.. pat jam sampai puncak.

Makan.

Minum.

Tido kejap.

Pukul lima setengah setat turun.

Jalan jalan panjat panjat turun panjat panjat turun panjat panjat.. pat jam sampai bawah.

Pukul semilan setengah malam gerak balik dengan kondisi hepi2 walaupun ada sikit2 mood seram.


Dari puncak pertama. Dia punya kabus sangat pehhh
sampai xde view lawa2 nak ambik gambor.
Ada banglo tengah2 hutan belah sana. Umah Tok Batin katanya.




Dalam kete masa balik....

"Eh.. ko kentut ke tadi weyh?" Jo.

"La.. aku baru je nak tanya. Ingatkan ko yang kentut banyak2. Sepanjang jalan berbau tadi...." gua.

"Betul2 laa weyh. Aku tak. Busuk gile tadi tu..." Jo.

"Tak lah. Lepas maghrib baru aku parasan bau tadi. Haaa...." gua.

"Kadang2 ada bau macam kari jugak." Jo.

"Ada laa tu, Dah kita masuk tempat dia. Tak payah tegur lah." Kay, ketua jelajah.


Di puncak betul2 puncak. Terima kasih! Lu orang memang kull abis~
Kalu ada trip lagi dekat2 Kolumpo panggil gua.
Gua yang nombor dua sampai. Patutnya dah lulus nak folow lu orang lenkali kut.kehkehkeh~











*sangat bes feel panjat2 gunung. nak tau macamana, cuba tanya budak2 MU ari ni. macam tu laa dia punya puas~

March 20, 2010

Wifi Percuma

Di satu kedai makanan segera, kelihatan seorang makcik agak teruja bila membaca di beberapa ceruk kedai tu ada barangan percuma diberi. Cepat2 beliau ke kaunter semula bertanyakan makwe ambik order...

"Dik, tu ada tulis wifi percuma tu.. kat mana nak ambik benda tu ye???"





*Chez yang punya cerita. dia tipu, gua tipu la~

March 18, 2010

Tak Hagak Hagak

Petikan akhbar bahasa inggeris semalam~



...In one shop, the owner claimed some of the items confiscated were neck massagers and proceeded to demonstrate on Amin Nordin’s neck.

Needless to say, Amin Nordin was not convinced


.............................................


Heee~ Tak hagak2 dia punya ekskius~
Kalu tak sebab terpengaruh tengok Spontan, mesti pesen banyak tengok Raja Lawak ni gua syak. Tang lawak pakai props~


March 17, 2010

Koka Kola

Gua ada dengar2 berita malam tadi time mandi manda kat bilek ayer. Gua saja2 mandi. Bukan sahaja aku mandi!
Tak jelas sangat tapi gua paham2 lebih kurang macam ni la bunyi dia...

"The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat hari ini secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan. Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dengan pembinaan kilang pung pang pung pang... "
...masih kah.. ada sekelumit belas~ gua sambung mandi sambil berlagu nasyid




Alahai Pak Jib~
Mustahil sangat kalu dah lupa ataupun tak tau langsung perihal boikot2 satu masa dulu~
Kalu ye pun nak angkut pelabur banyak lagi benda tak menyinggung perasaan Ummah gua syak. Susu Cap Bendera contohnya.
Takpun kenapa tak majukan saja Radix Cola?? Mana 1Malaysia??

Gua harap berita ni tak sampai ke Palestin.

March 16, 2010

Gua Baru Nak Try

Satu hari yang dulu2, ada sorang brader bas kasi teka2 sama gua...

Lampu apa yang kalau kita pecahkan keluar orang?

Jawab lah!! Haa.. jawab.. jawab..
.
.
.
.
.

Ah!! Lambat laa lu orang!

Jawap dia : Lampu kat umah jiran. Try laa pecahkan time dia ada.

