December 28, 2011

Ombak Besar


Fenomena ombak besar kat Pantai Dungun ni dah lama gua tahu sebenarnya. Zaman gua sekolah2 lagi gua tahu ombak kat situ dah ganas2. Sekolah gua betul2 kat tepi pantai Dungun tu.

Satu malam lepas abis periksa SPM, gua melepak kat rumah Toy - budak skolah asrama penuh yang rumah mak bapak dia kat Dungun tu jugak. Malamnya keboringan, jadi gua ajak dia jalan2 kat tepi Pantai Teluk Lipat kat2 situ.

KECEBURR...!
KECEBURR....!!

"Fuhhh.. kuat gile ombak ni kan?" gua bertanya secara eksaited pada Toy. Jarang sungguh gua bulih tengok peristiwa bersejarah gini. Kampung gua takde pantai. Jadi takde ombak. Sebab tu gua tak reti swimming. Kalo mandi parit baru laa dapat ongbak dari abah gua.
"Ye..." sepatah jawabnya sambil terus mengunyah singgam.
"Jom balik. Kang mak aku kunci pintu kalo balik lambat2. Puii!" tambah beliau. Singgamnya dipuikan ke benteng. Sape2 terpijak, sila maki.

Begitulah serba sedikit cerita gua tentang ombak besar kat Pantai Dungun.





Ini gambor terlatest dari tempat kejadian.
Ihsan Akif Fikri.

2 comments: