July 20, 2011

Teksi, Lembu dan Kehidupan

Masa kat kampung dulu time sekolah rendah2, gua pernah bekerja sambilan. Kerja tak berapa kerja lah. Gua dikurniakan jawatan sebagai pengembala lembu separuh masa. Ye lah. Pagi gi skolah. Rajin. Ketua murid katakan. Petang sajalah gua punya syif. Lembu2 tu paklong gua yang punya. Ada laa dalam belas2 ekor. Bab2 payment, gua kire kowtim anak beranak sajalah. Cukuplah dengan kadar singgit sehari. Kalo mau lebih kena tunggu tem bonus - hari raya.

Tiap2 petang agak2 dah dekat maghrib gua akan ke padang ragut untuk mengajak para lembu yang malas macam lembu tu pulang. Dengan bersenjatakan batang kayu di tangan sambil menunggang basikal merah tanpa modifikasi, gua menjalakn tugas dengan hati riang gembira. Kadang2 bawak ke menyanyi lagu2 Iklim sampai habis. Tugas gembala ni tak kurang mencabarnya. Awal2 menceburi bidang ni, nyaris paklong gua kena tumbuk. Pasalnya, gua ajak lembu2 jiran skali masuk kandang. Perghh! Dia punya feel bersalah tu rasa macam nak jadi lembu. Nasib baik gua tabah. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Naik darjah, gua diberi kepercayaan pakai motosikal pula. Lembu2 pun dah respek sama gua. Ada yang senyum sinis bila nampak kelibat gua. Tak kurang juga yang kasi tabik pakai ekor. Dalam pada tu ada juga yang masih buat perangai. Yang pesen ni gua kasi terajang saja sambil bawak motor pun jadi. Dah kena sedas dua mencicit lari masuk kandang.




Kira2 20 tahun kemudian...



Gua dah besar. Dah kerja. Tapi masih naik moto. Tiap2 hari pergi balik kerja mesti mahu kelahi dengan jem. Gua dah pasrah dengan Kolumpo nih. Dugaan kehidupan - bisik naluri kental gua.

Satu hari yang agak kelmarin tem balik kerja, gua masih steady bawak moto. Depan belah kiri gua ada satu teksi dan depan belah depan gua ada satu brader naik moto juga. Tiba di satu jalan tiga lorong, teksi tadi buat gila tukar lane suka2 hati. Nyaris brader depan gua tadi jatuh. Teksi buat2 inesen meneruskan perjalanan. Dalam hati gua dah menyumpah2. Brader yang depan gua tadi kejar balik.

DUMM!! DUMM!!


"செய்! ரேடி ரயில் எடுக்க கூடாது? பைத்தியம்! ஏய்!!!" teriak brader tadi lepas kasi dua penerajang kat teksi. Marah gua sangat tu gua syak. Gua usha2 sikit, jadi lekuk juga punggung teksi tu. Power2~

Lantas batu jemala gua buat kesimpulan bahawa teksi pesen ni sama saja dengan lembu. Yeah... Jaga2 la lepas ni.
Dah lama gua tak terajang lembu nih.




3 comments:

  1. boleh bayar dengan rumput lah lepas ni.haha..

    ReplyDelete
  2. stendby satu set kayu panjang ketika menunggang moto...baru nostalgia...

    ReplyDelete
  3. jamil : gred AA tau~

    arep : cemeti trus~

    ReplyDelete