Gua baru nak try kat jiran umah nombor pat ni. Susah sikit sebab jarang benor beliau ada kat umah~

March 15, 2010

Gomo Chong Wei Gomo

"Agak2 Misbun tulis apa tu aa??" tanya Chez tengah2 sume klimaks menonton All England Akhir malam tadi. Memang liat juga budak juih dari Jepun nih! Singular dah awal2 bikin soundtrack dia - Kenichi juih... Kenichi juih.. Juih.. juih.. juih.!! (sama rentak dengan halimah)

.
.
.

"Dia saja2 tulis tu. Nak bagi hilang nebes.."

"Dia catat kata2 semangat. Satu... bersemangat. Dua.. dedikasi. Tiga.. Iltizam. Nanti masa break dia nak bagi motivasi kat Chong Wei."

"Dia prektis2 sain tu. Nak sain otograf kang. Dah menang."

"Dia bosan. Saja melukis. Gambor ayam. Rumah. Pokok kelapa. Bulat2..."

"Kalu lukis bulat tu mesti lama kan? Sebab kan susah nak bagi bulat betul2."

"Pastu sambil2 lukis bulat tu dia nyanyi - bulat kecik, bulat kecik, bulat laa besar~"






Tahniah Datuk Lee ngan Datuk Misbun.
Terima kasih juga student2 yang mari sokong. Kalu ada assignment tak siap tu pandai2 laa kowtin ngan lekcerer. Gi beli MC ke~
Tahniah Malaysia juga!

Gua nampak banner 'GOMO CHONG WEI GOMO' kat stadium semalam.
Global betul Kelantan!


*apdet : Prosper sanggup telepun gua bagitau lagu budak AF nyanyi tu bukan Azlan punya.. lagu Drama King sebenarnya. takut benor nama dia naik kat kad kuning~

March 14, 2010

Kalu Rancangan 5th Grader Tu, Gua Takde La Sampai Wat Jadi Entry

Biasa2 nya malam minggu, ahli2 dan bekas2 ahli VWM akan bermuhibbah sesama sendiri dengan main bedminten. Atau dalam prosa eksotiknya - Ritual Bulu Angsa. Championnya gua tak payah la nak kabor kat sini kut. Tak elok puji diri sendiri.

Tapi malam tadi, pukul semilan dua puluh gua masih sorang2 kat kort...



Abu kensel laa. Tadi pukul nam dia bagitau ada keje. Takbleh datang. - Mijie.

Asun ntah. Tak reply2 pun.. - Mijie juga.

Huhu.. aku balik ganu ni, semula laa - cekgu Basseri via es-em-es.

Aku x sure bleh attend ke x. Ibu jari aku bengkak sepak budak - cekgu Mawadi via es-em-es.

Tengok la.. Kalu larat aku gi. - ArepSomat.



Copin awal2 dah hilang. Padahal baru je balik ngepong pakai gua punya Incik Igo. Dah isi minyak tiga puluh dia kata. Gua pakai pecaya je.


"Bedminten pukul wape weyh?" Ude tanya sambil pura2 tengok All England.

"Semilan. Jom la.." gua jawab sambil tengok All England bersungguh2.

"AF minggu ni stat kan?" tanya Chez dari dalam salun.





Ciss.. Ciss.. Ciss..!!
Patut la!
Kalu rancangan 5th Grader tu, gua takde la sampai wat jadi entry~







"Ada mamat tadi nyanyi lagu Azlan & Typewriter, macam bapuk je wat2 gaya tangan tunjuk satu macamni..." Prosper yang datang lambat sejam kasi kritik budak AF time ngeteh lepas game.

Parah.. parah..

March 12, 2010

Tuhan Pun Ada Facebook??

Dia punya wall. Gua dah sensor nama dia awal2.
Takut2 ada yang gatal2 mahu add friend. Tak payah!!



Agak panas.. agak seksi.. maafkanlah~
Agak rare dia punya selera musik.




Dia punya hedshot.
Stok bangga2 je dah murtad.



Nah.. Rupa tuhan kerajaan langit.
Dah halal ni kalu kasi hentak tukul besi kat muka bertalu2~





Cepat ucap Astaghfirullahal'azim~

Dah kat seploh tahun dah kut polis duk cari masih tak jumpa2.
Hebat betul dia punya ilmu sorok2.
Ataupun Polis Raja Di Malaysia sibuk hendel benda yang lagi mustahak barangkali.

