December 30, 2011

Year End Entry

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!

*****

Ok. Tu entry makwe embeng.
Bawah ni entry gua betul2.

*****

2011 bakal berakhir. Macam2 perasa ade. Masam-manis-pahit-tawar.

Alhamdulillah masih bernyawa, masih bernafas, hidup lengkap dgn adanya suami isteri, mama abah, mertua, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan-kawan. Keluarga yang bertambah besar!

Syukur
Syukur
Syukur


Can't wait 2012. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah. *tears.


Terima Kasih Allah!



*eh! sama lah~







December 28, 2011

Ombak Besar


Fenomena ombak besar kat Pantai Dungun ni dah lama gua tahu sebenarnya. Zaman gua sekolah2 lagi gua tahu ombak kat situ dah ganas2. Sekolah gua betul2 kat tepi pantai Dungun tu.

Satu malam lepas abis periksa SPM, gua melepak kat rumah Toy - budak skolah asrama penuh yang rumah mak bapak dia kat Dungun tu jugak. Malamnya keboringan, jadi gua ajak dia jalan2 kat tepi Pantai Teluk Lipat kat2 situ.

KECEBURR...!
KECEBURR....!!

"Fuhhh.. kuat gile ombak ni kan?" gua bertanya secara eksaited pada Toy. Jarang sungguh gua bulih tengok peristiwa bersejarah gini. Kampung gua takde pantai. Jadi takde ombak. Sebab tu gua tak reti swimming. Kalo mandi parit baru laa dapat ongbak dari abah gua.
"Ye..." sepatah jawabnya sambil terus mengunyah singgam.
"Jom balik. Kang mak aku kunci pintu kalo balik lambat2. Puii!" tambah beliau. Singgamnya dipuikan ke benteng. Sape2 terpijak, sila maki.

Begitulah serba sedikit cerita gua tentang ombak besar kat Pantai Dungun.





Ini gambor terlatest dari tempat kejadian.
Ihsan Akif Fikri.

December 14, 2011

Abam Mirull



Sikit punya lama kan nak up kat blog? kihkihkih..

Ni ceritanya...

Hadiah daripada abam baju merah a.k.a Abam Mirull.
Belum bukak lagi gua dah tau sape kasik.kahkahkahkahkah~

December 13, 2011

OngBak Rindu

Sejak bila pula mengaji al-Quran ni jadi cabaran?
Epic fail!





*lagi reviu bagus2 : pidomat | sinaganaga | fynnjamal | myramiracle |

December 9, 2011

Football Friday




Sebelum bangkrap


Selepas bangkrap


Lejen sepanjang hayat. World cup kat Itali pun orang Itali sokong
Argentina pasal pakcik nih. Footie sikit flesbek dia punya power...

Sama je power main dengan power tipu.



Ultras paling kental. Pesen suka main bunga api.
Harap Malaya punya tak kecik ati.


Partner paling power main bolo atas muka bumi.
Yang kiri tu, semi final World Cup tahun lepas. Dia main je Uruguay skor banyak.
Yang tengah tu tukang hantar Itali balik awal World Cup tahun lepas.
Yang kanan tu errr... sila salahkan pakcik kat atas tadi. Dia yang tak kasi brader ni main.

Footie sikit...

Lanun2 Kota Naples.


Ya.
Gua penyokong tegar SSC Napoli - team paling power tapi sedang2 saja populernye.
15 kali menang UCL. Gua manager.
FM08 la tapinya.









Sementara itu di Inglen, bedahsiasat mendapati bahawa...

Banyak laa team Eropah tukar kaler jersi lepas ni dok?

December 8, 2011

December 7, 2011

December 6, 2011

Talkless Tuesday

Brahmam ni sape?

December 1, 2011

Bimbang

Cilakak! Macam blog bolo-boloan pulak dah. Berunut2 entry bolo. Semoga nanti gua pun dapat join Goal.com cawangan Malaysia. Amin.

Ok. habis entry bolo2. Ni entry makwe2~

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda....



xoxo~

November 28, 2011

Malaysia 2 - 3 Bahrain

1. Tengok line-up takde Adiwira hakk-ptuihh. Alhamdulillah. Hari baik kan. Kurangkan laa maki2 tu~

2. Start game, 50-50. Nampak cahaya di hujung jalan.

3. Nazmi 'wonderkid' Faiz skor dengan screamer. Tindakan tepat selepas beberapa kali nak cucuk bola masuk petak penalti susah macam nak cucuk lubang jarum tengah blackout. Salut satu!

4. Elok juga Wan Zack injed. Dah habis gas dah gua tengok. Terhiling2~

5. Masuk seken half je gua dah tak sedap ati. Macam biasa, bulih kata 100% corak permainan berbeza dengan first half. Susah sangat ke nak menten woi? Ni kalu dalam FM bulih kata fatigue sume2 bawah 10. Barai tak patut~

6. Malaysia skor gol nombor 2. Ramai kata Mahali. Sebenarnya, kalu perati betul2 tu own goal sebab kena kaki defend nombor 3 Bahrain lepas bola lantun ke tanah. Kredit lah juga untuk Mahali. Share2 dengan kiper Bahrain.
-AFC.com

7. 10 minit terakhir bulih kata disaster. 6 minit team lawan bulih skor 3 di mana Malaysia ambik masa 60 minit untuk skor 2. Bladihell?

8. Ramai sedih. Ramai kecewa. Ramai berdukacita. Tapi untuk sapa2 yang celik mata (baca : yang pesen kalau menang pun kutuk (baca : kritik)), takde nak dukacita sangat pun. Bak kata otai Lucius, Tahiland yang menang 8 kali pingat emas Sukan Sea dgn 3 kali Piala AFF pun tak kemana2 bila ke luar Asean. Pikir tu~

9. Geng adik2 Kempen Pakai Jersi Malaysia Atau Jersi Pasukan Tempatan Setiap Hari Sabtu melancarkan perang fesbuk ke atas abang2 di Sokernet. Fun betul!!

10. Untuk media2 sensasi (baca : murahan) yang duk jaja cerita pasal Apek tu, bulih pegi mampus. Gua layan bolo.

Baso nate beruk sungguh la puok2 ni~


November 23, 2011

Malaysia 0 - 2 Syria

Sume pun dah tahu yang Champion Asia Tenggara kalah game malam tadi.
Gua dah agak.

