March 4, 2011

Encek Igo Yang Cantik

Satu pagi yang rilek, ketika burung2 di zoo baru keluar eksesais, gua dengan senyum2 bersiap ke kerja. Senyum bukan sebab apa. Jarang2 gua bulih cukup tido macam bayi. Bangun awal. Tak perlu kucar-kacir bersiap nak gi opis. Mandi bulih siap bersempu lagi. Solat pun subuh tak tertinggal qunut.

Jam menunjukkan angka nam.dua titik.satu.lapan. Macam minggu petama masuk kerje dah gua rasa. Jarang sangat kalu sif pagi pukul tujuh, gua bulih capai kunci moto tika jam macamni. Jaket stussy gua kasi sarung. Capai helmet. Sepak Ude. Terus gua menuju ke encik Igo kesayangan. Ye. Gua sayangkan beliau juga walaupun agak primitif - kena start pakai kaki.

Tanpa berlengah, gua kasi cucuk suis moto kat tempatnya. Macam rutin start moto di zaman vespa2, aktiviti tendang2 mengambil tempat. Biasanya, cuaca pagi2 yang sejuk memerlukan 7 8 kali tendangan untuk encek Igo beroperasi. Bising2 gua start moto, bising lagi hon bas skolah. Apdehal. Kejiranan VWM sangat harmoni.

Sampai ke tendangan yang ke belas2 encek Igo maseh belum mahu memulakan operasi. Cari pasal. Gua keep tendanging sampai ke kiraan lenguh kaki. Tak mahu juga. Instead of tendang starter, gua tendang punggung beliau sedas. "Ruin my pagi saja" bentak hati omputeh gua. Peluh jantan mula menetes di dagu. Cilakak! Sia2 gua mandi pakai sabun stroberi.

Jam kesio dah tunjuk angka tujuh.titik dua.kosong.satu. Seminit yang lepas gua dah sepatutnya men'teet'kan jari kat opis. Wadehel gua maseh di parkir. Gua take 5. Masuk rumah. Bukak peti. Togak air sejuk. Duduk kat pintu. Temenung. Kalu nak pakai Cik Sona, mahu pukul semilan gua sampai. Lebuh Genting-Klang tak kire mangsa. Nak2 Len Seng.

Termenung punya temenung, mata gua hinggap kat satu objek yang dipanggil suis motor. Cantik je tercucuk kat tempat bukak seat. Cantik betul.



Comel gile gua rasa pagi tu.

8 comments:

  1. lu mmg comel!! comel je gua tengok lu!! adeiii.. abam paiseh abam paiseh... heheheheh

    ReplyDelete
  2. salam paiseh

    habih kul berpa teet kat kat opis?

    ReplyDelete
  3. ni baru umur 30. kalau 60 macam mana la :P

    ReplyDelete
  4. lu tanak cerita pulak ke yang lu turun nek tangga berpeluh cari kunci moto rupenya dah siap2 taruk dlm kocek sluar?

    ReplyDelete
  5. hahahaha....mandi sabun strawberri....:-D

    ReplyDelete
  6. rosemyn : auuuwww~

    lin : dont speak~

    macha : belum.. ada lagi~

    azani : salam azani, pukul lapan lah encik~

    F : 60 nnt anak gua anktor gi opis~

    mm : itu nnt gua karang.. haish.. pandai lu kasik trailer eh~

    patung : sabun oren ada.. sabun jambu ada.. lu nak mana?

    ReplyDelete