Lim Guan Eng contohnya~


apdet : cilakak!! jarang2 gua berlaku cuai gini gaya.. timekaseh kat yang perasan dan tulung kabor.. diam2 sudah. dah2.. dah sensor sume2 dah.. jangan mandai2 nak cari.. gua tejumpa pun cara kebetulan sahaja.. orang kampung gua panggil koinsiden~


March 11, 2010

Entry Empat Serangkai

Satu hari tu ArepSomat ada call gua. "Weh!! Aku dah dapat lima puluh sen!" eksaited sangat bunyi dia. Gua tanya laa lima puluh sen apa. Duit Nuffnang rupanya. Sampai gua bulih rasa dia punya puas ati sebab makin giat duk apdet blog dua tiga menjak ni. Berbaloi. Pastu duk eceh2 kabor gua lagi banyak dapat. Untuk pengetahuan, gua tak pernah lagi cash out Nuffnang. Sebab memang tak banyak (Macha & Co. Sila ambik perhatian). Gua bloging ni pakai niat nak tulis2 saja. Bukan niat jadi kaya. Macha & Co. mungkin tanya macamni... "Eceh! Yang duk bising2 duit ko tak naik tu, apa?" Gua mungkin jawab macamni "Saja mau kasi hip. Nampak sikit lu lagi up. Bulih tambah lu punya gembira. Kawan2 hepi gua pun hepi juga. Untung2 ingat member sikit, kasi adiah ke kadang2..." Macha & Co. pula mungkin balas macamni... "Poyo!!"

Pasal adiah. Gua selalu gagal dalam misi kasi adiah kat anak buah. Ulangtahun pertama, gua belikan kasut ada lampu kelip2. Tak padan. Tahun kedua gua kasi bantal otromen. Tak gagal mana tapi tak nampak beliau suka pun. Tahun lepas pegi Singapore gua beli baju. Dua kali pakai dah lusuh. Baru2 ni gua beli lori tangkup2. Pun dah selamat barai. Dan semalam ada bukan-gua-punya-kakak-ipar mintak tulung iklankan dia punya bisnes baju budak2 baby. Bulih ke http://qbabycollection.blogspot.com. Kira ideal sangat nak kasi adiah ke budak2. Gua ingat nanti2 pun nak soping kat situ jelah. Senang. Bisnes tolong Melayu.

Pasal budak2 baby. Dua tiga minggu lepas gua punya sifu potograper, Fender dah selamat jadi papa. Dapat anak jenis makwe2. Sampai sekarang masih tangguh mau pegi ziarah. Ntah bila baru bulih pegi tak tau lah. Bukan pe. Susah nak wat kira dengan ahli2 VWM nih. Masing2 kerja tak tentu hala. Yang pesen saja2 tak tentu hala tu selalu sangat la. Lagipun tak tau nak kasi apa adiah. Baju misti dah belambak. Nak kasi lens mahal kang tak relevan langsung dengan situasi. Tengok gambar je lah. Cun amat. Laila Nur Qaseh nama dia.

Pasal nama. Malam tadi Copin ada bagitau makwe dia, Sha nama Laila Nur Qaseh tu. "Takpe ke anak dia dah besar nanti pakai nama macam tu?" tanya Sha sebab tak penah dengar nama ada elemen prosa klasik macamtu. "Eh.. oke laa nama tu. Sedap pe. Fendi suruh panggil 'jangan ya Laila.. jangan terpedaya.. Nuuurr ya kasihhh..~' Sha nak tau? Dulu nama abang lain tau. Ayah letak nama abang - Abdul Shukor..." Gua yang tengah konsentret memandu jadi sedikit terpesong sampai langgar lampu merah.