Ramai kasi bekap itu team kata penat lawan Indon dgn schedule ketat (4 game seminggu).
Gua dah agak.

Fesbuk tak kecoh macam tempoh Sukan SEA aritu.
Gua dah agak.

Wira keyboard Indogs dah senyap.
Gua dah agak.


Ulasan gua :

1) First half gua agak tekejut dengan corak permainan. Kemas. Posession 52-48. Ball control pun banyak. Cantik. Mausk second half gua jadi terkujat. Dah main macam Malaysia balik.

2) Defend barai gile 2nd half. Baru terasa takde kelibat Fadhli Sas.

3) Sume player Syria sujud syukur lepas dapat gol dan lepas game. Malaysia ada aritu?

4) Mati2 gua ingat syria ni jenis arab hitam. Tak sangka macam omputih. Dah mcm Real Madrid away dah sekali imbas.

5) Adik Nazmi tetap power. Cuma ujung game dah nampak sangat penatnya sampai barai.

6) Ramai tanya pasal apa Badroll (baca : gua) takde. Lepas buat siasatan, skuad Olimpik ada sikit lain dengan skuad bawah 23 rupanya. Skuad Olimpik mensyaratkan pemain berumur 23 tahun ketika peringkat akhir berlangsung 2012 nanti. Bermakna, pemain yang masuk umur 23 tahun ni tak layak main untuk Olimpik tahun depan (kalo layak laa) sebab otomatik umur dia jadi 24 tahun depan. Betulkan kalu gua silap.

7) Dah lama gua perati mamat nama Mahali ni. Game dia bagus. Tapi sesekali dia cirit tu rasa macam nak masuk padang kasi terajang kat tengkuk. Mistake budak skolah. Pandai buat overlap tapi x pandai nak turun balik laju2. Nak main fancy tapi barai. Kadang2 laa~

8) "Nelan pemain ini..." komen Hj Bullah tentang Zubir Azmi. Epik!

9) Apek menten power.

10) Ramai kabor tunggu Ahad ni (vs Bahrain) untuk tengok prestasi sebenar. Takpe2... Gua tunggu~

11) Fakri dgn Pahang ada persamaan. Dua2 FAM sayang.



Tokkey nak harap kawe jugok gi skor gol weyh!


Bangang Lagi

Udah2 laa tu kutuk adiwira nombor 13 ye. Simpan untuk esok. Lagi enak kalo dia main laa malam ni. Lagi banyak modal.kihkihkih~
Ni ada lagi satu spesis bangang. Ntah ada akal ke tak buat kerja nih.



"Adakah pemain akan terbuai dengan kemenangan ini?"
"Kenapa tiba lewat?"
"Bagaimana dgn masalah..."
"Perlawanan (kelayakan Olimpik) lepas ni dianggap penting tak?"


Satu jari tengah untuk wartawan bangkai macamnih~

Epic win OKS!

November 22, 2011

Malaysia 1-1 Indonesia

Malaysia menang penalti 4-3.

Apa bangang kasi berita macamni. Sume dah tau kut.
Tapi yang ni tak ramai yang tahu...

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - OKS to Harimau Muda before games.

Terer betul pemahaman budak2 nih. Walaupun ada yang belum ambik SPM paper BM, pemahaman tetap power. Yang paling super power dia tak lain yang nombor 13 tu lah. Macam orang gile duk mengamuk terhiling2 tak tentu arah. Feel lebih tu kut. Kalu cikgu rait tu kompem markah penuh siap dapat bintang. Hakk ptuihh!!


"Ish dia ni, asik mengutuk je. Kan dah menang tu. Dah2 laa..." makwe embeng usai perlawanan. Mata maseh tak berkedip kat muka buku.

"Huh.. dari tadi lagi dah boleh menang sbenarnya. Menang besar. Bangang nombor 13 tu je yang nyusahkan sume orang... Bangang! Bangang! Bangang!!!" ujar gua sambil kasi tapak kaki kat muka tiwi.





Pagi ni di opis...


"Udah2 laa gaduh pasal bola. Tak guna gaduh ni. Tengok makcik rilek je. Makcik Inmal. Indon-Malaysia. Dua2 sokong.hahaha... Yang ni pakai?" sambil bertanyakan gelas terbiar atas meja tu sapa punya.

Baru gua teringat belum pekena neskepe kow lagi pagi nih. Asik teringat bangang 13 tu saja. Bangang. Barai. Bastard.



Persoalan serius : Mengapa Fakri Saarani main bola?

Fakta serius : Dalam terer2 Abu Bakar Atan mengulas, kalu perati betul2 dengar molek2 memang barai juga sebenarnya. Tapi gua yakin dia punya barai takleh celen Hj Hasullah lejen kita.

November 21, 2011

Dogs

"... Jadi meskipun kita tak kapok kapok juga mengirim TKW ke Malaysia dan disana ada yang di bunuh,disetrika,diperkosa dan pelecehan pelecehan lainnya tetapi kita semua memerlukan kemenangan dalam urusan Bola ini sehingga dengan kemenangan itu sang majikan bisa memahami pembantunya bahwa walaupun saat ini dia adalah majikan dan sang wanita yang menjadi pembantunya adalah Orang Indonesia yang selama ini dia rendahkan dan tentu sedikit dihinakan maka saat ini dengan kekalahan Malaysia di final SEA Games dalam urusan bola akan menjadikan sang majikan sedikit menghargai dan menghormati Indonesia dan tentu perlahan dan pasti dia akan menghormati pembantunya itu.

Memang kalau dipikir pikir secara akal sehat Orang orang Malaysia akan gila dan tak bisa berbuat banyak jika tidak ada babu dan atau pembantu rumahtangga yang bekerja pada mereka dari Indonesia sebab mereka sendiri yang mesti turun tangan mengerjakan pekerjaan pekerjaan yang remeh remeh tersebut. tetapi dengan kekayaan yang mereka miliki saat ini Orang orang Malaysia yang lupa diri dan tak sadar itu menampakkan kepongahan dan kesombongannya dengan merendahkan pembantunya atau babunya.

Jadi siapa yang akan mencuci piring,setrika baju,membersihkan rumah dan aneka urusan lainnya jika Babu dari Indonesia pada keluyuran kongkow kongkow ke Mall atau ke Restoran Nonton Bola FINAL SEA Games bersama dan tak pulang pulang karena merayakan kemenangan Indonesia .

