May 21, 2010

Kuliah Jumaat

Ada seorang pengemis berjalan2 di kota Baghdad. Langkahnya canggung. Bajunya koyak rabak, kusam dan busuk. Rambutnya tak terurus. Tangannya memegang bungkusan makanan yang dikutip dari longgokan sampah sarap. Tanpa mempedulikan masyarakat, pengemis itu terus merayau2 di sekitar kota.

Sedang bejalan2, dia melalui satu kedai yang menjual minyak wangi. Pengemis itu tampak sedikit hairan. Terhenti dia di situ seketika, cuba membau2 aroma wangi dari kedai tersebut. Tiba2, pengemis itu rebah. Pitam. Tidak bermaya.

Orang yang lalu lalang mula mengerumuni pengemis itu. Masing2 cemas. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada yang cuba menepuk2 pipinya supaya sedar. Ada yang merenjis2 air ke muka. Ada juga yang meletak minyak wangi di hidung pengemis itu supaya sedar. Malangnya tidak membuahkan hasil melainkan membuatkan keadaannya bertambah parah.

Tiba2, seorang ahli sufi yang kebetulan melalui tempat kejadian mengambil bungkusan sampah dari tangan pengemis tersebut. Lalu diletakkan di hidung pengemis itu. Orang ramai yang mengerumuni kawasan itu masing2 hairan tetapi segan untuk bertanya memandangkan beliau amat dihormati di situ. Anehnya, setelah beberapa detik pengemis itu kembali sedar.





Ya kawan2. Teladan dari kisah ini, jika kita selalu rapat dengan benda2 tidak elok, nescaya kita akan terbiasa dengannya dan susah untuk menerima kebaikan. Begitu juga sebaliknya.

Sama juga dengan berblog. Jika sudah biasa bermalas-malasan, nescaya susahlah mahu mengapdet blog sampai bila2. Gua tujukan nasihat ini khas untuk tuan punya blog di bloglist sebelah ni. Tengok lah yang bawah2 tu. Gua tak berani nak petik Darkk atau MrBlind saja. Biarlah berlaku adil sekali sekala~

8 comments:

  1. hahahahaha. relate jugakk ehh dengan belog??
    nice!!

    ReplyDelete
  2. dan juga untuk tuan punya blog ni sendiri..
    sudah² lah meng-anaktirikan blog lu..
    mentang² dah dapat formspring, blogspot dah tak berguna lagi..

    sekian~

    ReplyDelete
  3. 'Sama juga dengan berblog. Jika sudah biasa bermalas-malasan, nescaya susahlah mahu mengapdet blog sampai bila2'

    *AYAT NAK CAM ARTIS KAN EN.PAISEH...BNYAK NAU KOMITMENG =)

    X0X0X0X0X0X0

    ReplyDelete
  4. iye.. sebab nama koi takdak dalam list..

    ReplyDelete