March 31, 2010

Tiba2 Je Gua Rasa...

Duduk dua orang dengan Copin kat umah memang banyak buat gua rasa ganjil.
Semalam contohnya.Tiba2 je gua rasa...






























...lambat sungguh nak raya.
Tak sabar nak gi beraya umah jiran nombor pat ni.

March 30, 2010

Nak Tanya Sikit

.


Apa maksud
U!

- capital u dengan tanda seru~


.

March 29, 2010

Cap Ayam


Gua dah angkat satu ni malam tadi.
Harap2 tak kena pukul dengan ahli Persatuan Isteri2 Malas Nasional bila gua pakai di khalayak nanti.

March 28, 2010

Nak Ulas Bola SIkit

Biar menang besar dengan bantuan gol sendiri
tapi gagah duduk nombor satu.


Jangan menang sampai rabak gol lawan
tapi masih nombor dua.


Yang ni gua dah tak boleh kata apa dah~

March 26, 2010

Ada Lagi Brani Ajak Gua Join MLM?? (siri 2)

Sambungan aritu. Pun via es-em-es~


Mat Tai : Weh, esok ikut aku jap ek?

Gua : Takmoh!

Mat Tai : Aku ajak gi tempat baik ni. Bukan suruh wat menda pon. Ko tak rugi ape2 pon.

Gua : Takmoh!!

Mat Tai : Ko gitu la. Aku mintak tolong dengar je pon. Aku tak penah mintak apa2. dari ko sebelum ni. Aku mintak ko datang ni sebagai seorang kawan weyh..

Gua : Takmoh!!!




Tunggu2 pujuk rayu seterusnya...





Tadek dah.



Ciss..!
Tak mencabar langsung!!

March 25, 2010

Pintu


Baik tak payah buat pintu kalu macam ni.
Dindingkan saje terus.

Apa punya bengap la Persatuan Pak Gad bangunan opis gua ni.

March 24, 2010

Wah!!


"Besar gila shisha dia!!!" Singular.

March 23, 2010

Ada Lagi Yang Berani Ajak Gua Join MLM??

Melalui es-em-es bersama member skolah petang semalam.


Mat Tai : Ko keje bila minggu ni?

Gua : Siang. Apesal?

Mat Tai : Ikut aku jap nanti. Kalo ko tak gi kite putus kawan.

Gua : Korok! Ni aku baru masuk opis. Stat esok keje siang sampai minggu depan. Kamis je cuti.

Mat Tai : Ok la tu. Aku nak bawak gi tempat baek. Aku amek ko ka. Balik pon aku hantar la dol. Gi kejap je pun.

Gua : Tengok la. Jangan ko punya ceramic sudah. Aku yang putuskan kawan dulu.

Mat Tai : haha. Bukan ceramic da. Ni pakai internet. Ko mesti pandai guna kompiter. Lagi senang ko nak wat duit. Gi dengar je. Tak suruh join pun.

Gua : Takmoh! Gua anti sebarang benda melibatkan ceramah+buat duit!

Mat Tai : Kalo ko kawan aku, ko gi la. Aku ajak kali ni je. Pastu tak ajak dah. Ni last n first la aku ajak.

Gua : Cilaka....! Putus kawan!!







Pesen tak reti bahasa.
Ada lagi yang berani ajak gua join MLM??






*ok. ok. es-em-es yang last tu gua tipu. tapi dah taip. tak send je~

March 22, 2010

Gunung Bunga Buah Yang Dekat Hotel Seri Malaysia, Genting Highland


Macam tak biasa, gua malas nak cerita panjang2.



Sabtu.

Cadangnya nak panjat pukul tujuh. Pukul sebelas setengah baru sampai kaki bukit. Tak ada orang lain patut disalahkan melainkan tukang organize. Dah la suruh gua tunggu kat KL Sentral sambil pegang bunga. Senang nak cam kata dia. Serupa Mascherano perangai~

Parking Cik Sona kemas2. Baca doa. Mula.

Jalan jalan panjat panjat turun panjat panjat turun panjat panjat.. pat jam sampai puncak.

Makan.

Minum.

Tido kejap.

Pukul lima setengah setat turun.

Jalan jalan panjat panjat turun panjat panjat turun panjat panjat.. pat jam sampai bawah.

Pukul semilan setengah malam gerak balik dengan kondisi hepi2 walaupun ada sikit2 mood seram.


Dari puncak pertama. Dia punya kabus sangat pehhh
sampai xde view lawa2 nak ambik gambor.
Ada banglo tengah2 hutan belah sana. Umah Tok Batin katanya.




Dalam kete masa balik....

"Eh.. ko kentut ke tadi weyh?" Jo.

"La.. aku baru je nak tanya. Ingatkan ko yang kentut banyak2. Sepanjang jalan berbau tadi...." gua.

"Betul2 laa weyh. Aku tak. Busuk gile tadi tu..." Jo.

"Tak lah. Lepas maghrib baru aku parasan bau tadi. Haaa...." gua.

"Kadang2 ada bau macam kari jugak." Jo.

"Ada laa tu, Dah kita masuk tempat dia. Tak payah tegur lah." Kay, ketua jelajah.


Di puncak betul2 puncak. Terima kasih! Lu orang memang kull abis~
Kalu ada trip lagi dekat2 Kolumpo panggil gua.
Gua yang nombor dua sampai. Patutnya dah lulus nak folow lu orang lenkali kut.kehkehkeh~











*sangat bes feel panjat2 gunung. nak tau macamana, cuba tanya budak2 MU ari ni. macam tu laa dia punya puas~

March 20, 2010

Wifi Percuma

Di satu kedai makanan segera, kelihatan seorang makcik agak teruja bila membaca di beberapa ceruk kedai tu ada barangan percuma diberi. Cepat2 beliau ke kaunter semula bertanyakan makwe ambik order...

"Dik, tu ada tulis wifi percuma tu.. kat mana nak ambik benda tu ye???"





*Chez yang punya cerita. dia tipu, gua tipu la~

March 18, 2010

Tak Hagak Hagak

Petikan akhbar bahasa inggeris semalam~



...In one shop, the owner claimed some of the items confiscated were neck massagers and proceeded to demonstrate on Amin Nordin’s neck.

Needless to say, Amin Nordin was not convinced


.............................................


Heee~ Tak hagak2 dia punya ekskius~
Kalu tak sebab terpengaruh tengok Spontan, mesti pesen banyak tengok Raja Lawak ni gua syak. Tang lawak pakai props~


March 17, 2010

Koka Kola

Gua ada dengar2 berita malam tadi time mandi manda kat bilek ayer. Gua saja2 mandi. Bukan sahaja aku mandi!
Tak jelas sangat tapi gua paham2 lebih kurang macam ni la bunyi dia...

"The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat hari ini secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan. Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dengan pembinaan kilang pung pang pung pang... "
...masih kah.. ada sekelumit belas~ gua sambung mandi sambil berlagu nasyid




Alahai Pak Jib~
Mustahil sangat kalu dah lupa ataupun tak tau langsung perihal boikot2 satu masa dulu~
Kalu ye pun nak angkut pelabur banyak lagi benda tak menyinggung perasaan Ummah gua syak. Susu Cap Bendera contohnya.
Takpun kenapa tak majukan saja Radix Cola?? Mana 1Malaysia??

Gua harap berita ni tak sampai ke Palestin.