April 29, 2009

Kereta Yang Gatal Dan Tidak Optimis



Abam Mai : Pheeewit..!!


Cik Sona : Apa swit2??!


Abam Mai : Ish..sombongnya!

Cik Sona : Bagi laa salam. Kita kan kat negara Hadhari.

Abam Mai : O. Apa lagi negara Hadhari ajar?

Cik Sona : Tu je.

Abam Mai : O. Senangnya. Tapi apesal ramai gak yang tak suka??

Cik Sona : Ish.. banyak tanya betul! Salam tak bagi lagi tu.


Abam Mai : Eh.. lupa lak Assalamualaikum.


Cik Sona : Waalaikumussalam.

Abam Mai : Er.. Apa saya nak tanya tadi?


Cik Sona : Awak ni bongok ke dah nyanyuk? Soklan awak. Mana laa saya tau.


Abam Mai : Hmm... Ok. Abaikan. Lagipun kita ni bukan wajib semayang pun kan??

Cik Sona : ...
Euuww! Geli! hikhikhik..!!

Abam Mai : Kenapa?

Cik Sona : Bangla ni lap bontot saya.

Abam Mai : Pakwe awak tak marah ke?


Cik Sona : Alaa.. tu dia sengih je tu. Suka laa tu tengok saya shiny2. Nape? Awak lambat. Ikut giliran laa.

Abam Mai : Takde suruh ambik nombor pun.

Cik Sona : Eiii. dia ni..! Langgar jugak kang!

Abam Mai : Langgar la. Kita ni buatan Malaysia. Ingat skit.


Cik Sona : Sooo..? Kalau bukan buatan Malaysia pun kalu langgar calar jugak. Awak memang suka diskriminasi eh??

Abam Mai : Tuan saya yang ajar.

Cik Sona : Tuan awak orang Malaysia?


Abam Mai : A'ah.


Cik Sona : Apa punya bengap dia nak kutuk buatan orang sendiri??

Abam Mai : Bengap dengan pengat sama ke??

Cik Sona : A'ah. Sama bodoh laa. Dah la. Malas saya layan awak.


Abam Mai : Err.. Slalu datang sini?


Cik Sona : A'ah.

Abam Mai : Dah bape lama tak mandi?


Cik Sona : Alaa.. Pakwe saya baik. Kurang2 dua minggu skali dia anto kita kat sini.

Abam Mai : Waa.. Bestnya awak.

Cik Sona : Dengki la tu.


Abam Mai : Hihi.. Tuan saya pun baik gak. Tapi awal2 kenal dulu la. Sekarang ni macam kureng sket. Ni pun dah sebulan saya tak mandi sabun.


Cik Sona : Sumpah saya tak tanya wak.


Abam Mai : Tak malu pun.


Cik Sona : Ada kemaluan tak?


Abam Mai : Takde.

Cik Sona : Patut la.

Abam Mai : Ermm.. Awak dari Terengganu kan?

Cik Sona : Mana tau?? Awak stalker eh??


Abam Mai : Ish.. takde lah. Saya nampak kat belakang awak tu ada stiker penyu. Cantik. Tapi.. nape IC KL??


Cik Sona : Pakwe saya buat surat beranak kat sini. Kenapa? Tak caye lagi orang Terengganu cantik2?


Abam Mai : Ye laa.. ye laa. Mementang la awak stended 1.6l. Takpe. Nanti tuan saya nak upgrade jadi Passo. Jangan jeles.

Cik Sona : Wekkk.!! Bodoh laa saya kalu nak dengki benda2 lagho gitu. Tak bangga dengan diri sendiri. Dah la. Abang Bangla ni dah siap. Saya nak balik.

Abam Mai : Babai.


Cik Sona : Bai~ Harap kita tak jumpa lagi.


Abam Mai : ...

Asap


Gua tangkap gambo ni dari opis petang semalam nak hapdet dlm blog tapi tak tau nk cite apa.
Tulun ceritakan bulih?

April 27, 2009

Notis Pemberitahuan Siri II

Dikehendaki.
Seorang rakan serumah di Villa Wangsa Melawati (LANGSAM), 53300 Kuala Lumpur (sempadan Wangsa Maju - Taman Melawati).
Tak lama lagi ada TGV mau bukak. Jalan kaki pun bulih sampai dengan ketiak berpeluh.



Kemudahan :

- Bilik solo saiz kubur di tingkat bawah.
- Peti sejuk, mesin basuh, dapur gas, tiwi+astro, sofa merah, kompiter dan internet.
- Khidmat salun berbayar di rumah.
- Dua menit jalan kaki ke bus stop. Tunggu bas setengah jam++.
- Basikal untuk ke 7E.
- Kemudahan raket untuk beriadah.



Syarat kelayakan :

- Gemar jadikan tikus sebagai haiwan peliharaan.
- Tidak segan silu buat bising selepas satu pagi.
- Sanggup berebut parkir.
- Mampu hidup di dapur umpama ibu.
- Pandai dan rajin memasak adalah kelebihan.
- Tidak pernah sorok megi dalam almari.
- Barcakap dengan fakta atau sebutan yang salah amat digalakkan.
- Cenderung ke cenel 812 berbanding 104 di malam minggu.
- Keutamaan kepada gadis2 berkerjaya dan bergetah.




