December 28, 2010

Babai Dua Ribu Sepuluh



Gunung Daik bercabang tiga,
Pucuk pauh delima batu,
Selamat tinggal tahun lama,
Selamat datang tahun baru.

*pantun recycle ujung tahun lepas. kehkehkeh~


Macam2 benda pelik jadi tahun ni.
Dari Januari sampai la Disember, gua asik bernapas je.
Makan.
Minum.
Turun naik tangga.
Pegi balik keje.
Oh. Tu semua biasa.

Yang berbeza daripada tahun2 lain...
Gua dapat kerje part-time sendiri2. Fotografer.
Ke hulu ke hilir bimbit Che Nik sampai berurat2 sebelah lengan.
Sampai ke China peginye. Tahun depan insyaalah ke Sabah pula.
Terima kasih FendyMdNor kerana banyak menyifu gua~
Oh. Gua punya peket2 penggambaran kat kantasipi ni. Ketik about.


Lain.
Dekonstruksi dah agak terabai.
Bermula dari Julai time gua merantau dua minggu sebab kat negara Komunis sana takleh ekses blogspot walhal fesbuk.
Balik2 dah jadi malas.
Bukan main2 dia punya malas. Ni real punya malas sampai sehari suntuk buka New Post pun tak tertaip apa2.
Na'uzubillah~


Lain.
Nur Syamira Shaedi.
Cinta hati gua.
Sape gelak gua bubuh papan katil atas tengkuk!



Foto of the year. kehkehkeh~
Budak ni tengah demam panas skarang.
Sila doakan kesihatan beliau. Minggu depan sekolah dah bukak.





*awal gile babai. nampak tak berapa banyak malas gua ada?

December 25, 2010

Panda

Lu orang rindu Copin tak? kehkehkehkeh~


"Uiii. Ko tau, member aku observe gile dengan panda dowh. Belambak dia punya keychain la, gambor2.. profile picture pun dia pakai gambor panda.." Ntah apa jadah Copin kluar bersama topik panda usai ber'Fullamak' berhampiran kediaman kami.

"Errmm.. sebut betul2 weh.." gua.

"Apa? Hah! cari pasal laa tu.. " Copin dah mari serba salah.

"Obses!!! Obses!!! Bukan observe" gua.

Terus buat2 pergi cuci tangan dengan harapan gua tak buat entry pasal ni.
Lu tak bernasib baik Copin.
Sila pasrah.


Rupa2nya teringatkan iklan ni.
Memang horror pun. kehkehkeh~

December 20, 2010

Ceroboh

Gua syak blog ni dah kena ceroboh dengan pendatang la.
Paling dekat gua syak, dari angkasa.

Nanti kalo gua tutup shoutbox tepi ni harapnye, takde la yang kecik ati.
Naik seram pula gua tengok url ketot2 makin banyak kat situ.
Nak ketik? Ingat gua senang2 kena tipu laa tu. heh!

December 6, 2010

Hormat

Satu malam di rumah orang kawen. Selesai gua menyenep pengantin sanding2, seorang makcik main cuit2 blakang gua. Gua toleh. Senyum.

"Eh dik, nak tengok gambar boleh? Lawa tak?" kurius tak patut beliau punya lagak.

Gua tekan butang display kat Che Nik. Terpapar foto2 yang gua senep. Memang... errr... boleh tahan. Gua tunjuk kat makcik tadi. Kalo ikutkan pantang gua punya sifu, gambar dalam kamera memang tak boleh unjuk kat sape2. Tapi ni dengan orang tua2 tak boleh sombong2. Gua kasi kelonggaran sikit. Imej remaja kena jaga.

"Ee.. cantek2 la gambar ni dik." mata masih tak lepas daripada display Che Nik. Khusyuk kemain.

"Lagi.. lagi..." ada demand.

Gua kasi skrol lagi. Terpampang imej anak dara beliau.

"Cantek lah dik. Kasi akak boleh?" kali ni mata dah pandang gua. Dengan secalit mood kesian.

"Errr.. skang ni tak boleh lagi kak. Saya kena transfer dulu dalam kompiter. Nanti dah siap sume akak mintak laa kat pengantin ye?" gua kasi ekspelin cara paling simple.

"Skarang tak boleh ke dik?" kali ni ada campur mood kecewa pulak.

"Tak boleh lagi laa kak. Takde kompiter nak transfer ni." hormat tu hormat juga. Tapi dah menda kerja memang gua tak kompromi. Takat hajat mini2 tu boleh runding lagi.

"Pakai bluetooth tak boleh ke dik??"










Gua tutup mulut kuat2 tahan gelak.
Hormat.. hormat~

December 2, 2010

Tumbesaran

Beberapa tahun dahulu di makmal Sains Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Semua Duk-Asrama. Cikgu Hasnah Maidin sedang mengajar silibus pembiakan dan persenyawaan. Agak berbeza daripada hari biasa, semua pelajar lelaki cerah mata hari itu.Tak tahu mengapa. Mungkin pelajar lelaki memang bersungguh2 mahu belajar. Tidak seperti pelajar perempuan. Masing2 merah muka. Di penghujung kelas, biasalah. Tentu ada sesi merevisi pembelajaran hari itu.

Bertanya dia kepada seorang pelajar lelaki. Baru 15 tahun dah kacak pelajar tersebut. Soalnya... "Peringkat manakah tumbesaran manusia paling cepat?". Dengan kompiden tak patut, pelajar lelaki kacak tadi menjawab "Remaja!"

"Salah."

PAP!! PAPP!!!

Birat2 telapak tangan pelajar tadi. Terhakis sedikit rasa kacak.

"Remaja tu kedua paling cepat. Tumbesaran manusia paling cepat di peringkat...."

"Bayi...!!" satu kelas menjawab secara muafakat~






.........................................





Satu pagi baru2 ni, gua dalam dilema. Nak pakai jeans ke slack. Jeans ke slack. Slack ke jeans. Untuk pengetahuan, dah lebih setahun gua tak pakai slack. Gua punya attire kerja memang tak memerlukan dressing mat2 pejabat. Bebas asalkan sopan. Canggih bukan?

