June 30, 2010

VWM

Luna Maya. Peterporn. Lubang ectasy. Pemerdagangan orang. Court badminton. Cut Tari. Kelawar. Disko. Barang baek. Meja ping pong. Siti Safiyah. Dapur ganja. Dusun durian. Drum sekenhen. Pramugari. Sportrim lapan belas. Wan Nur Azlin. Enjin bot. Braces. Molotov cocktail. Prostitution. Teski merah. Ali kimia. Bar Toilet. C4. Hasselblade. Harley Davidson. Chempiang. Pendingin hawa 50 kuasa kuda. Teks ceramah Anwar Ibrahim.

...semuanya tiada di sini.


Ya.
VWM dah ada blog sendiri~


Para jurnalist yang terlibat.
Ada yang bujang, Ada yang tak bujang. Belum ada yang duda.

June 29, 2010

Sebab Gua Suka Bercakap Dengan Hujan Petang2

"Jom laa weh...!" Copin dah mula naik angin manja2 tengok gua maseh tot tet tot tet berpesanan ringkas. Hujan kat luar makin lebat bersama angin kepul2 tamil. Daripada duduk saja2 kat rumah takde buat apa selain pasang lagu kuat2 macam aristokrat, gua ajak Copin pegi membeli belah cari beg ala Kero Keropi untuk gua ke tempat jauh minggu depan.

"Wooo.. lebat gile~" gua kagum dengan kejadian tuhan bila sampai di muka pintu. Copin dah stenbai dengan payung awek2 mahu ke kereta beliau - Cik Eli.

"Ko pegi laa amik kete. Aku tunggu sini..." getus gua bila tengok Copin masih berpayung tengah teduh tunggu gua. Lagaknya mahu ajak berpayung sekali. Gile! Macam....

Baru laa beliau gerak. Gua simpan siku balik kemas2. Kalu buat2 tanya lagi tadi harus dah lekuk kepala beliau.

....

Cik Eli dah di parkir. Gua masih di pintu.
Jaraknya kira2 dalam 4 meter. 2 teduh. 2 hujan.
Lebat. Macam sembang budak2 MLM.
Kalu orang2 biasa ni memang lenjun juga kalu kena.
Dengan dressing smart2 nak gi Kolumpo, takkan nak basah2 pula. Rugi la seringgit gua punya perfume.
Gua pasang kuda2.
Nafas gua tarik dalam2. Pernafasan biar kena. Baru laa menjadi gua punya jurus cilok hujan.

Dengan sekali henjut gua dah masuk dalam kereta. Tangkas tak patut.

Bukk!!

Pintu kereta gua tutup. Beg2 gua kasi letak belakang.
Rambut gua kembali spak ke tepi. Masih kacak.

Copin masuk gear gostan.
Gua pandang depan. Ada sesuatu yang tak kena. Sangat tak kena.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!!!" spontan gua menjerit. Nyaring juga iras2 Kris Dotri.

"Apesal? Nape weh..??" Copin yang memang pesen mudah kelangkabut dah jadi kalut tak tentu hala.

"Tu~" gua muncung hala ke rumah.






Pintu maseh tebuka~
Sekali lagi gua kena kelahi dengan hujan. Demm~

Oren

Bukan pasal oren gila yang bercakap tak berenti2 tu.
Musim bola ni. Oren adalah Holland.
Welkam to de Klab of 8.
Wisyulak minggu depan lawan tim sambal kuning.


Gua dengar2 ada sorang blogger otai muka macam brader Oren ni.
Bleh tahan juga lu eh.. Abam Pit?

June 28, 2010

Football Is Going Home

Bolasepak dah dihantar pulang ke tempat asalnya. Biar orang lain yang lebih terer saja yang mainkan. Pemilik asal dah muak dengan bolasepak barangkali. Atau mungkin juga sudah menganggap mereka yang mencipta, maka tak perlu nak wat balik piala berat2. Susah nak lepas kastam kang.

