March 28, 2012

Iklan (Pesanan Khidmat Masyarakat)

Satu hari dalam kereta sambil pasang redio...

"...budaya Malaysia.. pung pang pung pang.. ke mana kita pergi.. pung pang pung pang.. duta kecil Malaysia di luar negara.. pung pang pung pang.. dengan bangganya kita boleh meceritakan budaya masyarakat.. pung pang pung pang.. mencerminkan tingginya budaya dan bangsa kita.. ikhas dari saya.. Mizz Nina... di..."

Hah..???
Mizz Nina..??

Mizz Nina?? Budaya..??

Tingginya budaya?? Bangsa kita..??




FTW~



March 19, 2012

Iklan


Salam lima kosong~


Enfagrow. Sumpah gua penah skali je jadi buat
mende ni tem form 3 dulu. Tu pun bunyi dia berterabur.
Tak tahulah sebab gua tak telan susu ni dulu tem kecik2.

Holiks Fiber Up. Kopi? Takpe..
Ada unsur2 menghina pakcik2 warga kedai kopi.
Wadehel yang kerek sangat nih??

Pelan2. Cuci betul2. Nanti kuman tak mati..
Tak mati my foot..!! Gua idup je smpai skang x pakai sabun cuci tangan pon..
Tak habis2 nak menipu.. pui.!!

Masa makan ada drama. Tak nak. Hot dog.
Walaupun dua2 comel, tapi tetap kena.~
"Dah taknak bagi budak makan hotdog,
jangan laa masak hot dog tu" makwe embeng.

Iklan sempu Clear. Wujud ke mende2 alah gini??
Dengan "2012 dunia berakhir??"nya.. Mohon perbadanan akidah bertindak.

Colgate. Pesen tahan orang tak tentu hala.
Menatang scanner gigi ni sumpah annoyed. Tahyul betul~
Sekali lagi, wujud ke menatang scan2 gigi tuh??



Sekian dulu.
Lain kali kalu ada tak puas ati, gua kompelin lagi.




Oh ya. Drp layan iklan mentipu kasi orang kompius, lagi baik buat iklan mentipu kasi orang gelak dak..? Macamni...


March 16, 2012

Bolo Lagi

Aritu~


Arini~



Nak gua carut lebih2 x boleh. Ksian kat budak dlm perut.
Tapi.... hmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

March 6, 2012

Rumah

petikan akhbar elektronik~


Skim Rumah Pertamaku hanya ibarat 'angan-angan'

Pelan pemilikan rumah - Skim Rumah Pertamaku - yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Mac lalu, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.

Intipati utama skim itu, adalah kerajaan akan membantu menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi membeli rumah yang bernilai sehingga RM400,000.

Laporan akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada muka hadapanya memetik beberapa bank sebagai berkata adalah mustahil membekalkan kemudahan pinjaman itu manakala mereka yang sepatutnya menikmati manfaat daripada skim itu pula menyifatkannya sebagai "angan-angan".

Seorang perancang kewangan menjelaskan kepada akhbar itu bahawa pinjaman RM400,000 akan diterjemahkan kepada ansuran bulanan sebanyak RM1,780 bagi tempoh pembayaran 30 tahun. Ini juga akan menelan lebih separuh daripada pendapatan mereka yang hanya RM3,000 sebulan.

"Walaupun bank hanya meluluskan 80 peratus daripada pinjaman, pembeli masih perlu membayar wang pendahuluan RM80,000, yang jelas tidak mampu oleh kebanyakan mereka.”

Untuk memburukkan lagi keadaan, Bank Negara pula memperketatkan syarat pinjaman dengan mengarahkan bank-bank untuk meluluskan jumlah pinjaman berasaskan pendapatan bersih peminjam, iaitu pendapatan mereka selepas ditolak caruman kepada KWSP, cukai pendapatan, hutang kad kredit dan liabiliti lain.

Oktober lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula syarat kelayakan dengan membenarkan mereka yang berpendapatan sehingga sekitar RM6,000 hingga RM7,000 juga layak memohon.

Walau bagaimanapun ini telah menimbulkan persoalan sama ada ia hanya akan membantutkan objektif skim berkenaan iaitu untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.






HMMMMM~

March 1, 2012

Persahabatan

Hmm.. lain benar maksudnye.
Bukan ikatan persahabatan, setiakawan, friendship bla bla bla..
Gua nak petik sikit ni pasal perlawanan bola persahabatan malam tadi.

