April 25, 2011

Satu Malam di Kepsi~


"Jom gi makan Seh." pelawa Chez sebaik pulang dari salon dengan kondisi penat biasa2.

"Dah makan laa.. Lagipun ujung bulan ni weh.." gua mengargue sementelah gaji belum check in.

"Jom la.. lapo ni. Kepsi nak? Orang kampung kan.. ujung bulan masuk gaji stended laa gi makan Kepsi. Paling up laa tu.." agak humor alasan beliau.

"Gile. Gaji aku blom masuk weh..." gua menafikan.


.....



"Jom la. Aku teman je." kasihan sungguh gua tengok. Terbayang2 semalam beliau sanggup ke Subang cari kawan mengeteh dek kehambaran semangat setiakawan di VWM akhir2 ini. Ya.. VWM dah tak meriah macam dahulu. Hanya menunggu saat pembubaran sahaja. Umpama telur di hujung tanduk. Atau dalam bahasa Prosper, umpama tikus dicurah gasolin - menunggu mancis diketip sahaja.

Tiba di kepsi nombor 555, gua pilih seat paling grand stand depan tiwi 42 inci sambil Chez pilih hidangan paling grand sebagai orang kampung. Menarik betul cerita kat tiwi tersebut. Gua tak habis2 senyum. Kadang2 terhambur gelak apabila nampak seorang pakcik tua termencangkung di pinggiran.

Sambil makan sambil sembang. Ya. Tak elok. Adik2 tolong jangan tiru ye. Dari topik kerier hingga ke makwe. Dari Arsene Wenger ke Mr. Bean. Dari Gatsby hingga ke aifon. Dari isu semasa balik ke hal makwe2 semula. Sambil2 tu, perhatian gua tetap ke rancangan tiwi tadi.

"Jahat betul budak2 Arsenal kan? Kasian betul aku tengok
orang tua ni." Chez Hair Setudio.



.......




"Jom blah. Dah bayar blom ni?" tanya gua usai megudap, atau lebih tepat usai kekalahan Arsenal.

"Gile orang kampung ko ni.hahaha.. Jom2. Aku nak singgah 7E jap ni. Kang tutup pulak." Chez melawak trend orang kampung juga.

"Hahahahahaa... Gile Lepih kao!"





*lawak 7E tu origin Pipistuta~

2 comments:

  1. VMW dh nk bubar? isk...sedih gua! xkn xde buat makan2 kot... gua leh join tolong sikit2 utk majlis. jd tukang makan...

    ReplyDelete
  2. boleh.. dgn syarat lu jadi tukang masak skali. pakej gua kasik~

    ReplyDelete