Siriyes. Gua terkenang World Cup 1998. Skuad paling berumur dalam kejohanan edisi tersebut adalah Jerman. Kalah di suku akhir menentang Croatia. Masa tu tak terbayang macamana skuad 4 tahun selepas tu. Maikel Ballak pun baru kluar akedemi Leverkusen masa tu gua syak.

Sangat berbeza dangn skuad 2010, purata umur dalam skuad Jerman adalah 24 tahun (baya2 gua je). Dan tengok sendiri macamana budak2 ni ajar negara asal bolasepak main bolasepak dengan cara moden-kontemporari. Lain macam sedap dia punya rhythm. Sekejap sangat pula 90 minit tu gua rasa. Tengok Mentor sekejap pun gua dah tukar cenel sambil menyumpah2.




Dan jangan lupa juga. Sape yang tengok game malam tadi,
sila rasa bertuah sebab dapat menyaksikan secara live fenomena
yang sangat jarang terjadi macam ni. 4 tahun sekali pun susah mau jumpa.


Oh ye.
Gua sokong Uruguay juga.
Pengadil berbudi, gua berbahasa.

June 25, 2010

Tragedi Nasik Ganja

Balik solat Jumaat, gua singgah beli nasik ganja kat2 umah. Lama sangat dah tak mengganja. Semenjak gua ngan Singular makan lupa nak bayar tiga bulan lepas.

Tengah2 gua menunggu, datang satu pakcik dressing smart2 opis.

"Enam eh!"

"Tunggu ayam jap boleh?" kata akak tukang bubuh sambil mulut muncung2 hala ke kuali menggelegak berisi ayam rempah. Tangan takde buat apa pun. Pesen malas.

Pakcik tadi mengangguk2. Series tak patut.

Tiba2 beliau datang dekat...

"Ayam tu kena goreng api kecik. Baru masak sampai dalam. Tu duk pasang api besar2 tu dalam dia tak masak nanti tu. Luar je hangus." slow dia kompelin. Gua senyum mengangguk. Memang manis.

"Kuah asing ye." beliau mengarah ke akak tukang bubuh pula.

"Semua?"

"A'ah. Semua laa.." dahi sudah berkerut2.

"Bawak ke opis. Belanja budak2." sekali lagi beliau cuba berbual dengan gua.

"Oooo.." gua respon. Sikit. Tangan yang dari tadi duk pelok tubuh gua alihkan ke belakang. Respek.

"Budak2 opis tu selalu je saya belikan makan ari2 Jumaat gini. Sedekah. Tapi diorang tak tau bersyukur. Ada je benda tak kena. Budak2 skarang ni tak sah kalu tak lawan bos..." beliau merungut lagi.

"Nah tiga." akak tukang bungkus steady je mencelah.

Gua ambik.
Gua bayar.
Gua blah.

Tak pasal2 gua terpaksa kongsi dosa mengumpat lepas balik mesjid. Demm~

June 24, 2010

Selesai Satu Pusing

Berlawan dengan tenang macam adiwira.
Tak ada kad2 kompaun dari pengadil. Terima kasih.
Adik beradik Boateng tak ada nak kelahi2.
Tak ada permainan merepek buang masa kat ujung2 macam pasukan British-Italian.
Kapten-Abam Lahm sangat eksilen. Dah laa comel2 macam gua.
Jerman 1 - 0 Ghana. Juara kumpulan yang steady tak patut.


Abam Ozil. Jambul kaler kat depan. Ekor panjang. Pakai sweater snowcap.
Memang pesen budak2 baru menaik. Nasib baik pakai juga gua punya nasihat
suruh potong pendek spak tepi. Kan dah boleh sepak laju2 sampai gol~



Dua puluh tujuh Jun. Ahad.
England??
Gua sengih je la. Abam Klose dah tak sabar nak menanduk~


June 22, 2010

Cari Jodoh

Gua dah dalam dilema ni.
Kadang2 menyumpah2 nak belasah pakai belakang kapak je mamat ni.
Kadang2 mari pulak rasa humor tahap super.