Tapi yang buat jadi dilemanya, hari itu gua punya boss menjemput untuk hadir meeting dengan kastemer. Tak pernah sebelum ni. Pada pikiran gua, sekali sekala pada situasi macam ni, perlu berdressing formal dan normal macam pejabat2 lain. Kang dikata selekeh pula. Mentaliti masyarakat memang tak boleh nak ubah dengan gua sorang2 dressing jeans pada waktu kerja. Tak salah. Tapi macam salah. Apa punya mentaliti la orang kita ni. Merepek.

Belek punya belek, terjumpa juga sehelai slack cekelat. Tak silap, slack itu laa gua pakai time interbiu dulu. Tak lama. Dua tahun lepas.

Gua sarung. Masuk kaki kanan. Lepas tu kaki kiri. Sunnah.
Step akhir dalam proses pakai seluar ni ialah kancing butang, zip dan tali pinggang. Baru gua kerjakan prosedur pertama yakni kancing butang....

Hupp!!! Ketat~
Meleweh jadinya. Tegang kemain jahitan butang jadinya~




Mungkin gua ni manusia yang masih di peringkat tumbesaran. Tak bayi pun, koman2 remaja la gua kasi. Heh.

Senyum~

November 29, 2010

Kerjasama



Ini barulah orang panggil muafakat, tolong-menolong, bantu-membantu, berkerjasama, toleransi dan kejiranan. Tak pasti pula kat kolumpo masih ada perkara2 murni macam ni atau dah pupus.

Buat Fender, usah kecewa nama lu takde.
Dah tanggungjawab fotografer~

November 22, 2010

Kerengge

Pada kelajuan 80km/j. 2 minit pertama.
Buntut kelihatan menaik. Pergerakan sifar.


Kelajuan 100km/j. 1 minit berikutnya.
Keadaan menjadi kangkang maksima. Mungkin disebabkan cubaan
untuk merayap sambil menghalang diri dari diterbangkan.


Kelajuan 80km/j. 2 minit berikutnya.
Buntut kembali menaik. Lokasi sudah berpindah
beberapa jengkal dari tempat asal.



Lepas ni gua dah tak perasan ke mana beliau terbang. Mungkin masuk dalam kereta dengan menembusi cermin. Kalau betul, sah la ini kerengge ada ilmu setaraf abam Cyril.




Kesimpulan : Gua sampai berjaya sampai ke Kolumpo laju2~

November 16, 2010

Aidil Adha


SELAMAT HARI RAYA AIDIL AIDIL'ADHA
Tahun ni gua balik kampung petang raya.
Ada misi penting pagi nya.

Doakan gua (kami).


Ni mahu pegi 14 bahagian ni kalu buat qurban~

November 15, 2010

Babeh Babeh Babeh~

TUUUTTT... TUUUUUUTTTTT...
TUUUTTT... TUUUUUUTTTTT...

Brader : Helo~

Gua : Tau tak Chelsi kalah semalam?

Brader : Tau~

Gua : Tau tak kalah 3-0 semalam?

Brader : Tau~

Gua : Tau tak main kat Stampot Bridge semalam?

Brader : Tau~

Gua : Dah tu... apesal tak menangis? kahkahkahkahkah!!!



*brader gua adalah hadkor Chelsi~
**gua adalah hadkor penganjing Chelsi tem kalah~


Yang mana maseh sedeh2 tu sila layan maskot ni.
Sangat pandai menari. Mudah untuk mengubat hati2 yang luka~
Kebolehan kenyit2 mata tu memang luarbiase~


November 12, 2010

Ganjal


Suatu hari ketika sedang menikmati live band di rumah orang kawen...

"Ni sume pakai barang2 UM blaka ni.." getus Pendi selaku staf yang terlibat.

"Pakcik2 live band ni pun?" tanya gua sambil tak berkelip tengok pakcik akordian tengah jamming.

"Ye la. Sume geng2 Muzium Kesenian Asia ni. Yang mu slalu lepak tu.." air anggur dia kasi sroot sampai abis.

"Ooo.. best kut diorang main." gua pula tuang air lagi satu gelas. Menunggu pengantin datang ni kire cabaran juga. Cabaran uji tahap sabar.

"Ko bayangkan kalo majlis kawen yang takde benda2 ni sume.. takde bunyi2.. takde DJ.. takde lagu2.." rokok dari kotak diketuk2 sampai padu. Sepadu buah pikiran beliau.

"Hmmmmmm....." gua cuba melayan buah pikiran beliau. Kamera gua kasi off.

"Misti ganjal kan??" rokok disedut penuh kompiden.

"Err.. apadia??" gua cuba memahami tatabahasa yang baru gua dengar tadi.

"Ye la.. mesti ganjal kan... err... ermm.. Ganjal? Ginjal?? Ganja...." sedutan dunhill kali ni dah tak berapa nak keruan gua tengok.



"Ahahahahai.. Ahahahahaii.. Ketawa lah lagi~" terdengar kata pakcik2 band membackup singerkan lagu Ketawa Lagi.




Cilakak!! Lepas tengok video ni baru gua tau yang nyanyi
pakai bulu mata panjang sehasta aritu Isma AF rupanya.
Oh. Ini bukan video hari kejadian. Pakcik Dino the akordian pun takde.
Band saja yang sama.



November 11, 2010

Ehem~

Ehem!!

Ehemmm!!!

Hmmm~

Ehemmmm!!!

Ehhhemmmmmm!!!!!!!!!








October 28, 2010

Apesal?

"Apesal lama ko tak apdet blog weh?"

"Gua ada apdet la... Pakai jiwa."

October 13, 2010

Fiq


Tiga gadis remaja lalu sebelah gua time gua tengah sedap2 memulut cecah sambal bilis. Takde laa sedap mana tapi kalu tengah lapo becampur pulak dengan tunjuk respek sama tuan umah kenduri, gua makan juga dengan tawaduk. Takde opsyen lain. Petama kali dalam idup gua pekena resepi gini gaya. Pelik2 sungguh laa orang Melaka.

Oh. Sambung pasal tiga gadis remaja tadi. Agak beberapa meter melewati gua yang masih belemin mulut dengan minyak sambal, yang sorang tudung pepel duk usha2 gua sambil bisik2 kat dua orang lagi. Gua buat2 steady. Eye contact berlaku.
Gadis tudung merah jambu jadi malu buat2 takde apa sambil memblahkan diri. Gua teguk oren.