Akh.. tetapi bayangan buruk bisa saja terjadi lebih pahit..Indonesia kalah di final , lalu sang Majikan lebih meng olok olok lagi babunya dengan kalimat yg lebih menyakitkan ” lihatlah kenyataan kalian memang Orang Indonesia belum pantas menang Malaysialah yang layak menang.. dan hendaklah kamu tak usah terlalu berharap Indonesia bakal menang sebab Malayasia memang lebih hebat, selesaikan cepat cucian dan setrikaanmu lalu masak dengan baik, hari ini saya mau keluar merayakan kemenangan Malaysia.

……..jadi Saya hanya Bisa Berdoa… Tuhan yang bersemayam diatas ARASY berikanlah sedikit kasih sayangMu kepada Indonesia dengan Mengalahkan Malaysia di Final SEA GAMES dalam urusan Bola ini, sehingga Indonesia Bangsaku kecintaanku tanah air cucuran air mataku dapat tersenyum.. sebab tentu Engkaulah Tuhan menyukai orang orang yang tersenyum terlepas dari Kehinaan dan direndahkan. Hanya Engkaulah Tuhan yang dapat menolong kami dan cukuplah Engkau mengatakan Kun Payakun.. jadilah maka Jadilah ia…!!!"

-petikan daripada blog orang2 'sana'


Gua tak reti nak ngulas panjang2. Apa jadahnya sampai majikan nak kena respek lebih2 orang gaji indon sebab menang bola. Sampai bawak doa dari Arasy semata2 untuk bolo. Gile!

Betul lah kata budak2 Sokerleaks. Once Indogs, selamanya Indogs.

Tengok la malam nanti macamana. Menang ke, kalah ke, Indogs tetap macamtu jugak. Yang team bolo Mesia tu lain cerita. Yang kompom nye, Indon dah cipta rekod baru untuk Sukan Sea kali nih. TERBURUK DALAM SEJARAH.

United and rising konon. Hakkkk ptuihh!!

Nah jari tengah~

November 14, 2011

Takde



Oleh sebab Mesia menang main bolo 2 game tanpa kalah dan seri, maka sunyi sepi lah laman2 sosial tanpa maki hamun. Jika ada pun hanyalah daripada segelintir kelompok yang tegar menyumpah seranah dan juga golongan2 tak suka sultan bolo ataupun FAM. Ada juga yang suka2, Macam gua.

Sikit hari lagi ada can dey macha ni celen Abam Fakri~

November 9, 2011

Bolo

Kemarin gua tengok bolo. Bolo sukan sea. Budak2 bawah 23 tahun katanya. Rugi pula gua cepat sangat masuk 24. Bukan apa. Sekor2 main takde hala tuju langsung. Visi dan misi kelaut masing2. Yang nombor 13 tu oke sikit. Ke neraka.

Malam tadi, tengah makwe embeng layan budak Elyssa kat tiwi, gua layan Supermokh kat yutiub. Makwe embeng nak menangis tengok Elyssa kena tinggal, gua nak menangis tengok Mesia menang 2-0. Lawan Arsenal 1975. Sambil sekali2 tengok wall fesbuk Sokernet. Apa bengap juga budak2 dalam tu duk kecoh hal Nami.

Pendekata, gua lapor lalu mintak lemang sama rendang dengan makwe embeng.

Selamat Hari Raya Eid Adha.

November 3, 2011

Satu Bulan

"Sayang..."

"Abang..."

CRETTT!!

*sedutan filem melayu tiru2~




"Hepi Anniversary sayang."

"Bukan lah. Anniversary tu setahun lah."

"Err.. abis tu kalu sebulan ape?"

"Montessori."

"OK. Hepi Montessori sayang."

"Heee..."





Pagi ni gua cuba gugel apa itu montessori sebab banyak menimbulkan keraguan di kepala otak gua seksyen sastera.

'Montessori education is an educational approach developed by Italian physician and educator Maria Montessori. Montessori education is practiced in an estimated 20,000 schools worldwide, serving children from birth to eighteen years old.[1]' -WIKI.

Kihkihkihkih~

September 30, 2011

Kepit


Baru sangat lagi rasanya gua di'hire' jadi tukang kepit nih.
Tup tup esok lusa gua pulak yang kena kepit. Pheww~

Tengs kepada sape2 yang nak datang.
Hati2 di jalanraya. Selamat berjalan dan selamat kembali yo!

September 28, 2011

Tami

Orang Melayu panggil perut.
Orang Eropah sebut tami.
Bahasa gym dia abdomen.

Tak ada la benda paling orang laki macam gua takut efek2 lepas kawen melainkan perut maju ke depan. Maju ke depan tu dah teruk dah bagi gua. Yang lagi teruk bila perut mula main sorok2 talipinggang. Terus ghaib unsur2 kacak dalam diri!

Beberapa tahun lepas, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Segak sangat gayanya. Ada roti panas nam ketul melekat. Nak kata seksi tu tak lah. Tapi gua tak mahu cakap tipu2. Memang seksi lah.hikhikhik!

Tahun ni, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah masih ditutup kain). Roti panas sudah hilang. Gua cuba meneran sikit. Yeah...masih kenampakan alur2 membelah berbaris 3. Gua cuba bernafas secara normal. Hilang. Sedikit lebihan menyentuh tali pinggang. Huh~

Beberapa tahun akan datang, gua tunduk bawah tengok abdomen gua tanpa seurat benang (anggota lain ke bawah tak tahu masih ditutup kain ke tak). Err.. beberapa tahun akan datang lah gua sambung~

Harapannya, ini gua beberapa tahun akan datang.
Kes2 maju ke depan tu, bialah duk kat makwe embeng saja. Gua usaha jugak sampi jadi.kehkehkeh~

September 26, 2011

Youtube

Gua mula2kenal benda youtube ni tahun 2008. Loser bukan? Time tu Che Asam la yang slalu sembang2 pasal youtube ni. Macam2 ada katanya. Banyaknya dia cerita pasal rempit2. Mat rempit pior katakan. Alhamdulillah. Sekarang dah bertaubat. Jadi cikgu MRSM. RXZ pun dah jual. Cuci tangan orang kabor.

