2060-1 di sini.
2060-2 di sini.
2060-3 di sini.
2060-4 di sini.
.........................................................................................
"Tak jumpa la abah." kata anak bongsu gua sejenak lepas masuk ke rumah. Tadi katanya nak ke bazar drive thru sambil bawa anaknya jalan2 naik trektar. Ya. Zaman 2060 ni trektar lebih selamat dipandu berbanding kereta. Sejak OPS Sikap 54 yang mengorbankan 1.2 juta nyawa beberapa tahun dulu, kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan trektar dan basikal angin di jalanraya bagi mengelakkan statistik kematian lebih tinggi.
"Tak jumpa ke ko tak cari betul2?" tegas gua menyoal balik. Gua tau anak yang bongsu ni buat kerja apa pun bukan tahu bersungguh sangat. Sebijik macam gua muda2...
"Betul abah. Dah 5 drive thru saya pegi. Semuanya tak payah beratur. Tapi saya beli juga la kut2 abah teringin sangat kan..." satu bungkusan dihulurkan. Gua biarkan sahaja, cuba membau2...
"Huh! Biasa..." getus hati kecil gua. Muka gua kasi tarik ketat2 sambil menoleh ke jendela. Kecewa lagi gua. Matahari semakin mengecil menandakan waktu berbuka makin hampir. Lalulintas udara masih sibuk. Kelihatan serobot polis trafik udara melambai2. Gua balas dengan senyum tawar.
"Sudah laa tu, kesian la kat Napi ni.. Esok2 dia cari la lagi." lembut suara datangnya dari ruang makan. Isteri gua kelihatan sedang menekan2 butang di meja untuk hidangan tersedia secara automatik. "Mari berbuka sayang..." sekali matanya melirik ke arah gua sambil tersenyum.
Terubat sikit duka. Muka yang tadinya ketat gua ejas kasi steady semula. Walaupun ada kedutan tahap minor tapi tak menghalang gua kelihatan ala 40-an. Hati gua jatuh buat kesekian kalinya. Tua2 pun masih romentik. Napi ushar2 jeles.
bersambung...
walalala~
ReplyDeletehebat la lu!
toing2~
sampai ke tua nak me-rebel..
ReplyDeletehaihh~
tapi nama anak...Napi..
hahahahaha!!
dalam cerita ini lu dah ada isteri...cayalah!!!...tapi gua macam tak percaya...hahah
ReplyDeleteperh.projek orang2 femes.
ReplyDeleteaahhh ngengada....nk gak main sambung². org len lekkk jekk 1 entry jekk
ReplyDelete:p :p
apa main sambung2..
ReplyDeleteperghh......ko dah ada cucu brape org time nih?
ReplyDeletehahahaha lawaksss..
ReplyDelete