....................................



Umah gua vacant lagi menjak seminggu lepas. Hasrat DiHati dah berambus. Lelah weyh nak bayar sewa tinggi2. Ingat nak tukar selera duk flat je. Tapi sayang pulak tikus belakang dapur takde saing nak main. Jiran LANGSAM pun baik gile. Understanding kemahen. Jarang sangat nak tegur. Prosper sidai sepender kat pagar sempadan pun dia senyum.

Sape masuk, ahli LANGSAM kasi selai blazer blu black. Made in Cuba. Percuma ni!!


Kondisi tip top.
Siap butang kaler emas.




Ada pertanyaan bulih kowtim sama Tok Mulu LANGSAM yakni Prosper.
Gua tukang kabor je ni.

April 26, 2009

Mari Kelebek Beg Duit

Gua tak tau camana nak jawab TAG yang Mek Zai bagi nih. Takde soklan pun.
Yang gua paham kena tangkap gambo wallet pahtu cerita.
Tak detail langsung.
Macamana gua nak skor markah penuh ni?




............................................




Nah. Dompet saiz separuh telapak tangan.
Kalu nak tengok la.
Gua malas nak ambik gambor banyak2 pekakas kat dalam.
Kodak dah abis. Biar gua citer je.


Yang bulih nampak tu ada kad utang bank Islam. Belakang tu ada kad RHB. Belakang kad RHB tu ada kad Giro yang dah bulih wat masuk muzium. Belakang kad Giro tu ada Username ngan Paswed gua punya Maybank2U. Jangan kabor kat sape2 gua sorok kat situ.

Panel tengah gua letak lesen memandu B2. Yang B2 dengan D gua letak belakang sebab gambo pakai t-shirt je. Belakang dia ada gua punya IC. Belakang IC ada kad Smiles yang gua buat time keje kat S***ra dulu. Point baru tiga ribu lebih. Gua tunggu sampai doploh ribu baru nak klem petrol time balik kampung tahun depan.

Panel kanan ada kad Maybank. Belakang tu ada kad matrik sekolah lama. Belakang dia ada kad matrik sekolah baru. Belakang dia ada kad topap yang pesen dulu tu. Penting gile menatang tu weyh. Nak2 time Chez tetinggal kunci umah kat dalam. Nasib baik tangan gua ada genetik McGyver. Jangan kabor kat sape2 gak umah gua bulih buka pakai kad. Belakang lagi ada kad ajaib sentuh-dan-berambus. Sampai sudah gua tak ingat nak topap.

Duit??
Tu.
Nampak skeleng tu??











*xyah nak zoom2. gua dah blurkan tahap spek dua inci gambo gua tu. hahahahahaha..!!

April 25, 2009

Teka-Teki Mudah


Objek apakah dalam gambar?


a) Uniform Pasukan ZAT (Zariba of All Territory) - unit bantuan Ultraman Taro

b) Jersi Pasukan Bolasepak Kuala Lumpur 1988

c) Pakaian Unit Petugas Khas Tabung Haji Di Arab Saudi

d) Jersi Pasukan Sorak Sek Men Keb. Derma, Kangar, Perlis.

e) Tak mahu jawab. Saya sengaja tak nak pass sebab nak jumpa cekgu lagi semester depan.

April 24, 2009

Pak Kemenyan + Mak Setanggi = Puspa Wangi

Nenek nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Cari cucu di mana ada,
Nenek ku kahwin dengan nak raja.

Cucu cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang juga nak cari ganti,
Siapa yang kena dialah jadi.


Ada tujuh lapan orang anak gadis hot dua puluhan main game tutup2 mata ni kat tengah2 Bukit Bintang, ataupun KLCC, ataupun depan Pavillion, barangkali.

Ada possible tak kalu gua nak tengok?











A'ah...
Gua layan Musang Berjanggut pagi2. hahahahahaa..!!


Scene Puspa Wangi hidangkan bekpes kat Tengku Nila Utama. Masa tu dah ilang janggut jambang. Dah cantik. Puspa wangi lari malu2 ke dapur. Repot kat mak dia, Mak Setanggi.

Puspawangi : Mak..mari la kejap mak.. Janggut Tok Janggut tu dah hilang mak.

Mak Setanggi: Dah hilang? Hilang kemana? Siapa yg curik?

Puspawangi : Ish.. Mak ni bodoh betul laa..







kahkahkahkahkah...!!!




April 23, 2009

Notis Pemberitahuan


Dikehendaki.

Sesiapa yang mengenali individu yang hanya dikenali sebangai Ris, bergiat cergas dalam aktiviti penyebaran email jemputan secara rambang, mempunyai satu kawan dan empat lagu, menggunakan headshot hitam putih dengan gambar wanita-menangis-sambil-tutup-muka-dengan-tangan dan gemar berumahtangga, sila hubungi tuan punya blog ini.