Lu orang tengok je lah~


Lagu band2 lokal bile lagi..?

June 21, 2010

Rebel


Gua ingat kena botak juga la baru bleh rebel cara true.

Dan simpan jambang sikit.

June 18, 2010

De Javu~

Kein Glück .. Wir werden das nächste Spiel wecken. Ghana ... Fonds.
Ein Mittelfinger vor Gericht. Damn!


Quelle~



June 17, 2010

Gua Rasa Status Fesbuk Gua Hari Ni Sangat Ilmiah

bila naik lif sama dengan encik pakai kopiah tadi, dan beliau berenti kat level cafe, laju2 mari persoalan dalam paleotak gua... brekfest ni satu sunnah ke?


Jawapan :
sarapan yg mengikut sunnah nabi bukanla bekpes.tp melakukan solat sunat sebelum subuh....:) dan kemudiannya bersolat subuh.. dan ketika waktu pagi.. bekpes baginda ialah solat dhuha... jd bekpes mkn2 tu.. hanyalah mengalas pewot shj utk tmbh tenaga.bknlah sunnah.wasallam..-----gigih aku google cari jwpn!!!! - Fatin Nabihah.

Trimekaseh~

June 16, 2010

Temerloh Hiway


Belek gambor lama2 dalam gua punye ensep murah-tapi-canggih, tejumpa gambor ni. Tak silap gua kat RNR Temerloh ni. Ada pakej berak sambil makan cukelat. Harap warga Temerloh seperti Copin boleh tolong jelaskan.

June 14, 2010

Torgala im Auftaktspiel gegen Australien

Mit dem erhofften Erfolgserlebnis und tollem Offensivfußball ist die deutsche Nationalmannschaft am Sonntag in die WM 2010 in Südafrika gestartet. Gegen Australien setzte sich das Team von Bundestrainer Joachim Löw ungefährdet mit 4:0 (2:0) durch.

Dank der Tore von Lukas Podolski (8.), Miroslav Klose (26.), Thomas Müller (68.) und Cacau (70.) übernahm die DFB-Auswahl gleichzeitig die Spitzenposition in der Gruppe D vor Ghana, das am Nachmittag in Pretoria die Serben mit 1:0 geschlagen hatte.

Der Kommentator sagte: "Die meisten produzierenden Eröffnungsspiel"


Löw : "Das gibt uns noch mehr Selbstvertrauen"
Mijie : "Hanif Karim NAin Triplet Azrie Hafiz Es lohnt sich wirklich
um ein Deutschland-Anhänger .. Fuck the England Hooligans werden"





June 12, 2010

Bola Bola Sudah Mahu Mula (tiga)

Belum tendang dah menang~


Friday June 11, 2010

Germans: We are beautiful

BERLIN: Germany have already won at the World Cup before a ball has been kicked – their jersey is the most attractive of any of 32 qualifiers in South Africa, at least according to a poll of German fashion experts.

The white shirt with black trim emblazoned with the badge incorporating the German eagle finished ahead of Greece and Brazil.

But the fashionistas took a dim view of the white shirts of the United States and England, which finished bottom of the survey and were judged to be “more suitable for baseball and tennis”. — AFP



Pekena pula dengan body solid gua memang senang2 bulih menang tanpa
bertanding lah.
Puak England amacam?? Kalu rasa nak ada kaler2 jugak
meh sini. Gua bulih kasi bubuh kaler tiga line pakai marker.

June 10, 2010

Bola Bola Sudah Mahu Mula~ (dua)

Rejister kat sini >>> Kaunter Pendaftaran


Ambik nombor ni >>>
215342-51402


Masukkan kat sini >>> Kaunter Masuk Bertanding




Selamat berlawan. Duduk bawah gua diam2~
*abampit...!! ada brani..??


...........................................................................................



Gua : gua in.. lu jgn goyang plak~

Dzulhafixi : gua x minat dangdut..