Sekarang. Memang lagi macam2 ada kat youtube ni. Macam gugel juga, apa2 mende yang nak belajar, bulih rujuk youtube. Nak crack software, rujuk youtube. Nak belajar fotografi, rujuk youtube. Nak tengok Masterchef, bukak youtube. Nak tengok highlight bola, buka youtube. SIkit2 youtube. Nak tengok Ustaz Azhar, bukak youtube. Nak apa2 pun, bukak youtube. Sebab tu lah kalu takde intenet, gua jadi kucing. Comel.

Dua tiga menjak kebelakangan ni, gua ada hobi baru pasal youtube nih.
Baca komen.
Fun weyh!!

Contoh...
  • peter schmeichel has scored more goals for united than torres has for chelsea - klip pasal Peter Schmeichel kiper lejen
  • who knew back then that the random guy at 0:23 would be the Chelsea manager in 4 years - klip pasal MU vs Chelshi ada sikit sosok2 AVB
  • Congratulation it's a boy... - klip pasal botfly (sumpah nonton benda ni jadi ketagih!)
  • HD my ass - klip pasal rancangan The Voice dan penggunaan kata 'HD'
  • Kita berkenalan dalam laman muka buku, Kemudian bila deting kau rogol aku, Oh oh oh~ - kahkahkah.. lu orang ketik laa sendiri lagu nih~
  • Bear: You see that that's Brown Bear! shh quit down they're are really rare in these forests better not let it see me Brown Bear: You see that that's Bear Grylls better move quick or he'll eat me - klip pasal pengembara paling power
  • apa daa korang ni kutuk2 ... tak baik tau ... penat Doralin tu nyanyi ... - klip pasal Rosmoh duet dgn Mawi


Ah!! Lu orang cari la pulak sendiri wat suka2...
Kalu ada rekemended kabor la. Bulih gelak sama2.

Ok.
Selamat mencuba!

September 23, 2011

Pam Gas


Gua tak tau sape punye kerje nih. hnnnffff..hnnnfffss..
Tenkiu. hnnnffff..hnnnfffss..
Bukan senang bulih retis tolong promot blog ala kapitalis ni weh!hnnnffff..hnnnfffss..

September 19, 2011

"Sakit apa pun orang laki ni..."



Itu hari tem gua sakit tekak yang hamat sangat tu, gua sakit sangat2 sampai tak boleh bangun tido. Sebab kalau gua sedar, gua akan rasa sakit. Jadi gua usahakan jugak untuk tido. Bila2 masa. Kat rumah je lah tapinye. Gila apa nak tido tengah divider.

Petua petui tu gua amalkan juga. Kicap campur asam limau nipis gua telan. Ptuihh! Tak sedap langsung! Baik gua makan eskrem saja. Tekak gua pura2 jadi baik sebab eskrem lagi sedap kalo nak banding dengan kicap.

Petangnya, gua pegi makan nasik ayam ON dengan makwe embeng . Dah dua hari gua asik telan nestum saja. Perlu juga makan nasik untuk bekalan karbohidrat. Tapi tak sampai suku pinggan, gua serender. Dia punya perit mengalahkan sembelit. Serta merta gua jadi tak hensem sebab makan sikit pun dah mengah macam main renang berirama.

"Sakit apa pun orang laki ni, sakit lagi pompuan time nak beranak tau..." makwe embeng kasi nasihat sedas.

"Pergh! Awal standby nampak~" hikhikhik~




p/s :
Ya. Saya lagi bangang daripada Forlan~

September 12, 2011

Hadoooyai Masterchef - Keputusan




Top three.
Adrien (Inesen. Laki2 baik. Harapan juara tapi nombor dua)
Jennifer(Mula2 banyak masalah. Bangkit last2 minit. Juara)
Christian (Sombong. Bongkak. Kompiden macam setan. Nombor tiga)



Suzy. Nombor 4. Tapi champion.
Dalam bab2 mengada2 dan kasi orang meluat sampai muntah lah tapinya.
Dan bodoh juga.




Sape2 yang baru nak layan kat Asstro tu mintak mahap lah ye. Gua dah khatam dulu. Minggu lepas dah sebenarnya. kehkehkeh~

Gua ada juga layan yang Ostolia punya version. Hambar macam murtabak Kolumpo.
Tak tahu lah yang Malaysia punya nanti pulak macamana.
Iklan dah nak gempak.
Kalu hempeh jugak, memang gua tak bayar laa Asstro lima bulan.

September 10, 2011

Jangan Lupa Namaku


Bukan.. bukan taknak lu orang lupa nama paiseh...

Tu tajuk lagu saja.. sedap kemahen.. kalu lu orang geng2 ngadap tivi lepas balik terawih la.. Samarinda - Ramadhan Terakhir.

Terus terang kabor, gua tak berapa bulih tengok sangat cerita nih. Tapi gua tau cerita ni sedak. Lebih sedak dari Tanah Kubur mahupun Hantu Kum Kum. Terus terang kabor, gua sempat tengok episod nombor 1 dengan nombor last saja. Tapi gua tau cerita dia sedak.

Tengiang2 lagu dia sepanjang bulan puasa aritu. Ikut lirik dia, kalu tem bulan tak puasa pun bulih pakai juga. Maksudnya jangan lupa tuhan. Bagus!





F.A.Q :

1) Sape penyanyi?
Pompa Bensin.

2) Sape Pompa Bensin?
Pompa Bensin adalah sebuah band projek khas yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia
pada tahun 2009. Kumpulan itu terdiri daripada AzmAiza Y (vokal) dan AG (bass, gitar,
keyboard & perkusi), Andra Ahmad (Vokal & gitar) dan Aidan Haliqa (vokal). Semua empat
ahli yang terlibat dalam penulisan lagu dan pengeluaran.

3) Sape tu? Tak pernah dengar pun?
Aidan Haliqa - Nadia Aqilah (nama reverse)
Andra Ahmad - Aqasha (nama anak)
AG - AG Coco Hujan ; genius!
AzmAiza - Butang (Sindarela)
Tak dapat jugak? Tanya laa gugel sendiri~

4) Kenapa Pompa Bensin?

5) Gile ah.. Paiseh layan crite gini?
Sukati gua lah!!!