"Macam pernah nampak laa abang ni..." tak semena2 tiga gadis remaja tadi ada kat sebelah gua. Bila masa muncul pun gua tak sedar. Mungkin gua punya steady agak terlebih.

"Err.. kat mana?" mudah mesra gua kan..

"Ala.. ada. Abang pernah masuk TV ke?" gadis tudung pepel bertanya lagi. Dah hilang dia punya malu2 cicak tadi gua syak.

"Ermmm... agak2?" gua cuba bermain selamat.

Tiga gadis tadi pakat2 berbisik sesama sendiri. Gua sengih comel.

"Abang ni Fiq eh?" kali ni yang tudung merah bertanya.

"Abang ni yang masuk Mentor tu ke?" yang tudung biru pula menyelit.

Gulp!! Gua terpingu2.
Tapi steady masih~

"Abang2.. ni lagu abang kan?" yang tudung pepel tadi kasi pasang lagu kat ensep. Sayup2 gua dengar... 'Tiga malam.. tanpa bintang.. dan diriku dihimpit keresahan....'



KLIK!
Gua kasi tangkap satu gambar buat stori kat blog.kehkehkeh~



"Abang2.. nama abang yang betul apa?" tudung pepel.
"Fiqri" gua.

October 5, 2010

Kenapa Tak Boleh Pakai Bahasa Melayu...

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.


Sebab dalam bahasa Inggerisnya...


That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.



Oh. Gua bukan nasionalis~



*petikan emel

September 29, 2010

Abg Sahak Mentor Wanita


"Nnt kalu dah kawin nanti, mase anak bini dah tido, tenung diorg... Lihat wajah isteri tika dia lena. Biar timbul rasa kesian, sayang yang mendalam. Insyaallah tak cari lain lah..."


...dari klasik2 Singular~

Deep ni!!!








Eh.. bila masa gua ada bini?

September 21, 2010

Tak Tahu

Entahlah..
Padahal tiap2 hari gua buka blog sendiri.
Nak sangat menulis.
Tapi.
Tak tahu lah.

Gua punya otak seksyen memblog mungkin tersumbat barangkali.
Ataupun pengsan. Koma pun bulih jadi juga.
Tanda2 mau pencen? heh~

Maaf zahir batin.


Oh yeah~

September 15, 2010

Lagu Raya

Asik2 dengar lagu raya sama je tiap2 tahun kadang2 mari bosan juga dok?
Tu yang lagu Keropok Moni pun bulih enterprem skali tem2 raya nih.

Meh gua tunjuk lagu raya stail lain sikit.
Islam agama 1Dunia. Jangan pikir kat Mesia saja ada lagu raya.



Assalamualaikum, salam sejahtera.. kepada anda semua moga bahagia~
Lebih kurang gitu laa maksud dia.









Tapi gua rasa tetap takleh lawan lagu Yuna. Dok gitu Darkk??
Oh Yeah!! ikikik~

September 13, 2010

Balik Kolumpo


Hari raya nombor pat. Gua kena alik kolumpo. Sambung hidup. Tiba2 rasa tak puas pulak beraya. Aritu macam raya ni paling tak bes. Tem2 gini jadi berat ati pulak nak tinggal kampung.

Tak sangka sentimental juga gua ni rupanya.kehkehkeh!

September 12, 2010

Slamat Hari Raya Aidilfitri


Maaf zahir batin.
Dh raya hari 3 baru ingat nak beraya via blog.
Gambarajah menunjukkan anak buah gua yang paling hero menjalani ibadah open house. Lu orang bile lagi nak ajak gua woi?

September 8, 2010

Sampul duit raya ada lambang salip ( hati hati )

Tajuk gua salin bulat2 dari emel yang gua dapat.
Agak comel?







Banyak pulak menda2 yang buat choi tem2 macam ni.
Kasi bantut saja gua punya feel nak berayaan.
Dah laa feel Ramadhan pun tak berapa nak sampai.
Ada pulak pendekatan halus cara gini nak kasi melecet jiwa2 muslimin.

Kepada adik2, hati2 ya.
Kalu dapat sampul yang macam ni, cepat2 kasi kat abam Paiseh.
Jangan bukak dulu.
Jangan bukak!
Jangan!!
Bagi je terus. Tahu laa abam Paiseh nak buat apa.

September 7, 2010

Nekbat



Akhirnya. Ujung2 puasa jumpa juga gua dengan benda sedap ni. Rare tak patut! Walaupun kaler dia agak meriah drp yang original, cukup la buat obat rindu insan terpilih yang tak sempat bebuka kat kampung - contohnya gua.

Dengan ini, gua umumkan bazar Ramadhan Taman Melati sebagai Johan Bazar Ramadhan Peringkat Kolumpo 1430H.
Sehebat2 Melawati, tak true langsung takde nekbat.

September 5, 2010

Nak2 Raya Pun Buat Hal

Kalu bab2 freemason masa Juara Lagu itu hari takde gua kecik ati sangat.
Tu bab2 hiburan. Gua amik untuk berhibur saja sambil ber'Meet Ankel Husin'kan diri..
Ni kalu dah masuk bab2 akidah, mana bulih tahan.
Duk campur aduk resmi2 Hari Natal, Buddha dengan Thaipusam ni apa cerita?
Dengan ada kitab tulisan2 terbalik...
Nak launch 1Agama pulak ke??
Pakcik Farid Ridzuan.. takkan senyap saja kut~




Satu jari tengah untuk TV3!




Gua malas nak menaip panjang2 mau ulas.
Kang lagi banyak mencarut daripada kompelin. Gua bukan ilmuan sangat.
Sila ketik sini dan sini.

September 3, 2010

Kuliah Agama #4

Lagi pesanan pasca hari raya.