Waktu perdana, gua ada terketik ke pautan streaming game bolo Mesia lawan tim Pangako-sa-yo.
Waktu pagi2 buta, gua terketik pula ke pautan streaming game bolo Jermani lawan tim Frghonce.
Kontrast betul.
- Padang : macam padang stadium Shah Alam. Teruk sikit. Skor board atas tanah. Orang2 Selangor sila lega. Ada juga padang bola yang lagi buruk ye~
- Penyokong : macam biasa mana bulih lawan orang eropah punya supporter. Kerusi pun tak penuh. Eh.. ada kerusi ke tak ha?
- Gamaplay : tak mau lah gua ulas. Kang ada yang suruh gua yang gi main. Gua ni pengkritik tempelan saja. Tugas gua mengkritik sambil menempel saja. Biar laa pemain bolo yang main bolo. Tapi sedih. Ada juga yang main bolo sendiri saja.

Sementara itu, di wilayah2 arab berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia zon Asia. Ada 3 wakil Asia Tenggara yang main.
  • Oman 2-0 Thailand
  • Iraq 7-1 Singapurepure
  • Bahrain 10-0 Indogs
Yaa.. sepuluh.
Macambiasa, di Jakarta...


Sementara itu, di Malaysia ada juga yang bersimpati pesen tak tahu mende...







Jauh di sudut hati gua berkata..."Nasib baik laa Mesia dah bungkus awal2~"

February 29, 2012

Ini Serius

Jalan2 kat fesbuk baru2 ni, gua terjumpa satu benda menarik nak kongsi.
Kita paused kejap dari isu2 Lynas, Port Klang, samseng tumbuk, panglima akidah dan lembu.
Ni gua nak kabor pasal bencana-to-be kat Olimpik London 2012 - Jun ini.
Kalo ada yang dah tengok tu takpe lah.
Tolong betulkan je kalo gua ada salah.



Kalo malas nak tengok atau intenet lambat macam siput menopos, meh gua ekspelin sikit.

Katanya...
Masa temasya Sukan Olimpik 2012 kat London nanti, akan ada satu lagi serangan ala terrorist. Alaa.. macam WTC 2001 aritu~

Petunjuknya...
Illuminati Card Game.
Apa jenis game pun gua tak tahu. Mulanya ingatkan daun terup. Lepas tengok vidio tu, gua google...
Dan gua translatekan berbunyi...

"Illuminati adalah permainan kad berdiri sendiri yang dibuat oleh Steve Jackson Permainan (SJG), diilhamkan oleh Illuminatus! Trilogy oleh Robert Anton Wilson dan Robert Shea. Permainan ini mempunyai kongsi gelap menyenangkan bersaing dengan satu sama lain untuk mengawal dunia melalui cara yang jahat, termasuk undang-undang,menyalahi undang-undang, dan walaupun mistik. Ia telah direka sebagai "lidah-di-pipi dan bukannya serius" [1] mengambil teori konspirasi. Ia mengandungi kumpulan yang dinamakan sama kepada organisasi-organisasi dunia sebenar, seperti Persatuan untuk anakhronisme Kreatif. [2]ia boleh dimainkan oleh 2-8 pemain. Bergantung kepada jumlah pemain, permainan boleh mengambil masa antara satu dan enam jam."

Lu orang buat2 paham lah ye~
Segugel gua, mende ni direka pada 1995 dan jumlah total kadnya adalah 394 keping kad semuanya! Macamana nak mainnya, lu orang cari lah sendiri pulak. Tak larat nak siasat. Banyak keje. Album pengantin pun gua tak deliver lagi nih.

Balik ke Olimpik London tadi.
Macamana bulih kata akan jadi serangan time2 tu?
Menurut pembikin vidio, tanda2 nya jelas nampak pada kad bernama Combined Disasters.

Combined Disasters.

- Lima orang berbaju warna 5 gelung olimpik lari menyelamatkan diri dengan background Big Ben yang patah riuk kena letup. Big Ben adalah menara jam London ye adik2.
- Kalo tengok betul2, jam tu tak ada nombor 1. Agakan pemvidio, kalo ikut nombor jam = 11+12+2+12minit = 28 - 1 (sebab nombor 1 tak ada) = 27. Sama dengan hari opening Sukan Olimpik London 27 Jun.
- Logo Olimpik London tu sendiri ada tertulis ZION; nama lain untuk Jurusalem. Dalam perkataan ZIONis sendiri dah ada zion tu. Illuminati - Zionis : selalu dekat2~

ZION.
Kalo gugel lagi, bulih jumpa jugak kat logo Olimpik Beijing 2008 aritu.

- Tak ketinggalan maskot dia. Penuh ciri2 Freemason nih. Bukan gua yang kabor. Gugel yang bagitau~





Kenapa dibuat assumption macam ni?
Katanya, sebab sebelum ni pun ada trajedi berkait rapat dengan Illuminati Card Game nih...

Terrorist Nuke.
Serangan WTC 9/11.

Pentagon.
Pentagon kena serang 9/11.


Center for Desease Control / Epidemic.
Wabak H1N1.

Oil Spill.
Telaga minyak meletup kat Teluk Mexico.


Tidal Wave.
Tsunami kat Jepun.



Haish.. Tak abih kalu cakap pasal menda alah ni.