Oh ya. Lagi satu sebab cerite ni sedak. Yang belakon jadi mak rimau yang garang macam mesin kelapa tu.. Mazni nama dia dalam crite nih. Pehh.. dia punya acting power macam Julie White! Siasat punya siasat.... Perghh!! Fazlina Dato' Ahmad Daud! Adik Fauziah Dato' Ahmad Daud!! Patut sangat laaa.... (gua respek Ogy pasal beliau kawen dengan Eman Manan.kehkehkeh~).






Makwe Embeng : Eee.... tak suka laa cerite tu?

Gua : Kenape? Best woo crite ni...

Makwe Embeng : Tak suka lah Tasha Shila tu...

Gua : A'ah.. Idung plastik. Macam dah nak tercabut je nampak~



September 7, 2011

Sakit

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.


Gua sakit tekak. Very2 deep ocean punya sakit.
Kalo kemarinnya sampai tahap nak telan air kena pejam mata rapat2.
Semalam pula, level of pain dia upgrade lagi. Sekali telan air liur, tekak rasa macam sembelit dan telinga kanan jadi berdenyut. Gaya kemut kuat2.

Rebel tu rebel juga. Kalo main dengan internal pain gini, Sheamus pun bulih jadi sawo matang derr..

Jadi,

Semalam gua gugel kat intenet petua2 nak kasi heal sakit tekak.
Macam2 gua jumpa...

1. Garam + air sejuk. Minum.
2. Madu + air suam + limau nipis. Minum.
3. Kicap + limau nipis. Telan.
4. Air asam jawa. Minum.
5. Buah kembang semangkuk. Minum air.
6. Asam gelugur - bakar - tumbuk + air sireh. Sapu.
7. Susu + air sejuk. Minum.
8. Air garam. Kumur.
9. Air tomato. Minum 3x seminggu.
10. Takobakob.
11. Sundae McD.


Sila hantarkan undian anda byhand ke umah baru gua.
Pemenang akan menang.

Terima kasih.








*tapi yang nombor last tu menawan sungguh kekdahnya dok?

September 5, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat kembali ke kerja.

Nah.. selingan sikit.
Silibus graviti.

Jangan klik sini.

September 1, 2011

3 Tahun


Aga terkejut juga lah gua tengok entry Prosper paling latest nih.
Penuh spirit of bapak2.

Laju mata akal gua menduga.
Gua pun macam tu juga kah nanti??

Tunggu saja lah.



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2.

Genap tiga tahun Dekonstruksi (ikut tahun hijrah).

Terima Kasih!


Mata berair. Muka Berlemin. Rambut serabai.
Juah travel singgah di Temerloh ondeway balik Kolumpo petang raya pertama untuk kerja.
(1st time expose muka dalam blog sendiri sempena genap 3 tahun. piwwwit!!)

August 22, 2011

Sikit. Tapi padu.

Gua. Tak lama lagi kawen.

Tapi...

2 minggu sebelum mengadap ritual akad2, gua mungkin ke Tanah Besar China lagi. Hal ehwal kerja. Untuk seminggu lebih kurang.

Mengeluh.
Nasib baik makwe embeng kool saja.
Luaran nya lah.
Dalam hati siapa tahu.


Gua ajukan kepada Singular.

"Aku dulu, seminggu sebelum kena ke Indon. Nak kawen pulak, dua minggu sebelum ke Papua. Lagi teruk bro..." Singular bukak ceritera beliau setahun yang lampau. Gua hirup kopi ais. Kaw.

"Ooo.. Ada yang lagi teruk barangkali... Berhikmah mungkin benda2 macamni..." hati gua main bisik2.




"Nanti ujung tahun mebi bini aku due. Beranak. Tem tu aku kena schedule ke Vietnam plak sebulan." sambung Singular lagi.

Sikit. Tapi padu.


August 17, 2011

Pindah


Laju tak terhambat masa sekarang. Sedar tak sedar dah dua tahun nota ni kat dinding bilik gua (a.k.a bilik Prosper) tanpa usik tanpa jejas.


Nota dari Prosper usai berkahwin 2 tahun lepas
"Dear all, Will cleared 18/12/09" - Prosper.
"Sedey shial!!" - gua.
'Bapak tacing" - Copin.
"Terharu do" - Chezzo.


Susah betul kenangkan bakal tinggalkan VWM. Walaupun gua bukan daripada golongan pioneer2 macam Prosper, Singular ataupun Chezzo mahupun Aripsomat, spirit of brotherhood tu kuat melekat kat sini (tunjuk dada).

Namun, orang Teganu kabor life must go on. Tak hari ni, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa, tulat. Gua kena pundah juga demi kelangsungan hidup. Takkan nak hidup berkelamin dengan Chez dalam satu bumbung pula dok? Privacy gua dengan makwe embeng paling utama. Tak ada kompromi.

Oleh itu, selamat tinggal VWM. Namun bak kata Singular, Semangat persaudaraan kita tetap SATU!!



Chezzo punya laa sedeh sampai tak jadi bersihkan bilik ayer semalam
sebaliknya mengukir mural tanda protes.
Ya. Chezzo cuci bilek ayer oke!!

August 15, 2011

Juadah


Juadah yang paling juadah di bulan puasa. Dah lebih seploh tahun gua tak merasa organisma rebus santan berinti pulut ni di bulan puasa.

Sape2 bulih tulung??

Tukar dgn kurma gua nak? Gua punya kurma macambiasa. Tiap2 tahun kompom cantik dia punya pengepekan~

Go Go Em Yu!!

August 11, 2011

Abam Sapik

Satu hari yang agak kemarin, gua agak kelewatan gi kerje. Hujan. jadi guaterpaksa pakai Cik Sona saja. Tem petang2, orang balik kerja tuju ke rumah nak buka puasa, gua menongkah arus ke opis. Tak payah heran. Gua memang suka perkara2 rare nih.

Sampai di bangunan rebung kaler biru, dari jauh gua nampak ada satu bas kuning parking betul2 tepi jalan naik ke lobi. Kat badan ada tulis F.A.M. Ooo.. sultan bola punya bas. Apa buat ntah. Bola tak bola. Gua dah lewat. Halaju Cik Sona seedikit pun tak terjejas. Steady gua tekan minyak lagi nak naik ke lobi.

Tiba2 ada sorang brader pakai baju oren sama treksut selamba jalan henjut2 melintas ke depan. Otomatik kaki kanan gua henjut pedal brek. Dalam hati dah redi kalimah2 maki nak tuju kat brader tadi. Tanagn kanan pula dah laju nak kasi hon.

