June 7, 2010

Outdoor


Abaikan kondisi gambar yang diambil secara desprate dari seat drebar. Tumpukan pada pasangan pengantin tengah posing untuk album kawen mereka. Pose. Lighting. Struktur bangunan. Sume dah oke. Cuma yang gua takleh blah bekgrond dia yang kaler merah tu. Perlu ke masuk gambar? Hebat betul penangan Dr Rozmey. Harap brader Luca boleh huraikan serba sedikit tentang kepentingan beliau dalam kehidupan.
Lokasi di Kg Cina, KT.

June 4, 2010

Balik Kampung Bersama Prosper n Co


Ko balik ni, stenbai je la. Kalu ada yang tanya bila, ko jawab je bulan depan ke. Takpun ko menyorok je dalam bilik esok.
Nanti sampai umah buat2 biasa dah la. Senyum2 sikit. - nasihat ala mintak kaki dari Prosper.




Cilakak!! Bile masa pula gua goyang woi..! Adek gua betunang je pun..

June 2, 2010

Koin


Mengodit 3 tabung Gatorade gua semalam. Dalam tapewer biru koin 50 dan 20 sen. Kira2 dua ratus setengah. Yang tesusun tu 10 dan 5 sen. Ada dalam lapan ploh. Dah lepas sangat nak bayar sewa umah dengan sabun basuh dan ubat kumur. Tu blom campur 7-8 keping koin Singapore, Siam, koin singgit emas sama token videogem.

Yang gua murka sikit tang koin merah2 tu. Ada dalam belas2 ribu keping juga. Apesal takde sape bagitau gua matawang ni dah tak pakai?



Err.. Kalu gua anto kat besi buruk agak2 bulih hasil dok?

June 1, 2010

InsyaAllah~

Video klip terbaik untuk lagu terbaik...



Jarang2 ada video klip yang bulih sentuh gua punya jiwa bahagian
dalam2. Maher Zen memang terbaik oh!






*entry ni gua nak publish hari Jumaat sebenanye. toyol kuning pula buat nakal tak tentu hala tak nak publish entry pasal koin gua semalam dari ensep. gayat la tu. demm!!!

May 31, 2010

Saje Mahu Genapkan 20 Entry Untuk Bulan Ni

Agak bedebah rasanya bila objektif mahu ambik moto yang gua tinggal 3 hari lepas kat parking besmen opis sebab helmet kena curi tak kesampaian semata2 gua baru teringat tak bawak kunci bila dah masuk tren nak ke opis pagi tadi sambil bawak helmet.
Kesian Incik Igo~




Lantak lu orang lah paham ke tak~

May 30, 2010

Berweekend Di Ofis Memang Cool

Kalu hari2 biasa ada makcik kliner tolong buatkan air. Dia punya neskepe pagi2 memang kaw tahap kayu! Gua yang pesen tak boleh minum susu pagi2 pun bulih redah saja menogak. Jamban2 tu lain punya cerita.

Kalu hari minggu pula terpaksa gua bikin sendiri neskepe kaw kat pantry. Tebuk susu. Korek. Tabur neskepe separuh camca mee goreng. Taruk air dari waterkuler.
Kacau kacau kacau.














Err.. Sejuk~

Yang biru itu air sejuk.
Yang merah itu air panas.

Jahanam gua punya neskepe!!

May 27, 2010

Login Facebook...



1) Join & jadi ahli

2) Add mereka yang anda berkenan...

3) Berkawan dan kenal hati budi masing-masing

4) Promote kat kawan-kawan

5) LU PIKIR LA SENDIRI =))



*****************************************


Gini punya stail pun ada ke??
Memang melampaui pemikiran gua lah fesbuk nih!


Pepehal pun lagi molek yang ni sikit daripada yang satu lagi - Login Facebook dapat 2 Bilion!

May 26, 2010

Ulat Mulong


Gua gi Sabah itu hari tak jumpa pula benda ni nak wat sebenier. Kesian makwe embeng duk ngidam. Nanti pegi Sabah pandai2 la lu korek sendiri dalam sagu ye. Sagu! Bukan saku!

Bos gua kabor benda ni sedap. Gua tanya dia sedap macamana. Sedap macam anak lebah katanya. Gua tanya la anak lebah tu macamana rasa dia. Sedap macam ulat mulong katanya. Gua tanya la ulat mulong tu macamana... Panggg..!!

May 25, 2010

Salah Cakap Bersama Ude


Ayat salah : Bak skit ko punya Ketred ni..

Ayat betul : Bak skit ko punya Gatorade ni..




Ye.blom bleh celen Copin punya level lagi. Cilakak! Buntu juga blog gua takde beliau.

May 22, 2010

Kitty


Comel juga ada benda ni kat bilek gua. Naik sikit dia punye seri.

Hah! Jgn ngumpat bukan2. Alat gua keje tu..

May 21, 2010

Kuliah Jumaat

Ada seorang pengemis berjalan2 di kota Baghdad. Langkahnya canggung. Bajunya koyak rabak, kusam dan busuk. Rambutnya tak terurus. Tangannya memegang bungkusan makanan yang dikutip dari longgokan sampah sarap. Tanpa mempedulikan masyarakat, pengemis itu terus merayau2 di sekitar kota.

Sedang bejalan2, dia melalui satu kedai yang menjual minyak wangi. Pengemis itu tampak sedikit hairan. Terhenti dia di situ seketika, cuba membau2 aroma wangi dari kedai tersebut. Tiba2, pengemis itu rebah. Pitam. Tidak bermaya.

Orang yang lalu lalang mula mengerumuni pengemis itu. Masing2 cemas. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada yang cuba menepuk2 pipinya supaya sedar. Ada yang merenjis2 air ke muka. Ada juga yang meletak minyak wangi di hidung pengemis itu supaya sedar. Malangnya tidak membuahkan hasil melainkan membuatkan keadaannya bertambah parah.

Tiba2, seorang ahli sufi yang kebetulan melalui tempat kejadian mengambil bungkusan sampah dari tangan pengemis tersebut. Lalu diletakkan di hidung pengemis itu. Orang ramai yang mengerumuni kawasan itu masing2 hairan tetapi segan untuk bertanya memandangkan beliau amat dihormati di situ. Anehnya, setelah beberapa detik pengemis itu kembali sedar.





Ya kawan2. Teladan dari kisah ini, jika kita selalu rapat dengan benda2 tidak elok, nescaya kita akan terbiasa dengannya dan susah untuk menerima kebaikan. Begitu juga sebaliknya.

Sama juga dengan berblog. Jika sudah biasa bermalas-malasan, nescaya susahlah mahu mengapdet blog sampai bila2. Gua tujukan nasihat ini khas untuk tuan punya blog di bloglist sebelah ni. Tengok lah yang bawah2 tu. Gua tak berani nak petik Darkk atau MrBlind saja. Biarlah berlaku adil sekali sekala~