Gua bukan nak percaya sangat mende2 macamni.
Sebut illuminati / freemason pun gua buat main2. Nak kata seronot tu tak la.. Pengetahuan am saja semata2.hehe~
Tapi, gua pernah terdengar, Tn. Guru. Hj. Abd. Hadi Awang sendiri pun pernah kasi peringatan pasal Freemason dalam kuliah ceramah beliau. Maksudnya benda ni sebenarnya memang ada lah. Cuma atas diri sendiri je skang ni.
Kalu teguh pegangan, alhamdulillah lah...
Kalu tak, nauzubillah~


Yang paling penting, ISTIQAMAH.
Konsentret pada Islam dan Iman.
Takwa je yang bulih bawak kita selamat ke akhirat nanti.
Ingat tu!


OK. Sila sambung balik bergaduh pasal Lynas, Port Klang, samseng tumbuk, panglima akidah dan lembu.

February 20, 2012

February 17, 2012

Pakej Murah



Jumpa ni kejap tadi kat forum tertutup para jurugambar kawin...


Ketik untuk pembacaan lebih jelas.













Ya. Carl Zeiss...
only from Nokia N series~

February 15, 2012

Katon

Sesuai untuk mereka yang mempunyai semangat perkawanan tahap langit, yang suka lawak2 simple, yang suka troll2, yang suka gelak sampai krem perut, yang takde kerje, yang tengah korek hidung tak tahu ak sental kat mana, yang baru bangun tido cari hiburan dan juga Patrice Evra.









*tengok artwork gini teringat majalah Gempak dulu2. keluaran awal2. penuh jatidiri tanah melayu dengan watak mat Gempak nya. skarang dah jadi majalah K-Pop dah. haish~

February 10, 2012

Budak



Haish.. budak2 zaman skang.
Baru besar ibu jari pun dah pandai buat mak bapak menangis.
Nak2 mak dia.huhuhu~
Bukan menangis sedih lah tapinya. Sebab terharu.
Lu tahu tak rasa terharu yang paling deep macamana?
Gi kawen dulu. Nanti lu tahu.


Terima kasih tuhan~

January 31, 2012

Che Nik


Hari kelmarin gua pergi job wedding2 kat Ampang.
First time tanpa Che Nik.
Rindu melayang2.
Banyak jasa dia.
Banyak macam jumlah pengguna fesbuk sedunia.

Dari gua tak tahu apa2.
Sampai la skang ni dah ada body power sedang2.

Dari job ikut2 orang.
Sampai la dah boleh run job sendiri2.

Dari tak kenal apa menatang aperture, composition, lighting dan kaler.
Sampai la dah boleh ejas laju2 butang kamera ikut sedap2 gambor.

Julung2 kali sesi outdor kecik2an bersama tuan sifu FMN.
Sumpah tem ni gua sangat lembab nak ketik butang kamere.
Tapi bab posing, gua sangat laju bereksen~


Dari ikut gua outdor kecik2 saja2.
Sampai ke seberang laut lu tetap setia sama2.

Port paling jauh kami kembara. 24 jam Che Nik di sisi.
Dalam kuliah dan kelas amali pun~

Dari photoshoot pertama dgn makwe Embeng.
Sampai bawak ke kawen lu punya penangan ye.

Sesi julung2 kali shuting suka2 dengan makwe embeng.
Sape tahu jadi cinta muka foto dak?kuikuikui~
-ihsan : fendymdnor.com


Assalamualaikum Che Nik.
Gua mintak sori. Terpaksa pisahkan lu dengan lu punye gerlpren - Cik Niki.
Tapi gua ada kasi Cik Niki punya mata sama2 ikut lu. Buat peneman rindu.
Harap lu bahagia dengan tuan baru di tanah Borneo sana.
Gua kasi skali port lu suka duduk- bagpack Safrotto dari tanah besar sana.
Sedih.
Gua selalu tak lupa lu.
Sedih lagi.

Saat akhir sebelum Che Nik terbang ke Borneo.
Sumpah tacing!




Saat2 akhir Che Nik (kanan) kat rumah. Sempat beberapa hari
berkenalan dengan Brader Onn (kiri). Takmo gaduh2. Pis no wor.
Dua2 gua sayang~

Hai Brader Onn.
Lu punya turn pula bantu gua.
Harapan tinggi nih nak kejar tunjuk ajar sifu.
Kalo takleh sama pun, potong satu tiang pun takpe lah.kuikuikui~

Banyak lagi kerja nak mari nu weh! Harap sangat2 lu Brader Onn bulih
cope setiap tugasan dengan tahap eksilen yang power tak patut.
Oh yeahhh~
*ihsan : mediawarna.com.my

January 17, 2012

Exam

Damn seriesly fakta!



*lembab gile wat entry pasal exam time2. Budak2 gi PLKN dah pun~