Sekali brader tadi toleh...

Pergghhh.....!!!!!


Abam Sapik Rahim!













Muka gua yang bengis macam kuda liar tadi otometik bertukar jadi kuda padi.

August 8, 2011

Less Is More vol.3

1. Nombor tiga ni takde laa sezen sangat.

2. Terima kasih yang kasi ucapan2 kat wall fesbuk. Gua dah respon untuk semua. Kalu ada yang tertinggal sila kabor. Gua belanje kurma buka puasa arini.

3. Kerja kawin ni memang bukan senang. Kalo tak serabut kapala tak sah. Nasib baik gua pesen cool. Tapi kadang2 cool gua pesen tak kena tempat juga. Terpaksa laa makwe embeng ketuk2 sikit. Terima kaseh kekaseh.

4. Puasa ini tahun ada sikit lain feel dia. Sebab VWM dah tak meriah ataupun tahun puasa bujang paling last sepanjang hayat.

5. Spirit raya langsung takde sebab ini tahun turn gua yang jaga Pusat Operasi Jaringan. Mintak maaf abah sebab tak balik raya nanti. Takpe. Tahun depan gua wat balik menantu beraya sekali.hikhikhik!

6. Rujuk nombor 1. Berulang2 ye.

July 29, 2011

Macam Biasa


Macam biasa, lepas satu2 hal 'besar' dalam negara berlaku, facebook lah jadi mangsa. Ada saja page baru muncul. Selalunya page2 yang pesen ni bulih tahan dalam seminggu dua saja. Ace tengok balik page2 yang timbul tem Terengganu menang Piala FA arituh. Page2 pasal Daudsu. Last update bile?

Dan malam tadi, puluh2 lagi page baru timbul. Banyaknya pasal King Gopal lah. Ni antara yang gua dapat jejak~

- 100,000 People Request K.Rajagopal Resignation
- 100,000 Rakyat Malaysia Tuntut Rajagopal Letak Jawatan
- Rajagobal, Sila Letak Jawatan
- Kita Tidak Kalah ~ Rajagopal
- Kami mahu pemain bola singapore berlakon dalam kl gangster 2.LoL
- Kami masih sokong dato k rajagopal - ni page yang sokong. 34 ahli sahaja~
- K Rajagopal Patut Jadi Coach Selangor
- Ada no telefon datuk rajagopal X?Buang no.2 tu
- Kenapa Kita Tewas Dengan Singapura ?
- Kita layak jika Apek bermain di perlawanan pertama di Singapura
- Kami mahu Ong Kim Swee latih skuad senior negara
- kami Bangga sgt jadi Rakyat Singapura sebab ada Pemain Import
- Blog dekonstruksi masih ada masa depan


Ok. yang last skali tu gua tipu.

Nak wat sedak lagi, ada juga kutu2 indon masuk cuit sikit2. Sikit tak sikit laa.. Indon punya provok memang bulih kasi amok bagi sape2 yang punya hati seiras gula kapas. Mula la scene maki2...

Apa pesen masyarakat ntah ~



"TALK SHIT la weyhh!!!" kata gua sambil tutup kompiter.

Bodoh bukan kepalang budak2 pasca fesbuk skang nih.








Watak yang dipinggirkan malam tadi. Macam biasa lah~




July 27, 2011

Wordless Wednesday


Omputeh kabor ni cara otak pompan bekerja.
Omputeh tipu gua tipu lah~

July 25, 2011

Less Is More vol.2

1. Max, Eshter dan Giuseppe dah tersingkir. Nampak gaya macam Ben Star yang akan jadi juara. Sementara itu, Joe Bastianich makin kejam dari minggu ke minggu. Apa makan ntah encik botak nih. Time2 macamni baru terserlah betapa 'nice'nya Gordon Ramsey. Sementara itu, Graham Elliot masih mencari personaliti tersendiri.

2. Sikit masa lagi gua punya website akan di lancor ke udara. Harap dapat kerjasama kasi job barang sekopi dua. Tak banyak gua mintak. Dalam 20 job sebulan pun jadi lah.

3. Dah kat seminggu gua tak nampak Mia - satu2nya makwe yang tinggal di VWM dalam spesis kucing. Sesekali tertengok bekas makanan beliau mari syahdu juga jiwa rebel gua. Teringat tiap2 ari gua balik keje, bunyi je Igo, dari jauh belaiu lari pulang nak berebut dgn gua masuk umah. Haih. Sape2 yang ada terjumpa beliau sila pulangkan ye. Gua rindu.

4. Copin pun dah 3 4 ari gua tak nampak cuping telinga.Ntah ke mana hilang tanpa khabar berita juga. Nak telepun kang rasa macam hubungan dengan makwe2 pula. Bia lah. Kucing gua lagi mustahak.

5. Tak lama lagi, gua pun akan tinggalkan VWM. Prosper dah takde geng mahu melepak tika beliau ponteng. Makcik nasik lemak Fullamak dan Pakcik spageti akan kehilangan pelanggan setia. Takkan ada lagi bunyi2 ceramah Ustaz Azhar Idrus berkumandang dari master bedroom. Namun, ritual bulu tangkis akan tetap dijaga konsistensinya. Aduh. Jemputla berasa sedih bersama gua.

July 20, 2011

Teksi, Lembu dan Kehidupan

Masa kat kampung dulu time sekolah rendah2, gua pernah bekerja sambilan. Kerja tak berapa kerja lah. Gua dikurniakan jawatan sebagai pengembala lembu separuh masa. Ye lah. Pagi gi skolah. Rajin. Ketua murid katakan. Petang sajalah gua punya syif. Lembu2 tu paklong gua yang punya. Ada laa dalam belas2 ekor. Bab2 payment, gua kire kowtim anak beranak sajalah. Cukuplah dengan kadar singgit sehari. Kalo mau lebih kena tunggu tem bonus - hari raya.