Segala kerjasama pihak tuan dan puan amat diharapkan.
Ganjaran istimewa berupa harta duniawi menanti kepada pemberi maklumat.

Sekian terima kasih.





Tak patut sunggoh beliau hantar jemputan kategori gini kat gua.
Tak ambik kira sensitiviti masyarakat langsung.

Agak2 kalau gua santau pakai emel mujarab tak??




April 22, 2009

Takkan Lari Kerja Dikejar



Lepas belajar dulu gua duduk dengan kazen. Dekat2 area tempat blaja jugak. Memang azam lepas blajar terus bulih keje molek2. Duduk opis. Gaji riban2. Tahun petama angkat kete. Tahun kedua angkat bini. Tahun ketiga angkat anak. Pastu beli rumah. Rumah type kampung dah la. Kayu. Sejuk sket. Kat mana2 pun tak kesah. Kalu ada rezeki lebih beli tanah plak. Bukak bisnes sendiri. Paling koman pun bela kambing. Tak pun kolam ikan. Eksport ke Jepun. Jadi usahawan pulak. Pastu...

...kita balik ke bumi.

Intebiu pertama gua bulih, lepas sebulan duk ngan kazen. Kemahen bunga2 hati. Terus idung gua kembang kecut. Jalan pun dah makin dongak. Bukan sombong. Gua eksaited. Malam sebelum intebiu tu macam2 gua stadi balik mende yang lekcerer penah ajar. Kapasitor untuk menyimpan cas. Transformer menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Decision making stategies for business. Final exam aritu pun tak bersungguh macam ni gua ingat. Kazen gua volunteer tulun gosok baju sama nektai. Bersaid weyh! Solat hajat gua tak lupa.

Hari interbiu gua awal2 dah siap. Dua jam sebelum appointment gua dah gerak. Gua ambik kira dari Gombak sampai Pekeliling tu macam2 bulih jadi. Jem. Tayar pancit. Minyak abis. Yang paling gua takut tetinggal resume. Dengan moto Kriss 110 tajaan kazen, pukul satu gua dah sampai. Gile semangat nak tunjok gua ni pesen punctual. Tapi punctual2 juga. Dah lunch hour, tecongok gua duduk kat pintu. Main tic tac toe sorang2.

Sampai masa, amoi receptionis suruh gua masuk bilek boss. Gua dah imajin baek punye. Nanti gua dah keje sini tiap2 hari gua blanje dia makan sizling. Nak masuk ngadap bos tu mari nebes gak. Tapi gua ingat pesan cekgu. Kalu nebes pegang pen. Awal2 gua dah standby pen dalam poket baju. Sesi soal jawab berlangsung lancar. Gua syak berkat solat hajat malam tadi. Yang tebaek dia mintak gua stat terus esoknya. Hidung gua kembang lagi. Leher gua makin tinggi. Malam tu gua belanja kazen ngan famili dia tomyam campur dengan daging masak merah.

Esoknya gua ingat hari paling sejarah dalam idup. Hari pertama kerja cara propesenal orang kata. Gua sampai stengah jam awal daripada orang lain. Punya laa nak tunjuk gua punya daya komitmeng memang sebijik macam gua kabor time intebiu semalam. Dressing kompom laa formal. Siap rambut sikat tepi tu. Gua nampak boss senyum. Puas hati la tu. Dia panggil gua masuk bilik. Dia suruh gua ikut Anand, supervisor dia pegi buat kerja. Angkat kotak. Letak atas troli. Turun bawah. Naik teksi.. Gua dah tak sedap hati.

















Sehari suntuk gua kena ikut mamat cindian tu jual biskut cap Disney dari opis ke opis seluruh Maluri. Gua rasa kaldai pun tak bodoh macam gua itu jam.



**Nasihat gua yang blom makan nasi, espeseli kat sesape yang baru grad. JANGAN mandai2 mintak keje Management Trainee. Sindiket tipu paling dahsyat tu!

April 21, 2009

Akibat Takleh Nak Tido Pagi


Rasa2 apa gua bulih buat kat sini.


.............................................

Hapdet 1:19pm

Sume sebab ribut kat Kalumpang malam tadi. Gua baru sampai rumah dengan kepala otak biol2 ni. Mata dah macam ikan selayang busuk. Jangan sape2 nak pandai2 miskol ke, buzz ke, ketuk pintu ataupun bukak lampu. Gua nak koma.

Jawapan nanti cekgu paiseh rait.
Tapi nampak macam banyak kena pangkah nih.
Ketua darjah. Tulung ambik pen merah dalam bilik guru.


April 20, 2009

Rok Rok Juga. Akhirat Jangan Lupa.

"U nyanyi rock tak jujur la. Takde feel. Kalau u nak tahu penyanyi rock la manusia yang paling jujur tau. Dia takde buat2. Sebab tu orang nyanyi rock ni ramai masuk syurga."
-Al-Fadhil Sheikh Azhar Othman a.k.a Awie




Insyaallah...





*apa? ingat gua rare sangat duk layan Mentor?