Mak kat dapur, muka macam mawas, kepuk telur..klepok klepok klepok!
baik laa takbir, boleh pahala.. sampai pukul 3 pagi buat kuih raya, bengong. kehkehkeh~



Oh! Bukan mengata kat para ibu. Contoh saja~
Cuma
pesanan.. beringat.
Raya tu berpada2 la~


Gua pun kalu malam raya, tido pukul 3-4 pagi juga. Bukan buat benda2 lagha mcmtu.
Gua gi mengeteh. Sama saing2 sekolah.
Balik2 umah, mak dengan adek2 gua belum tido duk setelkan kuah kacang sama sate.
Gua tolong juga mana yang patut. Tolong rasa contohnya.
Tahun ni, scene mengeteh sampai pagi raya mungkin dah pupus barangkali sebab tinggal gua sahaja yang masih belum tewas dengan tanggungjawab kekeluargaan.kehkehkeh~

September 2, 2010

Penge'pek'an

Pek kurma tahun lepas dengan tahun ni.
Tema : Kucupan Mesra Dari Sahara


Pek kuih raya 1.
Tema : Di Antara Jaring Pemisah Kulepaskan Pandangan Mata


Pek kuih raya 2.
Tema : Geometri Kasih Indramayu Di Antara Ruang Imajiner




Ni baru yang gua dapat. Yang tak dapat kat gua entah macamana rupa penge'pek'an dia.
Gua pikir2, masyuk juga kalu bisnes peking kuih raya tak pun kurma tem2 macamni dok?
Maksud gua, tukang design pek2 tuh.
Agak2 dia punya royalti bulih tak kaver untuk 5 tahun raya?

August 31, 2010

Hari Kabangsaan

Gua punya feel sambut Merdeka sudah sifar.

Feel bangun pagi2 31 Ogos tengok siaran langsung perarakan Hari Merdeka...
Feel berdebar tunggu jam 12 tengah malam...
Feel jerit MERDEKA sampai serak2...
Feel nak naik naik moto ramai2 round2 kota...
Feel nak gi turun town tengok bunga api...
Feel bubuh bendera kat moto ke, kereta ke...


Semua dah takde...
Dan macam biasa.. gua akan salahkan kerajaan. heh~






Layan gile lagu ni. Ada bantahan?
Ok. Tak ada kaitan~

August 30, 2010

Keni Rojes


Tengok2 gambor dalam ensep, gua tejumpe foto ni. Macam lawa plak. Cun sangat. Heran jugak slama ni gua bleh tak perasan.
Rasa nak buat wallpaper je..

August 27, 2010

2060 (sambungan)

"Kat mana yang ada lagi Mel?" tanya gua kepada Singular ketika moreh selepas solat terawih malam itu. Kami menetap di kejiranan yang sama. Cuma fizikal saja yang memang berbeza. Kecik sikit daripada Big Show dah badan Singular, walaupun dah kecut sana sini. Obesiti tahap lima.

"Aku pun tak tau laa Seh. Aku pun dah puas suruh anak aku cari. Semuanya bukan." parau bukan main suaranya. Baru minggu lepas keluar hospital. Dengar2nya kena jangkitan bakteria kat kerongkong. "Kau tak try tanya Azrie ke, Arep ke...kung!! kung!!" percakapan Singular berhenti di situ. Sakit batuk monokularnya datang lagi. Gua hulurkan segelas teh o ais. Zaman ini, ais sangat mujarab untuk batuk2 kronik.

"Arep kan dah kena strok. Tahap aswad. Baru minggu lepas aku ziarah dia. A'ah. Time ko masuk sepital tu la. Aku pun dia dah tak kenal." gua berhenti sekejap. Nafas gua tarik dalam2. Ada rasa sebak sikit. Singular pun sama.

"Azrie pulak kan dah lama dia pindah ke Dubai. Takde khabar berita langsung. Last sekali aku dengar pasal dia, yang kes anak dia kena wat lari ke Lombok aritu la. Tu pun dah 3 4 tahun lepas dah aku rasa." gua menghabiskan hujah. Singular mengangguk2 lemah.

"Abis tu, mana lagi nak cari ha? Aku pun dah mengidam sangat ni. Dapat secubit pun jadi lah. Selagi ada hayat ni..kung!!! kung!!!" sayu Singular berbicara bersulamkan batuk.

"Sudah2 la tu Mel. Sabar ye. Esok aku cuba pegi cari sendiri pulak. Mana tau ada rezeki." pujuk gua sambil menekan alarm basikal angin. Jarang2 boleh nampak warga emas naik kenderaan ni pegi masjid. Gua saja yang chill.

"Balik dulu Mel. Jaga kesihatan! Assalamualaikum~" gua memacu basikal angin pulang. Tak sabar nak jumpa isteri. Singular terkebil2 menghabiskan teh o ais di anjung masjid sorang diri...






bersambung....

August 26, 2010

2060

2060-1 di sini.
2060-2 di sini.
2060-3 di sini.
2060-4 di sini.


.........................................................................................



"Tak jumpa la abah." kata anak bongsu gua sejenak lepas masuk ke rumah. Tadi katanya nak ke bazar drive thru sambil bawa anaknya jalan2 naik trektar. Ya. Zaman 2060 ni trektar lebih selamat dipandu berbanding kereta. Sejak OPS Sikap 54 yang mengorbankan 1.2 juta nyawa beberapa tahun dulu, kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan trektar dan basikal angin di jalanraya bagi mengelakkan statistik kematian lebih tinggi.

"Tak jumpa ke ko tak cari betul2?" tegas gua menyoal balik. Gua tau anak yang bongsu ni buat kerja apa pun bukan tahu bersungguh sangat. Sebijik macam gua muda2...

"Betul abah. Dah 5 drive thru saya pegi. Semuanya tak payah beratur. Tapi saya beli juga la kut2 abah teringin sangat kan..." satu bungkusan dihulurkan. Gua biarkan sahaja, cuba membau2...

"Huh! Biasa..." getus hati kecil gua. Muka gua kasi tarik ketat2 sambil menoleh ke jendela. Kecewa lagi gua. Matahari semakin mengecil menandakan waktu berbuka makin hampir. Lalulintas udara masih sibuk. Kelihatan serobot polis trafik udara melambai2. Gua balas dengan senyum tawar.

"Sudah laa tu, kesian la kat Napi ni.. Esok2 dia cari la lagi." lembut suara datangnya dari ruang makan. Isteri gua kelihatan sedang menekan2 butang di meja untuk hidangan tersedia secara automatik. "Mari berbuka sayang..." sekali matanya melirik ke arah gua sambil tersenyum.