Tiap2 petang agak2 dah dekat maghrib gua akan ke padang ragut untuk mengajak para lembu yang malas macam lembu tu pulang. Dengan bersenjatakan batang kayu di tangan sambil menunggang basikal merah tanpa modifikasi, gua menjalakn tugas dengan hati riang gembira. Kadang2 bawak ke menyanyi lagu2 Iklim sampai habis. Tugas gembala ni tak kurang mencabarnya. Awal2 menceburi bidang ni, nyaris paklong gua kena tumbuk. Pasalnya, gua ajak lembu2 jiran skali masuk kandang. Perghh! Dia punya feel bersalah tu rasa macam nak jadi lembu. Nasib baik gua tabah. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Naik darjah, gua diberi kepercayaan pakai motosikal pula. Lembu2 pun dah respek sama gua. Ada yang senyum sinis bila nampak kelibat gua. Tak kurang juga yang kasi tabik pakai ekor. Dalam pada tu ada juga yang masih buat perangai. Yang pesen ni gua kasi terajang saja sambil bawak motor pun jadi. Dah kena sedas dua mencicit lari masuk kandang.




Kira2 20 tahun kemudian...



Gua dah besar. Dah kerja. Tapi masih naik moto. Tiap2 hari pergi balik kerja mesti mahu kelahi dengan jem. Gua dah pasrah dengan Kolumpo nih. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Satu hari yang agak kelmarin tem balik kerja, gua masih steady bawak moto. Depan belah kiri gua ada satu teksi dan depan belah depan gua ada satu brader naik moto juga. Tiba di satu jalan tiga lorong, teksi tadi buat gila tukar lane suka2 hati. Nyaris brader depan gua tadi jatuh. Teksi buat2 inesen meneruskan perjalanan. Dalam hati gua dah menyumpah2. Brader yang depan gua tadi kejar balik.

DUMM!! DUMM!!


"செய்! ரேடி ரயில் எடுக்க கூடாது? பைத்தியம்! ஏய்!!!" teriak brader tadi lepas kasi dua penerajang kat teksi. Marah gua sangat tu gua syak. Gua usha2 sikit, jadi lekuk juga punggung teksi tu. Power2~

Lantas batu jemala gua buat kesimpulan bahawa teksi pesen ni sama saja dengan lembu. Yeah... Jaga2 la lepas ni.
Dah lama gua tak terajang lembu nih.




July 15, 2011

Felda


Satu malam yg agak kemarin, gua ada tonton satu filem kat tivi nasional cenel dua. Biasanya kalu dah bosan2 jenguk TV yg bayar mahal2 tapi rancangan ulang2, gua memang jadikan cenel nasional nombor dua ni sasaran. Dia punya filem memang kadang2 rare tak patut.

Malam tu gua dapat. Filim omputeh tajuk Be Cool. Gua sneek peek sikit, sikit punya ramai star yang starring dlm itu filim. Konsider yang gua bulih kenal muka tanpa rujuk intenet tu glemer tak patut laa dok. John Travolta. Uma Thurman. The Rok. Vince Vaughn. Steven Tyler. Paul Adelstein. Danny deVito. Andre Benjamin. Dah. Tu je yang gua ingat nama. Tak cukup ramai?? Konsider lebih daripada tiga tu ramai laa dok~

Yang gua nak 'lampu tinggi' kat sini, si Andre Benjamin. Gua tak minat sangat sakai ni. Tapi video lagu Hey Ya dia dalam Outcast agak osamm bagi gua tem blaja2 dulu. Satu babak dalam filem Be Cool ni, gua perasan tatoo dia kat bahu tu. Macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya..??





Sama tak? Sama tak..??
Tak tahu lah sapa yang tiru sapa.
Atau mungkin Andre ni anak peneroka barangkali~

July 5, 2011

Less Is More

1. Beroleh tayangan hari pertama Transformers 3. Tem masuk rasa sangat osemm. Tem keluar rasa sangat sakss!!

2. Gua tengah konstruk website sendiri untuk bisnes2. Hari2 duk ngadap cari identiti. Sila jangan buka dulu. Nanti nak resmi, gua ajak lu orang potong reben ramai2.

3. Hujung minggu ni Femily Day kompeni gua. Kena cari kostum bertema Budaya Sedunia. Gua hampir nak beli satu kurta. Tem2 tu juga makwe embeng gelak sakan. Nampak jelmaan abam bangla katanya. Sungguh demm~

4. Sekarang duk huru hara pasal Bersih 2.0. Gua takleh komen banyak. Cuma nak kasi celaka saja kat tiwi nasional sebab buat iklan maha WTFBBQ (sukukata Obe).

5. W-Day gua dah dekat. Baru rasa kalut2. Itu belum buat. Ini belum siap. Laju betul encik masa ni. Serius! Tapi bile teringat makwe embeng terus rasa lambat pula nak sampai.huhuhuhu~

June 28, 2011

Hadoooyai Masterchef~

Masterchef Amerika musim 2 dah stat. Memang gua tunggu. Top Chef tak sampai level bulih buat gua addict. Masterchef baru true.

Gordon Ramsey macam biase garang macam babi.
Graham Elliot pun macam biase pesen komen ringan2 tak tahu ke hala macam Enot.
Joe Bastianich saja yang gua nampak lain sikit. Poyo dia dah sampai tahap kena takut.

Sila jangan pelik kalo jumpa laki2 kacak suka tengok rancangan masak2. Apatah yang pesen rebel2. Yang terpilih tu pun lagi rok daripada gua selambe bulih masak sedap2. Rok tak rok mana lah. Ada yang pesen bertatu, tindik telinga, tindik bibir dan mamat punk. Ini propesyen serius. Sila jangan berpikir macam Berahim Ali.




Sambil sedap2 tengok tu pun ada juga canggungnya.
Lu orang perati gambor bawah ni.
Masa odisyen la konon2...


Celaka punya menipu orang putih! Jatuh stended!!
Eh. Lu orang nampak tak yang gua nak kabor ni?
Yang gagal sila ketik sini~


June 24, 2011

Eeeuuuuwww~


Sudah banyak kali gua bilang, gua cukup menyampah tahap lahanat bila jumpa budak2 yang cakap leweh2 'eeeuuwww' pesen konon kewl tapi sebenarnya bahalol nak mampus.

Semalam gua jumpa lagi sekor. Entah macamana gua bulih mengappruv beliau kat fesbuk dulu pun gua tak tau. Kebetulan. Kebetulan nasib beliau kurang baik (atau sangat baik) malam tadi. Gua tejumpa. Gua kasi nasihat cara brader2 sikit. Post satu link pasal kondem fenomena eeeuuww2 ni lah.