April 19, 2009

Lima Belas Yang Lama


Mek Hanie kasi gua lambang pelempang nih. Gua dah tempek kat kanan tu. Tapi ntah pesen tak ikhlas ke ape, kena buat tag gak. Gua rasa ustazah dia ada cicir silibus akhlak time skolah2 dulu ni. Tak pun dia ponteng skolah gi main lumba kuda. Yang gua tak puas ati skang, pung pang pung pang duk suh orang buat, dia tak buat pun. Lain pesen punya culas nih!



The rules:
Link to your tagger and post these rules.

List 15 random facts about yourself and tag 5 people.


.....................................


Satu.

Pukul orang. Toreh lengan pakai lawi ayam. Tolak orang jatuh tangga. Raba awek dalam LRT. Pakai tatu. Langgar lari. Dan sume2 jenayah tahap tinggi, gua tak penah buat.

Dua.

Kecik2 dulu gua ingat akan develop jadi ustaz. Tiap2 hari Jumaat abah paksa pakai serban dengan jubah ikut dia gi Rusila. Gua terkilan sebab cita2 tu tak jadi betul2.


Tiga.

Gua pernah jadi Qari sekolah. Bulih hadiah tuala. Tak sapotif langsong!


Empat.

Manchester United dah minat gua sejak darjah pat. Lee Sharpe dengan Gary Pallister penah ajak gua training sama2. Tapi gua kecik lagi. Tak reti nak buat paspot sendiri masa tu.


Lima.
Sukan dengan gua memang kacip gile. Nonton ke. main ke. Terer tahap Hasbullah Awang. Kecuali golf, bola keranjang, sofbol, besbol, kriket, wushu, perahu layar, bot naga, ekuestrian, kabbadi, petanque, gusti lengan, judi kuda, lumba babi dan lain2. Tak ghairah langsung. sukan2 ni.

Enam.

Abang dengan gua memang kaki kumpul komik2 Hong Kong time skolah2 dulu. Dia beli dua judul, gua beli dua judul. Dia tak sabo dia beli sendiri. Ada dua bakul gua simpan molek2 bawah katil nak buat pesaka. Tapi aritu abah kabor dia dah bakor. Wat semak je dia kata. Punah.

Tujuh.
Gua tak pernah buat salah kat dewan makan masa sekolah menengah. Abis2 gengster pun pau gelas junior je (brader ubi a.k.a kuehbakar sila ambik perhatian).

Lapan.

Time sekolah menengah jugak, Nazmizan Mohamad dengan gua pernah berlumba 100 meter satu balapan. Gua kalah 0.2114 saat je kat belakang dia.

.
..
...
.... ye laa.. ye laa. Gua tipu. Tu Syafaisal Ismail punye rekod. Gua tukang bagi air je.


Sembilan.

Gua penah tetak jari telunjuk sendiri. Gua ingat kayu api. Darah melimpah segelas. Tak putus pun. Gua kebal.


Sepuluh.
Gua suka kemping. Kemping pun suka kat gua. Rekod paling sedap, time pengakap sekolah menengah. Kemping kat Chemerong, naik Gunung Tebu dan yang terbaik Jambori Asia Pasifik 1997 kat Besut. Banyak gadis2 sekolah lain kasi alamat suruh kirim surat. Sume dah ilang. Kes member2 dengki gua syak.

Sebelas.
Sepuluh tahun dulu, time nak masuk matrik gua buat medical chekap, berat gua 51.5 kg. Lima tahun lepas gua main timbang2 kat CM, berat gua 51.5 kg. Tahun lepas time nak juin kompeni ni gua buat medical chekap, baru laa berat gua naik. 52.0 kg.

Duabelas.

Gua tak in langsung dengan sushi. Eksotik2 juga. Kalu dah bau macam perut ikan kembung dalam tong mana nak lalu makan weyh. Dah2. Sape nak belanja gua benda alah tu mintak tukar menu.

Tigabelas.

Tang minum memang gua takde problem. Kasi je mende yang halal gua bulih teguk. Siang2 gua suka ada ais. Yang paling kick skang ni kopi. Ni ada lagi separuh gelas. Wat teman gua keje ni. KOpi ginseng tongkat ali CNI. Lu jantan lu try.

Empatbelas
.
Gua takde Frenster. Gua takde Mespes. Gua takde Tagged. Gua ada Fesbuk. Gua ada Multiply. Gua ada Blog.heh!!

Limabelas.

Gua suka sangat kat Bella skang. Arabella. Mintak simpan lu punya baran jap. Gua kabor ni bukan lu. Lagu Bella Luna kat belog lu tuh. Gua dah rampok semalam. hahahaaa..!


.................................


Lima orang gua kena buat korban :


- acece


- jane doe


- k.e.r.i


- chromosome XX (jangan nak nyuruk2 dah. sape suh lu ngaku? hahahaa..!!)

- hanie (toksah ngelat weyh. tuhan marah. hahahahaa..!!)











*dah abis dua match bola. gua tak abih lagi buat entry nih. cilakak lu!!

April 18, 2009

Amalkan Pemakanan Seimbang Untuk Tumbesaran Sihat


Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain. (bijiran?? apejadah??)




..............................................