Pesen tak reti bahase.
Nasib baik beliau punye liga.
Gua hentak kang jadi hala ke derhaka pulak~

June 9, 2010

Bola Bola Sudah Mahu Mula~

Walaupun ada banyak supermen kaler oren dari
negara susu Cap Junjung~



Walaupun abang2 baju putih buat2 gagah tarik batu pakai tangan~


Walaupun bleh petik bintang kaler ijau sambil nyanyi lagu...
"Ku petik bintang- bintang, walaupun banyak halangan~


Walaupun kaki dia kebal boleh sepak2 bola emas 78 karat~


Walaupun ada tiga pahlawan maouse kittiers~


Walaupun pura2 gagah dapat lawan tiga lembu~


Walaupun kakinya banyak macam tuhan hindu~



...pasukan hitam putih juga bakal juara.
Tengok saje lah~



*err.. abaikan nombor 13 tu.. sila tukar ke nombor lain.. brader gagah nombor 13 tu tak main. kaki kena sengat tebuan katanya~

June 8, 2010

Kruk.. Kruk..

Kaki kanan.. Satu.. dua.. tiga.. pat.. krukk.....krukk..

Kaki kiri.. Satu.. dua.. tiga.. krukk.. krukk.. pat.. lima.. krukk.. nam.. tujuh!

Perut.. Satu.. dua.. kruk.. krukk.. tiga..

Lengan kanan.. Satu.. krukk.. krukk.. dua.. tiga.. pat.. krukk. krukk...

Lengan kiri.. Satu.. krukk.. dua... krukk... krukk.. tiga...




Menjak bila gua jadi sensitip kena gigit semut ni pun gua tak tau.. Kalu dulu banyak kes semut patah gigi sebab tak lut nak gigit2 gua.. Skang ni dah bintat2 gua punya anggota badan jadinye. Terjejas gua punye kesolidan. huh!

June 7, 2010

Outdoor


Abaikan kondisi gambar yang diambil secara desprate dari seat drebar. Tumpukan pada pasangan pengantin tengah posing untuk album kawen mereka. Pose. Lighting. Struktur bangunan. Sume dah oke. Cuma yang gua takleh blah bekgrond dia yang kaler merah tu. Perlu ke masuk gambar? Hebat betul penangan Dr Rozmey. Harap brader Luca boleh huraikan serba sedikit tentang kepentingan beliau dalam kehidupan.
Lokasi di Kg Cina, KT.

June 4, 2010

Balik Kampung Bersama Prosper n Co


Ko balik ni, stenbai je la. Kalu ada yang tanya bila, ko jawab je bulan depan ke. Takpun ko menyorok je dalam bilik esok.
Nanti sampai umah buat2 biasa dah la. Senyum2 sikit. - nasihat ala mintak kaki dari Prosper.




Cilakak!! Bile masa pula gua goyang woi..! Adek gua betunang je pun..

June 2, 2010

Koin


Mengodit 3 tabung Gatorade gua semalam. Dalam tapewer biru koin 50 dan 20 sen. Kira2 dua ratus setengah. Yang tesusun tu 10 dan 5 sen. Ada dalam lapan ploh. Dah lepas sangat nak bayar sewa umah dengan sabun basuh dan ubat kumur. Tu blom campur 7-8 keping koin Singapore, Siam, koin singgit emas sama token videogem.

Yang gua murka sikit tang koin merah2 tu. Ada dalam belas2 ribu keping juga. Apesal takde sape bagitau gua matawang ni dah tak pakai?



Err.. Kalu gua anto kat besi buruk agak2 bulih hasil dok?

June 1, 2010

InsyaAllah~

Video klip terbaik untuk lagu terbaik...



Jarang2 ada video klip yang bulih sentuh gua punya jiwa bahagian
dalam2. Maher Zen memang terbaik oh!






*entry ni gua nak publish hari Jumaat sebenanye. toyol kuning pula buat nakal tak tentu hala tak nak publish entry pasal koin gua semalam dari ensep. gayat la tu. demm!!!