Nasib beliau kurang baik (atau sangat baik). Beliau melawan cara halus. Apa pun tak boleh - katanya. Sikit minit berlalu, gua nampak lagi beberapa status 'eeeeuuwww'2 dari beliau kat dinding. Sah! pesen tak makan saman. yang buat gua punya menyampah jadi dabel, beliau juga termasuk dalam golongan sendiri-tulis-sendiri-like dan juga komen-lah-weh-jangan-like-saja. WADEHELLLLL~


Gua tak boleh tahan... laju je tangan bawak tikus tala ke butang unfriend. Ktik!!
Lu tak rugi apa2. Gua tak untung apa2.
Gua puas ati je lah tapinya. Pesen budak2 baru tumbuh kepak. Bia lah~
*ketik utk besar2. betul. kali ni gua x tipu~




Oh. Gua bubuh link AnwarHadi kat situ..
Nak tengok juga kalu, sila ketik titik ni.... : ....
Pesanan berguna, gua ambik. Walaupun gua tak suka beliau.

Poyo!

Sori bro.
Lu tak best bro.
Sumpah tak berapa best bro~

Gua lagi saport matluthfi90.
Sebab...


Hah!! Sape tau Firdaus Yunan dan matluthfi90 tu orang yang sama~


June 22, 2011

Repot

Ketik untuk baca tak payah kedut2 mata.

Ni tak lain laa ni. Pesen banyak sangat baca
hal2 freemason sama iluminati la nih.





*sumber : MM
**kahkahkah!! sori2.. gua tak sengaja main preng2.. dah2. dah betulkan dah~

June 20, 2011

June 16, 2011

Buang Bayi


Untuk sape2 yang belum tahu, hari kemarin belakang kedai rambut setailo Chez lorong masuk parking andegraun, orang ramai ada jumpa bayi. Masih ada hayat. Merah lagi. Pompan. Comil. Hu de faking bitch laa yang buat onar. Celaka! Celaka! Celaka!!

Sembang2 dengan Chez pasal mende tu semalam, memang mari haru juga lah. Slama ni duk baca dalam sokkabar saja. Ni dah jadi depan mata, baru la mari betul2 feel tu. Campur2. Marah. Insaf. Hari2 akhir zaman...

"Sbenarnya kan, mak bapak dia tak salah dow..." kata2 Chez di akhir bual2.

"Haa?? Nape plak?" gua sedikit kompius. Redi2 saja nak counter abis2an.

"Budak tu yang lari dari rumah."












Gua terus kasi karate laptop beliau barang sepapan dua.





Ni laa yg orang kata - time buat tak ingat. Segala jenis sumpah seranah
paling terkutuk kepada yg buat menda nih. Celaka!!!

June 13, 2011

O

Bila lu datang jauh2, susah2 cari tiket, belanja tanggung sendiri2, korbankan masa rehat2, bersesak2 dalam lautan manusia yang macam2 ragam, berjam2 tunggu sepak mula, makan bege takde sos ulam kuaci dan air paip, team lawan pula menyekor gol 10 minit sebelum masa tamat, tengok seat kiri kanan yang dari tadinya tak nampak kaler kerus dah lompong2... memang dah redi2 nak kecewa, memang dah datang 'bera' dah pun~










Tapi...








Bila team yang lu sokong balas menyekor balik time2 hujung yang teramat hujung, dan2 tu pula menyekor lagi 10 minit sebelum masa betul2 tamat, dengan tempik teriak loncat2 sambil tangan genggam penumbuk ke atas...



Memang O.R.G.A.S.M




*apa bangang la asstro ni tulih 'johan'. canggung kemain bunyi dia~
**naseb baik gua tak sampai tahap bukak baju, makwe embeng tak suka.huhuhu~

June 8, 2011

Orang Kaya


Gua benci betul bila beratur kat mesin deposit tunai, belakang orang kaya yang banyak duit nak kena masukkan dalam mesin. Banyak gile duitnye. Banyak macam kamus. Gua malas nak kire sampai berapa round transaksi dia buat. Tapi bila mesin sebelah punya qiu yang lima nam orang dah setel bulih balik rumah makan murtabak pasar malam, tak pun rilek2 tengok buletin menipu, gua masih teguh tunggu giliran.

Duit banyak tu satu hal. Mesin pun tak kurang bedebahnya. Asik duk rijek saja. Gua pernah buat transaksi cara primitif, keluar duit pakai ATM kepala rimau, masukkan dalam CDM beng agama2. Dah laa kena rijek. Rabak pula not2 lima puluh. Tanpa memikirkan masadepan, terus gua mengamok tem2 tu jugak. Dalam hati la tapinya.

Ni gua tak abis marah lagi kat orang kaya. Apa celaka punya makhluk. Kalu dah banyak duit sangat, pakai kaunter la woi!! Awal2 taknak buat tu kenape? Pesen tak timbang rasa gini buat gua hilang kompromi. Darah dah naik kepala. Molek buat beng sendiri saja kat rumah dah banyak duit sangat tu kan...

Atau mungkin juga beliau kuli orang kaya. tak pun kuli komepeni.
Ahh!!! Mana2 pun lu dah buat gua marah.
Tanpa memikirkan masadepan, terus gua hantok pale beliau kat mesin. Berdarah. Gua amik tangan dia bubuh dalam tempat taruk duit. Kaki gua kasi lipat kat kepala.
Dalam kepala gua lah tapinya.





Balik umah, gua bukak fesbuk lalu maki2 Copin~








June 4, 2011

Hal Menyedarkan





Makwe Embeng terer swiming. Terer juga CPR.
Tem nak ngorat dulu gua kabor gua tak reti berenang. Nanti kalu lemas, gua nak tolong beliau CPRkan. Laju je beliau me'nak'kan.










O.

Ok.
Gua tipu.
Sebenarnya beliau laju nak me'pang'kan gua.
Nasib baik gua kebal dan kacak.



Maaf. Tajuk ditaja oleh Google translate.

June 3, 2011

Syak


Anggap saja entry ni ala2 kuliah Jumaat yang mulia.

Sedikit pesanan ikhlas dari gua yang bukan sape2 ini.
Cheeeewah!



Tak baik main syak2 tanpa usul periksa ye kawan2~

June 2, 2011

Jastin

Gua tak suka Jastin Baiber tapi gua suka tengok cerita2 tentang beliau.

Cerita yang macam ni...














KAHKAHKAHKAH!!!!