Terubat sikit duka. Muka yang tadinya ketat gua ejas kasi steady semula. Walaupun ada kedutan tahap minor tapi tak menghalang gua kelihatan ala 40-an. Hati gua jatuh buat kesekian kalinya. Tua2 pun masih romentik. Napi ushar2 jeles.





bersambung...

August 24, 2010

Kuliah Agama #3

Pesanan hari raya datang awal tahun ni.

Ilmu. Sekadar beringat...


Kosong-kosong, kosong-kosong...
amende kosong-kosong bodo!
hahahahahaa~



Ilmu. Sekadar beringat...

August 23, 2010

Bola Awal2






Ada lojik juga gambarajah di atas. Syaitan tak berapa nak mari.

Rilek2 laa para pengefan Mencester Yunaited. Awal sangat lagi.

Kasi tim lain2 duk depan dulu.

Biasa la.. Hero menang kendian~





*gua tak cilok kat sokernet. gua memang dapat kut emel sebelum ada entry kat sane. peace lucius!~

August 22, 2010

Virgin

"Ko tak virgin dowh~" kata sorang sahabat bila gua tahan gua punya refleks time dia main cucuk2 pinggang.

Terpaksa gua mengaku yang gua memang pantang kalu pinggang kena cucuk.
Komfem melompat. Nasib baik kaki tak naik ke muka~

August 20, 2010

Kuliah Agama #2

Adab makan ketika berbuka ketika namat (moreh - sampai Kolumpo baru gua tahu prosa ni).


Ayam percik punya pasal.
"Apa punya bodo.. Ada jugak yang wat laki yang macam tu
"


Oh ye. Kat Teganu, moreh bukan tiap2 hari. Biasanya ujung2 puasa. Tak semestinya kat mesjid. Ramai buat kat rumah je. Jemput tahlil skali sikit2.

Gua kurang gemar nak turut serta. Dah laa balik kampung ujung2. Merompak masa gua je nak berbuka dengan femili. Hari raya baru gua gi mintak maaf sebab tak datang. heh~

August 17, 2010

Baru Semalam Gua Kata Tak Nak Mencarut Dah...


Ada pulak budak2 bangkai ni buat hal bulan2 pose nih. Kira mintak dicarutkan ni gua syak.
Dengar2nya sume dah delete akaun. Dengan blogspot2 sume dah takde.
Memang tahap kepala beruk dia punya bangang~





*tak nampak?? pandai2 lu orang laa besarkan. jangan sampai lu orang pula kena maki kang. gua tengah gelegak lagi nih~

August 16, 2010

Kuliah Agama #1

Puasa2 ni gua banyak layan ceramah agama2.

Kasi hidup sikit rohani2.

Menuju muslimin.

Kurangkan melagho. Sampai takde idea nak apdet blog~






Mertua seluar pendek bunga2.. kahkahkah!!




Ye. Ini blog lagho~

August 14, 2010

Buang Bayi

Pidomat dah marah.

Tak heran. Sape2 pun akan marah kalu cerita bab2 buang bayi.

Malam tadi gua dengar redio mintak pendapat... perlukah orang yang bertanggungjawab buang bayi ni dihukum bunuh?

Soalan pun dah silap tu gua syak. Bukan orang. Sepatutnya syaitan.

Ada yang minta pendapat gua.

Gua kata, hukuman tak menjamin benda2 gini tak berlaku.
Gua pernah baca kat mana... blog mungkin, banyak kes2 buang bayi terjadi sekitar bulan Mei hingga September. Banyak. Majoriti.

Kenapa?

31 Disember - Sambutan Tahun Baru.

30 Ogos - Sambutan Malam Merdeka.



Kerajaan Malaysia... Tak paham2 lagi ke??

August 10, 2010

Kalau Bagi Duit Kan Bagus

"Pehh... baju baru ke Fitri?" gua memecahkan keheningan tengah malam dengan soalan-yang-sendiri-dah-tahu-jawapan kepada rakan sebilik yang membelek2 kemeja jalur2 hijau katak. Baru je dikeluarkan dari plastik putih belabel SOGO. Berpusing2 ditiup kipas macam mini puting beliung.

"Heee.." soalan gua dibalas dengan sengihan. Satu siung terjuntai.

"Famili ko datang tadi eh?" gua cuba membina semula kata bual supaya tak nampak gagal sangat.

"A'ah.. Awek aku pun ada skali tadi." panjang sikit jawabnya kali ni. Ada peningkatan. Tapi wajahnya masih ada kemurungan yang perlu bantuan gua untuk dikikis.

"Waaah.. best laa ko. Famili datang, ko dapat adiah.."

"Bukan. Ni awek aku yang kasi. Mak aku tadi belikan aku kasut. Ada kat bawah nu.." penerangan yang sepatutnya kalu jadi kat gua bulih menyebabkan sengihan sampai ke sekben. Tapi tak berlaku pula pada beliau. Masih sembab.

"Pehh.. dapat kasut lagi...?" gua terus terang kagum.

"Heee~" sengihan yang sama macam mula2 tadi.

"Kalau diorang bagi duit kan bagus." beliau bersuara lagi selepas beberapa ketika.




Gua teringat yang beliau baru kena renew rod tax kereta dengan pakej setel 19 saman dua tiga hari sebelumnya. Terus gua ke bilik air buat2 ambil wuduk.



August 7, 2010

Shenzhen



Patut laa orang Chine putih2...
Takut nye kena bakar dengan matahari~

August 5, 2010

Gua Dan Pasukan Bola Tampar Paling Hebat Kolej British


"Wat mende ko beli telor banyak2 tu weh?? Ko punye telor tak cukup ke?? kahkahkah...!!" gua rasa sangat humor bila nampak rakan sepasukan dalam tim bola tampar paling hebat seluruh kolej British menggendong lima barrel telur ayam ke gelanggang masa trening. Sorang lagi bawak bungkusan plastik sebesar perut Pawas Tahir, yang gua belum tahu apa jadah isinya. Sekor2 jawab dengan sengih. Gua kasi spike sebijik kat Yan, yang paling jongang. Mengaduh juga sekopi. Tapi sengih balik. Gua cuba chill...