March 10, 2010

Assalamualaikum Jiran~

Oh. ini bukan jiran di Wangsa Perkasa~


Balik dari mandi2 kat Ulu Yam dengan Copin kemarin, gua park kete depan umah jiran merangkap makwe yang tinggal solo kat umah nombor pat. Patpuluhlima darjah sahaja dari VWM. Sistem parking umah gua yang berasaskan sistem 'Park laa sape cepat' memang tak banyak menyebelahi gua semenjak dua ni. Baru dua tiga minggu ni saja gua berani tumpang paking. Tu pun sebab kat situ memang tak ada kete. Hanya seketul motosikal Kriss saja. Itu sepanjang pemerhatian Ude lah. Gua tak amik port sangat bab2 sekodeng ni.

Kebetulan.
Gua keluar je dari kete, tuan tanah tempat gua parking pun balik.

"Err.. tumpang letak kete sini ye? Parking umah dah penuh..." macam biasa gua punya pertuturan penuh budiman. Nak2 dengan jiran tetangga. Tambah pulak selama ni pakat bubuh saja. Tak sedap juga. Bukan apa. Tak ada jodoh lagi mahu bejumpa mintak izin cara rasmi.



Dia diam saja. Sorong motor masuk.
Gua tunggu.
Datang balik kat gua. Dia tutup pagar sambil kasi satu jeling2 manis sambil senyum2 tahap diabetis.
Terus masuk umah dalam lenggok suka ria.

Pehh!!! Bulih kasi jatuh gua punya hati.




Senang cerita gua pakai kata orang2 tua la.
Diam tu tanda dia setuju~



.......................................



Mungkin juga sebab beliau tak penah berjiran
dengan brader kacak badan solid macam Sanjay Singhania gini kut.
Gua sangka baik saja ni~

March 9, 2010

The 5th Grade History Question Is...

Who is the youngest President of United States?




"Theodore Roosevelt!" selamba gua jawab laju2 sambil tekan bazer.
Olivia dah senyum2 kat gua.





Takde ke progrem realiti yang ilmiah2 macam gini kat Mesia ni?
Asik2 progrem nyanyi2~




Classmate paling cun. Jarang sangat peserta ambik dia.
Jeles barangkali~

March 8, 2010

Meshuarat

Hari tu opis gua ada miting2. Grand punyer. Kat hotel. Miting staf dengan orang2 besar. Cakap2nya banyak hala ke prestasi dan pengurusan kerja. Gua selaku pekerja bahagian operasi tak berapa nak paham sebenarnya. Minda gua lebih banyak bertumpu ke budak2 banquet. Teringat zaman muda2 dulu gua keje dengan Yob Katering.

Tapi satu nasihat dari CEO ni gua tak lupa.
"To obtain a maximum performance, kita kena kreatif sikit dalam kerja. Berfikir di luar kotak. Like I said before, we should thinking...?"









"Like a frog!" satu suara halus dari belakang2.

March 4, 2010

Sebab2 Gua Selalu Salah Taip


Harap tiada lagi isu berbangkit lepas ni. Kalu ada juga, sila seponser dua ketul kibod kat gua. Satu wat pakai. Satu wat ketuk pale lu sampai bekudis.

March 2, 2010

Nak Pegi Showroom Proton

"Jom pegi showroom Proton kat Ampang kang." Copin buat proposal untuk progrem hari ni.

"Kat mana aa..?" serius gua tak ingat. Walaupun Ampang tu takde laa besar mana, tapi tak silap gua bukan satu showroom Proton kat Ampang. Tak kira 7Eleben lagi.

"Kat Jalan Ampang tu la. Yang tepi jalan tu. Ada display kete banyak2 tu. Pegi ngan kete ko lah." Copin kasi pedoman. Baru gua ingat. Lama gua tak lalu depan tu. Manjang je jem.

"Apesal pulak kete gua?" gua cuba buat2 tegas. Kuah nasi dagang kasi hirup sampai abis.

"Ye la. Nanti bulih laa Cik Sona jumpa member2 dia. Cik Jen ada. Mek Ana. Abam Neo. Kak Zora pun ada..."