Dari atas...
- sup sayur cendawan dan brokoli
- pecal taugeh Pakistan dan kacang botol Moscow
- ayam goreng dua puluh satu rempah ratus
- sambal belacan cili Burma
- ulam peria lemak manis Tokyo



Amacam??
Agak2 bulih sihat sepanjang zaman tak kalu gua tak makan yang kat atas tu.








Hidangan tengahari semalam.
IncikBlind...bak budu.

April 17, 2009

Update Cara Laju Dari Dapur Villa Wangsa Melawati

Kunyit, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah.


Empat ketul ikan selayang, baki daging sapi semalam.


Cili merah, kubis.


Air sejuk.













Cuba murid2 teka apa resepi ari ni?

Hantar kertas jawapan sebelum matahari terbenam.

Nanti cekgu Paiseh rait. (ingat cekgu yoshz je ada? hahahahaa..!!)

April 16, 2009

Walaupun Gua Pesen Komited Tahap Mesin Taip, Gua Pun Nak Rehat Jugak.

Hari ni laa kena buat channel.

Hari ni laa kena eskelet emel banyak2.

Hari ni laa kena map network.

Hari ni laa ada link down.

Hari ni laa nak loopback situ loopback sini.







Kerja dah taknak berenggang langsung dengan gua.
Padahal esok gua nak cuti nih. Cilakak!

April 15, 2009

Hikayat Nasik Minyak

Nasi minyak adalah menu harian di Terengganu ye.
Tak yah tunggu kawen pun.


Gua tak kenal mana brader jual nasik minyak Terengganu kat pasar malam Taman Melawati tu. Baru perasan dalam sebulan dua ni je. Gua syak dia ngan bini dia muka baru dalam arena pemasarmalaman kat situ. Sebab gua tengok sume periuk kuali perabot masih kilat2. Dah tiga pat kali jugak jadi kastemer. Memang selera gua dah hala ke benda2 dari kampung halaman. Baru bulih makan kenyang2. Baru bulih gemok. Ye. Gua mau gemok. Sape2 mau derma isi? Bak sekati. Nak tempek kat biceps.

Lepas dua minggu tak pekena dia punya nasik minyak sebab duk ralit kejar duniawi, petang semalam gua pegi buat site visit kat pasar malam. Dari jauh brader tu tengok gua. Dah senyum2. Walaupun saiz dia gua bulih letak kategori sasa tahap tarik kereta, dia punya skill bungkus nasik memang level2 nenek gua. Bini dia pun gagap2 nak bungkus kemas2 tradisional macam dia. Sampai kat dekat...

"Lama dok napok dik. Kawen ke?"














Gua ushar kiri. Gua ushar kanan.
Cari gua punya senjata sulit.

Takde pulak orang jual katil kat pasar malam.

April 14, 2009

Tetiba Gua Mari Rindu Sama Opis Lama. A'ah... S***ra Yang Semalam Tu...






Kafe kat sini paling best dia punya view.
Duduk belah kanan bulih mengadap Tasik Hantu.
Duduk belah kiri bulih mengadap gadis2.


Dari kanan...

Brandon - Rupa paras kaki pukul. Jangan terpedaya. Tingkahlaku selembut bayu pagi. Ada affair dengan supervisor-pakai-skirt-singkat2. Ulang alik tiap2 hari Sri Gombak-Seri Kembangan naik public transpot. Gile gagah! Juga kaki pow rokok.

Mud - Keturunan raja. Mat scoot. Skang dah upgrade jadi Mat Neo. Peminat MU paling kental. Sepender Ronaldo pun dia tau saiz apa. Segala apa suvinier dia ada. Penah bawak bapak dia tengok bola sama2 kat mamak Nun Zai.

Ed - Paling lama berkhidmat. Jejaka paling banyak secret admirer kat opis. Walaupun umor lagi lanjut dari gua, tebiat still macam lepas skolah. Sangat terer main sepak bola. Penyerang utama Tim Futsal Opis. Pemalu tak tentu arah. Juga peminat kerak MU.

Sham - Mulut hyperaktif. Ada saja benda nak sembang. Pesen cakap sedap2 dan lebat2. Pernah gua ajak blah sama2 dari situ. Takat pung-pang-pung-pang dia je la. Gua dengor baru2 ni ada usul nak calonkan dia jadi Raja Lawak Astro musim ke lapan belas.

Fahmi - Paling misteri. Tiga bulan pertama kat opis memang super senyap. Sepatah tanya sepatah jawab. Hampir kena boikot. Last gua jumpa masa main futsal ari tu dah jadi normal. Nasib baik.

Gua - Pekerja contoh. Kalu taknak kena air jampi tu baik pecaya!





*update sket - gua taruh amaran awal2 ; subjek2 bukan untuk dijual, dilelong, dichop2 mahupun di trade in.

April 13, 2009

Tasik Hantu

Es-Em-Es dengan budak opis lama gua semalam...



