March 21, 2011

Singular No More (tribute)

Siapa Singular ni?

Bekas auditor syarikat audit internasional bukan kepalang. Seringkali pada satu2 masa, rutin harian bekerja bermula pukul 8 pagi dan pulang pukul 6 pagi esoknya. Dan ke kerja semula dua jam kemudian untuk beberapa minggu. Mandi jatuh nombor duapuluh tiga. Gua yang kerja sif ni pun naik kagum dengan kebolehan beliau bawak kete pakai jiwa.


Makan aiskrim pun pakai glove. Agak cermat beliau ini. Backdrop ala tiger tu berjaya diwariskan Prosper kepada beliau. Tak hairanlah malam2 gua tido gatal2~


Ahli tetap ritual bulu tangkis mingguan. Punyai kelengkapan sama spesis dengan jagoan dunia. Tenaga umpama Inline 4-cylinder DOHC VVT-i 16V. Kebolehan luarbiasa - pukulan ke raket pasangan bergu sehingga patah raket sendiri. Gua dah kena~


Bercakap bab sukan, memang beliau serba boleh. Walaupun lebih kerap bertangkis, beliau sebenarnya lebih bakat dalam acara tenis meja. Di mana2 beliau kerja, di situlah ada meja ping pong. Malangnya tiada di VWM. Sukan renang juga tak terkecuali. Ada google dengan topi renang dalam poket seluar beliau belah belakang tu.


Gemar melakukan perkara2 nakal yang tak terlintas di fikiran paranormal seperti yang di atas contohnya. Nak balik JB tumpang brader paraglider. Tu belum kira masak nasik goreang pakai minyak dengan telur lagi tu. Buat Chef Ramsey kecik ati saja~


Di mana2, wajib bersyukur. Nak makan baca doa. Itulah yang dipraktikkan saban tahun di VWM. Lokasi : Uptown Danau Kota depan kedai VCD pirate.


Ramadhan terakhir d VWM. Sempat menyoping di Jalan TAR. Tidak langsung mengambil berat tentang rukun kuasa penampilan. Dan beliau berjaya membuktikan bahawa pakai seluar polo paras aurat pun boleh memborong kacang tanpa menjejaskan ekonomi negara.


Scene tilawah interaktif ini memang ramai sudah sedia maklum. Siriyes, kebolehan beliau mengaji al-Quran memang sedap. Level qari2 lah gua letak. Sorang je yang boleh celen beliau - Arepsomat. Tu pun kalo Arepsomat menang, dia main tipu. Geng2 Johor memang terer mengaji selain makan gaji.


Berposing secara macho juga adalah kebolehan beliau yang jarang2 ada di kalangan kita semua. Dengan bentuk badan yang solid serta otot lengan ibarat Bugatti Veyron, memang tak salah beliau bergaya sedemikian. Kalo x jadi tu, silap kamere~


Skill jari berjalan ni la yang berjaya memaut hati sang perawan dari Borneo. Mungkin disebabkan tekanan kerja yang menyebabkan jari beliau begitu aktif menari2 umpama Shinobi.


Ini pendedahan paling ekslusif. Di sebalik bersingular2, jauh di sudut hati sudah tersemai sifat kebapaan. Atau sekurang2nya naluri ber'au-cak' dengan bayi. Usah gusar saudara. Tak lama lagi dah~


Sesi potoshut untuk banner. Beliau minta gambar ini disiarkan semata2 minat setia beliau terhadap Power Rangers Hitam. Setelah dipujuk dengan mengatakan mata beliau lebih cantik daripada mata Rangers Hitam, barulah reda rajuk seminggu beliau.


Ini pun pernah disiarkan di Dekonstruksi tak lama dulu. Alhamdulillah. Termakbul sudah hajat beliau. Apa makan entah. Tapi bukan flight Air Asia. Ni flight MH 2710 muatan hantaran perkahwinan.


Hah! True tak?? Selamat Nganten Baru saudara. Lu punya event memang nombor satu paling meriah gua pernah gi. Tahniah buat Puan Sueyna Ithnain juga. Malam2, sila biasakan diri dengar beliau cakap sorang2 ye. Kejutkan saja. Lepas tu, ketawalah tengok beliau cover2. Pis Yo!!










8 comments:

  1. selamat pengantin baru amat samel dan isteri :)

    ReplyDelete
  2. gembira gua tgk org kawen nih...

    :)



    .

    ReplyDelete
  3. salam paiseh
    sselamat pengan tin baru pada yang mengantin,moga bahagia , murah rezeki.

    paiseh dah pernah mengantin juga ka....kalau ah , selamat pengantin baru juga buat mu.

    ReplyDelete
  4. congrats la kt kawan hang...

    anyway...die pakai google eh berenang?
    cute!!

    ReplyDelete
  5. ye.. ye.. tahniah2.. trimakase2~

    ReplyDelete