Latihan diteruskan. Macam biasa gua punya tangkas macam Comey, kucing Sungai Besi. Walaupun memang bakat bulih sedap2 melompat dan menyepaike, gua diletakkan di posisi setter sebab yang lain semua tak reti mengeset. Terpaksalah pasukan bola tampar paling hebat seluruh kolej British mengorbankan seorang spiker demi kepentingan sepasukan supaya tidak barai. Lagipun kerja setter ni bukan sebarang2 orang bulih buat. Mastermind kata orang Eropah. Kerja2 penting gini memang kena dengan gua punya level yang tengah memuncak masa tu.

Digging. Lari. Blocking. lari. Set. Lari. Tengok makwe2 kort sebelah. Lari. Digging lagi. Lari lagi... dan seterusnya sampai nampak brader bilal berlenggang ke surau, baru kami slow sikit. Respek.

Lepas habis training ala Sheilla Castro, masing2 lepak tepi kort sambil minum air selang2 dengan mengumpat warden. Gua masih dalam kort sebab khidmat setting bola cantik2 masih diperlukan. Din dan Baseer, spiker utama pasukan bola tampar paling hebat kolej British yang hari2 tak puas hati mahu menyepaike sampai gelanggang retak. Hari2 macam tu. Gila. Nasib baik gua sporting dan tak gila.

Pekk..!!

Rasa belakang gua kena baling sesuatu. Basah. Gua toleh ke belakang. Berlendir. Macam...

Pek..!! Pekk..!!!

Menyinggah lagi dua bijik kat lengan solid gua. Pedih juga sekopi. Belum sempat gua fikir tentang sebab dan akibat...

Pekk...!!!

Lagi sebijik. Kali ni betul2 kat kepala belah kanan sampai masuk telinga.

"Apa ni woi...?!!!" gua betul2 marah kali ni. "Main..."

Pekk....!!!

Kena lagi. Minda gua kata, kalu dah kasi marahan lisan pun tak berhenti juga lebih baik bagi arahan kat kaki saja mintak lari. Dengan kecekapan umpama Sapok Biki dalam acara 100m Sukma Pahang, gua lari laju2 ke parkir sebelah dengan harapan kereta warden menjadi galang ganti.

Pek..!! Pekk..!! Pekk..!!!

Gua terus kena serang. Dengan formasi Gung-Ho, budak2 pasukan bola tampar paling hebat kolej British menyerang habis-habisan tanpa respek gua langsung. Dada. Kaki. Perut. Punggung. Paha. Kepala toksah cerita lah. Macam mandi cecair pencuci Dynamo. Kaler je tak biru. Apa dajal la hari tu.

Agak2 dah habis sabar dan berpikir masak2, dengan muktamad gua gunakan hikmat yang jarang2 gua tunjuk selama ni. Apa nak jadi kat budak2 ni jadi lah. Gua menyerah~

Pekk..!! Pekk...!!! Pekk..!!! Terus menerus~

Brruuuuuu~

Satu badan gua jadi putih.


...


Malam tu gua rasa nak masuk dalam kuali makcik kafe jadi makanan celup2 tepung.
Mana datang ntah ritual bahlul sambut hari lahir gaya gini.





Gua masih tunggu offer mana2 kelab yang berminat mendapatkan khidmat setter.
Gaji tak banyak gua diman. Dua puluh ribu pound je sebulan~


August 3, 2010

Potografer


Kite, potografer ni bekerja dengan benda yang paling pantas dalam dunia..cahaya - Pendi di ambang pioneer potografer asia.

Make sense juga~

August 2, 2010

Dah Kawen


Masa kawen, beduyun2 datang. Masa bujang dulu, takde orang nak pun. Bengang betul! - luahan ikhlas Prosper di ambang kebapaan.

August 1, 2010

Tiba-tiba...

...gua rasa nak buka blog ni balik.












*mula~

kehkehkeh!

July 29, 2010

Nak...

Apesal gua rasa macam nak tutup blog je ni??


















*tamat~

July 22, 2010

Kucen


Ini anak kucing. Jantina awek2. Chez, Singular dan gua jumpa kat Sri Nara Melawati. Gua yang wat alik. Skang ni dah hampir sminggu kat VWM. Jemaah VWM sume sayang dia. Secara tak langsungnya lu orang dah bleh panggil kami jejaka metro.
Sayang2 pun kalu dah stat wat prangai berak blakang tiwi tak bleh jadi juga. Gua kasi kurung dalam jamban malam tadi. Untung2 dia bleh blaja cuci jamban. Misti Singular suka.
Nama pun delima juga ni. Sorang2 ada nama sdiri2. Kitty. Mira. Mya. Chibidi. Oranje. Konkek...

Lu orang mau kasi apa nama plak?

July 21, 2010

Salon


Lepak2 di salon Chez. Gua memang suka..

"Ni la awek baru aku Seh. Amik gambor sket." pengakuan dari beliau tanpa segan silu.

Yang sebelah dia tu! Kalu yang baju puteh tu takde gua heran sangat sampai wat entry.

Paling hujung adalah ude. Pewaris aristocrate.

July 19, 2010

Banci


"Ni Encik Halimi Hamdan kerja kat mana?" brader banci.

"Chez Hair Studio" Singular.

"Err..macamana eja?"tanya beliau lepas 2 menit cuba untuk menulis tapi tak tulis2.

"C.H.E.Z. hair studio.."

"Hair studio tu macamana eja?"tanya beliau lebih lanjut. Pensil masih dikuis2 tanpa sentuhan pada borang.



Cepat2 gua cuba istiqamahkan Singular bila tengok tangan beliau dah genggam penumbuk.

July 17, 2010

Tempat Orang

Sumpah tak sedap duduk tempat orang lama2.

Nak2 negara yang pesen jamban takde air. Bantut gua punya sistem kumbahan weh!




Bab2 makan pun banyak delima juga.
Mula2 tengok buat mi pakai tangan memang stailo tak patut.
Masuk minggu kedua terus bawak ke muntah dia punya muak~

July 4, 2010

Die Nationalmannschaft


"Apa bodoh sangat Argentina ni.. Ingatkan Brazil malam tadi dah bengap dah. Ni lagi bengap!" suara2 nyaring di AMalik Danau Kota usai perlawanan.

Gua hanya sengih sampai sekben sambil tepuk2 belakang Prosper. Gentelmen dia ni.