*&%^$*^$*^(tepaksa potong. ayat mengutuk gua) ....weh, bdk2 S***ra ckp, skrg kat opis ada en HAN. - dia


Nape S***ra? Sape lak jmpa? - gua


K.long yg jmpa.smua budak pmpuan dh tkt nk g toilet..sbb ms dia jmpa 2 time pagi. aku pelik gk. dl aku slalu o.t sorg2 smpai 10 mlm. xde plak aku jmpe. - dia.


jmpa apa? kliner mmg la wat kije pagi2. ape natakod. xseram langsong. - gua.


bengong la ko. k.long jmpa ms dia g toilet pagi 2. bdk cina tu tgh sikat rambut di ms 2. k.long tgur la bdak tu, say morning. lps 2 k.long pn g la masuk opis. pas2 k.long dpt tau budak cina tu rupanya MC aritu . xdtg keje pn. apa lg tekejut la minah tu. - dia.




...............................




Dah banyak gua dengar pasal kes kena kacau kat opis lama gua tu. Memang bentuk geografi pun cenderung untuk jin dan syaiton wat habitat. Tepi hiway mengadap tasik. Time gua keje situ dulu pun penah gua gayut ngan opismet yang buat OT memalam. Tengah ralit sembang dia jerit kuat2. Tekejut. Macam latah pun ada. Dia kabor kaki dia macam kena pegang. Gua duk yg duk umah pun seriau weyh!

Penah gak satu petang tu. Nak hala ke maghrib dah. Opis yang sama. Gua baru nak balik. Gua tengok ada sorang lagi member gua tengah ralit wat keje lagi. Ed nama dia. Siwiyes kemahen. Muka kerut2. Gua tegor. Dia diam. Gua jalan terus. Saspen pon ada ak seposeng. Nak sampai pintu gua tengok lak ada PC belom tutup. Pekerja contoh macam gua mana tahan tengok duit kompeni mengalir keluar masuk longkang TNB. Gua nak tulung tutup. Cari mouse tak jumpa. Keybod pun mcm rusak2 je. Puas gua ketuk2 baru la bulih shut down.









Esoknya si kecoh. Cerita antu buat kacau kat opis. Si Ed jadi mangsa.
Dia dengar ada antu menaip kat belakang time nak maghrib semalam.
Sehari suntuk gua tahan gelak.

April 11, 2009

Ni Dah Macam Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Tadbir Gred N17. Pat Puluh Tujuh Soalan Tu Banyak Weyh!!!

Incik k.e.r.i bagi gua ni.
Gua buat je ikut sedap2 jari menari poco-poco.



1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Tak. Orang je duk tiru nama gua.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Sekarang. Sebab takleh tido.hukhukhuk!!

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Minat gile. Nak2 tulisan jawi.

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Gulai kawah Abe Ripin Greenwood.

5. DO YOU HAVE KIDS?
Nak kena pijak??

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Misti la. Skang pun gua kerap geng dengan diri sdiri. Asik sorang2 kat umah. hukhukhuk!!


7. DO YOU USE SARCASM?
Gua sarkastik dengan orang yang main sarkas dengan gua je.

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Ntah. Gua tak tau pun ada tonsil.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Eleh.. takat bungee jump. Lompat kijang pun gua tak takut laa..

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Nestum la. Zaman gua bayi yang sangat comel.

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Tak. Biar dia bukak sdiri. hahahahhaa..!

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Ais kerim asam boi Mak Nong depan skolah.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Orang ke beruang ni??

15. RED OR PINK?
Pink. (sape gelak gua sekeh ondespot!)

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Tulang selangka gua yang macam Nadal nih.

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
Subjek Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima.

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Everyone?? Kalu gua nak pun lu orang blom tentu nak kan?? Tade makne nye!!

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Jeans season tajaan Hentian Bas MPKT dan sandal Diadora tujuh belas duit dari Jusco.

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Adam dan Hawa - Ramli Sarip.

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Shin Chan.

23. FAVOURITE SMELLS?
Rexona Active For Men.

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Abang gua yang tiap2 kali telepun tanya duk mana. Gua rasa nak hantuk pale dia laju2 kat mesin basuh. hahahahahahaaa!!

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Sukaaaa....! Suka sangat kalu bulih pok pale dia dengan perahu.hahahahahaaa!!!

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Bola tampar pantai wanita kategori heavyweight.

27. HAIR COLOUR?
Rambut sama hitam

28. EYE COLOUR?
Mata lain-lain.

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Dah comel. Tapayah laa..!

30.FAVOURITE FOOD?
Laksa kuah kuning Che Chah dengan bubur lambuk Tok gua.

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Klise lah dua2!!

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Fast n Furious Empat. Gua tengah belaja nak wheelie Cik Sona ni.

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Hijau belang2 melintang.

34. SUMMER OR WINTER?
Summer Slam bulan lapan.

35. HUGS OR KISSES?
Comolot. Eh.. sedap ke?? hahahahhahaa..!!

36. FAVOURITE DESSERT?
Pelam lemak manis.

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
Bila perut bahagian sisi gua kena cucuk. Sape nak kena lempang cara automatik jemput2 la buat.

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
"Bila mau kawen?" Haih...baik gua main Zuma.

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
Huawei OptiX OSN 6800 and OSN 3800 Guide. Opis gua punya kitab.

