Dulu abang gua pun ada ikan. Orang kampung gua panggil ikan sekilau. Orang Kolumpo panggil ikan laga. Abang gua petik beliau dari baruh tempat abah gua tanam padi satu ketika gua masih peringkat awal darjah2 dulu. Kaler dia cokelat ijau. Cantik sangat. Tapi lagi cantik yang gua punya. Abang gua bela beliau dalam botol sos yang dah bersih. Ikan sekilau tak makan sos. Kalau makan, dia mati.
Dua2 botol tu diletak atas lemari sebelah rehal mengaji. Jarak antara dua2 ekor tu kira2 dua jengkal. Semasa mahu berhibur, gua dekatkan dua2 botol tu. Nescaya akan mengembang lah sirip2 beliau yang sangat kalerful. Kami pun terhibur.
Ada satu hari, abang gua masukkan ikan gua ke dalam botol ikan beliau. Berlaga lah kedua2 nya sehinggalah abah gua naik lalu merotan abang gua yang tak tahu erti keperi'ikanlaga'an. Kesian ikan gua. Dah carik2 sirip dia.
Kira2 dua bulan, ikan2 itu mati akibat kecederaan dalaman.
Kesian ikan kami.
Sekian.
bertindak mengikut arahan..
ReplyDeletepaksa rela hapdet ke hape..
ReplyDeletegua nk royalti. gua tuntut! (sambil sengeh ala2 setan comel)
ReplyDeletebijak idea rosni mat yusoff...like!
ReplyDeleteapasal komen gua tak naik.
ReplyDeleteliliyuli : mekasih... hehehe :D
ReplyDeletedapat balasan setmpal x abang lu?
ReplyDeleteassam : kadang2 gua memang jurus tak patut~
ReplyDeletepistachio : tiada paksaan dlm berblog~
rosemyn : tu, lu dah glemer. nk tuntut apa lagi?
liliyuli : lu punya idea? ada??
speedrider : ni naik! nak naik sampai mana?
rosemyn : amboi amboi amboi.. sukee~
tune : tak. bertimpal2 beliau dapat~