Gua berlepas ke tempat jauh kejap lagi.
Lama juga~
Rindu gua kalu sila sapot Jerman. heh~

July 2, 2010

Muvie Best Sempena Musim2 Bola


Ini siri I. Sudah di pasaran sejak minggu lepas.
Bulih tahan dia punya aksi. Sarkasttik tak patut.

Siri II dalam pembikinan. Mungkin direlease selewat2nya Ahad ni.
Lagi best. Dengar2nya tuhan bola yang jadi hero. kehkehkeh~

June 30, 2010

VWM

Luna Maya. Peterporn. Lubang ectasy. Pemerdagangan orang. Court badminton. Cut Tari. Kelawar. Disko. Barang baek. Meja ping pong. Siti Safiyah. Dapur ganja. Dusun durian. Drum sekenhen. Pramugari. Sportrim lapan belas. Wan Nur Azlin. Enjin bot. Braces. Molotov cocktail. Prostitution. Teski merah. Ali kimia. Bar Toilet. C4. Hasselblade. Harley Davidson. Chempiang. Pendingin hawa 50 kuasa kuda. Teks ceramah Anwar Ibrahim.

...semuanya tiada di sini.


Ya.
VWM dah ada blog sendiri~


Para jurnalist yang terlibat.
Ada yang bujang, Ada yang tak bujang. Belum ada yang duda.

June 29, 2010

Sebab Gua Suka Bercakap Dengan Hujan Petang2

"Jom laa weh...!" Copin dah mula naik angin manja2 tengok gua maseh tot tet tot tet berpesanan ringkas. Hujan kat luar makin lebat bersama angin kepul2 tamil. Daripada duduk saja2 kat rumah takde buat apa selain pasang lagu kuat2 macam aristokrat, gua ajak Copin pegi membeli belah cari beg ala Kero Keropi untuk gua ke tempat jauh minggu depan.

"Wooo.. lebat gile~" gua kagum dengan kejadian tuhan bila sampai di muka pintu. Copin dah stenbai dengan payung awek2 mahu ke kereta beliau - Cik Eli.

"Ko pegi laa amik kete. Aku tunggu sini..." getus gua bila tengok Copin masih berpayung tengah teduh tunggu gua. Lagaknya mahu ajak berpayung sekali. Gile! Macam....

Baru laa beliau gerak. Gua simpan siku balik kemas2. Kalu buat2 tanya lagi tadi harus dah lekuk kepala beliau.

....

Cik Eli dah di parkir. Gua masih di pintu.
Jaraknya kira2 dalam 4 meter. 2 teduh. 2 hujan.
Lebat. Macam sembang budak2 MLM.
Kalu orang2 biasa ni memang lenjun juga kalu kena.
Dengan dressing smart2 nak gi Kolumpo, takkan nak basah2 pula. Rugi la seringgit gua punya perfume.
Gua pasang kuda2.
Nafas gua tarik dalam2. Pernafasan biar kena. Baru laa menjadi gua punya jurus cilok hujan.

Dengan sekali henjut gua dah masuk dalam kereta. Tangkas tak patut.

Bukk!!

Pintu kereta gua tutup. Beg2 gua kasi letak belakang.
Rambut gua kembali spak ke tepi. Masih kacak.

Copin masuk gear gostan.
Gua pandang depan. Ada sesuatu yang tak kena. Sangat tak kena.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!!!" spontan gua menjerit. Nyaring juga iras2 Kris Dotri.

"Apesal? Nape weh..??" Copin yang memang pesen mudah kelangkabut dah jadi kalut tak tentu hala.

"Tu~" gua muncung hala ke rumah.






Pintu maseh tebuka~
Sekali lagi gua kena kelahi dengan hujan. Demm~

Oren

Bukan pasal oren gila yang bercakap tak berenti2 tu.
Musim bola ni. Oren adalah Holland.
Welkam to de Klab of 8.
Wisyulak minggu depan lawan tim sambal kuning.


Gua dengar2 ada sorang blogger otai muka macam brader Oren ni.
Bleh tahan juga lu eh.. Abam Pit?

June 28, 2010

Football Is Going Home

Bolasepak dah dihantar pulang ke tempat asalnya. Biar orang lain yang lebih terer saja yang mainkan. Pemilik asal dah muak dengan bolasepak barangkali. Atau mungkin juga sudah menganggap mereka yang mencipta, maka tak perlu nak wat balik piala berat2. Susah nak lepas kastam kang.

Siriyes. Gua terkenang World Cup 1998. Skuad paling berumur dalam kejohanan edisi tersebut adalah Jerman. Kalah di suku akhir menentang Croatia. Masa tu tak terbayang macamana skuad 4 tahun selepas tu. Maikel Ballak pun baru kluar akedemi Leverkusen masa tu gua syak.

Sangat berbeza dangn skuad 2010, purata umur dalam skuad Jerman adalah 24 tahun (baya2 gua je). Dan tengok sendiri macamana budak2 ni ajar negara asal bolasepak main bolasepak dengan cara moden-kontemporari. Lain macam sedap dia punya rhythm. Sekejap sangat pula 90 minit tu gua rasa. Tengok Mentor sekejap pun gua dah tukar cenel sambil menyumpah2.




Dan jangan lupa juga. Sape yang tengok game malam tadi,
sila rasa bertuah sebab dapat menyaksikan secara live fenomena
yang sangat jarang terjadi macam ni. 4 tahun sekali pun susah mau jumpa.


Oh ye.
Gua sokong Uruguay juga.
Pengadil berbudi, gua berbahasa.

June 25, 2010

Tragedi Nasik Ganja

Balik solat Jumaat, gua singgah beli nasik ganja kat2 umah. Lama sangat dah tak mengganja. Semenjak gua ngan Singular makan lupa nak bayar tiga bulan lepas.

Tengah2 gua menunggu, datang satu pakcik dressing smart2 opis.

"Enam eh!"

"Tunggu ayam jap boleh?" kata akak tukang bubuh sambil mulut muncung2 hala ke kuali menggelegak berisi ayam rempah. Tangan takde buat apa pun. Pesen malas.

Pakcik tadi mengangguk2. Series tak patut.

Tiba2 beliau datang dekat...