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Papan biru.

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Keliwon. Camharemmm! Tak penah hayat gua dengar toyol nama Comel.

42. FAVOURITE SOUND(S)?
Dum! Dush! Dum! Dush! Dum~ Macam lagu Lady Gaga.

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles. Siap buat wallpaper kat opis.

44. WHERE IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Gua penah sampai Los Angeles. Jumpa Keira Knightley. Mimpi bile gua dah lupa.

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Selain menulis blog gua juga pandai menulis di papan hitam.

46. WHERE WERE YOU BORN?
Terengganu Darul Iman, Malaysia.

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Sape rajin jawab tag???

"Saye!!" Liliyuli angkat tangan. Paras2 kepala gua je.

"Saye jugak!!" - Ie3za yang baru balik intebiu menyampuk.

"Saye pun nak buat gak!!" - jerit Erina Asmawani sambil offkan mesin parut ais.

April 9, 2009

Tribute To Ais Parut

Gua baca tadi kedai dia dah nak kena roboh. Dengan baik ati gua buat entry ni untuk tokei kedai. Amacam?? Tak caya lagi gua dah pegi?? hahahahahaa...!!




Sedap sampai gua lupa nak ambik gambor



Status : Sorang-sorang

Tarikh : Jumaat 19 Mac 2009

Tempat : Fudkot Sek 2 Shah Alam

Menu : Air Batu Campur-eskrem-anggur merah-cungkil gigi-sirap merah-sirap hijau-sirap kining-buah kabong-jagung-cendol-kacang-wafer roll-cincai- ...dan lain2 (cik tokey, tulung lengkapkan)

Servis : Tak laju mana tapi bagus sebab tiga pat kali gua kena soal dengan brader ambik order. Benda tak sampai2 gak. Tapi apehal tokei duk kat kaunter tak gerak2? Tak mesra pelanggan langsung. hahahahaa..!!

Harga : Dua duit setengah. Padan sangat dengan penat lelah nak perabis. Banyak weyh!

Komeng kat Guessbook : Jangan risau. Gua tau markas baru lu. Gua pegi lagi.






Gua taknak signbod lu letak merata lagi kat port baru.

April 8, 2009

Retro : Pasukan Paling Kacak Seluruh Sekolah





Ntah macamana gambor pakai kodak ni
bulih ada dalam kompiter gua.




Nama Pasukan : Teruna Gerhana (gua ingat2 lupa dah. ye la kut)

Pengurus : Zalanee Mansor (berdiri paling kiri)

Kapten : Zalanee Mansor

Pemain Bintang : Zalanee Mansor, Syafaisal Ismail (pakai google)

Pencapaian : Tempat ke-4 Kejohanan Bolasepak Tertutup SMSD 1997. Tewas perlawanan penentuan tempat ke-3 kepada pasukan Rusuhan Pekerja Burma Di Kilang Papan Paka.

Penaja : Pasukan Hoki SMSD (jersi), Dewan Makan SMSD (minuman Wahi).











*Masa ni gua main bek kanan. Molek sikit dari Gary Neville main tadi gua syak.

April 7, 2009

Takde Orang Kabor, Mana La Gua Nak Tau

Hans : Eh.. hang rumah apa a?

Gua : Rumah apa??

Hans : Rumah sukan la. Nanti kompeni nak buat tournament ping pong.

Gua : Ntah. Hang rumah apa?

Hans : Aku rumah kuning. Hang?

Gua : Aaa... Rumah pelacuran kut.

Hans : (mencarut2 dalam dialek Chengdu)

April 6, 2009

Gua Dah Simpan Baik2 Hadiah Kat 4shared.

Adehh.. Gua ingat nak kabor tengahari tadi.
Lupa.
Sape2 yang sampai abih keje duk godek2 cari jawapan tu sori la.
Gua ralit mengulor. hahahahaaa...!!



Ni dia buahnya.
Perati kelopak kat tangkai dia.
Itu la yang bulih makan time dara2.



Tak tau jugak?? Ketik gambor.
Hish..! Tak eksotik la lu nih!

Kalu Kera Dapat Bunga Apa Jadi aa??




Balik kampung aritu abah introduce gua bunga ni. Penah tengok?? Kaler merah sungguh2. Kalah mata gua nih. Kelopak dia ada empat. Cantik wa akap lu!! Gua rasa nak selit tepi telinga masa sapu laman sambil pakai kain batik.




Yang belum kembang, rupa dia bulat2. Keras. Bulih wat peluru bedil cicak. Tapi gua buat bedil adik. Biasa gua bagi buah luku je sesiku dua kat kepala. Malas kemahen!



Gunanya?
Buat makan. Sape kata bunga kantan je bulih wat makan? Mari sini gua nak piat telinga laju2. Bunga ni patploh kali lagi sedap. Ketis kelopak dia satu satu. Tinggal spora dia kat tengah2. Simpan bagi ayam makan. Yang putik tu pandai2 la bukak pakai pisau siang ikan. Pastu cicah gula kelapa tumbok dengan cili boh sama belacan. Garam sket. Menyenggal weyh!!!