Sekali sekala memang kretif tahap musibat juga mamat ni punya kepala otak.

March 1, 2010

Jarang2 Gua Keje Syif Jadi Penat Macamni

Jarang2 gua keje syif jadi penat macamni. Masuk hari ni dah tujuh hari gua keje 12 jam dari tujuh ke tujuh. Satu problem kecik kat wilayah selatan buat hidup sebilangan staf kompeni gua jadi huru hara. Termasuk gua. Biasanya kerja gua rilek2 saja. Masuk ofis. Periksa email. Tengok alarm sistem. Seterusnya ke blog, fesbuk, youtube ataupun tiwi. Tu kalau tak ada aral melintang lah. Kalu ada problem pun tak laa makan hari sampai lima macamni.

Pagi tadi pukul berapa terlelap pun gua tak pasti. Paling last yang gua tekejut telepun duk bunyi. Patner gua tengah engej jawab telepun lagi satu. Tengok jam pukol 5:26am. Bangun kejap jawab telepun, gua tido balik. Biar turn dia pula buat kerja. Dari malam duk mengadap T-Ara saja. Tak pun SNSD. Tak kena langsung dengan rupa bengis beliau. Biar la dia pula hendel. Lagipun gua respek sama senior. Kasi can.

"Tido molek2 skit laa weyh." pesanan khidmat masyarakat dari beliau. Ibarat Marjina dimerdekakan, gua apgred cara tido kasi masuk kelas ekonomi. Kerusi susun dua. Badan kasi sandar. Kaki naik melurus. Biasanya kalu takde apa2, gua dah bantai tido kelas bisnes ni. Kerusi kasi empat. Baring terus. Siap bantal dengan selimut. Nak lagi hip, pasang lagu kegemaran ikut youtube. Tak pun DVD.
...
..
.


"Woi..bangun woi. Dah nam setengah!" patner gua kasi sergah buat gua terjaga. Baru nak buka pintu minda mau terjah alam mimpi. Bagus juga tak sempat. Kalu tak, sampai staf normal hour masuk, gua masih lena diulit syaitan. Dah 2-3 kali jadi. Mari tebal juga muka bila tengok orang lain pakai smat2 pagi Isnin, gua pakai pelikat. Gua gegas ke toilet. Gosok gigi. Wuduk. Solat subuh dua rakaat. Bukan apa. Kadang2 ada juga mari terbabas jadi tiga rakaat. Mamai.

Lepas hand-over keje kat rakan2 sif siang yang baru sampai, gua siap2 mahu pulang. Beg kasi kemas. Sweater kasi pakai segak2. Taik mata kasi buang dalam tong sampah. Deodoran gua tak lupa. Keterampilan kena jaga walaupun tak mandi. Perjalanan dari ofis gua ke parking takde jauh mana. Tapi dah pagi2, misti betembung dengan macam2 pesen orang yang pasti pakai smat2 dah mandi pakai perfume sedap2 mari kerja.

Sampai parking, Incik Igo gua kasi panaskan. Jaket Givi kasi sarung. Walaupun kepala masih belum steady 100%, scene cilok2 memang takde masalah bagi gandingan kami berdua. Umpama ular orok2 memburu beruk lagaknya.

Brennnggg!!
Gua kasi pres satu kali. Sorang dua makwe duk tengok2. Tak penah tengok brader segak2 naik moto comel2 la tu gua syak. Tongkat kasi angkat. Helmet kasi betul bagi nampak rider2 sikit. Tiba2 mata gua tersangkut tengok jam kat tangan. Jarum panjang tunjuk nombor sebelas. Secara sifirnya bermaksud pukul 6:55am. Gua jadi kaku beberapa detik.

Oh! Takpe. Nasib baik gua cepatkan jam tu lima minit.










Sampai berhenti kat simpang trafik light pertama, gua mari berpikir semula. Mungkin otak sudah cerdas kena udara segar pagi hari cap Bangsar.

Nasib baik jadah nya..??!!
Maksudnya gua punch out sepuluh minit sebelum pukul tujuh!!

Jahanam~