"Ayam tu kena goreng api kecik. Baru masak sampai dalam. Tu duk pasang api besar2 tu dalam dia tak masak nanti tu. Luar je hangus." slow dia kompelin. Gua senyum mengangguk. Memang manis.

"Kuah asing ye." beliau mengarah ke akak tukang bubuh pula.

"Semua?"

"A'ah. Semua laa.." dahi sudah berkerut2.

"Bawak ke opis. Belanja budak2." sekali lagi beliau cuba berbual dengan gua.

"Oooo.." gua respon. Sikit. Tangan yang dari tadi duk pelok tubuh gua alihkan ke belakang. Respek.

"Budak2 opis tu selalu je saya belikan makan ari2 Jumaat gini. Sedekah. Tapi diorang tak tau bersyukur. Ada je benda tak kena. Budak2 skarang ni tak sah kalu tak lawan bos..." beliau merungut lagi.

"Nah tiga." akak tukang bungkus steady je mencelah.

Gua ambik.
Gua bayar.
Gua blah.

Tak pasal2 gua terpaksa kongsi dosa mengumpat lepas balik mesjid. Demm~

June 24, 2010

Selesai Satu Pusing

Berlawan dengan tenang macam adiwira.
Tak ada kad2 kompaun dari pengadil. Terima kasih.
Adik beradik Boateng tak ada nak kelahi2.
Tak ada permainan merepek buang masa kat ujung2 macam pasukan British-Italian.
Kapten-Abam Lahm sangat eksilen. Dah laa comel2 macam gua.
Jerman 1 - 0 Ghana. Juara kumpulan yang steady tak patut.


Abam Ozil. Jambul kaler kat depan. Ekor panjang. Pakai sweater snowcap.
Memang pesen budak2 baru menaik. Nasib baik pakai juga gua punya nasihat
suruh potong pendek spak tepi. Kan dah boleh sepak laju2 sampai gol~



Dua puluh tujuh Jun. Ahad.
England??
Gua sengih je la. Abam Klose dah tak sabar nak menanduk~


June 22, 2010

Cari Jodoh

Gua dah dalam dilema ni.
Kadang2 menyumpah2 nak belasah pakai belakang kapak je mamat ni.
Kadang2 mari pulak rasa humor tahap super.

Lu orang tengok je lah~


Lagu band2 lokal bile lagi..?

June 21, 2010

Rebel


Gua ingat kena botak juga la baru bleh rebel cara true.

Dan simpan jambang sikit.

June 18, 2010

De Javu~

Kein Glück .. Wir werden das nächste Spiel wecken. Ghana ... Fonds.
Ein Mittelfinger vor Gericht. Damn!


Quelle~



June 17, 2010

Gua Rasa Status Fesbuk Gua Hari Ni Sangat Ilmiah

bila naik lif sama dengan encik pakai kopiah tadi, dan beliau berenti kat level cafe, laju2 mari persoalan dalam paleotak gua... brekfest ni satu sunnah ke?


Jawapan :
sarapan yg mengikut sunnah nabi bukanla bekpes.tp melakukan solat sunat sebelum subuh....:) dan kemudiannya bersolat subuh.. dan ketika waktu pagi.. bekpes baginda ialah solat dhuha... jd bekpes mkn2 tu.. hanyalah mengalas pewot shj utk tmbh tenaga.bknlah sunnah.wasallam..-----gigih aku google cari jwpn!!!! - Fatin Nabihah.

Trimekaseh~

June 16, 2010

Temerloh Hiway


Belek gambor lama2 dalam gua punye ensep murah-tapi-canggih, tejumpa gambor ni. Tak silap gua kat RNR Temerloh ni. Ada pakej berak sambil makan cukelat. Harap warga Temerloh seperti Copin boleh tolong jelaskan.

June 14, 2010

Torgala im Auftaktspiel gegen Australien

Mit dem erhofften Erfolgserlebnis und tollem Offensivfußball ist die deutsche Nationalmannschaft am Sonntag in die WM 2010 in Südafrika gestartet. Gegen Australien setzte sich das Team von Bundestrainer Joachim Löw ungefährdet mit 4:0 (2:0) durch.

Dank der Tore von Lukas Podolski (8.), Miroslav Klose (26.), Thomas Müller (68.) und Cacau (70.) übernahm die DFB-Auswahl gleichzeitig die Spitzenposition in der Gruppe D vor Ghana, das am Nachmittag in Pretoria die Serben mit 1:0 geschlagen hatte.

Der Kommentator sagte: "Die meisten produzierenden Eröffnungsspiel"


Löw : "Das gibt uns noch mehr Selbstvertrauen"
Mijie : "Hanif Karim NAin Triplet Azrie Hafiz Es lohnt sich wirklich
um ein Deutschland-Anhänger .. Fuck the England Hooligans werden"





June 12, 2010

Bola Bola Sudah Mahu Mula (tiga)

Belum tendang dah menang~


Friday June 11, 2010

Germans: We are beautiful

BERLIN: Germany have already won at the World Cup before a ball has been kicked – their jersey is the most attractive of any of 32 qualifiers in South Africa, at least according to a poll of German fashion experts.

The white shirt with black trim emblazoned with the badge incorporating the German eagle finished ahead of Greece and Brazil.

But the fashionistas took a dim view of the white shirts of the United States and England, which finished bottom of the survey and were judged to be “more suitable for baseball and tennis”. — AFP



Pekena pula dengan body solid gua memang senang2 bulih menang tanpa
bertanding lah.
Puak England amacam?? Kalu rasa nak ada kaler2 jugak
meh sini. Gua bulih kasi bubuh kaler tiga line pakai marker.

June 10, 2010

Bola Bola Sudah Mahu Mula~ (dua)

Rejister kat sini >>> Kaunter Pendaftaran


Ambik nombor ni >>>
215342-51402


Masukkan kat sini >>> Kaunter Masuk Bertanding




Selamat berlawan. Duduk bawah gua diam2~
*abampit...!! ada brani..??


...........................................................................................



Gua : gua in.. lu jgn goyang plak~

Dzulhafixi : gua x minat dangdut..



Pesen tak reti bahase.
Nasib baik beliau punye liga.
Gua hentak kang jadi hala ke derhaka pulak~