Tau bunga apa??
Sape betul gua bagi installer Quicktime 7.6 sama keygen.
Dah dua ari gua donlod baru bulih nih..! haih...!!

April 4, 2009

Gua Tak Reti Nak Romantik2. Cikgu Tak Pernah Ajar Kat Sekolah.

Satu.
Berduaan dalam sampan di tengah lautan berombak tenang mengejar suria terbenam. Gua letih dia kayuh. Dia letih gua tidur.

Dua.
Backpacking ke Eropah secara berkuda. Susah senang dilalui bersama kuda2 malang itu.

Tiga.
Menonton perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Malaysia secara terus menerus dari stadium. Sorakan kami menjelmakan kemenangan buat Malaysia.


Empat.
Duduk di lapangan terbang memerhatikan gelagat manusia dari segenap bangsa dan negara sambil beradu siapa dapat cari makhluk tuhan paling pelik.

Lima.
Berkongsi dekonstruksi. Hari ni gua tulis. Esok dia tulis. Lusa gua. Tulat dia. Hingga hujung nyawa.


Impossible?
Ridiculous?
Stupid?
Absurd?
Senseless??
Gilo??

Memang pun! Nama pun FANTASI KENCAN.
Harap Cik Tapak Sulaiman lebih optimis dan bertimbang tara lepas ni sebelum jariahkan TAG kat gua.hahahahaaa...!!






Gua rasa gadis2 cantik misti suka nak buat.
Orang kabor budak pompuan ni dia punya fantasi memang kencang... gosh!

Arabella. Liliyuli. Aim-a. Ierma. Cik Hanie. Jane Doe. Dan Xuen.
Sila buat. Kalu tak, gua repot sama Tok Kadi. hahahahahaaa..!!

Dah lama gua tak susahkan orang. heh!





*kencang = laju2, kencan = temujanji/deting

April 3, 2009

Pacak Lagi


Selang tiga purnama kompom gua jadi panas kepala. Rimas. Serabut. Goblok. Nak tido pun kena placing betul2. Kalu tak memang gua hangin satu kepala sebab lambat masuk keje syif pagi.


Bukan gua tak suka. Kadang2 tu Anep kabor macam Bekem time gua main bulu tangkis pakai cekak. Time gi keje naik motor, gua nampak macam si rempit tegar dek ekor yang mencanak2 naik. Sumpah gua rasa tampan. hahahahahaa..!!

Sampai masa gua dah tak tahan.
...ini se-wious~ mesti tolong gua. (wonderpet wonderpet)

Gua potong.
Dengan berstail.


..

Amacam?? Ingat budak2 Akademi Pantasial je tau transformasi? heh!!




*******************



Kredit kepada rumet gua yang agak rumit (gua nak bagi upah tadi lu takde).


Lena di hujung telapak kaki gua.



Tangan yang membentuk Adam, Amber Chia, Dafi, The Lima, Aznil, Azrie Hafiz, Shamil Fitri dan lain2 personaliti terkenal cakerawala, tiap-tiap tiga purnama membentuk rambut gua. Tak caya lu refer Prosper.

Ada mau buat rambut??

Jemput ke Villa Wangsa Melawati kami.

Jangan lupa pengeras - air berkarbonat botol besar bersama jajan-ikut-suka-lu-nak-beli-apa-tapi-lima-duit-ke-atas. Sekali lagi gua bisnis tolong melayu dengan harapan tolong bagi diskaun yuran internet dan jangan pijak kabel modem suka2 hati.




Kadang2 kemaskulinannya terserlah
tak kira untung sabut ke untung batu. Untung buah barangkali...



Tu gua rompak kat fesbuk. Gua tak sempat cilok gambor beliau berkufu dengan Hatta Dolmat dalam kompiter tadi. Hot wa akap lu..!! hahahahaa...!!







April 2, 2009

Baru Gua Tau Jeles Tu Tak Sedap Langsung!



Kat Penang minggu lepas.

Gua tengok abah duk perati fog lamp yang gua baru pasang. Dia kata senget. Gua tengok. Memang tak belen. Sikit. Abah betulkan.


Masa balik Penang.
Kat Hentian Tapah. Gua parking. Nak cepat gi jamban. Terus mati injin. Abah kabor tak molek. Terkejut injin nanti.


Nak balik kampung semalam.

Gua tengok ada taik burung atas bonet belakang. Gua sapu dengan tisu. Abah suruh lap dengan air sambil hulur air minum dia.


Berhenti kat Hentian Gambang semalam.

Gua ngantuk. Masuk parking laju2. Bukk!! Tersondol bumper depan. Sikit. Abah gelabah tunduk2 cari kat mana kena. Tak nampak. Gua kabor tak kena. Masuk lubang je. Gua hendap betul2 nampak bumper belah bawah calar2. Abah bagi bebel sekopi.


Nak gerak balik KL pagi tadi.

Gua buka paip nak siram Cik Sona sikit. Time balik semalam ujan kat Jerangau. Banyak percik2 selut. Abah kabor dia dah cuci pagi2 lagi. Gua tengok Cik Sona kebasahan. Berkilat.












Gua jeles.